Showing posts with label nonfiction. Show all posts
Showing posts with label nonfiction. Show all posts

13 October 2013

umpamanya, aiskrim mat kool yang di label cornetto. (ber-khidmat negara)



Salam 'alayk, salam 1 Malaysia

Malaysia boleh! *tumbukan padu ke udara*


Pagi ni, usai menunaikan tanggungjawab sebagai calon suami muslim yang ganteng lagi berwawasan, mata aku tertancap pada skrin laptop sambil membiarkan fikiran dipenuhi dengan seluruh hal yang tak aku kendali, dan mula menulis kembali, di ruang ini.

Kehidupan sekarang agak ter-'kebelakang', dan laju 'rentak'-nya.


1. Aku dah botak sekarang. Pergi menunaikan 'haji' di kem khidmat negara. Letih nak terangkan kronologinya, tapi demikianlah bunyinya. Latihan tamat tak sampai sebulan lagi. Hau hau hau!

botak kacak

2. Ceritanya, filpen cuba-cuba tempoh hari terpilih untuk mengisi tempat ketiga. Filpen ni ada bahagian kedua yang tertangguh penggambarannya. Mohon faham kenapa ia belum di-publish lagi. ehem

IYSFC

3. Jurnal D8-22 #6


Usai salam, 05 menadah tangan memulakan bacaan doa.

"Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi rabbil 'alamin...."

lancar, segalanya lancar untuk 05 yang pertama kali dipaksarela menjadi imam setelah ditolak beramai-ramai oleh komrad sejemaah. sehinggalah...

"...Allahumma inni a'udzubika minal...Allahumma inni a'udzubika minal..."

butir nadanya perlahan. lantunan doa terhenti sejeda. dahi 05 berkerut, nafas berterabur cuba diatur, mengingatkan lafaz seterusnya, kesemua komrad menanti...

entah tiba-tiba, hening sepi bertukar hilai tawa berjemaah. satu surau bergempita. baik dari saf wira mahupun wirawati. tapak tangan aku terlangkupkan ke muka, ber-istighfar, ber-istighfar dan ber-istighfar lagi dalam postur hampir tergolek terbahak-bahak.

"...Allahumma inni a'udzubika minal..."
"...Allahumma inni a'udzubika minal..."
"...Allahumma inni a'udzubika minal...hubsi wal khobais..."


itu jam, sumpah lawak gila woi!


lain-lain tulisan/coretan tentang kem, ada di laman tumblr. sini - faaizzdzul.tumblr.com


4. Di kem, tiap-tiap orang dapat gelaran baru masing-masing.
contohnya untuk aku, digelar; senyum, imam, yb, team tua, matluthpi, omeyjed(orang mesjid) dan ostad surah panjang.

gelaran yang last tu pptuih sungguh bunyi dia al-hasil kerja dua orang minah kepoh.

___

*dalam posisi berkawad. dua langkah kehadapan. henti. hentak kaki. hormat.*

"meminta izin untuk meneruskan tugas-tugas yang lain, Tuan!"
"terima kasih Tuan!"

*signing off*



25 April 2012

terima kasih Ustaz


Ustaz.


Boleh tak kami baca separuh muka surat je hari ni?

*Ustaz angguk*

Kenapa tadi masa Dal baca Ustaz tak tegur pon kesalahan bacaan dia? Masa Aliff baca tadi, semuanya Ustaz semak. Makhraj huruf, titik, baris atas, baris bawah, baris depan, tanwin, tajwid, dengung, tak dengung, suara halkum, suara lidah semua bagai. Bacaan Dal tadi perfect ke ustaz?

*Ustaz angguk*

Ustaz, boleh tak Ustaz gigih sikit bagitahu kami tang mana yang salah dan pasaipa salah? Ini Ustaz cuma betulkan dengan bacaan Ustaz, lepastuh suruh kami ikut ulang. Hukum apa, cara baca, contoh ayat lain, Ustaz tak ulangsebut sekali. Acano Ustaz?

*Ustaz angguk*

Boleh tak lepas-lepas ni Ustaz kurangkan kongsi  isu politik, isu nak berbisnes, isu orang tu buat MLM tu, orang ni fe’el macam ni… Kami nak dengar kisah-kisah sebab-musabab turun ayat banyak-banyak, ini kan kelas tilawah, tak gitu Ustaz?

*Ustaz angguk*

credit - MBaqerstyle


Ustaz...

Ustaz...

Ustaz masih lena lagi ka?


________

sesi akhir kelas tilawah; SHAS mosque.

terimakasih untuk Ustaz yang gigih melayan pelbagai demand dan gurauan saya sepanjang sem ni. belajar tilawah ni, kenalah serupa stail kelas tilawah masa kecik-kecik dulu. baru seronok, ye dak?


semoga segala ikhtiar dalam hitungan Tuhan.


