28 December 2011

wordless : punca didenda mencuci jamban masjid

salam alayk' & greetings.


final exam

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.


26 December 2011

100 hari


salam alayk & greetings!

Bismillahirrahmanirrahim...


on the way ke SM building...


"faaizz, awak kenal anak saya yang baru nak masuk tadika tu?"

"kenal. kenapa dengan dia madam?"

"semalam, dia tanya saya bila dunia nak kiamat..."

aku tersenyum...

"so, madam cakap apa?"

"saya tanya dia balik, kenapa nak tau bila dunia akan kiamat..."

"dia kata : "



"kita dah lama sangat dah hidup ni mama, dah lebih 100 hari ni..."




credit - link

pernah baca dimana eh?    (2:220)

bila kadang-kadang kita terlahir perasaan jijik eww pada homeless yang senyum cengeng pada kita di ibukota,
anak kecil yang kita bawa bersama membalas senyuman riang dari mereka.

bila kadang-kadang angin yang menerpa kita terasa menyusahkan karena merusak dandanan rambut pacak super saiya tahap 3,
anak kecil itu memejam mata mendepang tangan, menikmati dan terbang bersama setiap deru angin yang padu ke tubuhnya, walaupun jatuh, tapi senyum berdiri semula.

bila kadang-kadang kita terasa kotor bila terpijak lumpur lecak di perkarangan rumah,
anak kecil girang bermain dalam ruang taman tema air fantasinya.

pernah terfikir, apakah anak itu adalah untuk diajar?
atau,
sebenarnya kita yang perlu belajar dari mereka?





____________________

semalam jumpa kezen yg ada anak kembar 3, meriah 'nuff?

22 December 2011

flowing information. fullstop.

Salam alayk'

ini apa yang aku tuliskan di blog Uthmanians.

_______

We just published the first edition of our new monthly newsletter by the name of The Stream. The newsletter’s aimed primarily at content creators. The first version talks about all our recent news. We’re hoping that Uthmanians will find the newsletter to be helpful rather than annoying. Please tell us if we’re not doing a good job. =)

The Stream #1 201112





The Stream is introduced as a monthly newsletter of Uthmanians. The name is inspired by the flowing stream which is geographically located in Mahallah Uthman. Established in December 2011 under the Bureau of Information & Multimedia of MURC.





share them if you like it!

download it on Scribd. click here.


___________


rileks, aku belum nak klik publish lagi.

aku sedang gigih memikirkan macammana entri ini tak nampak macam kopipes sangat walaupun dua-dua post berkongsi konten yang sama.

maka di sini aku akan ceritakan penipuan-penipuan yang berlaku didalam buletin kompak ini.

#1 - kebanyakan nama-nama editor di akhir setiap artikel adalah digunakan dengan izin tuan punya nama. kepala editor telah menyunting hampir 96.37 peratus daripada artikel asal sebelum diterbitkan. ya, aku dah edit tahap gilbab punya supaya artikel-artikel nampak serius dan profesional. heh... at least nampak-serius-dan-profesional di mata aku.

#2 - Nama-nama yang digunakan sebagai watak responden di dalam setiap artikel juga adalah satu dusta desperate for the sake of menampakmeriahkan program. Seriesli, kau percaya Amirudin datang tazkirah? oh men... momen masa menulis tu buat aku nak senyum sambil ketawa 3 harakat. ha ha ha... ok cukup. tapi, kawan aku yang Ustaz pinta aku jumpa setiap responden dan pinta izin mereka untuk guna nama mereka. dan sekaligus melafazkan "komen" masing-masing. so, case closed.

dah. itu je. tak elok tipu banyak-banyak. yang paling penting, konten artikel aku tak tipu. facts.


logo TS. ada sikit gambar atap Blok C dalam text logo. download it here

jangan tanya aku kenapa nama buletin kompak ni "The Stream : flowing information"

jus kreatif aku dah habis mengalir semata-mata memikirkan nama, tagline dan design logonya. tapi kalau kau nak tahu calon-calon tagline yang aku senaraikan sebelum memilih "flowing information", nah ini dia :

The Stream that scream.
Uthmanians Monthly Juice.
Creamy Stream.
The Torch? No. It's The Stream.
Comfy to alligators, friendly to Uthmanians.
Navigating news.
It's a new month!
Super Info Highway in Your Hand.


akhirnya bila aku lepak sambil memerhatikan sifat sungai kecil di titi antara kafe dengan blok D, yang aku nampak cuma aliran deras. Aliran air yang merangkumi pelbagai konten. Air ofkos la ada, lumut ada, sampah jajan Mamee ada, bunga-bunga ada, sampah jajan Cloud9 ada, ikan-ikan ada, binatang apa entah yang macam kerang tu tapi saiz dia besar telapak tangan ada, biawak ada, selipar fipper ada.

terus flowing information jadi tagline The Stream.


entah apa kena mengena. aku pon dah malas berfikir. lagipon principal dah bagi signal macam-macam mahu disiapkan secepatnya.

Alhamdulillah, edisi pertama sudah burjaya diterbitkan. edisi kedua Februari nanti aku nak buat saiz A3 lipat dua. insyaAllah...




aku pernah tulis juga entri macam ni dulu. klik sini.

eh, lupa nak tanya. antara kesemua calon-calon tagline, mana satu anda akan pilih?




17 December 2011

Ketam, Petai dan Disember.


Salam alayk & Greetings!

Hari cuti. Malam sepi. Angah bergolek-golek atas katil sambil menelaah satu persatu helaian manga Dragon Ball dengan teliti. Along terlentang bersama “termenung” di katil bujangnya, Uda di ruang tamu bertalaqi dengan tivi. Ibu ayah sedang berbisik-bisik manja merancang konspirasi hari minggu untuk anak-anaknya.  

Bunyi cengkerik berkumandang merdu menemani purnama malam Sabtuday sambil menyaksikan embun mengambil tempat di hujung-hujung daunan hijau, berposing dan bersedia menjadi tangkapan para jurugambar di keesokan hari.

Embun-embun paling setuju memberi gelaran embun-photogenic-of-the-year kepada sesiapa diantara mereka yang berjaya posing betul-betul dihujung bucu daun sambil merebahkan separuh badannya ke Bumi. Itu yang paling dikira seni agaknya.

credit pic - link

“Angah! Angah tengah buat apa?” Ibu memanggil.

“tengah baca buku. GoHan tengah nak buat Kamehameha dekat Cell ni, pakai sebelah tangan je. Power…”

Langsir diselak. Separuh kepala ibu bersama tangan kanannya menjengah masuk kawasan bilik anaknya.

“Ye lah kau Ngah oi. Kejap-kejap GoKu power, kejap-kejap Majin Buu pulak power. Ni Ibu nak tanya, esok Angah nak makan apa?”

“Makan apa ek best? Ibu beli ketam ar. Da lama tak makan ketam”

“ketam je? Lagi?”

“ada petai best jugak, buat sambal. fuuhhh

“kau tak payah ngada-ngada nak makan petai, nanti habis tandas tu berbau petai” Along mencelah.

