Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

13 October 2013

umpamanya, aiskrim mat kool yang di label cornetto. (ber-khidmat negara)



Salam 'alayk, salam 1 Malaysia

Malaysia boleh! *tumbukan padu ke udara*


Pagi ni, usai menunaikan tanggungjawab sebagai calon suami muslim yang ganteng lagi berwawasan, mata aku tertancap pada skrin laptop sambil membiarkan fikiran dipenuhi dengan seluruh hal yang tak aku kendali, dan mula menulis kembali, di ruang ini.

Kehidupan sekarang agak ter-'kebelakang', dan laju 'rentak'-nya.


1. Aku dah botak sekarang. Pergi menunaikan 'haji' di kem khidmat negara. Letih nak terangkan kronologinya, tapi demikianlah bunyinya. Latihan tamat tak sampai sebulan lagi. Hau hau hau!

botak kacak

2. Ceritanya, filpen cuba-cuba tempoh hari terpilih untuk mengisi tempat ketiga. Filpen ni ada bahagian kedua yang tertangguh penggambarannya. Mohon faham kenapa ia belum di-publish lagi. ehem

IYSFC

3. Jurnal D8-22 #6


Usai salam, 05 menadah tangan memulakan bacaan doa.

"Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi rabbil 'alamin...."

lancar, segalanya lancar untuk 05 yang pertama kali dipaksarela menjadi imam setelah ditolak beramai-ramai oleh komrad sejemaah. sehinggalah...

"...Allahumma inni a'udzubika minal...Allahumma inni a'udzubika minal..."

butir nadanya perlahan. lantunan doa terhenti sejeda. dahi 05 berkerut, nafas berterabur cuba diatur, mengingatkan lafaz seterusnya, kesemua komrad menanti...

entah tiba-tiba, hening sepi bertukar hilai tawa berjemaah. satu surau bergempita. baik dari saf wira mahupun wirawati. tapak tangan aku terlangkupkan ke muka, ber-istighfar, ber-istighfar dan ber-istighfar lagi dalam postur hampir tergolek terbahak-bahak.

"...Allahumma inni a'udzubika minal..."
"...Allahumma inni a'udzubika minal..."
"...Allahumma inni a'udzubika minal...hubsi wal khobais..."


itu jam, sumpah lawak gila woi!


lain-lain tulisan/coretan tentang kem, ada di laman tumblr. sini - faaizzdzul.tumblr.com


4. Di kem, tiap-tiap orang dapat gelaran baru masing-masing.
contohnya untuk aku, digelar; senyum, imam, yb, team tua, matluthpi, omeyjed(orang mesjid) dan ostad surah panjang.

gelaran yang last tu pptuih sungguh bunyi dia al-hasil kerja dua orang minah kepoh.

___

*dalam posisi berkawad. dua langkah kehadapan. henti. hentak kaki. hormat.*

"meminta izin untuk meneruskan tugas-tugas yang lain, Tuan!"
"terima kasih Tuan!"

*signing off*



29 July 2013

ber-shantoh Ramadhan bersama Weekenders Club.

alhamdulillah;













gelandangan jalanan, 
saksi rahmat Tuhan.

 ***

terima kasih Weekenders Club,
kongsi peluang merasa mem-beri.

moga Allah redha.


kredit gambar : IzwanYusof ArtsFlava


12 August 2012

nota-nota terlipat; rawak

1.

Istiqamah sukar. Kesannya kita akan lihat pada pelaksanaan ibadah selepas Ramadhan. Sebab itu, Ramadhan tiba sebagai proses tarbiah untuk pemerkasaan ibadah fardhu. Ibadah-ibadah sunat yang eksklusif disampingkan untuk fokus yang lebih utama. Contoh; kemeriahan teraweh buat Isya terjaga rapi; keberkatan sahur pula dorong Subuh cemerlang. Disiplinkan, satu bulan. InsyaAllah, mudah istiqamah.

Jangan sampai kita tak nampak keistimewaan ibadah fardhu sebanding dengan ibadah sunat cuma kerana musimnya. Macam, teraweh hebat bukan buatan, tapi Subuhnya, ke laut. Nau'zubillah. Menurut Ibnu Athaillah, pencemaran ibadah oleh hawa nafsu berlaku apabila kita melebih-lebihkan amalan sunat berbanding amalan wajib.

