-
bismillah...
"tatih tatih tatih" kata ibu memanggil aku dua puluh tahun lalu. masa itu baru belajar berjalan. baru mahu belajar bagaimana guna kudrat kaki tampung berat badan. ibu pancing aku dari penjuru rumah bergotong-royong dengan ayah yang sentiasa disamping aku berjalan bersama. macam pacer yang beri motivasi kepada runner.
kadang-kadang bila langkah pertama berjaya disambung dengan langkah berikutnya, pasti aku akan jatuh. tak kira jatuh mana dulu; lutut, punggung, tapak tangan, hidung, dahi. tapi selagi ayah jadi pacer, aku tak risau. sebab dia selalu ada untuk buat aku berdiri semula.
tak lama kemudian aku pakai walker, sejenis inovasi manusia yang melanggar lumrah alam sebab ia mengajar manusia berlari sebelum berjalan. dengan walker, aku stabil dan kurang jatuh. tapi kalau sekali terjatuh, betul-betul parah. biasalah, mana ada orang belajar buat aksi akrobatik sebelum boleh berjalan. bila aku perhati anak orang, macam-macam gaya ada. cartwheel, frontflip, sideflip. semua angkara walker. mungkin aku pon dulu begitu. malah, mungkin lebih comel.
fobia fotografer 1996 - potret tak fullframe |
kelmarin, sebelum aku ke kelas, aku terjatuh di jalan yang biasa aku lalu. tebing curam yang aku pijak runtuh. laluan yang ada tu memang tak bertangga cuma ia terhasil dari bekas-bekas kaki marhaen kat sini, tapi aku tak pernah lagi jatuh. entah tersilap pijak macam mana aku tak tau. terus jadi bahan gelak semasa kepada member-member.
sampai di kelas, aku jatuh lagi jatuh masa pensyarah pulangkan kertas peperiksaan matematik pertengahan semester. aku tak jatuh secara fizikal, tapi angka merah muka hadapan kertas tanam aku dalam-dalam dalam satu lubang sempitsesak. down down down. power juga penangan phail subjek feveret.
member-member lain yang terkandas turut sertai aku senyum-senyum gelak-gelak dengan muka bangang dan chillax. walhal dalam hati masing-masing merajuk-rajuk pinta ditenangkan hati momen itu. sms balas masuk:
"macam mana nak berdiri semula kalau tak pernah jatuh. midterm bukan final"
sender : Ayah
macam biasa, positif.
terima kasih.
9 comments:
aku juga pernah jatuh acapkali sewaktu semester satu tahun lepas.
failed subjek yg mmg aku tak suka, langsung tak minat.
tp sebab tamau failed time exam, aku gagahkan jugak. usaha selagi mampu. Alhamdulillah :)
*better luck next time bro !
@aween
fail subjek feveret lagi berat rasanya. ahaha.
usaha selagi mampu ya, insyaAllah.
=)
matluthfi versi kanak2! matlupi! matlupi!
@izwan
ko jgn nak start jadi mcm andyhowt ea. siap ko! ha3
oh, aku baru je fail test 1 hari tu.test 2 ni dijangka fail dengan cemerlang lagi. hahaha!
aku rasa kuat semula bila aku baca entri ni. terima kasih ya :)
sama-sama lah kita berjuang untuk final. hihi
@penconteng
sama2 bjuang utk final yeah!
aku jatuh jugak, dalam exam tu(math).....
dari aspek lain perkataan 'jatuh' ney, seronok jugak. time tu aku sedang bersandar kat motosikal, pastu dok perhatikan mamat tu nak ke parking area. then, secara tak langsung, die terjatuh. kalau dari segi ney, aku rasa seronok jugak la. tapi aku tak gelak la kat mamat tu, just senyum je. senyum ada makna.
p\s : mamat tu bukan kau. hahaha
@Daus
aku nak flag comment kau.
this is abusive meh..
XD
masa kecik, selalu jatuh. semua bucu bucu meja, kerusi, almari ayah letak span sbb takut org luka..
first subject failed dalam hidup ni.. form 5, add math T_T orang jatuh gak time tu, jatuh fizikal! air mata jatuh. Haha :)
dan alhamdulillah
Formatif bukannye SPM :P
Good luck
XD
Post a Comment