“Ehehe, aku tau la. Ingat aku tak berani ke pakai tandas luar? Kau tu je penakut. Macam tandas kat dalam tu dia punya sorang.”

“ha, bagus. Minggu ni kau pakai tandas luor.”

“ketam, petai ok?” Ibu menyampuk.


5.35am.

Subuh. Ayah duduk di penjuru katil. Angah dan Uda masih melagukan dengkuran secara duet. Sekali sekala pitching Uda lari. Ayah merapat, perlahan-lahan dia leraikan persilangan kaki tangan kedua anaknya. Kemudian Ayah picit-picit ibu jari kaki Angah dan Uda sambil panggil nama penuh mereka. Uda langsung bangkit. Angah masih bergolek-golek.

Ayah buka lampu. Angah menggeliat. Ayah urut ubun-ubun Angah kasi roh masuk lincah-lincah. Dalam separa sedar, Angah lipatkan lutut kanan ke dadanya. Kemudian dia sangkutkan kedua tangannya pada lutut untuk bangkit. Along dah bersiap-siap.

Usai Subuh, semua ke luar rumah. Cuci kasut sekolah, cuci kereta, cuci longkang dengan kecepatan luar biasa. Mana taknya, ada Pokemon kat Tv Central jam 10. Digimon nTv7 jam 11. Ayah Ibu pergi pasar.

12.30 tgh hari.

Atas meja makan ada ketam masak lemak dengan sambal petai. Perut Along berkeroncong, perut Angah berharmoni, perut Uda bercaklempong. Masing-masing sudah lapar. Telapak tangan ditadah, doa dilafaz Ayah. selesai berdoa, Angah buka mulut,

“Ayah, Ayah salah baca doa makan ke?” soal Angah. kuriyes. 

“eh taklah. kan Ayah ada baca doa makan tadi” jawab Ayah.

“abistu kenapa panjang?

 “sebab Ayah tambah dengan doa tahun baru

eh, kenapa pulak? hari ni 16 Disember. bukan tahun baru pon...”





“...hari ni kan hari pertama usia Angah 10 tahun”






Pandangan Ayah, Ibu, Along, Uda fokus pada Angah. Serentak dalam simfoni mereka ucapkan


“Selamat Hari Lahir, Angah...”





Angah tersenyum, gembira. Pada dia, di zaman Apple dan Blackberry masih lagi berbentuk buah bukan gadget, meraikan hari jadi sudah cukup dengan memilih lauk untuk makan tengah hari. Itu sudah terlalu istimewa buatnya.




Alhamdulillah...



______________________________

kepada kawan-kawan yang rajin ingatkan aku tentang tarikh ni. terima kasih.
aku kumpulkan semua komen di sini.

ucapan kepada diri sendiri :

Selamat Ulangtahun kelahiran ke 21.





12 December 2011

Kayak & Fikrah hidup

salam alayk' & greetings!
__________________

Hujan sudah malu-malu mahu turun. Dari lebat bertukar gerimis. Setiap titisan menujah bumi dengan penuh manja. Namun begitu tak semuanya berjaya mendarat ke permukaan bumi dek perlakuan manusia yang pejam mata dongak kepala luaskan mulut meneguk peluh langit. cis...

Petang yang bernafas lembab menyaksikan dua pasang kaki tiba di Tasik Maryam, tasik cetek paling cantik dalam kampus dengan rona coklat berkrim ala-ala minuman penawar buang angin; teh tarik dengan halia. Di sinilah pusat perkumpulan muda-mudi kampus melakukan aktiviti kesukanan demi menjaga kesihatan bodi masing-masing baik sistem metabolik ataupun susuk fizik semata-mata.

Sekumpulan rakan-rakan dari bulatan gembira telah tiba lebih awal. Masing-masing bermuka yakin dengan abiliti tersendiri dalam acara petang ini; "Berkayak menongkah arus tasik teh tarik dengan bergaya." Bergaya tak boleh dilupakan juga oleh sebab ada ramai perawan di sekitar tasik dengan renungan berbunga.

fuhh, fuuhh, ffuuuhhh - dancer
 Usai sesi perang saraf pemanas badan, masing-masing melangkah deras mendapatkan kayak dan meluncur ke gigi air umpama anak-anak penyu baru menetas. Ada penyu(baca: kayak) kuning, penyu oren, penyu ungu, penyu biru dan yang paling psiko ialah penyu dancer. Dengar cerita penyu dancer hanya mampu dikawal oleh pekayak profesional sahaja disebabkan rekabentuknya lebih aerodinamik, lebih hip menjadikan ia lebih dancy; mampu membuatkan pengendalinya bergamelan ketika menongkah arus. weih, ni apehal cerita penyu tiba-tiba!?

Perlumbaan bermula. Para pekayak memulakan kayuhan pertama. Malangnya, kekurangan penguasaan arah menyebabkan kayak-kayak bertumpu ke satu titik dan bergeseran antara satu sama lain. Geseran kuat menyebabkan suhu permukaan bahagian luar kayak meningkat lalu menghasilkan efek percikan api yang meriah lagi indah.

power power efek spark! tipu-ok-sapa-percaya-dia-sangat-lurus-berhati-mulia
Para pekayak mula mencipta ruang dengan menolak kayak masing-masing menggunakan padel. Pekayak pro Mustangs pening kepala melihat gelagat pekayak amatur. "Woi! ini bukan bumper car ride oi!" jeritnya cuma dalam hati. Mana taknya, agak susah nak bergelek sambil megimbang diri melontar suara. Silap haribulan, boleh terbalik dan lemas teh percuma.

Dipendekkan cerita, Hadi sampai dulu di hujung tasik. Peche si saudagar emas yang kedua. Aku di belakang dia. Yang lain-lain masih terpusing-pusing tak jauh dari garis permulaan. Menang kalah tak bawa makna apa pon, yang penting brotherhood!



"berkayak ni pon analogi kehidupan. untuk bermula, kayuhan pertama terasa berat, tapi bukan lagi yang kedua dan seterusnya. walaupun dah mula bergerak, tak semestinya kita boleh maintain tegak. bila-bila masa je kita boleh terdeviate. ada orang ambil jalan jauh untuk sampai ke destinasi dia, ada orang sampai terpusing-pusing, ada jugak yang terpaksa berpatah balik untuk bermula semula. tapi yang sentiasa turun training, tak sukar dia nak terus kehadapan ikut kelajuan dia. kan?"



"oi!"

lamunan terhenti. member sudah panggil.



"amacam, dah keluar kepak lom?"





heh, main kayak setahun sekali, nak keluar kepak pebendanya.

sekian.





______________
glosari
kepak - bahagian belakang bodi yang memberi figura v-shape. figura ideal tubuh lelaki.



09 December 2011

Jatuh

salam alayk' & greetings!
-

bismillah...