Kalau tak boleh buat semua, jangan ditinggal semua. Paksa diri sekali sekala.

2.

Sempoi, songkok hitam, tshirt merah, seluar track, duduk stail tabligh, sedulang beriyani sumbangan bank dan Maghrib. rupa-rupanya, dalam siri masjid-hopping, dapat berbuka bersama orang penuh hikmah. walaupun berkongsi momen cuma sekejap; sempat juga luahkan tentang tuan punya rumah yang tak tahu arah kiblat di rumah sendiri. geleng-geleng kepala; risau tentang realiti. dan akhirnya nasihat akhir beliau; "ini peluang kebajikan terbesar untuk awak yang Allah susunkan"

sentap, kunyah laju-laju biar sedap kaburi risau. berat dan padu sungguh rasa kabut dia. lagi-lagi, bila sendiri yang struggle lebih dengan jiwa kacau sendiri, lagi mahu cerita tentang orang lain. Allahumusta'an.

seperkara yang pasti; sempoi rupanya penulis buku Online Dengan Tuhan ni. moga ketemu lagi.

Masjid Bomba

3. 

dalam Surah Al-Qadr, perkataan هي (hiya) dalam bahasa Arab bermakna dia(seorang perempuan). dalam konteks ini, هي merujuk kepada Malam Al-Qadr. Ia disusun di perkataan yang ke-27 dari 30 patah perkataan Surah Al-Qadr.

menurut Imam Ghazali, jika Ramadhan bermula Sabtu, malam Al-Qadr ialah pada malam ke-23.

pendapat ini boleh dijadikan salah satu rujukan ilmu dalam pencarian Malam Seribu Bulan. antara yang paling ramai di dalam neraka ialah orang yang fakir ilmu. beramal tanpa ilmu sangat tidak digalakkan. maka mencari asas dalam meyakini ilmu dengan merujuk pendapat dan amalan beberapa alim ulama' adalah lebih baik.

salam 10 malam terakhir.

5.

pakcik-pakcik keliru selawat tak bersahutan,
anak kecil keliru lihat Imam berkerudung;
dan jiwa-jiwa dalam keramaian, boleh high;
hanyut dalam merdu syahdu lantunan kalam Tuhan.

Imam Al-Mashrafi, MBBU.

4.

Sempat singgah Paso Bumbung. mih hi hiu




5. 

entri ini, macam terlewat terbit. hik

15 June 2012

Morib; Mac - April




kenalkan; kawan-kawan aku.







;p




Oh hai, 2:13 - itu aku, ungu.

dan, hai juga untuk Sya'ban.




23 May 2012

MUDS #2 at UPM

ini ialah lanjutan dari siri pertama.
ini cerita kedua.

IIUM X-Team on Malakoff University Duathlon Series MUDS 2012 (UPM)

video



lagi gambar

14 May 2012

MUDS - UM

video


IIUM X-Team on Malakoff University Duathlon Series MUDS 2012 (UM)

IIUM X-Team - http://www.facebook.com/groups/310083559028901/
MUDS details - http://www.duathlonseries.com.my/v3/
MUDS results - http://www.duathlonseries.com.my/v3/index.php/result/results-2012

lagi gambar...

03 May 2012

Pelangi kuning 428

Malam Sabtu yang lalu terasa panjang. Kepala saya sesak, jam pertama memikirkan soal gender dan hak asasi. Jam kedua memikirkan halangan fizikal ironman. Jam ketiga pula memikirkan persediaan untuk ke dataran.

Jam-jam sebelum itu, berulang kali saya telaah filem Shouts in the sky untuk melihat bagaimana rakyat Sepanyol menguasai Plaça de Catalunya di Barcelona sebagai respon kepada pelbagai desakan dari pemerintah. Kemudian barulah berbaring. Belum sempat 3 jam terlelap, azan Subuh sudah berkumandang. Letih. Mental dan fizikal tak sempat berehat. Tapi saya gigihkan juga bersiap-siap pagi itu.

Ironman tamat jam 11 pagi. Kemudian saya bergegas ke, ermm...  Cadangannya, Dataran Merdeka. Sila ikuti semua yang bakal saya tuliskan. Cerita forum seksualiti dan sukan tu, nanti-nantilah dikemaskini.  ;p

Tulisan ini ada dua bahagian. Yang pertama adalah pengalaman diikuti dengan sedikit pandangan mengenai Duduk Bantah 428.

