24 June 2011

langsung tak seni!

Salam alayk'

suatu pernah dahulu semasa di CM ada banyak artisan yang melukis sebagai mata pencarian, dan sekarang ini pon masih terus begitu rasanya walaupun dah lama tak menjejak kaki ke CM, Galeri Annexe etc. ada potret tokoh-tokoh terkenal, ada yang melukis struktur seni bina, ada lukisan kuda jongang tersenyum, ada juga gambaran manusia dengan sifat haiyawanah,

ada karikatur kepala besar badan kecut dengan ekspresi yang kelihatan sangat asli dan original. eh, sama je asli dan original. tak original sangatlah bila ada yang sengaja mahu ditambahkan lurah lesung pipit yang kalau pada sebenarnya tidakkan terkerut pipi empuk si empunya badan. tahi lalat!? lagilah hilang manis jikalau diabaikan. tambah jangan tak tambah. el o el.

dari keseluruhan karya artisan yang dipamer disitu, ada satu lukisan abstrak yang sangat menarik membuat audien terpana buat sementara. audien itu aku.

terpana, rasa seperti melayang terbang bebas bersama layang-layang stingray taman metropolitan. rasa bebas, rasa high, rasa trance.

.
..
...
....
.....

bukan lukisan erotik!

tapi satu kumpulan karya yang tanpa bentuk, seni lukis abstrak yang sarat dengan ekspresi artisnya, karya yang biar orang jadi bingung mahu tahu apa yang sebenarnya ada dalam campuran warnanya, karya yang buat audien menerawang dalam ruang lain yang infinit.

tapi cara nilaian harganya? ini tak pernah aku faham. mahal ayam.

lihat gambar ini?

Photobucket


ada rasa macam mengahayati lukisan abstrak?
ada rasa tona warna dicampur dengan sangat awesome?
ada rasa nilai ekstentik tinggi?
ada rasa boleh jual lagi mahal dari karya Kieron Williamson?

.
..
...

takde rasa!?
buta senikah.
.
..
...
....
.....


takde rasa jugak.
kau rasa gambar apa?


.
..
...
....
.....




Photobucket

oklah, paparan hablur cecair-LCD skrin laptop aku retak.

takziah.

sekian. #okbai

off untuk
1. final exam-30hb Juni
PayLessBooks sales - 1hb-5hb Juli
cuti - Sya'ban sampai Syawal. yes!

14 June 2011

lari senyum senyum

salam alayk'

ramai kawan-kawan cuti masa shortsem. jadi, kurang orang, kurang jugalah stok bola nak dibuat bermain futsal. jadi sebab tu aku lagi suka pergi berlari dari bermain futsal 15 sebelah. eh, ke ada sampai 20 sebelah? #kemonla, kalau main futsal 10 sebelah pon dah rasa sangat crowded, sentuh tak sentuh je bola, peluh pon tak berapa nak keluar, pak guard pulak buat perangai :

"saya-ni-takdela-belajar-tinggi-mana-tapi-saya-tahula-ini-court-tenis/volleyball-bukan-futsal-,-awak-sume-ni-umpama-macam-makan-nasi-dalam-cawan-bukan-dalam-pinggan-jadi-sila-la-kosongkan-court-ni-ye"

#truthquote

macamlah kampus ni provide court bersepah-sepah. kan?

petang kelmarin dulu masa aku sedang berlari-lari dari stadium ke tasik tempat budak-budak berkayak, ramai jugakla yang lari-lari pusing tasik tu. so, aku pon nak pusing-pusing dulu pastu baru balik. bila berlari, kan kita kena alert dengan orang yang dekat depan untuk elak pelanggaran.  so aku perasan 20m di hadapan ada 2 orang sisters yang sedang jog-walk-jog-walk. jadi aku set pace laju sikit untuk skip diorang ni, bukan apa, tak syiok lari belakang gadis. #inesen

lari punya lari, just before the point i may have skipped them, they run, they run like a lipas kudung.



cis!
macam budak kecik. 

seriusli bunyi tapak kasut stepping diorang sangat kuat memperlihatkan teknik larian yang errr, bukan nak kata tak betul, but a good technique can let you last longer with optimum usage of energy. #nampaksangatstrugglenye. boleh tanya Sheikh Google pasal benda-benda ni.

seperti dijangka, tak sampai half-round tasik tu diorang slowed down and I skipped them. bunyi stepping diorang makin jauh kedengaran. masa ni lagu Selamat Tinggal - Dina ft Zizan sedang kedengaran di corong kira dan kanan earphone walkman aku.

tak lama kemudian, bunyi stepping tu kedengaran lagi, makin lama makin kuat. ya, gadis tu follow aku rupanya, cuma dia sorang, kawan dia dah tak aku nampak bayang. maka bermulalah game kejar mengejar antara kami dalam jarak yang reasonable. sekejap kat depan, sekejap kat belakang. dah macam indian run training.

dekat 2 pusingan penuh tasik tu dia follow. persistent she really is. kagum aku sekejap sehinggalah the 5th or 6th round, bunyi stepping dia dah hilang. so, aku berhenti dan mula berjalan.

"pergh, lari dengan awek seyh" kata member aku yang daripada awal rupanya memerhatikan kami dan aku suspek diorang dok memerhatikan gadis-gadis lain yang sedang berkayak sambil bergosip-gosip hal ehwal parlimen belia kebangsaan dengan 2 orang lagi member aku jugak. ceh.


balik bilik terus bukak buku sirah cari kisah sweet Rasulullah dengan Aisyah berlumba lari.