"tatih tatih tatih" kata ibu memanggil aku dua puluh tahun lalu. masa itu baru belajar berjalan. baru mahu belajar bagaimana guna kudrat kaki tampung berat badan. ibu pancing aku dari penjuru rumah bergotong-royong dengan ayah yang sentiasa disamping aku berjalan bersama. macam pacer yang beri motivasi kepada runner.

kadang-kadang bila langkah pertama berjaya disambung dengan langkah berikutnya, pasti aku akan jatuh. tak kira jatuh mana dulu; lutut, punggung, tapak tangan, hidung, dahi. tapi selagi ayah jadi pacer, aku tak risau. sebab dia selalu ada untuk buat aku berdiri semula.

tak lama kemudian aku pakai walker, sejenis inovasi manusia yang melanggar lumrah alam sebab ia mengajar manusia berlari sebelum berjalan. dengan walker, aku stabil dan kurang jatuh. tapi kalau sekali terjatuh, betul-betul parah. biasalah, mana ada orang belajar buat aksi akrobatik sebelum boleh berjalan. bila aku perhati anak orang, macam-macam gaya ada. cartwheel, frontflip, sideflip. semua angkara walker. mungkin aku pon dulu begitu. malah, mungkin lebih comel.


fobia fotografer 1996 - potret tak fullframe

kelmarin, sebelum aku ke kelas, aku terjatuh di jalan yang biasa aku lalu. tebing curam yang aku pijak runtuh. laluan yang ada tu memang tak bertangga cuma ia terhasil dari bekas-bekas kaki marhaen kat sini, tapi aku tak pernah lagi jatuh. entah tersilap pijak macam mana aku tak tau. terus jadi bahan gelak semasa kepada member-member.

sampai di kelas, aku jatuh lagi jatuh masa pensyarah pulangkan kertas peperiksaan matematik pertengahan semester. aku tak jatuh secara fizikal, tapi angka merah muka hadapan kertas tanam aku dalam-dalam dalam satu lubang sempitsesak. down down down. power juga penangan phail subjek feveret.

member-member lain yang terkandas turut sertai aku senyum-senyum gelak-gelak dengan muka bangang dan chillax. walhal dalam hati masing-masing merajuk-rajuk pinta ditenangkan hati momen itu. sms balas masuk:



"macam mana nak berdiri semula kalau tak pernah jatuh. midterm bukan final"
sender : Ayah




macam biasa, positif.
terima kasih.





04 December 2011

soalan sukar

salam alayk'

kali ini aku memang terasa sukarnya mengungkap kesukaran realiti. orang kata kesukaran itu subjektif. orang kata kita sendiri yang merencana makna kesukaran. orang kata suatu permasalahan jadi sukar bila ilmu kau samar.

tapi itu yang orang kata, bukan yang aku rasa. aku rasakan untuk menjawab soalan satu tambah satu tidak sukar. tapi pada seorang yang belum kenal nombor mungkin ya, sukar. aku rasakan untuk menjawab soal satu-tambah-satu-tambah-satu-samadengan-tiga mudah. tapi bukan pada orang yang percaya pada satu-tambah-satu-tambah-satu-samadengan-satu.

Ya Allah, perbetulkan niatku, permudahkan urusanku.
pernah sekali aku rasakan atmosfir kesukaran luar biasa untuk menjawab soalan paling rumit tahun 1999; peperiksaan tahap satu. soalan - antara satu kilogram kapas dan satu kilogram besi, tandakan yang mana lebih berat: a) satu kilogram kapas, b) satu kilogram besi, c) sama berat. aku tandakan b. ternyata aku salah. dihadapan kapas dan besi, nilai jisim dilupa erti.

pernah semasa aku dalam fasa mengantuk di kelas, aku bermain teka-teki tentang soalan 1999 tadi. jawapan spontan dari teman sebelah meja buat aku segar sehingga tamat kelas. siapa sangka manusia yang bergelar mahasiswa terkadang menjawab tanpa ta'kulan. dia jawab besi juga. bebal.

sama juga dengan soalan satu-tambah-satu-darab-sifar. kalau jawapan kau sifar, kau salah. jawapannya satu bukan sifar. hukum hisab tidak mungkin hasilkan jawapannya sifar.  kenapa jawapannya satu? mestilah sebab operasi darab yang dilakukan dahulu sebelum tambah.
satu-tambah-satu-darab-sifar = satu-tambah-sifar = satu.

secara spontan, menjawab apapun boleh salah. bila tersalah, soalan itu langsung masuk dalam kategori sukar. situasi lainnya, sukar pula memperjelas kenapa mesti darab sebelum tambah. ini aku tak tau. aku pernah belajar filsufnya tapi aku tak ingat. pakar-pakar di seminar etnomatik ada jawapan. aku tak.

dalam sebuah buku tentang moraliti, ada soalan yang aku rasakan sukar dan aku perlu bantuan semua yang membaca. itupun kalau ada pembaca yang ada jawapan. kalau yang membaca tiada jawapan tapi ada pendapat, aku alu-alukan.

soalannya:

Is morality grounded in religion?
Is morality subjective?
Concerning good things, are these things good because God knows them, or does God knows them because they are good?

sukar? soalan dah macam level teologis. walapon bukan bidang aku tapi aku percaya semua persoalan itu datang dari Dia dan pastinya jawapannya dari Dia juga. Dia yang paling power dan Maha Mengetahui. amacam? ada yang mahu menjawab soalan sukar ni?
ataupun kau nak soalan mudah? kalau soalan mudah:




untuk tujuan apakah para lelaki memakai kaca mata gelap di PC Fair KLCC?


ha.

jawab!









________________________


konco-konco
- @topekketopekan's mind™
- blog saye ade macam awak ke??! 
- heart _love hate  

30 November 2011

kekal hensem walau eksiden

salam alayk'.




YA ALLAH! bisikku dalam hati. dihadapan mata ada sebuah motor pilihan rempit masa kini - Yamaha LC - warna hitam terkandas di bahu jalan. kuih-kuih bertaburan. hablur kaca dari sidemirror yang tercabut saling samar dengan pepasir jalan. sudu plastik, lock motor, tempat pemijak belakang semuanya bersepah tanpa aturan. hujan masih terus jatuh membasahi simpang 3 curam.

aku berhentikan motor untuk dapatkan mangsa. dia terlentang di tengah persimpangan. kakinya terkangkang, tangannya terdepang. gayanya seakan-akan membentuk aksara X kalau dilihat dari udara. entah dari mana dia belajar simbol meminta pertolongan sebegitu rupa. aku tak tahu. aku bukan pbsm zaman sekolah dulu.

"bro! bro! ko ok tak!?"

senyap dia membisu. rintik-rintik hujan masih jatuh padu ke mukanya. iras mukanya seperti pemain sayap kiri Harimau Muda, Fandi Othman. serius mirip. walaupun begitu, raut wajahnya bagitahu aku yang dia sedang suffer.


you can be a hero after you die - credit

mungkin dia sedang berada di satu ruang abstrak yang dia tak pernah sampai. terawang-awang di alam bunian seorang diri mencari teman, mencari pedoman. atau mungkin dia terkenangkan nasibnya yang kelaparan kemudian kemalangan sebelum sempat sampai ke bilik berkongsi makanan bersama teman-teman. tapi sekilas pandang, ada juga seakan ekspresi anak kecil yang sedang meneran di dalam jamban sekuat upaya namun sembelit menjadi penghalang.

tapi itu bukan lagi prioriti. situasi ini berjiwa tensi. yang lebih penting sekarang ialah keselamatan mangsa.