Sebelum apa-apa, saya turun ke Bersih 3.0 atas kapasiti sebagai seorang rakyat Malaysia, seorang yang berkelayakan memandu kenderaan B2 dan D, dan sebagai pelanggan Maybank(berdasarkan kad-kad yang bergeselan dalam uncang).

Bukan seorang mahasiswa, bukan ahli kepada mana-mana parti politik, dan juga bukan ahli kepada mana-mana NGO. Sebagai penyokong Bersih? Oh, saya fikir 7 tuntutan pertama tu boleh pacu demokrasi kita kedepan dan menguntungkan kesemua pihak baik kerajaan sekarang atau pembangkang. Cuma, saya tak nampak bagaimana tuntutan terakhir itu dijelas. Tett.


1.

Dari dalam tren, saya dikejutkan dengan silauan kuning yang memenuhi jalan raya setelah tren melepasi stesen masjid Jamek. Epik, ini epik! dalam hati. Saya turun di Pasar Seni dan bertemu dengan rakan-rakan yang telah sampai lebih awal di pintu masuk CM.

Di restoran mamak berdekatan, kami mencari air minuman sebagai persediaan untuk duduk-bantah dan berwudhu'. Saya terserempak dengan seorang journalis. Berbaju putih, bertag media sambil memegang kamera. Zan Azlee namanya kalau tak silap saya. Pengarah dokumentari Operation Nasi Kerabu.

Usai solat, kami berkumpul mendengar ucapan dari pihak penganjur. Ada yang melaungkan “Ber-Sih!”. Ada juga yang melaung “Re-For-Ma-Si!”. Pelbagai laungan lagi yang kedengaran di telinga saya termasuklah “Kuning-Kuning! Najib Pening!”.

Kreatif. Quok, mungkin Quok namanya. Seorang anak muda berbangsa cina yang saya sempat tegur.

Jam hampir pukul 2 petang. Kami berarak menuju ke Dataran Medeka secara perlahan-lahan. Beberapa helikopter Polis sejak awal lagi sudah membuat rondaan.

“Heli maghi dok bawoh skek, panah ni, sep kito nak kipah gop!”(Helikopter terbanglah rendah sedikit, orang di bawah ni panas perlukan kipas) gurau seorang rakan yang berasal dari pantai timur.

Kami berarak dengan aman sehingga perarakan terhenti di Jalan Tun Perak akibat kesesakan dari bahagian hadapan yang berhampiran dengan Dataran. Saya perhatikan sekeliling. Yang berbaju hijau adalah penyokong Himpunan Hijau.

Ada diantara mereka membawa hidupan flora. Bunga Kekwa yang mekar kekuningan dan daun-daun hijau kesegaran. Tak lupa juga tahniah kepada yang membawa plastik sampah dan bertindak mengutip sampah-sampah di jalanan. Salute! 


Saya terlihat kelibat Pak Samad dalam keramaian. Saya lantas mengejar, rupanya itu cuma imej Pak Samad pada tshirt penyokong himpunan. Saya rapati dan rakamkan kata-katanya; Dalam demokrasi, suara harus dipertimbangkan. Tiba-tiba tidak boleh bercakap, warna pun takut, tidak mahu berunding, itu sudah membunuh Demokrasi namanya.

“Ramai muslimat ninja harini” jenaka seorang kawan. Ya, memang ramai muslimat yang berpurdah turut sama dalam himpunan. Kagum juga saya melihat semangat mereka.



Lebih kurang jam 2.20 petang, S Ambiga, Anwar Ibrahim dan beberapa pimpinan lain tiba. Saya duduk di hadapan Stesen LRT Masjid Jamek bersama demonstran yang lain. Masing-masing mengambil tempat dan duduk seselesa mungkin. Dataran tidak dibenar masuk. haish 

Belum pun pukul 3 petang, kami terima arahan bersurai oleh pihak penganjur. Duduk Bantah di Dataran Merdeka terbatal.

“Aku dekat frontline ni, ada kawat duri dengan barricade, nak masuk macam mana”

Itu sms yang diterima dari seorang rakan. Masa ni terkenang zaman melepak sambil pandang langit Kuala Lumpur di Dataran masa mula-mula jejak kaki ke ibukota dulu-dulu. Aman dan tenang. Tiada orang kesah bersujud bercumbu dengan padang Dataran.

