Showing posts with label iLurveNature. Show all posts
Showing posts with label iLurveNature. Show all posts

01 July 2012

mes-Mersing-rizing





JB - Kota Tinggi - Mersing - Kota Tinggi - JB
2 hari 1 malam

jalan zigzag, semilir nafas pantai, ABC Majidee, bendang hijau, mee rebus, kanvas langit biru, air masin segar, nasi ayam, lantunan Yassin tahlil, roti canai,

pagi,
menanti abam mentari,
muncul; dan mulakan hari.

memori Mersing, mesmerizing.
mes-Mersing-rizing.


_________________________________________________________

credit:

last 3 photos - Izwan (http://www.izwanyusof.com/blog)

music -
Good Occasions by Marble Sounds
(http://www.marblesounds.com)







12 December 2011

Kayak & Fikrah hidup

salam alayk' & greetings!
__________________

Hujan sudah malu-malu mahu turun. Dari lebat bertukar gerimis. Setiap titisan menujah bumi dengan penuh manja. Namun begitu tak semuanya berjaya mendarat ke permukaan bumi dek perlakuan manusia yang pejam mata dongak kepala luaskan mulut meneguk peluh langit. cis...

Petang yang bernafas lembab menyaksikan dua pasang kaki tiba di Tasik Maryam, tasik cetek paling cantik dalam kampus dengan rona coklat berkrim ala-ala minuman penawar buang angin; teh tarik dengan halia. Di sinilah pusat perkumpulan muda-mudi kampus melakukan aktiviti kesukanan demi menjaga kesihatan bodi masing-masing baik sistem metabolik ataupun susuk fizik semata-mata.

Sekumpulan rakan-rakan dari bulatan gembira telah tiba lebih awal. Masing-masing bermuka yakin dengan abiliti tersendiri dalam acara petang ini; "Berkayak menongkah arus tasik teh tarik dengan bergaya." Bergaya tak boleh dilupakan juga oleh sebab ada ramai perawan di sekitar tasik dengan renungan berbunga.

fuhh, fuuhh, ffuuuhhh - dancer
 Usai sesi perang saraf pemanas badan, masing-masing melangkah deras mendapatkan kayak dan meluncur ke gigi air umpama anak-anak penyu baru menetas. Ada penyu(baca: kayak) kuning, penyu oren, penyu ungu, penyu biru dan yang paling psiko ialah penyu dancer. Dengar cerita penyu dancer hanya mampu dikawal oleh pekayak profesional sahaja disebabkan rekabentuknya lebih aerodinamik, lebih hip menjadikan ia lebih dancy; mampu membuatkan pengendalinya bergamelan ketika menongkah arus. weih, ni apehal cerita penyu tiba-tiba!?

Perlumbaan bermula. Para pekayak memulakan kayuhan pertama. Malangnya, kekurangan penguasaan arah menyebabkan kayak-kayak bertumpu ke satu titik dan bergeseran antara satu sama lain. Geseran kuat menyebabkan suhu permukaan bahagian luar kayak meningkat lalu menghasilkan efek percikan api yang meriah lagi indah.

power power efek spark! tipu-ok-sapa-percaya-dia-sangat-lurus-berhati-mulia
Para pekayak mula mencipta ruang dengan menolak kayak masing-masing menggunakan padel. Pekayak pro Mustangs pening kepala melihat gelagat pekayak amatur. "Woi! ini bukan bumper car ride oi!" jeritnya cuma dalam hati. Mana taknya, agak susah nak bergelek sambil megimbang diri melontar suara. Silap haribulan, boleh terbalik dan lemas teh percuma.

Dipendekkan cerita, Hadi sampai dulu di hujung tasik. Peche si saudagar emas yang kedua. Aku di belakang dia. Yang lain-lain masih terpusing-pusing tak jauh dari garis permulaan. Menang kalah tak bawa makna apa pon, yang penting brotherhood!



"berkayak ni pon analogi kehidupan. untuk bermula, kayuhan pertama terasa berat, tapi bukan lagi yang kedua dan seterusnya. walaupun dah mula bergerak, tak semestinya kita boleh maintain tegak. bila-bila masa je kita boleh terdeviate. ada orang ambil jalan jauh untuk sampai ke destinasi dia, ada orang sampai terpusing-pusing, ada jugak yang terpaksa berpatah balik untuk bermula semula. tapi yang sentiasa turun training, tak sukar dia nak terus kehadapan ikut kelajuan dia. kan?"



"oi!"

lamunan terhenti. member sudah panggil.



"amacam, dah keluar kepak lom?"





heh, main kayak setahun sekali, nak keluar kepak pebendanya.

sekian.