"ughhh..." rintihnya.

darah mengalir dari belakang kepalanya dan melarut dibawa arus air hujan. pergerakan aku buntu. kegilaan apa aku sorang-sorang je dengan brader ni. takkan takde orang lain kat sini yang pandai bab-bab pertolongan cemas ni. ada dua mahallah di kiri dan kanan jalan tapi takde sorang pon turun. mahu tak mahu, aku gerakkan badan dia supaya dia tersedar.

tak lama kemudian ada seorang brader bercelana pendek tidak berbaju datang. aku tinggalkan dia bersama mangsa untuk alihkan motor yang menyekat laluan sebuah Kancil biru. setelah kancil yang ignoren itu berlalu pergi, aku merapat kembali kepada mereka. mangsa dah tersedar. matanya dibuka kecil-kecilan kerana mahu menepis air hujan.

"boleh bangun tak bro?" soal brader yang berlenggeng tadi. mangsa masih diam. dia cuma balas soalan dengan mimik-mimik muka esentrik. kami angkat dan bantu dia berdiri. setelah beberapa ketika barulah dia stabil untuk berdiri di atas kaki sendiri. darah masih mengalir dari belakang kepala. ada dua luka yang memerahkan warna rambutnya. siku kiri dia turut tercalar teruk, secalar bodykit motornya.


tanpa bertentang mata, dia dapatkan motor dan katakan pada kami -

"terima kasih. aku OK"






dalam kebasahan, aku dan brader gonjeng saling berpandangan. kami sama-sama bersetuju bahwa mangsa ialah seorang yang cool.









konco-konco baru -

Yohoo~ 
~~ ParT oF mY LiFe ~~  
-_mencari diri sendiri_-

28 November 2011

entri pembukaan tahun & Maryam

salam alyk'

Awal Muharram 1432h yang lalu, arkib aku ialah begini :

2010.12.06 - Chocolate-making
2010.12.07 - 1 Muharram 1432h
2010.12.08 - [vid] Ice-skating.
2010.12.10 - Greg vs Hijr Calendar

tahun ini nampaknya begini:

2011.11.23 - ww #3 : perkataan.
2011.11.15 - [RBRF] Karipap-Karipap Cinta
2011.11.10 - Alleria the Windrunner

pic - credit

dalam cara apa jalan dihadapan ni mahu aku tuliskan? aku tak pasti lagi apa jenis tulisan yang bakal aku lihat 1 Muharram 1434H nanti. aku nak lihat juga apa pencapaian aku dalam tahun baru ni. aku harap pencapaian spiritual aku tumbuh sihat sejajar dengan pencapaian intelek dan fizikal aku. untuk itu aku perlu harapkan semuanya pada Allah. dari Dia datangnya cahaya, dari Dia juga datang perkara menduga. kepada geng-geng blogger yang lain, semoga terus menulis untuk santapan masa lapang aku.

aku biarkan lewat malam semalam melarut dengan filem Maryam. filem yang sangat menarik dan rare. efek filem bertambah power kalau menonton filem ni bersama tafsir Quran di sisi bersama lima puluh gram cikedis.

SALAM MAAL HIJRAH 1433H







23 November 2011

ww #3 : perkataan.

salam alayk' & greetings!

ms13: fasal yang ke3 - pada menyatakan lidah. Penawar Bagi Hati





dan ketahui olehmu bahawasanya perkataan engkau itu ada kalanya taat atau maksiat atau yang harus yang sia-sia. maka jika ada ia taat seperti menyuruh dengan mengerjakan kebajikan dan melarang daripada kejahatan, maka padanya pahala yang besar-besar dan jika ada ia maksiat maka padanya seksa yang tiada engkau kuasa menanggungnya...





--------

copy dari kitab yang aku tak pernah khatam.  (*.*)'



15 November 2011

[RBRF] Karipap-Karipap Cinta


Salam alayk' & greetings!

RBRF - Review buku review filem.

Aku pernah sekali ternampak status facebook kawan aku:

Camane nak tackle makwe DQ eh?

Lebih kurang macam tulah status dia. Kemudian satu demi satu komen dia terima berbunyi prejudis. Contoh; 

tak malu ka nak makwe ustazah, hang solat pon Inna a’toinaa dengan Qulhuallah ja. Ada hati nak yang solehah.

Lebih kurang cenggitu jugalah komen tak membina yang diterimanya.

Sebelum apa-apa, fyi DQ disini bermaksud Darul Quran dimana pelajar-pelajar nya mengikuti kursus pengajian Al-Quran sama ada sijil(1 tahun) atau pun diploma(3 tahun). Yang pasti, lulusan DQ ni sudah tentulah para hafiz dan hafizah belaka.

Macam mustahil nak dapat spouse ustazah kalau kau bukan ustaz, cenggitu?

Persoalan nilah yang aku terasa penulis mahu ketengahkan selepas baca novel nih. Tipulah kalau kata sesorang itu tak pernah berangan atau berdoa untuk hubungan yang baik kan? kita (Muslim) disarankan sedaya upaya membina rumahtangga mengikut model yang Islam ajarkan (2:221). Kalau bukan persoalan ni yang penulis mahu bawak, takpe. aku mahu tulis juga tentang ini.

lagi, ada juga persoalan-persoalan yang dituju kepada golongan yang mendalami ilmu agama tapi tidak mahu menjadi ustaz/ustazah, konsep da'wah. dan  sebagainya. ada yang kata ianya sebagai parodi kepada ayat-ayat cinta.

Filem dia aku tak tengok habis pasal aku pegang kata-kata entah siapa yang bunyi dia ada macam ni; Movie spoils the book. Secara eksperimentalnya ya. Akan wujud perasaan loophole kalau kau dah pernah baca buku dia sebelum tengok movie macam Harry Porter, Da Vinci Code, Angels Demon, Ayat-ayat Cinta, Stoning of Soraya M and so on. 

dan yang kedua, aku memang tak rasa nak habiskan tengok filemnya. maklumlah, bukan sukar menekan arah kanan pada keyboard ni untuk skip beberapa saat kehadapan. tapi aku tengok jugalah sebab aku ternanti-nanti beberapa persembahan dialog-dialog lucu dari buku dalam filem. itu menarik. namun begitu aku masih rasa ada part yang tak perlu pon sebenarnya ditambah. entahlah ini pendapat personal bukan professional sahaja.

untuk KKC, trailer dia je sudah mendownkan keterujaan menanti filemnya. Kalau kau seorang mahasiswa Al-Azhar, atau mahasiswa Universiti dekat-dekat dengan Al-Azhar,  atau kau ada seorang kawan belajar di Al-Azhar, atau kau kenal dengan siapa-siapa yang belajar di sana, atau kau pernah baca blog mahasiswa Al-Azhar, ce bagi dia filem ni dan lihat apa respon dia.

