Showing posts with label book review. Show all posts
Showing posts with label book review. Show all posts

28 September 2014

Say yes, say yes cause I need to know.


Di gua terpencil pada hari buangan
al-Quran kuhayati dengan kenikmatan.
-    A.S. Pushkin

Hari Sabtu ialah hari kaum pekerja melepaskan dirinya kepada hal-hal di luar rutin, sepatutnya. Tetapi, Sabtu aku semalam bermula dengan perang di meja syura. Dalam tiga jam sahaja, kecederaan mental menjadi teruk dan fatal. Maka, aku meloloskan diri dengan arus kota dan aroma kopi yang menggoda. Sehinggalah aku dibawa sampai ke espressolab di nu sentral.

Ada Redza yang berkongsi tentang The Fountainhead tulisan Ayn Rand. Bukunya bagus dan meng-inspirasi (etlis secara personal bagi Redza). Tetapi, yang menariknya ialah sesi penelitian terhadap falsafah di sebalik penulisannya. Di sini, ada perbincangan tentang objectivism melalui pertentangan antara individualism dan collectivism. Tentang sesorang yang mahu menterjemah sebuah idea dan visi; dan melalui proses menjadi versi terbaik untuk dirinya adalah dengan individualism yang pekat tanpa berkompromi dengan idea orang lain.

Aku terbayangkan Hitler, Stallin, Genghis Khan, Tun Mahathir, Steve Jobs dan (bolehlah) bos aku (sambil membayangkan dia meramu latte art-nya). Mungkin aku terlepas beberapa nama, heh. Lihat, semua figura ini ada suntikan objectivism dalam proses mereka menghasilkan legasi untuk kita cermati.

Mungkin dari sebelah dalam, objectivist hanya berkhalwat dengan visinya, tanpa orang lain untuk bersamanya. Dari luar, akan ada dua jenis orang; yang faham dan mendokong, dan yang bermuka-muka acah safe play. Bagi objectivist dia tidak perlu memikirkan apa yang orang fikir untuk terus menjadi dirinya. Tetapi, tidak semua perkara adalah lancar dan mudah jika dilandasi individualism secara absolut. Maka, bagaimana berkompromi dengan idea-idea luar tanpa mengurangi dan menggoyah prinsip, ialah dengan “the ability to reason” jawab Redza.

Perbincangan ini sangat baik, terima kasih #BorakBuku.

***
Dewan Sastera, bil. 8 2014
Sepulang dari itu, sambil membelek sebuah artikel yang membicarakan puisi Mengimbas Al-Quran tulisan Pushkin (sasterawan Rusia), seolah-olah susunan baris-barisnya menegur aku, tiada siapa lagi yang paling hebat dan berjaya menjadi jambatan reason antara individualism dan collectivism, yang menyampaikan visi agama sekaligus berkompromi, hanyalah Muhammad s.a.w. 

Salam alayka ya Rasulullah.

21 May 2013

#bibliophilia16, akhir.



Bismillah,

Alhamdulillah, siri bibliophilia yang ke-10(untuk semester ini) dan ke-16(sejak awal) telah selesai dijalankan pada 17 Mei lepas.

Alhamdulillah, berkesempatan turut serta dua kali sebagai ahli dan sekali sebagai pembedah. Ceritanya, dalam entri yang lepas, berdasarkan nada cara ayat ini dituliskan;
“…memandangkan Yusof minta aku cuba buat pembedahan minor(baca: pengenalan kepada filem kritik) …”
rasa macam nak padam balik. Haha.

Ironi seorang yang bukan jurusan perubatan cuba-cuba membedah, mungkin begitulah rasanya bila seorang penonton(pasif) filem cuba bercerita tentang kritik filem.


Mengisi makna ‘filem’

Jadi, petang itu saya cuma berkongsi tentang apa yang saya rasa saya faham mengenai ‘filem’. Saya mula berminat mendalami filem setelah mengalami kebingungan ‘rasa’ apabila menonton filem-filem yang dipertandingkan di festival-festival filem. Persoalannya, kenapa filem yang tak best boleh menang? (tak best pada pandangan suci dan noob sendiri, eh). Cetusan ini membuatkan saya berfikir tentang bagaimana filem diadili.

