Showing posts with label pictures. Show all posts
Showing posts with label pictures. Show all posts

12 December 2012

Langit Disember

bismillah...


(1)

ada kumpulan momen bila kebosanan bertamu, merawak tafsir sebebasnya jadi macam... adiksi.
anehnya, apa yang disangka rawak rupanya... berturutan.

ah, magis Tuhan. Subhanallah.

antaranya;
cerita tentang Musa a.s dianugerah Taurat di bukit Tursina (Al Baqarah 2:93), tentang Ibrahim a.s diperlihat kejadian hidupsemula setelah kematian (Al Baqarah 2:260), tentang gunung-gunung yang digerakkan (Ar Ra'd 13:31), dan tentang Zulqarnain bertemu kaum di antara dua gunung (Al Kahf 18:93).

lalu aku kumpulkan mereka kemas-kemas dalam arkib gunung-bukit dari kalam Tuhan sambil mencipta mimpi-mimpi masa depan.


Alhamdulillah, selepas Tabur West; kali ini lebih tinggi.



Bt Kutu, KKB. 1050m

puncak,
selalu wujud dalam lipatan sejarah,
mengandung kisah tentang bersoal keraguan, mencari kebenaran,
berfikir tentang ilham dari alam.

dan selalu aku;
berteriak melepas jiwa lalu melambung tinggi mimpi-mimpi padu
dengan harapan disambut pelukan Tuhan.




***
(2)

rakaman video tu, rancangannya, nak buat gaya guiding documentary gitu ha.
tapi, suntingan video... ditangguh sampai tahun depan mungkin. ;p


***
(3)

friendly bola padang 3 penjuru pagi tadi bermula lambat,
dek men-sayur-kan pencuri sesayur-sayurnya.
dan
pakguard ganas! jyeah!


***
(4)

drama 12/12/2012

"ibu ayah, benarkan aku bernikah hari ini?"
"tak boleh"
"20/12/2012 ?"

(~.^)"



31 October 2012

November, almost.


 
Hujan Oktober


Jalan Cinta Para Pejuang + Othello (sipi)

Son Goku Mahallah Uthman

Batik - hadiah
tumbang.
trio noob.
ribut homesick

intai Matahari


kombo 4hb


16 September 2012

Zozo (2005)




sesetengah orang mula membaca begini. kan?



*ZOZO (2005)

25 February 2012

Kenapa Uthmanians’ flavor?

*updated*


Salam alayk'

_______________________

(syura)

Kenapa Uthmanians’ flavor?

Aku senyum sebelum pantulkan jawapan aku dengan soalan.

Apa yang kau faham tentang flavor?

Din geleng kepala kemudian menyedut  teh o limau ais bungkus. Ya, sedut, sebab dia pakai straw.

Air apa kau minum?

Teh  o limau ais.

Kenapa namanya teh  o limau ais?

Sebab tehnya, limaunya, gulanya, dan aisnya. Sebab semua bagai yang jadikan ia teh o limau ais dalam menu.

Boleh kau relate dengan benda ni?

more info - link


Maksud kau Uthmanians’ flavor? Apa yang buat Mahallah Uthman dinamakan Uthman? Entah, aku tak nampak. Tema kau ni terlalu luas. Kenapa kita tak sempitkan skopnya kepada sesuatu yang kita nak guna kelak?

Tak perlu. Kita dah ada terlalu banyak gambar bangunan untuk keperluan dokumentasi.

Jadi apa yang kau nampak pada Uthmanians?

Hah, terlalu banyak. Geografi kita ada ekologi sempurna. Pada orang, pada landskap, pada air, pada tumbuhan, pada teman berbulu si kucing dan flamingo, pada teman bersisik si biawak dan ikan, pada integrasi antara penduduknya sesama mereka dan integrasi mereka dengan alam. Aku boleh lihat simfoni harmoni disini.

Kau boleh lihatkan kegiatan hidupan kat sini? Variasinya bila fajar menyinsing, bila azan melantun, bila perlawanan bola berlangsung, bila hari minggu, bila waktu riadah, bila ada pohon tumbang meruntun, bila hujan turun buat seorang senyum bersyukur dan seorang lagi ketat mengeluh.

Oh.