walaupun aku tak pernah ke sana, tapi melalui beberapa orang kawan aku yang disana, aku boleh rasakan yang Roh Al-Azhar tidak langsung dicuba untuk digarap dengan baik dalam filem. Sorry to say.dan aku tak tahu apa akan terjadi kalau pihak Al-Azhar sendiri nanti mempersoal lakon layar yang bawa nama mereka dalam karya ni. 

sedangkan orang Mesir pon bising dengan lokasi penggambaran filem ayat-ayat cinta yang dibuat di Jakarta, India etc untuk menggambarkan Mesir. filem yang adaptasi dari bukunya hasil tulisan Kang Abik yang pernah diulas oleh Pak Samad. Katanya untuk menggambarkan betapa roh Mesir itu hidup diungkap dalam ulasan pendek beliau:

"...tak membacanya umpama melepaskan peluang untuk mencium bau, merasa iklim dan memahami gerak hidup insan Indonesia di luar dan di dalam negaranya"


barisan pelakon?
tak mahu ambil port

Ok, sekarang review buku.


Aku rasa idea tentang kisah cinta Ali & Sarah ni sangat hip. Sangat menarik bila seorang yang biasa-biasa cuba menambat hati seorang lulusan Al-Azhar. Top 10 best students pulak tu si Sarah ni. Memang dalam situasi kampus sekarang ni, idea ni sangat applicable. Kalau anda seorang brother, ce bawa parent anda ke UIA ni, tak kisahlah ambil angin ka, layan landskap ka, kursus SPM ka atau seminar. Komfem mak anda akan asyik bercerita tentang jodoh. Fakta.

Bukannya nak kata bukan ustazah tu tak market, tidak. cuma kau tahu kan kalau manusia sedang mengidamkan yang ideal? (24:26) Semuanya yang indah-indah belaka. Umpama tajuk-tajuk karangan yang bersifat halusinasi di sekolah rendah. 

Kereta impian saya, rumah impian saya, negara impian saya dan lain-lain. cuma tajuk pasangan hidup impian saya tak pernah dibincangkan disebabkan tahap pemikiran kanak-kanak sekolah rendah yang belum mampu membuat ta'kulan di tahap itu. Halusinasi ini bersifat mistikal. Umpama berangan sambil picit jerawat di siang hari dihadapan skrin laptop anda membaca blog ini.

walaupun begitu, menungkap kata Mr K dalam Kitab Terfaktab, semua ciri-ciri ideal tu akan hilang maknanya once kau jatuh cinta, ciri-ciri ideal tu semua akan diketepi dan kau pasti akan cuba isi ketidaksempurnaan spouse masing-masing. Nuff said. 

Plot. Ya, perasaan kosong itu datang dari plot cerita. Cara perkembangan tautan hati antara Ali dan Sarah tak berapa nak terasa. Entah macam mana Sarah boleh terus menyukai Ali yang menipu mengaku dirinya graduan Azhar, lepastu gelabah dalam tindakannya menyebabkan kebodohannya terampil. bak kata-kata klise, demi cinta sanggup korban segala. namun, kadang-kadang ada beza antara pengorbanan dan kebodohan.

apapon perlakuan Ali, Sarah tolerate. dia mahu biar Ali mahu dia. Yang pasti, Sarah tahu Ali syok kat dia sejak kali pertama Ali ternampak dia. Walaupun aku tak faham sangat perempuan, tapi ada kawan perempuan aku pernah bagitau; if you like a girl, tell it in her face. Nescaya berhutan rimbalah taman hatinya dengan kuntuman bunga-bunga cinta yang mekar. Cewah

mungkin itu yang berlaku pada Sarah. walaupun secara realitinya, perempuan yang macam Sarah ni tahu lebih banyak tentang bab perhubungan berbanding lelaki. mereka lebih suka baca buku-buku tentang percintaan, mereka lebih ramai memenuhi dewan di kursus kawen, di dalam usrah mereka ada perbincangan tentang ikhtilat dan lain-lain. tapi Sarah, kenapa terlalu mudah keluar dengan Ali?

semasa membaca buku ini, ada watak-watak imaginasi yang hidup dalam khayalan kotak wayang fikiran. sebelum aku tahu siapa barisan pelakon, watak Ali ialah brader Vovin sendiri dan watak Sarah tentulah sis Husna the covergirl. tapi selepas tengok trailer, aktor dan aktres utama pula yang berlari-lari bersilat dalam kepala. haisy...

Lagi apa ye, oh ye karipap. Cerita pembuatan karipap tak kick sangat sebab ia cuma muncul di bab-bab akhir. Takdelah macam Nasi Lemak 2.0 yang memang almost the whole movie cerita pasal cara pembuatan nasi lemak. Dalam babak akhir KKC, karipap sepatutnya jadi agent twist untuk Ali memenangi kembali pemilik cintanya, Sarah. tapi, twist yang berlaku dalam plot ni disebabkan oleh tindakan Ali yang haru dan gelabah.

Persembahan cerita? Lucu. Sangat lucu sebenarnya. Kau pernah baca blog brader Vovin si penulis tak? Selucu itu jugalah bila dalam novelnya. Penuh dengan komedi-komedi senget lagi menyengetkan. Cukup buat pembaca dipandang gila kerana terhehe terhuhu seorang diri. Sekian.

Bacaan santai yang sangat bagus dengan persoalan-persoalan dilema remaja masakini.


10 November 2011

Alleria the Windrunner

Salam aly'k.


lama dah cerita pendek ni tersimpan dalam draft.baru harini cuba auto publish by schedule.
__________________________________________________________________




 Alleria the Windrunner membidik sasarannya dengan serius. Dia rasa tertekan dengan pesaingnya Akasha the Queen of Pain yang terlebih dahulu mengenai bulatan merah sasarannya. Alleria tahu yang Akasha telah menggunakan taktik Sonic Wave nya untuk mengelirukan pandangan Roshan. Dalam riuh kabut jeritannya itu, dia pacakkan pisau belatinya tanpa pemerhatian Roshan. 

Cuma Alleria yang tahu muslihat liciknya. Masakan Akasha boleh mengena sasarannya yang jaraknya 1000 distance sedangkan attacking range dia cuma 550. Dengan sombong Akasha bisikkan pada dia Turn me lose. Angkuh!

Harapan warga marhaen Kampung Sentinel kini terletak dibahunya. Semuanya berdebar-debar menanti bidikan Alleria.Kemahiran Powershot miliknya mampu melepaskan anak panah sejauh 1700 distance dengan menembusi apa jua halangan. Rakyat marhaen Scourge juga turut gusar. Kemenangan yang merupakan piala sacred Aegis of Immortals akan memberikan kelebihan luar biasa dalam pertempuran akan datang.

