Showing posts with label health. Show all posts
Showing posts with label health. Show all posts

01 July 2014

contengan Romadhon




Berdoalah dengan keyakinan agar doa kita dimakbul. Beribadahlah dengan sebenar benar berharap kepada Allah. 
- Khatib (Jubah 3 line), Nisfu Syaaban.

***

Untuk seorang Muslim dan peminat bola sepak, Ramadhan dan Piala Dunia ialah sebuah pertentangan komitmen yang besar. Bersyukurnya aku dikelilingi oleh orang-orang yang tahu apa yang dia mahu dahulukan lantas menjadikan kepincangan komitmen sebagai satu motivasi. Seorang individu dalam keluarga yang selalu tiba-tiba datang sertai menonton perlawanan bola sepak meski tayangan sudah sampai ke separuh masa kedua; berserta wudhunya yang belum kering. Beberapa komrad yang memilih untuk terus ke surau atau masjid usai perlawanan kerana dia tahu lemah upayanya takkan berjaya menjemput dua rakaat subuh jika pulang ke katil yang menggoda. Juga individu-individu hikmah yang berdiri sebagai tafsiran kerja-kerja ibadahnya dalam setiap teguran, terlindung jauh dari budaya troll yang menyentap. Ya, kelihatannya bermotif baik tetapi tanpa disedari, boleh tergelincir meremehkan mujahadah orang-orang yang tidak sekuatnya. Benar-benar aku bersyukur dapat belajar dari mereka.  

***

Aku berbual dengan Ng, seorang ateis yang sangat liberal pemikirannya dan pentamak ilmu. Dalam perbualan yang panjangnya 3 jam itu, kami sama-sama mengadaptasi perjuangan Jamie Oliver dengan bersepakat bahawa budaya Bazar Ramadhan bakal membawa kepada musibah. Pada dasarnya, aku cuma berniat mengemudi perbualan ke arah itu dan setakat itu sahaja. Tetapi ianya berlanjut kepada membincangkan inti ibadah berpuasa kepada impaknya dalam hal-hal kemanusiaan dan ketuhanan dalam bentuk seorang ateis melihat. Malah, Ng mengingatkan aku bahawa dua golongan yang paling disayang Rasulullah ialah si miskin dan si yatim, menolak pembaziran pesta makanan dan putaran ekonomi yang menjejaskan keberkesanan sistem hidup.
“Muslim should appreciate this fasting obedience. It is self-reminder; it is to appreciate what Allah and the Quran teaching by the conduct of the Prophet.”
Ayat ini keluar dari mulut seorang ateis, seorang pemerhati kepada umat beragama. Ah, aku doakan Ng menjumpai ‘fitrah suci’nya satu hari nanti. Ameen.

***

Aku suka ruang-ruang yang jauh dari hiruk pikuk sesak manusia. Tak kira sama ada terperosok di sudut dinding, di laman-laman yang tak masyhur, atau di sela-sela kosong yang sebenarnya terhimpun, kita dan sebuah wayang yang penuh kesedaran.

***

Cinta yang melarut dalam secawan kopi sudah berjawab. Sedikit masa lagi, sedikit.

***

Semoga semua kita diberi kekuatan menghidupi Ramadhan kali ini dengan sepenuh-penuh penghayatan. Ameen.


11 May 2012

magis Syurga.

Tuhan maha tahu betapa aku harapkan cucuran magis dari syurga untuk bantu gagahkan jantung mengepam dan pacukan kaki melangkah untuk pagi Sabtu nanti.

nampak betapa gigihnya jadual mutual dibawah?





dasar, satu kali pon aku tak pernah turun. ha ha

jadi sekarang aku sedang berdoa, supaya aku terus sempurna fizik di akhir larian nanti.

sebagai sedikit perkongsian, aku akan terangkan apa magis syurga yang aku maksudkan;


runner's high.


ia adalah satu kondisi di mana seseorang mengalami perasaan feel-good atau euforik minda semasa sekutu bernama hopeless dan putus asa datang menyapa di pertengahan larian.

maaf, ayat berterabur dengan perlambangan yang tak sepatutnya.