Sampai sekarang saya tak tahu definisi filem(kalau ada). Jadi saya mulakan perbincangan #bibliophilia15 dengan mengatakan bahawa apa yang terpapar di skrin ialah ditulis!

Skrip atau lakon layar bukan sekadar dialog line, tetapi keseluruhan gambar bergerak, susunan setting, karakter, props, plot dan seterusnya. Melalui gambar bergerak yang dirancang, filem mampu bercerita walau tanpa dialog sekaligus membezakan filem dengan seni teater atau seni visual dengan lakonan.  Mungkin itulah definisi “filem sebagai filem” saya.

Kemudian, melihat “filem sebagai penceritaan(baca: storytelling)” pada pergerakan plot. Secara mudahnya, asas penceritaan perlu dikonstruk dengan lima elemen utama, begini - Seorang pemain mempunyai objektif yang hendak dicapai kemudian bertemu konflik dan seterusnya membawa kepada klimaks sebelum resolusi cerita.

Secara mudah begitulah. Kalau mahu power, plot-berterabur dan mind-blown, saya paling suka tonton trilogi Bourne(sejak 2012, ianya jadi tetralogi, tapi saya tak suka Bourne terbaru tu. Bourne Legacy. *bias*).

Kemudian, saya meneruskan perbincangan dengan melihat “filem sebagai ruang yang subjektif”. Idea ini merujuk kepada filem yang berkonsepkan open-end atau tergantung. Maka pengakhiran filem diletakkan kepada pemahaman setiap audiens dengan cara mereka mengisi subjektiviti itu. Kadang-kadang sampai kita bertanya, “cerita apa ni!?”

Akhirnya, kepuasan dan pemaknaan menonton terdiri daripada pelbagai variasi. Seronok begitu, dan nakal juga filemnya. Kadang-kadang, sesebuah filem yang subjektif boleh menambat audiens dengan perlambangan watak-watak yang sangat dekat dengan mereka, malah kita boleh terlihat cerminan sebahagian diri kita dimainkan oleh watak tertentu.

Beberapa hari lepas, selepas mengetahui filem yang akan dibedah pada #bibliophila16 ialah Valley of the Wolves: Palestine, saya sempat ke library dan terjumpa buku tentang perubahan industri perfileman di Iran selepas revolusi(maaf, lupa judul). Industri perfileman di Iran lebih kehadapan bila mereka menyekat filem asing dan cuba membina satu utopia filem yang “Islamik” di bawah pemerintahan pasca-revolusi. Isu ni menarik untuk diwacanakan dengan keyword ayatollah, tehrani, ideal, realiti dsb, if-u-know-what-i-mean, haha. 

Dalam deretan rak yang sama, ada satu buku berjudul “Film as art”, menarik di bahagian awalnya penulis mengajak pembaca u-turn, dan mendekati filem sebagaimana memahami “seni”. Dalam judul lain, Film Studies, ada satu bahagian yang membezakan filem dengan sinema; 
“Ernie, do you realize what we are doing in this picture? The audience is like a giant organ that you and I are playing. At one moment we play this note and get this reaction, and then we play that chord and they react that way. And someday we won’t even have to make a movie – there’ll be electrodes implanted in their brains, and we’ll just press different buttons and they’ll go ‘oooh’ and ‘aaah’ and we’ll frighten them, and make them laugh. Won’t that be wonderful?” (Spoto 1984: 440)
Tak sempat baca lanjut, tak sempat pinjam, terpapar “user blocked” dengan denda. Aaargh… *korek tabung*



Bibliophilia15

Saya ada sebab yang jelas apabila memilih dua filem pendek(Sujud & Dear Ridhwan) sebagai mangsa pembedahan semasa bibliophilia15.

pertama, pembedahan filem lebih seronok jika - paling kurang - tiru gaya silibus Komsas yang terdiri daripada sinopsis, plot, latar, tema, gaya, nilai dan pengajaran. Disebabkan bibliophilia edisi sebelum-sebelum ini, mangsa bedah(filem) cuma dibentangkan melalui sinopsis dan plot, pembedahan menjadi kurang menarik.

kedua, filem pendek ialah idea asas kepada full-length dan feature film. Ia boleh jadi paling ringkas dengan low runtime, satu setting, kurang watak dsb. Sebab itu sesi ini dinamakan "sesi pengenalan kepada filem kritik"(walaupun cuma sekadar perkongsian).