Mahu tahu lagi apa yang aku nampak? Itu. Atap laluan yang pecah diruntun pohon masih belum dibaiki. Pohon tumbang itu bencana, atap yang pecah pun juga bencana, tapi dibiar tak dibaiki itu apa? Sipi-sipi malapetaka. Nuh, laluan air sarat dengan sampah ertinya kontaminasi. Dinding-atap bocor boleh jadi korupsi. Terpulang, itu apa yang aku nampak. Aku cuma hargai fotografi. Bukan seorang fotografer.

Jadi kita stick pada tema bebas ni?

Ya, asalkan lokasinya disini. Biarlah peserta bebas interpret cara mereka melihat.Supaya kita dapat sesuatu yang kita tak jangka. Supaya apa yang kita nampak boleh berevolusi dengan apa yang orang lain nampak. Ada orang memahami seni lebih baik dari kita, ada orang memahami fotografi lebih baik dari kita juga. Interpretasi berbeza boleh jadi punca perkongsian membina. Oh ya, musolla kita sekarang ni dah ada dua kiblat. Qiblataini, selepas inspection 3 minggu lepas. Sejarah bukan?

*angguk*

Sebenarnya, bila kita terlalu menggunapakai nama Uthman untuk refer kepada mahallah, kita boleh terlupa kenapa dan siapa Uthman dirafa’ naik sebagai tokoh besar dalam sejarah Islam. Kita lupa yang dia terkenal dengan pengumpulan Al-Quran. Kita lupa beliau adalah teman Rasulullah di syurga. Lagi, beliau menantu Rasulullah saw dengan gelaran Zunnurain. Pernah dipinggir oleh kaumnya sendiri sebelum menjadi seorang saudagar yang kaya, lemah lembut malah pemurah. Kan?

Mana tahu nanti ada peserta yang mahu bawa fikrah ini dalam fotonya, siapa tahu?




sekian.

- Program Manager -
   (UPC'12)



wah, autokrat gitu.   ; p 




_____________


link blog UPC'12 - http://uthmanpc.blogspot.com/
link borang penyertaan online -  http://bit.ly/upc12

______________


to fatinzuaini : garisan baru dengan pita pelekat ialah kiblat yang baru disahkan JAKIM selepas pemeriksaan.


28 December 2011

wordless : punca didenda mencuci jamban masjid

salam alayk' & greetings.


final exam

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.


23 November 2011

ww #3 : perkataan.

salam alayk' & greetings!

ms13: fasal yang ke3 - pada menyatakan lidah. Penawar Bagi Hati





dan ketahui olehmu bahawasanya perkataan engkau itu ada kalanya taat atau maksiat atau yang harus yang sia-sia. maka jika ada ia taat seperti menyuruh dengan mengerjakan kebajikan dan melarang daripada kejahatan, maka padanya pahala yang besar-besar dan jika ada ia maksiat maka padanya seksa yang tiada engkau kuasa menanggungnya...





--------

copy dari kitab yang aku tak pernah khatam.  (*.*)'



24 June 2011

langsung tak seni!

Salam alayk'

suatu pernah dahulu semasa di CM ada banyak artisan yang melukis sebagai mata pencarian, dan sekarang ini pon masih terus begitu rasanya walaupun dah lama tak menjejak kaki ke CM, Galeri Annexe etc. ada potret tokoh-tokoh terkenal, ada yang melukis struktur seni bina, ada lukisan kuda jongang tersenyum, ada juga gambaran manusia dengan sifat haiyawanah,

ada karikatur kepala besar badan kecut dengan ekspresi yang kelihatan sangat asli dan original. eh, sama je asli dan original. tak original sangatlah bila ada yang sengaja mahu ditambahkan lurah lesung pipit yang kalau pada sebenarnya tidakkan terkerut pipi empuk si empunya badan. tahi lalat!? lagilah hilang manis jikalau diabaikan. tambah jangan tak tambah. el o el.

dari keseluruhan karya artisan yang dipamer disitu, ada satu lukisan abstrak yang sangat menarik membuat audien terpana buat sementara. audien itu aku.

terpana, rasa seperti melayang terbang bebas bersama layang-layang stingray taman metropolitan. rasa bebas, rasa high, rasa trance.