Pernah juga saya bersama Sidang Rakyat KL dari jam 1 pagi hingga 5 pagi, dihalau dua kali oleh pihak DBKL. Hari ini, Dataran Merdeka hanya untuk acara peringkat nasional. Hurmm, Terpulanglah. Macam ni ke rasa ditarik nikmat? Ahah. 

Saya berpaling dan bercadang untuk singgah ke Pesta Buku PWTC. Malangnya, stesen Star berhampiran ditutup buat sementara.

“Bersih kali ni takde teargas”

Sms bernada ceria diterima dari abang ipar seorang rakan. Kami tersenyum.






Tiba-tiba, sebutir canister berasap di langit KL.


Ditujukan tepat ke arah peserta perhimpunan.
Canister kedua menyusul dan seterusnya. Demonstran di bahagian hadapan berterabur lari. Yang ditengah-tengah berasak-asak. Yang dibelah belakang terinjit-injit mendongak kuriyes. Saya turut sama mengikut arus. Kemudian saya berhenti dan menaiki koridor kedai yang agak tinggi disebelah kiri jalan untuk merekod video. Masa ni, kawan-kawan sudah tak nampak kelibatnya. Masing-masing dah angkat kaki dan selamatkan diri.

Satu aroma pelik dan menyakitkan mendobrak deria.




Hell-o! Nama saya teargas.


Aaarghh! hidung perit. Lidah kelat. Mata pedih. Airmata terhasil sedikit demi sedikit.

Menangis sekarang please! pinta saya pada mata. Saya tarik nafas, dada saya terasa sempit. Saya terkaku sekejap disitu. Nak bernafas sakit, nak melihat, gelap.

Tiba-tiba, tangan saya ditarik entah siapa. Saya ikut dengan mata terkatup.

Control your breath, don’t open your eyes now! Take this

Saya ikut arahannya. Cicip sedikit garam yang dihulur. Oh, dia bukan Melayu. Juga bukan kenalan saya. Cuma seorang rakyat Malaysia biasa. Mujur. Terima kasih abam!

Bila mata terbuka jelas, kamera masih ditangan, topi putih sudah tak kelihatan. Mugkin sekali tercicir dalam keributan tadi. Ah, tak apalah, topi tu percuma.

Baru saya perasan, kami di lot kosong. Entah di jalan mana, bangunan apa. Alhamdulillah semua deria kembali pulih. Macam ni rupanya penangan teargas. Patutlah diumpamakan rasa macam lagi 5 minit nak mati. Suffocated to death gitu.



Tak lama saya mengatur nafas disitu. Lori FRU datang dari belakang. Beberapa biji canister beterbangan disertai simbahan padu dari water cannon. Kali ini saya mengatur langkah dengan mata terbuka, sambil kain lap menutup mulut dan hidung. Sengaja saya bergerak sedikit perlahan untuk membenarkan beberapa muslimat lolos dahulu. 

Heroic tak heroic sangatlah, pandangan saya kabur lagi beberapa saat dihadapan. Teargas kali ini ditembak betul-betul hampir dengan saya. Grup kami ni, macam terkepung antara dua persimpangan. Diusir dari simpang satu, dihambat di simpang dua. Mulut harimau mulut buaya eh! 

Entah berapa lama saya berlari. Dari bangunan HSBC ke celah-celah blok bangunan, ke simpang-simpang kosong hingga ke Puduraya, barulah keadaan tenang. Terjumpa semula dengan dua orang rakan. Pheww. 


SMS masuk.

“Kereta polis langgar crowd wei kat Sogo...” 

Sentap!


“budak-budak ni slumber duduk depan polis, kena teargas head-on lepastu kena pukul, tangkap”

Haih, saya dah mula risau. Peristiwa Bersih 2.0 berulang lagi. Agaknya waktu ini, hutang dendam lama yang tertangguh sejak 709 dilunas di 428. Baik pihak demonstran atau pihak penguasa. Provokasi dua hala jadi katalis jilaka.



"journalis di negara-negara berkonflik tak heran langsung dengan apa yang berlaku harini..." komen seorang fotografer membanding situasi semasa dengan sebelah sana. Saya angguk senyum. Survivaliti journalis bukan suka-suka diperjudi demi secebis fakta asli. Semuanya perlukan pengalaman.




Jam 6 petang, tren mula beroperasi.