Melalui filem pendek Sujud dan Dear Ridhwan, saya telah sedikit sebanyak menjelaskan tentang 'apa' yang perlu dibaca dan boleh dihurai untuk resensi filem. Filem Sujud, contohnya, ia mempunyai persoalan-persoalan yang sangat dekat dan besar kepada audiens Muslim-remaja-Malaysia dalam cara yang sangat mudah.

Filem pendek Dear Ridhwan pula memaparkan sebuah cerita tentang pencarian buku di pesta buku. Kopi Luwak itu sendiri ialah kopi yang mahal harganya dan sukar didapati. Musang berwajah manusia? hehe, ini lucu. Tambah menarik lagi, terdapat banyak 'simbol' digunakan untuk menyampaikan makna di lapisan kedua filem ini.

Saya ada terbaca reviu filpen ini di satu blog yang kata dia tak faham kenapa ada footage Bersih dalam filpen ini.(dah tak jumpa blog mana, -.-") Silap bro, semua yang terlihat ini dirancang dan ditulis. Penulis asal, Ridhwan Saidi sendiri terkenal dengan bahasa filem yang pe-'cult'(baca: pekat) dan falsafahnya yang sukar dihadam(baca Amerika). Dan tahniah untuk Aidil Rusli juga sebagai pengarah.

Kalau kita meneliti latar masa, Bersih 2.0 dianjurkan pada #709 2011, Bersih 3.0 pada #428 2012, dan Pesta Buku yang difilemkan ialah Pesta Buku 2012 (berdasarkan susunan booth FIXI). Lihat bagaimana visual yang terpapar pada setiap dialog, dan fahamkan maksud saya.

Seawal 12 saat pertama, gabungan footage Bersih 2.0(video) dan monolog(audio) ini merangka simbol yang membawa makna kedua dalam filpen(filem pendek) ini.

Gambar FRU dan polis dengan audio "terima kasih", peserta Bersih 2.0 yang diikat dengan audio "dayus, pesan barang pakai pos", pakcik PAS heart-attack sebagai "suami pemalu berpoligami" (<- ini menarik), sesi pembantaian peserta oleh polis pada line "punggung abang milik mutlak sayang.." (<- superb!), "jijik tapi sedap" dengan gambar "This is Tel Aviv" di Dataran Merdeka (kalau tak silap, ini Bersih 3.0), dan akhirnya pada "lincah", "menggelitik mahu menaip" dengan serangan tear gas kepada peserta Bersih.

Sekarang, tanyakan sendiri apa sebenarnya yang Dear Ridhwan ceritakan?




Bibliophilia16

Tak banyak yang mahu dikongsikan; maklumlah, disempitkan dengan tugasan-tugasan minggu terakhir sebelum final exam.

Saya menyukai filem Valley of the Wolves disebabkan ianya diadaptasi dari peristiwa real-life iaitu serangan ke atas kapal Mavi Marmara yang menyertai misi bantuan kemanusiaan Gaza Freedom Flotilla.

Filem ini secara keras memberi mesej kepada Israel tentang keupayaan Muslim khasnya Turki dalam arena militari. Secara terang-terangan, filem ini memaparkan tiga orang tentera Turki yang mampu melumpuhkan sistem militari Israel sekaligus membunuh Menteri Pertahanannya, cuma dengan tiga orang!

Perang saraf, menang! Jyeah!

Filem ini juga menolak tohmahan apabila dilabelkan sebagai anti-semitic kerana merancakkan semangat menolak Israel dengan memainkan watak heroin yang merupakan Yahudi Amerika dan berpihak kepada protagonis.

Ada dua dialog line yang paling saya ingat.

“I didn't come to Israel - I came to Palestine!” Yang ini power!

“I'm going to kill Moshe Ben'e Layzir.” Dialog ni, seawal minit ke-6, ialah anti-klimaks, dan ini menyebabkan saya terlelap di tengah-tengah cerita memandangkan dah tiada apa yang hendak ditunggu-tunggu satu jam tiga puluh minit kemudian. herrr. spoil betei.