.
..
...
....
.....

bukan lukisan erotik!

tapi satu kumpulan karya yang tanpa bentuk, seni lukis abstrak yang sarat dengan ekspresi artisnya, karya yang biar orang jadi bingung mahu tahu apa yang sebenarnya ada dalam campuran warnanya, karya yang buat audien menerawang dalam ruang lain yang infinit.

tapi cara nilaian harganya? ini tak pernah aku faham. mahal ayam.

lihat gambar ini?

Photobucket


ada rasa macam mengahayati lukisan abstrak?
ada rasa tona warna dicampur dengan sangat awesome?
ada rasa nilai ekstentik tinggi?
ada rasa boleh jual lagi mahal dari karya Kieron Williamson?

.
..
...

takde rasa!?
buta senikah.
.
..
...
....
.....


takde rasa jugak.
kau rasa gambar apa?


.
..
...
....
.....




Photobucket

oklah, paparan hablur cecair-LCD skrin laptop aku retak.

takziah.

sekian. #okbai

off untuk
1. final exam-30hb Juni
PayLessBooks sales - 1hb-5hb Juli
cuti - Sya'ban sampai Syawal. yes!

21 March 2011

ini sarkasm spontan.

salam,
sebenar benarnya aku nak update event semalam. Baca@LRT:Girang. tapi takpe. tunggu keluar video dulu. tetibe keluar berita di astro awani. terus dapat mesej berunsur keras dengan carutan-gurauan dalam bahasa brader2-

"j^&%$ lu masuk berita."  terpaksa censored-striked, bahasa brader2 mmg bold.
aku balas "berita apa?"  padahal dok lobi brader kameraman awani tu. lol.
"yang ko konon2 membaca tu, fake gila"

nanti nanti lah aku update. ada mesej jugak nak disampaikan.

layanlah komik dibawah, cerita kawan aku, bersembang dengan kawan lama dia di facebook.





*lain kali xpayah perasan hensem. itu 'ujub namanya. haha.
**gambar random je aku sebat. bukan watak sebenar.

12 March 2011

keruh

salam.

pic credit : jazzmint

beban Parit Husin semakin berat. setiap saat kelihatan seperti seorang perempuan tua yang terbongkok
berjalan mengesot-ngesot dihenyak langit. perlahan dengan beban, semacam tiada pergerakan,
pegun tanpa arus. Langit mendungkeruh melengkung jauh di sebalik bukit merah
yang tak merah langsung dan kembali membawa kumpulan awanan
mengalirkan sisa permukiman parit parit bersebelahan.
oh, ini sudah tidak lagi menarik.
ini bukan tarikan untuk pulang ke kampung. masa a lah.
selain mampatnya saluran, air keruh dek hujan tiada henti sejak kelmarin dulu sudah buat tali air kelihatan suram.
cuti sekolah sudah tiba. apa lagi yang sepupu kecil mahu main basah bersama nanti?
esok, bila matahari muncul lagi bawa sinar, semua yang hari ini akan jadi mimpi.

Bagan serai, Mac 2011

kampus belum cuti, tapi aku mahu lawat atok, 
dia sudah lama sendiri, tapi malam ini suara kami berdua.

*penangan teksi ke jalan duta rm16. tak pasal pasal hilang puitis dalam karya
(walhal xpernah langsung)

Follower terbaru : khairunnisa. go hit her! mean:visit.

04 February 2011

Baru aku tau

nak buat slide show pakai photobucket.





dekat tool rupanya. noob gile ayam.
btw, ini gambar mahallah aku, aku pinjam buat experimen slideshow ni. mahallah!? err.
mahallah maksudnya "kolej kediaman". bukan marhalah, mahal-lah etc.

tak payah buat lawak dungu "boleh-solat-jamak-kan-kalau-aku-dari-mahallah-ali-pergi-mahallah-farouq-?" okay!

tahniah kepada cik Farah aka follower yg ke-50. sila ke blog beliau. gong xi gong xi!

*aku tengah bingung khutbah tadi cerita pasal happy famili-kekeluargaan, bukan krisis Egypt. atau bencana alam, atau apa2 yang lebih dekat dengan keadaan setempat. rasa macam tunggu drama Hani kat tv3, tapi ditukar dengan cerita lain. haisy! tak ke geram, grr..

20 January 2011

[Pictorial] Hari Sukan!

Salam.

layan je lah.

Photobucket

entri ini adalah gambar semata. klik "read more" untuk lebih banyak gambar. sekian.