*eh, siapa kalah UCL tadi? kah3

02 February 2012

denial; bila tersenyum pada pujian yang...


bukan selayaknya menyatakan kita.



salam alayk'

ada satu testimoni yang tulus dan ikhlas dalam folder video PMG aku. ini:


Tujuan pertama saya datang sini, saya memang nak sangat ikuti program yang ada unsur Islam… Bila datang sini, saya dapat benda tu. Saya bersyukur sangat sebabnya, ermm, dapatlah apa yang saya nak tu…. 

Yang kedua barulah saya nak pengisian “Menara Gading” tu… Yang utama tu, suasana Islam tu, saya dah rasa kat sini. Memang dah rasa sangattt dan bersyukurlah sebab dapat ikuti program ni. 

Ayah sebenarnya tak bagi pergi, tapi memang saya dah buat istikharah, memang dah nampaklah sebab untuk PMG ni. Dah banyak kali, dah 3 kali buat istikharah memang terasa kena pergi jugaklah. 

Terima kasih kepada semua yang memberikan pengalaman ni untuk saya, saya memang dah lama cari sebenarnya tapi saya tak jumpa program yang Islamik.
Sekian.



nah, secara personal, aku tak rasa jujur menghadam testimoni sesuci ini. aku rasa macam layaknya siapa dipuji cuma pada menyatakan yang ternampak lahir zahir pada maata peserta.


Confusing by syonic


sifat kata-katanya terapung,
sama ada ekspektasi dia yang terlihat melangit tinggi
ataupun aku yang terlalu kalamiti.
iyalah, peserta tak pernah tahu apa yang panitia bincangkan.

si adik ini sampai mengadu pada Tuhan pinta dimenangi izin bapanya. akhirnya dia berjaya bersama kami. si adik ini secara jelasnya mahu menghidupi gaya Islami. Alhamdulillah Tuhan izinkan pengalamannya dibina. pada Qiamnya, pada Ma'thuratnya, pada Dhuhanya, pada Syair-syair rintihan para ulama silamnya, pada rasa kebersamaannya...

tahu tak disaat merakam testimoni ni, lidah jadi kelu doh! 
dalam gigil jemari, dalam lincah akal, menta'kul
sama ada segala pahit jerih ini berada dalam hitungan Tuhan atau tidak.
sama ada yang menjadikan 3 hari itu terasa Islami termasuk aku atau tidak.



inzar kadang-kadang memang wujud ek dalam ibrah?
ah sudahlah. semuanya telah selesai.



baguslah kan?
bila komennya terlalu bagus.


untuk sekelumit kontribusi yang samar.



 *oh kemonla, maata itu typo


09 January 2012

satira bergurau senda dengan si polan yang tiga...

salam alayk' & greetings.



Yang pertama ni selalu terkinja-kinja. Lagaknya hiper. Atau dalam bahasa orang muda, berjimba tak tentu hala. Serius ni wei! Kalau sekejap kau duduk bersama, dua minit je dia boleh pegun dan sopan. Minit ketiga akan buat kau menjadi saksi tarian esentriknya sumpah macam orang-orang sinting dengan rambut tokak. Eh, gaya rambut dia botak tak tokak. Masa baru haircut, setiap kali dia menghadap cermin dia berhenti. Dia tengok imej, imejnya pula tengok dia. Kemudian dia panggil aku lalu aku toleh dan ekspreskan muka-ingin-tahu. Dengan spastiknya dia halakan jari telunjuknya ke imej sendiri dan katakan "budak botak" sambil ketawa syok sendiri. Menakutkan bukan?

Yang lagi satu ni ialah yang paling hensem. Selalu berkepit dengan gitar pemberian makwe sempena hari lahirnya. Suara boleh tahan sedap sikit dari teman-teman yang lain. Bila dihadap cermin, dia akan mula berposing gaya konfiden. Nafas ditarik dalam-dalam. Kemudian ditahan tak dihembus semula. Angin campuran oksigen, hidrogen, stokinogen, safetybootogen dan helmetogen berpadu ke dada. Maka, dada yang sempit terkembang, yang datar terbidang. Perut yang terjuih terempang, yang terboroi tersamar. Dalam 10 saat, imej dalam cermin membentuk seorang adiwira perkasa dengan susuk tubuh seorang lelaki sejati. Yeah! Lelaki sejati dengan dada bidang perut berketak enam sedang sedia berhadapan segala dugaan. 15 saat kemudian, imej adiwira sejati yang diyakininya tadi hilang bersama-sama helaan nafas yang disimpan. ppppuuiihh!