Tentang buku Son of Perdition tulisan Wendy Alec, saya kurang berminat. Dan Brown masih lagi penulis faveret dalam genre teori konspirasi dan Christianity. James Patterson, John Grisham dan Jeffery Archer power juga, tapi bab konspirasi agama, bukan makanan diorang.



Saya harap lain kali akan ada pengulas filem Stoning of Soraya(2008) Munich(2005), Argo(2012), Inglorious Bastards(2009) dan A Separation(2011), kalau ada lain kali, insyaAllah.



*mohon tunjuk ajar pelajar jurusan filem aswara dan uitm, heh.

**mohon doanya untuk final exam + fyp pada angka magis; 26, 27, 28, 31, 5, 8, 17, 20, 24.





09 May 2013

#bibliophilia15

 
*off-topic PRU13, racism, dan blackout.


Ceritanya,

hampir setahun lalu, seorang komrad memulakan wacana ilmiah yang dinamakan bibliophilia di kampus UIAM Gombak. Wacana ni selalunya diadakan di Riverside Econs-AIKOL, Jumaat selepas Asar berkonsepkan perbincangan santai berasaskan buku atau lebih dikenali dengan “bedah buku.” Selepas beberapa siri, kumpulan bibliophile ini menambah satu komponen lagi, iaitu “bedah filem.”

Ok, itu pengenalan.

Pada #bibliophilia14, dua orang makwe bernama Afiqah dan Amirah masing-masing membedah Syeikh Siti Jenar(buku) dan Frozen (filem).

Menariknya, perbincangan mengenai Syeikh Siti Jenar(SSJ) ni menimbulkan banyak persoalan yang “baru”, secara personal. Berdasarkan deskripsi buku ini, SSJ meramu pandangan sufistik Islam dengan mistik Jawa dalam menyampai dan membangun Islam. Setakat pengetahuan aku, dalam mana-mana amalan tokoh sufism, konsep penyatuan hamba dengan Tuhan ialah suatu yang disifatkan antara yang utama dan tinggi. Mencapai tahap ini membolehkan jiwa seseorang hamba itu memahami Tuhan dengan cara eksklusif(baca: tersendiri).

Ini tidak terlepas dalam ajaran SSJ, dimana beliau pernah mengaku bahawa "Aku adalah Allah, dan Allah adalah aku, Lihatlah Allah ada dalam diriku, dan aku ada dalam diri Allah". Konsep ini juga dikenali sebagai manunggaling kawula gusti. Ada beberapa lagi percanggahan dari segi amalan SSJ yang diajarkan kepada pengikutnya seterusnya menjadi ancaman yang mengundang kekeliruan beragama dalam masyarakat. Akhirnya riwayat SSJ ditamatkan oleh salah seorang Wali Songo.

Ada satu konsep yang sangat menarik untuk dibincagkan berdasarkan ajaran SSJ tentang bagaimana beliau melihat kematian; dengan menyatakan bahawa dunia ini ialah saat kematian, dan kehidupan sebenar cuma bermula selepas mati. Lihat 3:27. Kalau ditambah dengan pembacaan-pembacaan sufism yang lain, kita akan jumpa konsep ini diulangulas secara mendalam. Konklusinya, buku ini dan diskusi tentang mistikus Islam sangat seronok dibincangkan dalam keadaan intelek yang terkawal.

Tentang Frozen, thriller ini mengisahkan sekumpulan muda mudi yang tersangkut di kereta kabel untuk beberapa hari. Aku tak suka sangat cerita macam ni, tetapi ada beberapa bacaan boleh dibuat. Pertamanya dalam situasi dead-end macam tersangkut di kereta kabel saat tiada bantuan orang dengan serigala yang berkeliaran, kebolehan untuk membuat keputusan adalah sangat penting.

Aku suka juga bagaimana Frozen membuka mata audiens tentang the worst possibilities of death. Mati kesejukan, terjun lalu cedera, menjadi santapan serigala dalam keadaan yang mendesak. Gila, memang gila hollywood ni. Banyak sangat cerita dia macam ni.

Cuma ada satu part dimana si heroin yang berhadapan dengan serigala terselamat walhal pakwe dia yang turut sama terjun sebelum itu dilahap. Jangan nak kata serigala-serigala dah kenyang dengan daging pakwe lalu melepaskan si heroin, jangan. Itu pandangan bias feminis seksis!