semula;


dalam kata mudah; bayangkan anda sedang berlomba.

anda merasa garisan penamat adalah setahun cahaya jaraknya. tapi mental sudah terkulai, fizikal sudah lebam; tapi anda gagahkan juga larian dengan saki baki kudrat yang dibakar semangat.

sedar-sedar, anda menamatkan larian dengan cemerlang, malah dalam kelajuan yang mengeksyenkan pula. Perfomasi-prestasi luar biasa terampil.

pernah alami, atau pernah dengar?



berbalik kepada situasi tadi, di garisan penamat, anda berkira-kira tentang bagaimana anda boleh habiskan larian tadi. sama ada anda merasa dilema kepelikan, ataupun anda menerima kenyataan bahwa anda memang seorang yang power.

baik, golongan yang kedua itu ujub. sila jangan praktis selalu.



dari segi saintifik, entah apa penjelasan rasionalnya. mungkin pakar-pakar neurosains yang menggali cortex dan menamakan hormon-hormon dengan nama sendiri ada menulis berkaitan mitos ini. Cubalah google.

dari segi spiritual pula, tak pernah pula mana-mana tok guru bercerita tentang hal ni. tapi yang aku tahu, atas syarat yakin dan percaya, Tuhan mampu aturkan segalanya. 36:82

tak gitu?




sekian untuk entri ilmiah versi sains kesukanan.
ecewah!




*MUDS 2012







08 March 2012

bila kena tackle


salam alayk' & greetings.



ada dua keadaan yang sinonim dengan penggunaan istilah tackle tetapi sangat kontra pada penerimaan dan kesannya.

yang pertama, bila ditackle oleh individu berlawanan jantina dengan intuisi spesial. ingat kisah Bunga dan Kumbang? tentang siapa yang menguntum mekar dengan lelehan madu bila si kumbang cuma baru terbang melintas? dalam konteks muda mudi, normal kalau si penerima terlongo sehari dua berfantasi hal individu yang berminat kepadanya sambil memicit-micit jerawat menghadap langit tenang. hah.

dalam pengistilahan formal, alternatif tackle ialah mengurat. ya. malah, orang tua yang berpengalaman langsung tidak menghirau seorang makwe yang terhantuk pintu lutsinar ketika mahu mengambil duit di ATM dek kerana sibuk berBBM mahupun berGalaxyY dengan spouse mereka. biasalah orang muda bercinta, katanya dalam kesaktian senyum tuanya mahupun dalam ungkapan lejen oleh Lepen.; kalau cinta sudah melekat, tahi kucing rasa coklat.

Situasi kedua, apa terjadi kalau ditackle oleh individu sama jantina? Sebelum apa-apa, ini bukan diskusi tentang homoseksual. Ini tentang kompetensi. Antara kesan-kesannya, Lagak jalan tempang dengan bandage melitupi buku lali yang berkembar siam secara mendadak. langsung memustahilkan abiliti untuk bertahiyyat awal buat beberapa period solat.

lebam. membentuk perkumpulan darah-darah beku akibat kehancuran pembuluh darah internal. pada rusuk kanan yang menadah lutut berkelajuan tinggi. umpama musibat kekejangan pada otot pipi bila mulut kecil mahu menghadam burger double daging spesial. maunya cramp otot rahang tahu!

baik, lupakan burger  yang sedang meleleh tadi. sini, yang sakit di rusuk ni. sangat sukar untuk menarik nafas dalam-dalam, batuk, bersin, dan juga berbaring.  malah sangat derita bila mahu ketawa bila ustaz sedang menulis hiwar antara kucing yang berpoligami dan manusia. lucu untuk semua, tapi sini menderita dalam kelucuan. epik. memang epik. kucing itu ditinggalkan isterinya yang tercantik demi seekor lagi. kah3.

status mukabuku hari tu, aku diberitahu bahwa teman baik aku sepanjang minggu ini ialah malapetaka pada masa depan. kenalkan, ini, Mr Painkiller.






tulis semula.

painkiller ni sebenarnya apa, mampatan hablur dadah pendusta eh?
mcm mana ya painkiller ni menipu saraf-saraf otak sdgkan pada struktur fizik takde pembaikan?