“Suatu ketika dia bersama Rasulullah saw dalam satu perjalanan. (‘Aisyah berkata, “Saat itu badan saya belum gemuk.”) Beliau menyuruh para sahabat-sahabatnya, “Kamu semua jalan ke depan dahulu! (Mereka pun mendahului Nabi).” Beliau kemudian berkata. 

“Mari kita lumba lari!” Saya pun lumba lari dengan beliau. Saya berjaya mengalahkan beliau. Beberapa lama kemudian saya keluar bersama beliau dalam satu perjalanan. Beliau menyuruh kepada para sahabatnya, “Kamu semua jalan dahulu.”. Beliau kemudian berkata kepada saya 

“Mari kita lumba lari!” Saya telah lupa peristiwa dulu. Badan saya pada saat ini sudah gemuk. Saya berkata, “Bagaimana saya boleh lumba lari dengan engkau, wahai Rasulullah, padahal badan saya sekarang begini?” Beliau berkata “Tidak mengapa lakukan sahaja.” 

Lalu saya pun lumba lari dengan beliau dan beliau berjaya mengalahkan saya. (Beliau tersenyum) seraya berkata “Kemenanganku ini sebagai balasan kemenanganmu dulu”   diriwayatkan oleh Al Humaidi, Abu Daud, Nasa’I, Ahmad, Thabrani dan Ibnu Majah.




*Rasulullah lari dengan isteri, yang kau ni, lari dengan stranger.    *facepalm*



 MOTIVATION IS WHAT GETS YOU STARTED. HABIT IS WHAT KEEPS YOU GOING.




05 June 2011

antara pembuatan dan perubatan

salam alayk'

buat kesekian kalinya, temptation untuk mengepost entri baru membuak-buak laksana telur yang dicelur dalam kuah mi kari segera jenama Giant.

sibuk dengan midterm
sibuk dengan hari belia
sibuk dengan larian
sibuk dengan buku-buku

akhirnya burjaya jugak aku balik kampung semalam sempena cuti sekolah.

kali ni ibu burjaya kidnap aku untuk ikut dia pergi melaram kat rumah skulmet-skulmet dia, kira jejak kasih la kan. maksud aku kidnap tu pasal dia tak mau bagitau destinasi, tapi masih nak bawak berjalan. aku follow jela, jarang ibu nak manja-manja ngan aku. bff soleh la konon.

dunia ni dah berevolusi, mark zuckenberg kata dalam Social Network : i'm taking all the social life in college to the internet. so there is The Facebook.

golongan sasaran social network ni asalnya youth je. tapi sekarang sejak scene Facebook ni da femes, golongan mak-mak orang pon sibuk mintak tolong anak-anak create kan akaun. lepastu password semua kasi letak 123456. mudah dan ringkas.

lepastu mulalah episod jejak kasih masing-masing. add kawan-kawan lama. tulis di dinding. siap pandai main poke-poke lagi. oh ye, tetapan nak dalam "Bahasa" je. terjemahan dia ok jugak; tambah rakan, tulis di dinding, suapan berita, jemputan acara, permintaan menjadi rakan, 16 rakan bersama, cuit kembali, suka, komen, Anis menyukai Fizo Omar dan 4 halaman lain, 30 minit yang lalu dan blablabla.

dari situ diorang seal the deal nak datang rumah untuk pertama kali buat bertahun lama. dapat no kontek dan alamat, terus ke destinasi. bila tiba, dah jadi norm sorang ibu untuk introdus anak-anak diorang kat tuan rumah, kot-kot berkenan. so, aku tunggu dan duduk dengan gaya mithali sambil melahap puding sajian tuan rumah.

"ni anak belajar kat mana?"
ibu kenyit mata tanda suruh aku jawab. "yu ai e em" ringkas dalam ke-awesome-an.
"oo, ambik kos apa?"
"Pembuatan"

makcik tu angguk. aku expect dia tau la perihal pengajian aku. kejuruteraan pembuatan. kalau inggeris nye manufacturing engineering la kan. tapi aku lagi suka terma pembuatan.

adakalanya orang tua-tua ni tanya dua kali pasal diorang tak pernah dengar nama kos pengajian. contoh macam "remote sensing yu ti em". takkan nak explain pasal satelit imaging tu sume nak bagi paham dalam sekali cakap. nak senang cakap la "kajibumi". kehkeh. ni cerita abang aku. entah apa-apa la fahaman timbul kalau cakap remote sensing. mana la orang nak paham.

ibu teruskan perbualan dengan ex skulmet dia. ahli famili yang lain sume dah di left out dah, cuma diorang berdua faham apa yang dibualkan. iyelah, reunion dengan kawan zaman sekolah, diorang dalam dunia mereka sendiri, cuma dia berdua.

sampaila satu part tu diorang bercerita pasal pilihan kos pengajian. bapanya nak anaknya ambil bidang perubatan, maknya yang nurse tak mahu bagi sebab dia tahu kehidupan seorang doktor dan seorang doctor-to-be macam mana.

"takde life nanti" katanya. lepastu dia pandang aku 
"betul tak bang? ni nak jadi doktor nanti kan?"

jadi doktor nanti kan?
jadi doktor nanti kan?
"jadi doktor nanti kan?" bergema ke ruang telingaku.
heh! puding ditelan melepasi halkum memberi ruang untuk aku senyap seketika.


aku dah agak dah. ni mesti kes dia silap dengar "kejuruteraan pembuatan" dengan "PERUBATAN". lepastu spontan je..


"ha betullah, memang takde life" aku iyekan dengan gaya seorang doktor wannabe.


cis!




*lain kali aku pakai term mekanikal. takde orang rasanya yang tak paham.