Saya pulang sambil terkenang Quok, Melissa, Jim, Katherine(anti-Lynas activist from Auss), anak muda under21 , Din, Jebon, rakan-rakan dan langit Kuala Lumpur yang hingar terluka . 





Hari itu, garam terasa manis.







2. 

Ini bahagian analisis. Poin-poin yang saya rasakan saya patut tuliskan. Pandangan peribadi okeh.

Kegagalan dua hala. Pihak kerajaan dan pihak penganjur perhimpunan. Apabila PM mengeluarkan kenyataan bahwa beliau membenarkan perhimpunan diadakan, tiada jaminan dari beliau kepada pimpinan dibawahnya (menteri yang sepatutnya sehingga ke institusi yang berkenaan-DBKL- untuk penyelarasan).

Mungkin ya, beliau menolak idea berhimpun di dataran dengan memberikan alternatif stadium, tapi rakyat(segelintir) memahami penyataan ini sebagai permainan kata yang berulang. Macam biasa, si A bernada lalala, si B berima lalilu.

Cerita penyelarasan ni, ingat lagi bila sebuah sekolah diselar apabila menggunakan sebahagian daripada wang bantuan rakyat yang diserap masuk ke tabung PIBG, disuruh dipulangkan kepada ibubapa?

Saya rasa kasihan kepada pihak sekolah yang merupakan badan penting dalam institusi di bawah kementerian pelajaran apabila semacam dikecam melalui tindakan mereka. Apa jaminan duit bantuan akan digunakan oleh murid untuk perbelanjaan sekolah jika sampai pada tangan ibubapa? Maaf, saya lihat sendiri ibubapa yang menggunakan peruntukan tersebut untuk perbelanjaan lain. Sekurang-kurangnya, PIBG ada keputusan kolektif untuk menjana aktiviti murid. Dan yang pasti, menjana tabung untuk aktiviti murid adalah sangat sukar.

Eh, terlajak ke cerita lain pula. Tapi masih dalam konteks ketidakselarian antara kenyataan atasan pada gerakkerja institusi yang bernaung. PM kata ok, Datuk Bando pulak, eheh




Pihak penganjur yang menolak untuk berunding berkenaan tempat? Ha, musykil juga saya. Himpun di stadium memudahkan segala macam perkara. Cuma secara peribadi, berhimpun di stadium tak syok melainkan pergi menyaksikan perlawanan bola sepak.

Bayangkan duduk santai di Dataran Merdeka sekarang. Dihamparan alas, dibawah payung mini, mendongak kepulan awan ceria, berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad , dengan dua ratus lima puluh gram cikedis. Peh!



Dari pemerhatian saya, para demonstrat bukan semuanya turun dengan tujuan menyemangati tuntutan Bersih. Ada yang cuma mahu melihat-lihat, ada anak muda yang sukakan provokasi dan cabaran dari polis, ada yang cuma mahu pihak kerajaan jatuh, ada yang rasis, ada yang melakukan penyamaran dan membangkit semangat jilaka. Pelbagai kemungkinan boleh diambilkira. Pihak peganjur langsung tiada jaminan untuk memastikan setiap demonstrat mampu mengikuti arahan mereka.

Diberi arahan berkumpul, patuh. Diberi arahan bersurai, heh. Ada yang tak telan. Ramai. Lagipon, perkhidmatan tren terhenti seketika. Diberi arahan jangan rempuh barricade, tak terkawal. Keluarlah mana-mana amarah membuta-tuli. 


Mungkin juga, dari sebelah sisi, pihak penganjur gagal mengawal kebanjiran ruang berpidato yang sarat dengan para politikus sebelah PR. Justeru, perjuangan politik kepartian mengaburi angka 84 NGO yang dicanangkan bersama-sama menyokong Bersih. Maka, kalaupun duduk-bantah dibuat di Dataran Merdeka, mungkin juga saya beredar awal. Bukan saya menolak politikus, cumanya ada beberapa politikus sahaja yang masih berimej telus dalam perjuangan mereka.




Lihat bagaimana demonstrasi untuk Prof Aziz Bari di UIAM. Kehadiran politikus punca kepada idea bahwasanya demonstrasi yang dianjurkan adalah ditaja dan tidak asli dari kalangan pelajar.