______________
glosari
kepak - bahagian belakang bodi yang memberi figura v-shape. figura ideal tubuh lelaki.



12 May 2011

[video] suatu hari di felda tene, besut

salam alayk'

finally, ambo doh pong kelik ko kampus mula. cuti 3 minggu sero mace meta jah. lo ni, doh setak kelah doh. saing2 hok buke uia baru nak setak cuti deh. nak buat guane, akademik kalendar ni tak supo denge u lain. hok maso ngaji ni jah nak rasa ngaji, pahni dah kijo, dop sero doh lagu ni.

taim cuti arituh, ambo sempat join duo progre baktisiswa. dio mace g berbakti loh kat desa2. ujung bule 4 tuh, ambo g perlis, awa bule limo tuh, ambo g besut pulop. dok sempat pong nak kelik johor. eh, dop jgop, ambo sempat dok umah dekak limo hari tuh. pahtu lo ni, shotsem start doh.

ho nih nok oyak nih. pasa baktisiswa arituh, ambo sero, rating dio buleh la 3 bite, dok hebat ngat, dok teruk mano. kiro okay jah. sedak2 gop, sedak make jah, mugo mok nge pok angkat ore sene. progre dop hebat mano doh ore kapung dop rama join. ni ambo banding denge hok duo lagi yang ambo doh g. mulo2 dulu kat penang, pahtu perlis, ni kat besut. baru ambo tahu hok sep2 besut ni ore klate blako, buke lo ganu mano sep dio. kalu dale map meme daerah dio dale kawase ganu doh.

dekat kawase felda tene tuh, takdo banyok mano kawase hok sedap nak g derak. kalu nak g kube air panah, terbaik! sebab dio dekat denge La Hotsprings. 10 minit ado, dekak jah dekpong. ambo de gi duo kali. sedap air dio, hile sumo stress dale palo otak. natural gitu. uisy, dah paje gop ambo nulis nih meta lagi ado kelah pulop. ambo beransur dulu deh. laye lo duo video hok ambo de buat. mugo arituh ambo pege jawate jadi head multimedia. dde la wak video. video beso2 jah. dop ganah mano. amatur2. enjoy.



bergotong-royong


hok ni video sep2 ambo buat aerobik. come jah sumo .ado lagi video ambo buat, hok full tu nak upload ko youtube tak dde jah. tenet selow dekpong. papo pong, bereh. ambo ciao dulu.

*saje2 try tulis dalam dialek klate. kalau ada ore klate hok baco tu, sila komen kot2 salah silap. ambo nih baru 4 tahun saing denge ore klate. dop biso mano. dah buleh famili angkat baru dok klate, keno gop blajo kecek sket2.  :D

12 March 2011

keruh

salam.

pic credit : jazzmint

beban Parit Husin semakin berat. setiap saat kelihatan seperti seorang perempuan tua yang terbongkok
berjalan mengesot-ngesot dihenyak langit. perlahan dengan beban, semacam tiada pergerakan,
pegun tanpa arus. Langit mendungkeruh melengkung jauh di sebalik bukit merah
yang tak merah langsung dan kembali membawa kumpulan awanan
mengalirkan sisa permukiman parit parit bersebelahan.
oh, ini sudah tidak lagi menarik.
ini bukan tarikan untuk pulang ke kampung. masa a lah.
selain mampatnya saluran, air keruh dek hujan tiada henti sejak kelmarin dulu sudah buat tali air kelihatan suram.
cuti sekolah sudah tiba. apa lagi yang sepupu kecil mahu main basah bersama nanti?
esok, bila matahari muncul lagi bawa sinar, semua yang hari ini akan jadi mimpi.

Bagan serai, Mac 2011

kampus belum cuti, tapi aku mahu lawat atok, 
dia sudah lama sendiri, tapi malam ini suara kami berdua.

*penangan teksi ke jalan duta rm16. tak pasal pasal hilang puitis dalam karya
(walhal xpernah langsung)

Follower terbaru : khairunnisa. go hit her! mean:visit.

12 November 2010

i'm off.

salam zulhijah the 5th.

quick question. how are you supposed to react if you're caught in flood?  ==


pic from hersley.

i'd miss the last one happened in my hometown. because i flew to Klang after my SPM, worked part time, in ps2 shop. a game shop. and now, flood news are the shot. heard it as monsoon season hit Kedah.

conveniently, i received a message:

The Centre for University Social Responsibility (CENSERVE) is looking for volunteers to help flood victims in Kedah from 12 – 14 and 13- 15 November 2010. There will be two trips from IIUM.The volunteers will help distribute donation, provide them with moral support and clean up the schools and mosques that are affected by the flood.

and so i'm off. anyway Happy Eid' Adha. donate to the Flood Relief this Eid 
“It is neither their flesh nor their blood that reaches Allah; it is your piety that reaches Him.” (22:37). 
(tadi punya khutbah)

Please pray for our safety for the journey.May ALLAH show HIS bless upon us.

next entry - ice skating video of our own ^^.

19 June 2010

the fruit of Earth.






 farm them, pluck them, wash them, cut them, boil them, blend them, squeeze them, 
before you can have. a juicy sweet and sour Roselle homemade juice. weeuuuw !


kecebur kecebur kecebur! bunyi air masuk jug.

ok, ini akar roselle.













oops, ini keladi. sekilo dua ringgit lima puloh sen.