Scene ini sangat penting dan berlapis-lapis makna dia. di mana si heroin berhadapan dengan serigala, satu dengan satu(sekumpulan), close-up shot mata dengan mata, bunyi natural, the intensity dan ahh, tiba-tiba baik pula karnivor ni cuma berlalu pergi! Ini sangat surreal dan aku suka. Macam kena pula dengan perbincangan sufi/mistik sebentar tadi. ahah...

Kemudian, ada juga perkongsian oleh Yusof tentang bagaimana Imam Ghazali membincangkan kepentingan ilmu tasauf dalam kitab(lupa kitab mana) secara ringkas. Seterusnya diikuti dengan kupasan ayat Al-Quran dari surah Al-Ankabut 29:65 tentang situasi yang dipaparkan dalam Frozen.

Usai, sesi petang itu, memandangkan aku pertama kali hadir maka aku diminta untuk mengendalikan sesi bedah filem, manakala Syafiq pula bedah buku Versus tulisan Hlovate (<- seriusli Hlovate? serius? haha) pada #bibliophilia15.

Aku baru sedar yang aku dah lama tak tonton filem. Jadi yang ada dalam harddisk tinggallah sekumpulan filem-fielm pendek yang dimuatturun dari youtube.

Hi, I'm Julia
2 + 2 = 5
The Slap
Pasport Ekspres
Kiamu!
Kuda Laut
Long Distance Relationship
The Invigilator
Chocolate
dan lain-lain. semuanya 16gb filem-filem pendek, habis merah harddisk laptop.


memandangkan Yusof minta aku cuba buat pembedahan minor(baca: pengenalan kepada filem kritik) aku cuba dengan dua ni dahulu.

Sujud
Dear Ridhwan


Ringkas mungkin.

Sekian, jumpa nanti.



*inquiry - Yusof (0132225196) / tweet #bibliophilia15

12 July 2012

buku: Friends Forever


Beberapa belas minggu yang lalu, di sebuah kelas.


[ dialek Terengganu]

"Aok ni bakpe tibe-tibe nak ngaji mmula bahasa Arab ni?"
"saya ada terbaca novel tulisan seorang student BAR Ustaz..."
"hok nulis tu llaki ko ppuang? "
"err, perempuan Ustaz..."

Khali. Momen kejur itu diisi dengan sedas dua panah-panah lazer berapi dari lensa Ustaz tepat ke mata saya. pergh...

Kelas pertama bermula canggung akibat terlanjur bergurau. Berat nanang kata Ustaz.

Friends Forever; Ukhuwah itu tali penyatu

Sungguh-sungguh saya tak reti menulis reviu buku selain berkongsi rasa.

Untuk yang ini, untuk seorang yang pernah bersuka duka belajar bahasa Arab, untuk buku karangan yang pernah terbang keluar kelas, untuk orang yang macam boleh faham beberapa kosa kata dari perbualan pak Arab, untuk yang gagal bersama-sama foreigner menghayati khutbah Jumaat SHASM,  untuk yang takut-takut tak mampu berbalas kata dengan anbiya', ulama' dan manusia pilihan Tuhan kelak;

pengolahan tentang kepentingan, keindahan, prospek, cause of action pada mempelajari Bahasa Arab adalah kekuatan buku ini.

ter"masuk" kelas bahasa semula gamaknya.


Tahniah dan teruskan menulis, Ila Husna.




05 July 2012

Macam mana, boi? Cincai?

credit - link


Perempuan kampung baik-baik, boi. Tidur jam tujuh malam, bangun jam tiga pagi. Jarang keluar rumah, sebab itu kulitnya putih. Keluar rumah hanya buat berburu kijang. Mereka tidak takut pada binatang buas. Mereka berani!

Aku diam sahaja.

Aku tahu, kau pasti malu mahu bertanya macam mana rupa mereka, bukan?

Aku diam sahaja.

Di sana tidak ada elektrik, boi. Gelap, jadi buat apa kau pentingkan rupa?

Aku diam sahaja.

Atau amoi kebun? Tidur jam lima petang bangun jam dua pagi. Kasi makan babi, siram tanaman sawi. Tidak banyak bicara, tapi kuat tenaganya!

Aku diam sahaja.