Peserta Sentinel sebelumnya, Mirana Nightshade berdoa tanpa melihat gelanggang. Dia malu apabila Elune’s Arrownya tersasar akibat Frostsaber yang terLeap tak tentu pasal ketika giliran dia tadi. Dasar harimau putih nyanyuk! Buat malu sahaja. Aku kemainlah “Trust in my commands! Strike for the Goddess” segala bagai, sekali kau Leap buat panah aku tersasar hampir terkena Knight Davion. Malu! Malu! Malu!

Dalam masa yang sama Knight Davion menyarung armor kepalanya. Niatnya mahu sembunyikan mukanya yang merah padam saat Elune’s Arrow itu ditampannya. Ah! Inilah dia. Anak panah cinta dari makwe idamannya, Mirana Nightshade.

Kalut kotak fikirannya mahu balas confession Mirana. Patutkah dia lafazkan What is your wish? How may I serve? I’m honored. Bukan! Bukan! Itu bukan ayat-ayat cinta. Itu ayat-ayat kesatria. Aku perlu tambat hatinya dengan puisi-puisi indah, ayat-ayat cinta, ayat-ayat Tumblr. Buntu  otaknya berfikir. Bak kata Vovin - Jangan terlajak kata, nanti tiadalah bermakwe. Elune's Arrow digenggam rapi.

Dari atas menara pula Traxex the Drow Ranger memekik mekik bagi semangat kepada menteenya.
Let the phantom arrow fly!!!

Dia disertai si Dwarf tua, Kardel Sharpeye yang turut melompat-lombat memberi kata-kata semangat. Alleria! Locked & loaded? Fire! Shoot to kill! Fire! Fire!  

Demnok Lennik the Warlock dah annoyed gila dengan Kardel. Kalau Roshan tiada di situ sudah tentu dia cast Inferno kasi hentak sama Dwarf tua itu. Samalah juga dengan Vol'Jin the Witch Doctor. 

Boleh sahaja diMeledictkan Dwarf tua tu kasi berhenti menyalak.Tapi didepan Roshan, semuanya elok budi pekerti.

Pudge pula tak henti-henti memancing pelanggan di gerainya. Fresh meat! Fresh meat ! Ymir Tuskarr tak lepaskan peluang menjamah Ghoul goreng buatan Pudge. Di tempatnya tiada makanan begini.

Disebelah yang lain, Jakiro the Twin Head Dragon pula bergadoh sesame kepalanya sendiri. Si kepala api sokong Scourge manakala Si kepala ais sokong Sentinel. Hasilnya, kabus yang tebal menambah dramatic suasana pertandingan.

Mudah kerja Boush the Tinker memerangkap Ketua Teknikal hari itu. Tak perlu dia bersusah payah study engineering untuk sediakan mesin khas efek kabus semasa penyampaian hadiah nanti. That guy is nuts, grab him. Aku mahu dia kerja dengan aku, arahnya kepada Rhasta_Shadow Shaman.Rhasta bersiap-siap sediakan Shacklesnya. Dazdingo! Heads will roll!

Perhatian kembali semula ke gelanggang. Masanya sudah tiba untuk mengetahui keputusan perlawanan.

Sssuuppp!

Alleria melepaskan Powershotnya ke arah sasaran. Dia bayangkan wajah Lion the Demon Witch di bulatan merah itu.Dendamnya terhadap Lion yang gemar Voodokan dia kepada seekor ayam sebelum dicucuk-Impalekan dari bawah tanah memang sangat annoying. Hatinya sedikit terubat bila bayangkan scene dia memanah Lion bertubi-tubi dengan ulti Focus Fire nya.

Sssuuppp!

Anak panah Powershot terus meluru laju membelah udara.










Kkttiiiiinggg!!!



Dagger milik Akasha yang mulanya terbenam di sasaran itu terbelah dua oleh anak panah Powershot milik Alleria. Bagai gerak tayang slowmo, pecahan dagger itu terpelanting berpusing-pusing ke udara sebelum mencecah tanah. 

Yang terpacak hanyalah Anak panah Powershot. Alleria telah menang! The Sentinel telah menang! Hadirin bersorak!


Dengan kereknya, Alleria berpaling mencari Akasha.




CRY!!!!!!




Herdiknya tepat ke muka Akasha. 



Sentinel have won.


-----------------------------------------------------------------------

Begitulah sedikit sebanyak kisah Pertandingan Memanah anjuran Roshan di antara The Sentinel dan The Scourge.







oh ya, noobies tak mungkin faham cerpen ini. XD


nah intro - link







07 November 2011

[VIDEO] SerumpuN 2011 : Seminar penulisan paling keren di seantero Nusantara

salam alyk' & greetings peeps!



faham tajuk entri ni?

Seminar penulisan paling keren di seantero Nusantara.

atau diterjemah kepada Bahasa Melayu dalam slanga kontemporarinya -

Seminar penulisan paling power di seluruh Nusantara (Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura)

http://www.youtube.com/playlist?list=PLB26054A89CBB8756


senarai main (playlist) ni ialah hasil kerja-laptop-tersangkut-sangkut-skrin-biru-dan-roti-burger-kebas-sebab-duduk-lama-gila-mengadap-perisian-suntingan-video-dan-juga-masalah-internet-perlahan-tapi-masih-optimis-mahu-muatnaik-video-saiz-ratusan-megabit-ke-Youtube.com

video asal aku salin(copy) dari tukang rekod saiznya 13 gigabit(gb). panjang keseluruhan video ialah 4 jam 59 minit. kesuluruhan video dah disusun(compile) jadi satu video. sakit jugalah mahu cerakin(trim) dan sunting(edit) satu video itu kepada pecahan-pecahan mengikut sesi-sesi berasingan sepanjang seminar.

apapun, dijemput semua melayan video SerumpuN 2011 ni. ada terlampau banyak perkongsian hikmah yang padu bertubi-tubi dari penulis-penulis lejen Nusantara.

1. Habiburrahman El Shirazy
2. Asma Nadia
3. Helvy Tiana Rosa
4. Alwi Alatas
5. Fatimah Syarha

Selamat menonton.



Slot 1: Bedah Filem - Ketika Cinta Bertasbih oleh Habiburrahman el Shirazy dan moderator ganteng Luqman.



Slot 2: Seminar Penulisan Sesi 1



Slot 3: Seminar Penulisan Sesi 2



Capaian untuk ke senarai main video (ada 11 video kesemuanya)-

http://www.youtube.com/playlist?list=PLB26054A89CBB8756

iklan - kalau tak boleh stream sebab internet anda tak power atau tak reti nak muat turun video. bak datang pendrive saiz 3gb*

*applicable untuk kenalan yang membaca.





 keadaan laptop yang terbeban, ada macam motor buat angkut haiwan korban. mode terkorban





*raya yang haru juga bila ahli keluarga semua pergi balik kampung atok beraya ditinggal cuma aku dan seorang lagi bakal SPM. katanya matematik tambahan susah. SPM oh SPM. grrrrrr... *



hari ini : 26th SEA GAMES
Malaysia vs Singapura . 5 petang

Kemon ! Harimau Malaya!