Oh, yang ketiga ini misteri. Sangat misteri dengan segala macam persoalan. Dia selalu menyepi. Dia selalu tak berkesempatan berprogram sekali. Yang paling misteri ialah bagaimana dia mengekalkan berat badannya walaupun tak turun bersukan di padang. Malah selera makannya menakutkan. Setelah menyantap nasi jam lapan malam dia akan makan lewat malam dengan burger ataupun mix. Skill DOTAnya mengImbakan. Hampir semua permasalahan tentang dunia digital mudah diampuh. Dalam kepalanya ada satu fakulti ta'kulan yang tidak dapat diurai dengan bahasa biasa. Bila tertekan, speakernya akan melagukan lagu Damn nyanyian Avril berulang kali. Malah dia mampu berdansa bila tiba bahagian korus. Sekali sekala, ada imej Rhasta muncul dari belakangnya.

Dari kesemua variasi ini, masing-masing bersetuju atas satu perkara. Iaitu supaya aku berpindah ke bilik lain. Menurut mereka yang paling mendurjanakan itu aku.

ha ha ha




02 January 2012

[fiq] dialog tahun baru

salam alayk' & greetings

entri hasil daripada ini - link

sila duduk dengan selesa, jaga jarak mata dengan skrin laptop. jangan lupa buka lampu, membaca dalam gelap boleh menyebabkan keletihan otot bintik kuning menggelabah mencari peletakan imej. oh ya, jangan sesekali meniarap bersama lappy kalian diatas katil dengan bantal diapit ke dada bersama lengan menongkat dagu. mulai tahun baru ni, kita amalkan postur yang baik demi kesihatan bodi masing2. ok!

sekarang sila nikmati galeri ini satu persatu. 

(16:125)

setiap quote bukan melambangkan apa yang aku nak bawakan tetapi mereka ialah quote dari hasil perbualan aku dan marhaen lain. 


sidang rakyat KL boleh diketahui lebih lanjut di #OccupyDataran


seriusli, malam tu aku tak boleh tidur sebab aku memikirkan terlampau banyak perkara. sebenarnya aku tidur juga dalam 20 minit. tak sempat nak deep sleep, lena diganggu oleh alarm untuk qiam dari kawan-kawan gerakan. mengesan tuan empunya alarm adalah sangat sulit rupanya. bayangkanlah antara ratus-ratus manusia tidur bergelimpangan takkanlah nak pergi ke satu-satu poket mereka dan cek henpon masing-masing. pening juga dibuatnya.

amacam statement ni?


dari aktiviti bersama pihak masjid untuk mendekati dan menemubual orang awam, aku sempat bersama geng #OccupyDataran untuk sidang rakyat KL tentang perbahasan isu buang bayi, gaji minima, akta perhimpunan etc... menarik. tapi malangnya tak sempat join sampai habis. tapi aku tak risau sebab diorang akan upload resolusi untuk setiap sidang di facebook mereka : #OccupyDataran

bila tak boleh tidur, aku akan teruskan berfikir tentang apa-apa yang terlintas. secara spesifiknya, yang paling menekan-nekan fakulti intelek aku ialah bagaimana untuk tidak cepat meletakkan label pada orang?

lompongan mana perlu diisi mengganti kenikmatan-kenikmatan sementara?


aku tak rasa ini merupakan masalah aku seorang dan aku tak kata juga ini masalah semua orang. tapi secara ketaranya masalah terlalu cepat melabel orang lain adalah punca kepada segala jenis stigma dan diskriminasi dalam masyarakat.

aku ada seorang teman yang cukup kuat mengkritik satu individu public figure.
bila aku soalkan pada dia tentang perjuangan jenis apa si polan ini dah buat sehingga kau cukup keras mengkritik dia?


-yang menjalankan tugasan-


dia senyap. membisu. dia tiada jawapan untuk soalan itu. yang dia nampak cuma khabar neraka utara barat timur selatan tentang individu itu. dan dia langsung tak pernah nak mengkaji dan mengenal si polan.

kenapa bersikap judgemental kalau belum kenal susuk fikrah si empunya badan?

tak profesional kan?
aku tahu.

anak papa cool



sebab aku dulu begitu. dan sekarang aku masih sedikit begitu. 

aku ronakan hijau dalam kanvas kepala setiap kali ternampak daun, tapi sebenarnya
dibalik daun itu ada urat-urat merah yang berselirat.
kadang-kadang kelihatan bintik-bintik klorofil putih. dan
kadang-kadang juga ronanya hijau malar atas dan bawah.

tapi bagaimana tahu tanpa membelek dahulu?



backgroundpic: sila teka yang mana aku? yang mana izwanyusof?


berjumpa ramai orang dan belajar menahan fikiran perlukan latihan, ilmu, dan juga guru.