Atau dayang suku bersarung. Pakar mengumpulkan teripang. Mereka macam ikan. Dapat menyelam selama lima belas minit! Lima belas minit, boi, bayangkan itu! Nyawanya panjang, tidak mudah habis nafas!

Aku diam sahaja.

Macam mana, boi? Cincai?


- Enong; petikan Padang Bulan.


11 June 2012

aktiviti sentimental

sebahagian yg mampu dibawa pulang



orang kata;

you are what you eat

bila kita luaskan "eat" keluar dari skop tugasan yang dilaku mulut;
dan dicubaganti dengan minda.

jadilah,

you are what you read.

dari sebahagian rak aku perati, boleh kata buku ringan-ringan keluaran penerbitan mainstream hampir 50%. buku kritikal semacam satira politik, sejarah, tesis, novel, kitab kuning dan kajian kontemporari cuma 20 % sama banyak dengan buku-buku fresh keluaran penerbit indie.

buku akademik?
heh, tak sampai 10%, serasa akulah.
sebabnya, salinan lembut (baca softcopy) ada 50gb dalam cakera keras.

lagipun, ada ke orang baca buku kejuruteraan dalam elarti?
hah




___

acara yang paling memakan masa ketika mengemas rak buku selain dari (1)melerai lipatan dan (2)mengeluarkan penanda(selalunya kad topup dan tiket bas) yang terselit di celahan ialah *bila kadang-kadang kita tersangkut membaca salah satu dari mereka dengan penuh keasyikan.


satu petang mahu tak cukup gamaknya. dan al-hasil, rak buku masih bersepah.


sentimental.

28 May 2012

buku, ekspresi orang, senyuman nakal, dan sweet escape.

satu petang dari petang-petang yang lapang,

saya ke kedai buku. ralit mata belek kiri kanan atas bawah tercari-cari buku yang sesuai untuk seorang pupu...

buku dari penulis-penulis yang  selalu menjadi pilihan tak terjumpa, termasuklah buku yang biasa orang muda berjiwang baca. walaupun begitu, setelah beberapa minit, mata saya terhenti pada sebuah buku yang judulnya biasa-biasa sahaja, tapi disusun di ruangan yang agak terampil di penjuru rak.

ada satu frasa yang sedikit nakal tertulis dengan gaya paling menonjol dengan bulatan berwarna merah.

saya ambil dan belek. abang yang turut sama dari tadi menelaah rak buku bersama saya mengangkat kening.

saya balas, tersenyum.

di kaunter, jurujual wanita memandang saya melit sebelum mengimbas kod batang(baca: barcode) pada buku.


"amboi, awal..." katanya.

saya senyum tersipu dengan steady. jauh di penjuru hati, saya aminkan kata-katanya. moga-moga awal, ecewah



steady, disampul ala feminis.


setelah pulang, saya belek dan amati bukunya. Indahnya Hubungan Suami Isteri Menurut Syara'.


pada bulatan kecil berwarna merah di penjuru kiri tertulis

 UNTUK    
 BACAAN 
 SUAMI     
 ISTERI     
 SAHAJA  


nakal betul.






dear sepupu, oleh sebab tarikh walimah kau sama dengan tarikh exam Metrology, aku balik kampung esok juga sebagai penebusan awal untuk mangkir Ahad nanti. lagipon, aku perlu sangat sweet escape setelah 3 exam kejam yang berturut-turut sejak kelmarin. oh, ya. selamat menjadi isteri solehah! 

"Barakallahu lakuma wabaraka ‘alaikuma wajama’a bainakuma filkhair "



23 November 2011

ww #3 : perkataan.

salam alayk' & greetings!

ms13: fasal yang ke3 - pada menyatakan lidah. Penawar Bagi Hati





dan ketahui olehmu bahawasanya perkataan engkau itu ada kalanya taat atau maksiat atau yang harus yang sia-sia. maka jika ada ia taat seperti menyuruh dengan mengerjakan kebajikan dan melarang daripada kejahatan, maka padanya pahala yang besar-besar dan jika ada ia maksiat maka padanya seksa yang tiada engkau kuasa menanggungnya...





--------

copy dari kitab yang aku tak pernah khatam.  (*.*)'



15 November 2011

[RBRF] Karipap-Karipap Cinta


Salam alayk' & greetings!