04 November 2011

tiga ratus enam puluh satu kilometer

salam alayk'

disnap dari label botol air minuman Giant. lihat lokasi punca airnya. Kota Tinggi. sama macam dalam tiket destinasi esok hari.  

ada beza antara 1 Syawal dan 10 Zulhijjah dalam norma masyarakat kita, manhaj Malizi.

tiada bazar-bazar khas berminggu-minggu yang sedia tempat berbelanja,
tiada letupan-percikan mercun semeriah Syawal,
tiada pernah terdengar lagu-lagu eid Adha,

perasaannya sedikit berbeza.

terutamanya ketika menyaksikan penyembelihan.
pernah masa kecil dahulu aku tinggalkan animasi Silat Lagenda untuk tengok lembu disembelih. mana taknya, menyaksi penyembelihan ialah acara paling penting yang buat persekitaran masjid penuh dengan warga kampung.

apalah sangat pada rancangan tv. tak rare, tak cukup rare. walaupun sampai sekarang tak jumpa link nak muat turun silat lagenda.

ada simbolik yang sangat penting dari kisah penyembelihan haiwan ternakan dari sirah. tapi yang paling menarik sepanjang pengalaman kehidupan di suku pertama Zulhijjah ialah dengar cerita lembu yang duduk sendiri bila si penyembelih tiba untuk melaksana penyembelihan.

tak percaya?

percayalah. lembu yang sedang diikat itu jatuhkan badannya sendiri setelah diusap-usap oleh bakal penyembelih. kemudian disembelih dengan tenang.

ustaz Sulaiman? ustaz Selamat? tak ingat nama orangnya. tapi yang pasti, tiga empat hari sebelum sembelihan, dia akan duduk lepak bersama haiwan ternak yang bakal disemeblih. dia usap, dia bisikkan tentang masa depan haiwan itu ke telinganya.

"engkau ni, lusa nak disembelih, jadi haiwan korban, nak agih pada semua. macam dulu-dulu cerita kibas yang ganti tempat Nabi Ismail"

tak sangka, haiwan pon faham.
ia boleh faham tujuan hidupnya dan ia lalui pengorbanannya penuh redha.

ustaz tu, tak tipu. power. memang ada orang yang tahap ilmunya melangit malah diperakui pula oleh haiwan ternakan yang tanpa akal. manusia saja makhluk dengan ego menokok tambah cerita tentang ilmu-ilmu sebegini.

nanti katanya sihir,

simpan belaan,

ilmu hitam,

dan segalanya yang buruk-buruk belaka.

masalah.

masalah orang kita.

berburuk sangka.






Salam Aidil Adha buat semua.




-------------

kongsi:
entri best sempena Aidil Adha




Spurs 0-1 Rubin Kazan. aaarrggghh!






31 October 2011

glamer sekejap bersama The Torch

salam alayk' and greetings.
muka surat pertama bahagian sukan - IIUM Mustangs


ya, iya, aku tekap surat kabar The Torch tu ke pengimbas, imbas, dan kemudian muat naik. tak payah buat muka pelik, ini gambar dari akhbar. jangan ragu.

chillax

ok, sekarang sila senyum.

gambar diatas ialah  hasil dari imbasan menggunakan pengimbas Epson Stylus TX milik rakan sebilik aku. kalau tak faham apa maksud imbasan sila ke Google translate. ia dah jadi rakan penterjemah terbaik aku di alam maya.

untuk pengetahuan dunia, UIAM telah menerbitkan akhbar rasmi peringkat kampus dengan kerjasama otai akhbar Malaysia, kumpulan penerbitan Berita Selat Kali Tekan News Straits Times Press (NSTP) bermula semester ini. sebulan sekali. setakat ni dah dua kali terbitan.

komen aku dalam 3 perkataan - eksklusif, eksklusif, dan eksklusif.

oh ya, nak tahu kenapa muka surat pertama seksyen sukan yang aku kongsikan?

nampak gambar abang tanpa lengan kiri tu pegang basikal? jangan main-main, kurang anggota pon hebat. belum tentu boleh menang kalau rentap bersama.

nampak gambar gadis tersengih pegang medal berbaju kuning? ini dia satu-satunya peserta dari UIAM yang dapat hadiah. tempat kedua beb. hebat

nampak gambar tayar-tayar basikal yang disusun rapi tu? ini menunjukkan tahap disiplin para peserta yang tidak meletakkan basikal bersepah-sepah seperti kanak-kanak yang teruja bermain sungai setelah ponteng sekolah agama.

gambar ni takde simbolik sangat pon, rasanya editor bermain ilusi optik dengan pembaca. sainsnya ialah meletakkan lebih banyak gambar boleh cukupkan ruang yang kosong akibat kekurangan idea untuk menulis lebih panjang disebabkan tak temubual lebih ramai peserta. opps!

bergurau ok. takpun, cuba bergurau.



oh ya, yang paling utama pastilah gambar yang paling besar menunjukkan para peserta yang bermula dengan penuh semangat kesukanan yang berkobar-kobar sebelum pancit di kilometer-kilometer hadapan.






perasan kan budak berkaca mata berjersi Kelantan berstokin oren?


itu aku.


seriusli, menang gaya.


terima kasih The Torch.



*pengumuman dari pihak The Torch -

We have saved 300 copies of issue 2 for those who missed it in Gombak! Available tomorrow (31st October 2011) at the business center (the area in front of Double A photocopy center) from 1pm-2pm. Get your copy before it's too late! ;)

siapa tak dapat lagi? sila ke Business Center esok.

pengumuman dia siap ada smiley lagi. peh!

mesti admin facebook mereka ni orang yang ceria.


sekian.

25 October 2011

the Keirsey test

salam alay'k & greetings!

credit pic

recently I took the 60 questions test originally developed by Keirsey and I got to know my result right away. it says


ENFP (extraversion, intuition, feeling, perception)

E – Extraversion is preferred to introversion.
N – Intuition is preferred to sense. 
F – Feeling is preferred to thinking.
      P – Perception is preferred to judgment.

briefly said
Do very well in executive roles even though their characteristics of effervescence, enthusiasm, and spontaneity are not typical of top corporate managers. They can be very skilled at flying by the seat of their pants. Can do many things at the same time but might neglect to plan and be prepared. More females fit this type than males, but males ten to be promoted. Have great ability to empower others. Inspiration rather than control is key to their management style.

then in a leadership camp, When a psychologist asks me to draw a cow, I drew it with its head heading west.

He read me as traditional, schematic but with firm principles.

He read me as a person who would be very likely to draw my own village with the sun rises between two mountains.

He read me as people who usually stick to what they know rather than being overly enthusiastic about trying new things.

He read me as people who appear disorganized, but tend to be spontaneous and have a good sense of fun.

He read me as who are often perceived as gregarious, expressive and energetic.

He read me as someone who enjoys socializing and is quick to form new friendships.

He read me as People who are likely to show concern for the feelings of others and will be inclined to help those in needs.



who's really me?
who're you?