Dah tengok Shouts in the Sky? Silakan muat turun di sini. - link
Ataupun, boleh baca dokumentasinya di sini - link


SOP. Standard operating procedure eh? Ceritalah di depan bukti-bukti video. Sadis.

Walaupun demikian, saya tak menyalahkan polis sepenuhnya. Pihak demonstran ada juga tukang bakar. Ada yang datang dari beberapa siri demonstrasi yang lalu. Mereka sangat berpengalaman dalam situasi-situasi genting. Saya tak dengar sebarang kekerasan berlaku sehinggalah selepas jam 3.45 petang. Dan seterusnya.

Ada abam polis yang cuba mengawal komrad sekerja mereka dari dituntun amarah dalam gerak kerja menangkap dan mententeramkan keadaan. Tapi, tentulah tak berjaya. Akhirnya, bukti-bukti video ini yang buat kita hilang erti keamanan. Atau dari sebelah pihak, keamanan adalah hasil daripada kebencian dan paksaan.

Polis pon budak SPM je, darah muda, kepala gila kata seorang kawan.



Yang paling saya terkesan ialah orang-orang yang memberi komen tanpa berada di tempat kejadian. Bukan mereka tak punya hak bersuara, cuma lebih baik diam bila tak tahu. Orang kita ni ada macam-macam fe’el tahu.



Padan muka kena pukul, siapa suruh join. <- tipikal, sempit, membencikan, dan tak fun langsung komen sebegini. Kalau saya dulu pernah bersetuju tentang keputusan membenarkan Lynas beroperasi atas sebab kawalan yang rapi, apa semua benda buruk yang mampu dielak tak boleh dikawal? 


Malah, kawalan atas diri dari memukul dan berlaku kasar pada orang lain bukan perlu diperbesar. Sebab ianya masalah sendiri, masalah yang bukan nature manusia.



Kita ni ada macam lebah. Menghasil madu tapi mampu juga menyengat bisa. Padahal dari jenis yang sama. Ataupun, macam bubur lambuk. Tengah sedap-sedap makan, tergigit bahan dari famili kayu manis, cengkih dan seumapama dengannya. Sentap kan begitu?

Saya akhiri tulisan ini dengan perbualan saya dengan seorang demonstrat;



“They just lose my vote...”

“Who’re they?” saya menyoal.

Dia cuma senyum dan berlalu pergi.





_______

video



428 Bersih 3.0 ; 28April - 1 Mei 2012 from faaizzdzul on Vimeo.




kredit gambar - Google




01 May 2012

[promo] Pesta Buku Antarabangsa KL '12

http://www.facebook.com/anamuslim.my




nampak agenda yang cuba disampaikan?



siapa2 kenalan yang lalu-lalang bersiul-siulan ignoren akan gua tarik masuk dalam dan paksa beli.
ha ha ha




25 March 2012

[video] a day at the Art for grabs; colorful assembly

salam alayk'

okay, not a day, not even a half day, just a two hours of yesterday.


ART FOR GRABS Mar 2012 - Colourful Assembly!

seronok.

sekian.



*cuti*




_________

oh ya, for those who keeps asking me about my little gadget, please click here - link
and this guy have the best offer in town. seriously. - link


02 January 2012

[fiq] dialog tahun baru

salam alayk' & greetings

entri hasil daripada ini - link

sila duduk dengan selesa, jaga jarak mata dengan skrin laptop. jangan lupa buka lampu, membaca dalam gelap boleh menyebabkan keletihan otot bintik kuning menggelabah mencari peletakan imej. oh ya, jangan sesekali meniarap bersama lappy kalian diatas katil dengan bantal diapit ke dada bersama lengan menongkat dagu. mulai tahun baru ni, kita amalkan postur yang baik demi kesihatan bodi masing2. ok!

sekarang sila nikmati galeri ini satu persatu. 