RBRF - Review buku review filem.

Aku pernah sekali ternampak status facebook kawan aku:

Camane nak tackle makwe DQ eh?

Lebih kurang macam tulah status dia. Kemudian satu demi satu komen dia terima berbunyi prejudis. Contoh; 

tak malu ka nak makwe ustazah, hang solat pon Inna a’toinaa dengan Qulhuallah ja. Ada hati nak yang solehah.

Lebih kurang cenggitu jugalah komen tak membina yang diterimanya.

Sebelum apa-apa, fyi DQ disini bermaksud Darul Quran dimana pelajar-pelajar nya mengikuti kursus pengajian Al-Quran sama ada sijil(1 tahun) atau pun diploma(3 tahun). Yang pasti, lulusan DQ ni sudah tentulah para hafiz dan hafizah belaka.

Macam mustahil nak dapat spouse ustazah kalau kau bukan ustaz, cenggitu?

Persoalan nilah yang aku terasa penulis mahu ketengahkan selepas baca novel nih. Tipulah kalau kata sesorang itu tak pernah berangan atau berdoa untuk hubungan yang baik kan? kita (Muslim) disarankan sedaya upaya membina rumahtangga mengikut model yang Islam ajarkan (2:221). Kalau bukan persoalan ni yang penulis mahu bawak, takpe. aku mahu tulis juga tentang ini.

lagi, ada juga persoalan-persoalan yang dituju kepada golongan yang mendalami ilmu agama tapi tidak mahu menjadi ustaz/ustazah, konsep da'wah. dan  sebagainya. ada yang kata ianya sebagai parodi kepada ayat-ayat cinta.

Filem dia aku tak tengok habis pasal aku pegang kata-kata entah siapa yang bunyi dia ada macam ni; Movie spoils the book. Secara eksperimentalnya ya. Akan wujud perasaan loophole kalau kau dah pernah baca buku dia sebelum tengok movie macam Harry Porter, Da Vinci Code, Angels Demon, Ayat-ayat Cinta, Stoning of Soraya M and so on. 

dan yang kedua, aku memang tak rasa nak habiskan tengok filemnya. maklumlah, bukan sukar menekan arah kanan pada keyboard ni untuk skip beberapa saat kehadapan. tapi aku tengok jugalah sebab aku ternanti-nanti beberapa persembahan dialog-dialog lucu dari buku dalam filem. itu menarik. namun begitu aku masih rasa ada part yang tak perlu pon sebenarnya ditambah. entahlah ini pendapat personal bukan professional sahaja.

untuk KKC, trailer dia je sudah mendownkan keterujaan menanti filemnya. Kalau kau seorang mahasiswa Al-Azhar, atau mahasiswa Universiti dekat-dekat dengan Al-Azhar,  atau kau ada seorang kawan belajar di Al-Azhar, atau kau kenal dengan siapa-siapa yang belajar di sana, atau kau pernah baca blog mahasiswa Al-Azhar, ce bagi dia filem ni dan lihat apa respon dia.

walaupun aku tak pernah ke sana, tapi melalui beberapa orang kawan aku yang disana, aku boleh rasakan yang Roh Al-Azhar tidak langsung dicuba untuk digarap dengan baik dalam filem. Sorry to say.dan aku tak tahu apa akan terjadi kalau pihak Al-Azhar sendiri nanti mempersoal lakon layar yang bawa nama mereka dalam karya ni. 

sedangkan orang Mesir pon bising dengan lokasi penggambaran filem ayat-ayat cinta yang dibuat di Jakarta, India etc untuk menggambarkan Mesir. filem yang adaptasi dari bukunya hasil tulisan Kang Abik yang pernah diulas oleh Pak Samad. Katanya untuk menggambarkan betapa roh Mesir itu hidup diungkap dalam ulasan pendek beliau:

"...tak membacanya umpama melepaskan peluang untuk mencium bau, merasa iklim dan memahami gerak hidup insan Indonesia di luar dan di dalam negaranya"


barisan pelakon?
tak mahu ambil port. 

Ok, sekarang review buku.