#siapaPharmacists?



______


Allahumma 'afini fi badani, Allahumma 'afini fi sam'ii, Allahumma 'afini fi basari


12 December 2011

Kayak & Fikrah hidup

salam alayk' & greetings!
__________________

Hujan sudah malu-malu mahu turun. Dari lebat bertukar gerimis. Setiap titisan menujah bumi dengan penuh manja. Namun begitu tak semuanya berjaya mendarat ke permukaan bumi dek perlakuan manusia yang pejam mata dongak kepala luaskan mulut meneguk peluh langit. cis...

Petang yang bernafas lembab menyaksikan dua pasang kaki tiba di Tasik Maryam, tasik cetek paling cantik dalam kampus dengan rona coklat berkrim ala-ala minuman penawar buang angin; teh tarik dengan halia. Di sinilah pusat perkumpulan muda-mudi kampus melakukan aktiviti kesukanan demi menjaga kesihatan bodi masing-masing baik sistem metabolik ataupun susuk fizik semata-mata.

Sekumpulan rakan-rakan dari bulatan gembira telah tiba lebih awal. Masing-masing bermuka yakin dengan abiliti tersendiri dalam acara petang ini; "Berkayak menongkah arus tasik teh tarik dengan bergaya." Bergaya tak boleh dilupakan juga oleh sebab ada ramai perawan di sekitar tasik dengan renungan berbunga.

fuhh, fuuhh, ffuuuhhh - dancer
 Usai sesi perang saraf pemanas badan, masing-masing melangkah deras mendapatkan kayak dan meluncur ke gigi air umpama anak-anak penyu baru menetas. Ada penyu(baca: kayak) kuning, penyu oren, penyu ungu, penyu biru dan yang paling psiko ialah penyu dancer. Dengar cerita penyu dancer hanya mampu dikawal oleh pekayak profesional sahaja disebabkan rekabentuknya lebih aerodinamik, lebih hip menjadikan ia lebih dancy; mampu membuatkan pengendalinya bergamelan ketika menongkah arus. weih, ni apehal cerita penyu tiba-tiba!?

Perlumbaan bermula. Para pekayak memulakan kayuhan pertama. Malangnya, kekurangan penguasaan arah menyebabkan kayak-kayak bertumpu ke satu titik dan bergeseran antara satu sama lain. Geseran kuat menyebabkan suhu permukaan bahagian luar kayak meningkat lalu menghasilkan efek percikan api yang meriah lagi indah.

power power efek spark! tipu-ok-sapa-percaya-dia-sangat-lurus-berhati-mulia
Para pekayak mula mencipta ruang dengan menolak kayak masing-masing menggunakan padel. Pekayak pro Mustangs pening kepala melihat gelagat pekayak amatur. "Woi! ini bukan bumper car ride oi!" jeritnya cuma dalam hati. Mana taknya, agak susah nak bergelek sambil megimbang diri melontar suara. Silap haribulan, boleh terbalik dan lemas teh percuma.

Dipendekkan cerita, Hadi sampai dulu di hujung tasik. Peche si saudagar emas yang kedua. Aku di belakang dia. Yang lain-lain masih terpusing-pusing tak jauh dari garis permulaan. Menang kalah tak bawa makna apa pon, yang penting brotherhood!



"berkayak ni pon analogi kehidupan. untuk bermula, kayuhan pertama terasa berat, tapi bukan lagi yang kedua dan seterusnya. walaupun dah mula bergerak, tak semestinya kita boleh maintain tegak. bila-bila masa je kita boleh terdeviate. ada orang ambil jalan jauh untuk sampai ke destinasi dia, ada orang sampai terpusing-pusing, ada jugak yang terpaksa berpatah balik untuk bermula semula. tapi yang sentiasa turun training, tak sukar dia nak terus kehadapan ikut kelajuan dia. kan?"



"oi!"

lamunan terhenti. member sudah panggil.



"amacam, dah keluar kepak lom?"





heh, main kayak setahun sekali, nak keluar kepak pebendanya.

sekian.





______________
glosari
kepak - bahagian belakang bodi yang memberi figura v-shape. figura ideal tubuh lelaki.