Man 'arafa nafsahu faqad 'arafa Rabbahu - Whosoever knows himself knows his Lord






22 October 2011

"hormat ilmu!" - "student power!"

salam alay'k and greetings!


sebulan yang lepas aku burjaya habiskan bacaan Minda Tertawan. di permulaan buku sudah cerita tentang para intelek yang dinafi hak, dilucut jawatan, dan dikena apa segala arahan yang pihak atasan keluarkan untuk mengekang akitiviti mereka.

play it by the book memang boleh buat keadilan jadi samar. aku masih ingat, 2 tahun lepas di satu seminar Syed Naquib Al-Attas pernah sharing moment tentang apa yang berlaku kepada dia semasa diberhentikan dari bertugas. tahukah anda, mendengar ucapan orang yang terzalim betul-betul boleh menyentuh hati-hati audiens dan membakar aktivism.

itu dulu.

semalam

tulisan buku jadi realiti. macam novel diadaptasi jadi movie.


lagi gambar - link


di perkarangan masjid, mereka - pelajar, alumni, staf, lecturer, aktivis, orang yang jelas tentang isu, orang-orang bingung isu yang kurang peduli, media, spectators, aku - berhimpun demi menuntut penjelasan dan pembebasan DAAB.

"hormat ilmu!"

"bebas AB!"

"hancur kezaliman!"

"student power!"

ramai-ramai melaungkan slogan-slogan dalam uniti, serentak bersama. permulaan demonstrasi bermula cukup baik. pihak sekuriti benarkan kepala himpunan membuat ucapan. orang ramai mengambil tempat.

tapi,

keciwa #1

berdemo secara intelekkah kalau menolak merempuh barisan sekuriti? pintu ofis rektor bukannya mampu tanggung semua ratusan kita. oh ya, prof nik (deputy rector) pon turut hanyut dengan arus insensible puak-puak belakang yang menolak-nolak.

setakat pemerhatian aku orang-orang belakang cukup high masa ni. mungkin kalau ajak bertumbuk memang tak berpeluang menang dengan mereka. kemonlah. mesej aku tuju khas kepada orang2 yang buat demo nampak teruk-buruk dalam video post-demo. jangan bawa nama demo intelek kalau begini.

adab diketepi, amarah takluk diri.

anyway, alhamdulillah,
memorandum burjaya diserah.

keciwa #2

ramai rupanya tak tahu isu. yes. dimana-mana pon begini. tapi itu aku tak ambil port sangat. yang sedihnya bila tahu anak murid DAAB sendiri yang bingung keliru. hai lah~

well, aku pon bukan kenal sangat DAAB since aku bukan AIKOLIANs. but, DAAB telah terlibat secara aktif dalam isu-isu negara since beliau adalah seorang pakar perlembagaan yang power dan sangat responsif.

hurrmm, tak mengapalah. memang demonstrasi konsepnya riuh dan pencuri-perhatian. yang kabur dijelas, yang pasif diaktif, yang seorang sendiri jadi ramai berdiri

sedikit musykil, aku taktau kenapa some aikolians yang aku kenal suka sebut "aikolians" dengan gedik sekali. part "ko" dioral dengan sedikit hembusan dari dalam mulut sambil menggeleng kepala clockwise. katanya memang cara sebutnya begitu. ini mitos yang belum sempat aku kaji. curious juga.

lagi gambar - link
keciwa #3

kemunculan politikus.

tahukah anda aku dan beberapa orang kawan yang lain mengidamkan demonstrasi semalam berkonsep from students, by students, for students; fight for lecturers.

kalaulah demo semalam tanpa politikus.

phail 1. organiser of course la bukan students body. tak kiralah siapa tapi aku kenal muka beberapa aktivis gerakan mahasiswa dari luar kampus. tahniah kepada kalian atas semangat aktivism kalian. aku dah pergi beberapa program anjuran diorang ni dan setakat ni aku suka, tapi semalam ada phail sikit.

phail 2. for the sake of nak jadi professional observer, aku telah lama belajar untuk runtuh tembok stigma, diskriminasi dari melabel people. satu habit kurang sihat yang buat aku tersangkut dalam judgment yang aku buat sendiri dari kotak kepala aku.

aku belajar buat kawan pelbagai kaum-bangsa-agama, mix up with PLWHA, etc. tapi aku ada sikit judgmental reservoir when it comes to poiliticians and LBGT. entahlah kenapa.

what's done is done. politicians did make appearance and the demo continues. sudahlah nanti di kemudian hari, orang yang selalunya menerima berita akan melihat demonstrasi semalam sebagai demonstrasi yang ada kepentingan politik oleh sebab kemunculan politikus.

bukan semua orang profeesional observer, dan bukan semua orang cuba menjadi professional observer.


lihatlah sendiri.

galeri dari digicam aku - link

versi MalaysiaKini - link
versi KLPos - link


*tadi aku ke Himpun. tapi bingung keliru. hurmm. nanti aku tuliskan. lihat dulu di sini- link*



18 October 2011

Zina ! tragedi sedih umat kini !


salam alayk' and greetings!

=)

dijemput semua ke seminar keluarga sakinah: zina! tragedi sedih umat kini.

Zzzzzzzzzz….

Bunyi Fon bergetar dalam mode silent. sms dari mister presiden.  Katanya ada tugasan. Ada berita untuk sebaran. Petang itu aku terima 3 surat. Dan tadi sempat aku selesai tempekkan di ruang iklan. Poster yang diatas.

Zzzzzzzzzz….

Fon bergetar lagi. Dalam senyap, aku curi-curi baca mesej tanpa pengetahuan lecturer.

“kelas petang ni cancel. Madam is hospitalized. Wait for further info for next class

“sakit apa?”

“ermm, dengar cerita, miscarriage. Doakan dia”

Ya Allah.

Ada Rasa chill menghembus dari dalam. Bukan sebab dinginnya penghawa, bukan sebab tiupan sepoi angin pra-hujan. Cumalah tiba-tiba terasa.

Rasa yang buat badan menggigil sentuh air pili di subuh hari, rasa hiba seakan membukit berlapis-lapis dari dalam dada kiri.

Sebak. Bila cuma dengar beritanya. Entah Apa rasa madam yang menanggung duka? Bukan mudah terima kenyataan bila tahu gugurnya kandungan.

*pause, berdoa untuk madam*


Hurmm…

Sambil menulis ni, sambil menghadap poster di softboard biru. Tajuk seminarnya tentang zina. Masalah yang tak terpadam perbahasannya sejak sekian lama tanpa solusi holistik.

Sms tentang cerita madam masih di talipon.

Kalau ada surat khabar dalam bilik ni, aku macam rasa pasti berita perihal buang-bayi-buang-janin-buang-anak terpapar dalam liputan. Pasti!


*pause, tarik nafas*

Fikir fikir fikir.

Orang yang sedang menanti cahaya mata hasil perkahwinan yang halal boleh sahaja diduga Allah tanpa dijangka.

orang yang terlibat dengan zina pula sibuk buang anak buang bukti.
cerita apa ni?



 *blog ni dah macam blog iklan. aiseh