 
Sultan Abdul Samad Building


Sirah pernah mengajar: Rasulullah mengiktiraf Bilal sebagai antara sahabat terapat dengan baginda walaupun beliau seorang hamba yang berasal dari Habsyi berkulit gelap

Integrasi termantap bukan?



nametag. collaboration Masjid Jamek-PKPIM-GAMIS-etc



kalau budaya melabel tidak dibendung, waras kita akan mula lerai. lebih parah lagi kalau terjadi pada pihak-pihak yang mempunyai kesepakatan obvious

bersepakat dengan kesamaan percaya,
bersepakat dengan kesamaan bahawa kita manusia yang asalnya dari punca yang sama (4:1).


dibiar lama-lama lagi nanti jadi masalah internal. seorang daie tak patut begitu kan?


_______________
disclaimer

1. setiap quote yang ada dalam gambo adalah true as hasil dapatan dari pemerhatian, catatan, dan ada sikit-sikit rakaman yang aku buat semasa malam tahun baru dua ribu dua belas.
2. gambo-gambo bersumberkan link dengan izin.
3. kepada pemilik quote, anda berhak menghubungi aku untuk padamkan quote korang yang ada disini.

30 November 2011

kekal hensem walau eksiden

salam alayk'.




YA ALLAH! bisikku dalam hati. dihadapan mata ada sebuah motor pilihan rempit masa kini - Yamaha LC - warna hitam terkandas di bahu jalan. kuih-kuih bertaburan. hablur kaca dari sidemirror yang tercabut saling samar dengan pepasir jalan. sudu plastik, lock motor, tempat pemijak belakang semuanya bersepah tanpa aturan. hujan masih terus jatuh membasahi simpang 3 curam.

aku berhentikan motor untuk dapatkan mangsa. dia terlentang di tengah persimpangan. kakinya terkangkang, tangannya terdepang. gayanya seakan-akan membentuk aksara X kalau dilihat dari udara. entah dari mana dia belajar simbol meminta pertolongan sebegitu rupa. aku tak tahu. aku bukan pbsm zaman sekolah dulu.

"bro! bro! ko ok tak!?"

senyap dia membisu. rintik-rintik hujan masih jatuh padu ke mukanya. iras mukanya seperti pemain sayap kiri Harimau Muda, Fandi Othman. serius mirip. walaupun begitu, raut wajahnya bagitahu aku yang dia sedang suffer.


you can be a hero after you die - credit

mungkin dia sedang berada di satu ruang abstrak yang dia tak pernah sampai. terawang-awang di alam bunian seorang diri mencari teman, mencari pedoman. atau mungkin dia terkenangkan nasibnya yang kelaparan kemudian kemalangan sebelum sempat sampai ke bilik berkongsi makanan bersama teman-teman. tapi sekilas pandang, ada juga seakan ekspresi anak kecil yang sedang meneran di dalam jamban sekuat upaya namun sembelit menjadi penghalang.

tapi itu bukan lagi prioriti. situasi ini berjiwa tensi. yang lebih penting sekarang ialah keselamatan mangsa.

"ughhh..." rintihnya.

darah mengalir dari belakang kepalanya dan melarut dibawa arus air hujan. pergerakan aku buntu. kegilaan apa aku sorang-sorang je dengan brader ni. takkan takde orang lain kat sini yang pandai bab-bab pertolongan cemas ni. ada dua mahallah di kiri dan kanan jalan tapi takde sorang pon turun. mahu tak mahu, aku gerakkan badan dia supaya dia tersedar.

tak lama kemudian ada seorang brader bercelana pendek tidak berbaju datang. aku tinggalkan dia bersama mangsa untuk alihkan motor yang menyekat laluan sebuah Kancil biru. setelah kancil yang ignoren itu berlalu pergi, aku merapat kembali kepada mereka. mangsa dah tersedar. matanya dibuka kecil-kecilan kerana mahu menepis air hujan.

"boleh bangun tak bro?" soal brader yang berlenggeng tadi. mangsa masih diam. dia cuma balas soalan dengan mimik-mimik muka esentrik. kami angkat dan bantu dia berdiri. setelah beberapa ketika barulah dia stabil untuk berdiri di atas kaki sendiri. darah masih mengalir dari belakang kepala. ada dua luka yang memerahkan warna rambutnya. siku kiri dia turut tercalar teruk, secalar bodykit motornya.


tanpa bertentang mata, dia dapatkan motor dan katakan pada kami -

"terima kasih. aku OK"






dalam kebasahan, aku dan brader gonjeng saling berpandangan. kami sama-sama bersetuju bahwa mangsa ialah seorang yang cool.









konco-konco baru -

Yohoo~ 
~~ ParT oF mY LiFe ~~  
-_mencari diri sendiri_-