Aku rasa idea tentang kisah cinta Ali & Sarah ni sangat hip. Sangat menarik bila seorang yang biasa-biasa cuba menambat hati seorang lulusan Al-Azhar. Top 10 best students pulak tu si Sarah ni. Memang dalam situasi kampus sekarang ni, idea ni sangat applicable. Kalau anda seorang brother, ce bawa parent anda ke UIA ni, tak kisahlah ambil angin ka, layan landskap ka, kursus SPM ka atau seminar. Komfem mak anda akan asyik bercerita tentang jodoh. Fakta.

Bukannya nak kata bukan ustazah tu tak market, tidak. cuma kau tahu kan kalau manusia sedang mengidamkan yang ideal? (24:26) Semuanya yang indah-indah belaka. Umpama tajuk-tajuk karangan yang bersifat halusinasi di sekolah rendah. 

Kereta impian saya, rumah impian saya, negara impian saya dan lain-lain. cuma tajuk pasangan hidup impian saya tak pernah dibincangkan disebabkan tahap pemikiran kanak-kanak sekolah rendah yang belum mampu membuat ta'kulan di tahap itu. Halusinasi ini bersifat mistikal. Umpama berangan sambil picit jerawat di siang hari dihadapan skrin laptop anda membaca blog ini.

walaupun begitu, menungkap kata Mr K dalam Kitab Terfaktab, semua ciri-ciri ideal tu akan hilang maknanya once kau jatuh cinta, ciri-ciri ideal tu semua akan diketepi dan kau pasti akan cuba isi ketidaksempurnaan spouse masing-masing. Nuff said. 

Plot. Ya, perasaan kosong itu datang dari plot cerita. Cara perkembangan tautan hati antara Ali dan Sarah tak berapa nak terasa. Entah macam mana Sarah boleh terus menyukai Ali yang menipu mengaku dirinya graduan Azhar, lepastu gelabah dalam tindakannya menyebabkan kebodohannya terampil. bak kata-kata klise, demi cinta sanggup korban segala. namun, kadang-kadang ada beza antara pengorbanan dan kebodohan.

apapon perlakuan Ali, Sarah tolerate. dia mahu biar Ali mahu dia. Yang pasti, Sarah tahu Ali syok kat dia sejak kali pertama Ali ternampak dia. Walaupun aku tak faham sangat perempuan, tapi ada kawan perempuan aku pernah bagitau; if you like a girl, tell it in her face. Nescaya berhutan rimbalah taman hatinya dengan kuntuman bunga-bunga cinta yang mekar. Cewah! 

mungkin itu yang berlaku pada Sarah. walaupun secara realitinya, perempuan yang macam Sarah ni tahu lebih banyak tentang bab perhubungan berbanding lelaki. mereka lebih suka baca buku-buku tentang percintaan, mereka lebih ramai memenuhi dewan di kursus kawen, di dalam usrah mereka ada perbincangan tentang ikhtilat dan lain-lain. tapi Sarah, kenapa terlalu mudah keluar dengan Ali?

semasa membaca buku ini, ada watak-watak imaginasi yang hidup dalam khayalan kotak wayang fikiran. sebelum aku tahu siapa barisan pelakon, watak Ali ialah brader Vovin sendiri dan watak Sarah tentulah sis Husna the covergirl. tapi selepas tengok trailer, aktor dan aktres utama pula yang berlari-lari bersilat dalam kepala. haisy...

Lagi apa ye, oh ye karipap. Cerita pembuatan karipap tak kick sangat sebab ia cuma muncul di bab-bab akhir. Takdelah macam Nasi Lemak 2.0 yang memang almost the whole movie cerita pasal cara pembuatan nasi lemak. Dalam babak akhir KKC, karipap sepatutnya jadi agent twist untuk Ali memenangi kembali pemilik cintanya, Sarah. tapi, twist yang berlaku dalam plot ni disebabkan oleh tindakan Ali yang haru dan gelabah.

Persembahan cerita? Lucu. Sangat lucu sebenarnya. Kau pernah baca blog brader Vovin si penulis tak? Selucu itu jugalah bila dalam novelnya. Penuh dengan komedi-komedi senget lagi menyengetkan. Cukup buat pembaca dipandang gila kerana terhehe terhuhu seorang diri. Sekian.

Bacaan santai yang sangat bagus dengan persoalan-persoalan dilema remaja masakini.