(16:125)

setiap quote bukan melambangkan apa yang aku nak bawakan tetapi mereka ialah quote dari hasil perbualan aku dan marhaen lain. 


sidang rakyat KL boleh diketahui lebih lanjut di #OccupyDataran


seriusli, malam tu aku tak boleh tidur sebab aku memikirkan terlampau banyak perkara. sebenarnya aku tidur juga dalam 20 minit. tak sempat nak deep sleep, lena diganggu oleh alarm untuk qiam dari kawan-kawan gerakan. mengesan tuan empunya alarm adalah sangat sulit rupanya. bayangkanlah antara ratus-ratus manusia tidur bergelimpangan takkanlah nak pergi ke satu-satu poket mereka dan cek henpon masing-masing. pening juga dibuatnya.

amacam statement ni?


dari aktiviti bersama pihak masjid untuk mendekati dan menemubual orang awam, aku sempat bersama geng #OccupyDataran untuk sidang rakyat KL tentang perbahasan isu buang bayi, gaji minima, akta perhimpunan etc... menarik. tapi malangnya tak sempat join sampai habis. tapi aku tak risau sebab diorang akan upload resolusi untuk setiap sidang di facebook mereka : #OccupyDataran

bila tak boleh tidur, aku akan teruskan berfikir tentang apa-apa yang terlintas. secara spesifiknya, yang paling menekan-nekan fakulti intelek aku ialah bagaimana untuk tidak cepat meletakkan label pada orang?

lompongan mana perlu diisi mengganti kenikmatan-kenikmatan sementara?


aku tak rasa ini merupakan masalah aku seorang dan aku tak kata juga ini masalah semua orang. tapi secara ketaranya masalah terlalu cepat melabel orang lain adalah punca kepada segala jenis stigma dan diskriminasi dalam masyarakat.

aku ada seorang teman yang cukup kuat mengkritik satu individu public figure.
bila aku soalkan pada dia tentang perjuangan jenis apa si polan ini dah buat sehingga kau cukup keras mengkritik dia?


-yang menjalankan tugasan-


dia senyap. membisu. dia tiada jawapan untuk soalan itu. yang dia nampak cuma khabar neraka utara barat timur selatan tentang individu itu. dan dia langsung tak pernah nak mengkaji dan mengenal si polan.

kenapa bersikap judgemental kalau belum kenal susuk fikrah si empunya badan?

tak profesional kan?
aku tahu.

anak papa cool



sebab aku dulu begitu. dan sekarang aku masih sedikit begitu. 

aku ronakan hijau dalam kanvas kepala setiap kali ternampak daun, tapi sebenarnya
dibalik daun itu ada urat-urat merah yang berselirat.
kadang-kadang kelihatan bintik-bintik klorofil putih. dan
kadang-kadang juga ronanya hijau malar atas dan bawah.

tapi bagaimana tahu tanpa membelek dahulu?



backgroundpic: sila teka yang mana aku? yang mana izwanyusof?


berjumpa ramai orang dan belajar menahan fikiran perlukan latihan, ilmu, dan juga guru.



 
Sultan Abdul Samad Building


Sirah pernah mengajar: Rasulullah mengiktiraf Bilal sebagai antara sahabat terapat dengan baginda walaupun beliau seorang hamba yang berasal dari Habsyi berkulit gelap

Integrasi termantap bukan?



nametag. collaboration Masjid Jamek-PKPIM-GAMIS-etc



kalau budaya melabel tidak dibendung, waras kita akan mula lerai. lebih parah lagi kalau terjadi pada pihak-pihak yang mempunyai kesepakatan obvious. 

bersepakat dengan kesamaan percaya,
bersepakat dengan kesamaan bahawa kita manusia yang asalnya dari punca yang sama (4:1).


dibiar lama-lama lagi nanti jadi masalah internal. seorang daie tak patut begitu kan?


_______________
disclaimer : 

1. setiap quote yang ada dalam gambo adalah true as hasil dapatan dari pemerhatian, catatan, dan ada sikit-sikit rakaman yang aku buat semasa malam tahun baru dua ribu dua belas.
2. gambo-gambo bersumberkan link dengan izin.
3. kepada pemilik quote, anda berhak menghubungi aku untuk padamkan quote korang yang ada disini.

31 October 2011

glamer sekejap bersama The Torch

salam alayk' and greetings.
muka surat pertama bahagian sukan - IIUM Mustangs


ya, iya, aku tekap surat kabar The Torch tu ke pengimbas, imbas, dan kemudian muat naik. tak payah buat muka pelik, ini gambar dari akhbar. jangan ragu.

chillax

ok, sekarang sila senyum.

gambar diatas ialah  hasil dari imbasan menggunakan pengimbas Epson Stylus TX milik rakan sebilik aku. kalau tak faham apa maksud imbasan sila ke Google translate. ia dah jadi rakan penterjemah terbaik aku di alam maya.

untuk pengetahuan dunia, UIAM telah menerbitkan akhbar rasmi peringkat kampus dengan kerjasama otai akhbar Malaysia, kumpulan penerbitan Berita Selat Kali Tekan News Straits Times Press (NSTP) bermula semester ini. sebulan sekali. setakat ni dah dua kali terbitan.

komen aku dalam 3 perkataan - eksklusif, eksklusif, dan eksklusif.

oh ya, nak tahu kenapa muka surat pertama seksyen sukan yang aku kongsikan?

nampak gambar abang tanpa lengan kiri tu pegang basikal? jangan main-main, kurang anggota pon hebat. belum tentu boleh menang kalau rentap bersama.

nampak gambar gadis tersengih pegang medal berbaju kuning? ini dia satu-satunya peserta dari UIAM yang dapat hadiah. tempat kedua beb. hebat

nampak gambar tayar-tayar basikal yang disusun rapi tu? ini menunjukkan tahap disiplin para peserta yang tidak meletakkan basikal bersepah-sepah seperti kanak-kanak yang teruja bermain sungai setelah ponteng sekolah agama.

gambar ni takde simbolik sangat pon, rasanya editor bermain ilusi optik dengan pembaca. sainsnya ialah meletakkan lebih banyak gambar boleh cukupkan ruang yang kosong akibat kekurangan idea untuk menulis lebih panjang disebabkan tak temubual lebih ramai peserta. opps!

bergurau ok. takpun, cuba bergurau.



oh ya, yang paling utama pastilah gambar yang paling besar menunjukkan para peserta yang bermula dengan penuh semangat kesukanan yang berkobar-kobar sebelum pancit di kilometer-kilometer hadapan.






perasan kan budak berkaca mata berjersi Kelantan berstokin oren?


itu aku.


seriusli, menang gaya.


terima kasih The Torch.



*pengumuman dari pihak The Torch -

We have saved 300 copies of issue 2 for those who missed it in Gombak! Available tomorrow (31st October 2011) at the business center (the area in front of Double A photocopy center) from 1pm-2pm. Get your copy before it's too late! ;)

siapa tak dapat lagi? sila ke Business Center esok.

pengumuman dia siap ada smiley lagi. peh!

mesti admin facebook mereka ni orang yang ceria.


sekian.

18 October 2011

Zina ! tragedi sedih umat kini !


salam alayk' and greetings!

=)

dijemput semua ke seminar keluarga sakinah: zina! tragedi sedih umat kini.

Zzzzzzzzzz….

Bunyi Fon bergetar dalam mode silent. sms dari mister presiden.  Katanya ada tugasan. Ada berita untuk sebaran. Petang itu aku terima 3 surat. Dan tadi sempat aku selesai tempekkan di ruang iklan. Poster yang diatas.

Zzzzzzzzzz….

Fon bergetar lagi. Dalam senyap, aku curi-curi baca mesej tanpa pengetahuan lecturer.

“kelas petang ni cancel. Madam is hospitalized. Wait for further info for next class”

“sakit apa?”

“ermm, dengar cerita, miscarriage. Doakan dia”

Ya Allah.

Ada Rasa chill menghembus dari dalam. Bukan sebab dinginnya penghawa, bukan sebab tiupan sepoi angin pra-hujan. Cumalah tiba-tiba terasa.

Rasa yang buat badan menggigil sentuh air pili di subuh hari, rasa hiba seakan membukit berlapis-lapis dari dalam dada kiri.

Sebak. Bila cuma dengar beritanya. Entah Apa rasa madam yang menanggung duka? Bukan mudah terima kenyataan bila tahu gugurnya kandungan.

*pause, berdoa untuk madam*


Hurmm…

Sambil menulis ni, sambil menghadap poster di softboard biru. Tajuk seminarnya tentang zina. Masalah yang tak terpadam perbahasannya sejak sekian lama tanpa solusi holistik.

Sms tentang cerita madam masih di talipon.

Kalau ada surat khabar dalam bilik ni, aku macam rasa pasti berita perihal buang-bayi-buang-janin-buang-anak terpapar dalam liputan. Pasti!


*pause, tarik nafas*

Fikir fikir fikir.

Orang yang sedang menanti cahaya mata hasil perkahwinan yang halal boleh sahaja diduga Allah tanpa dijangka.

orang yang terlibat dengan zina pula sibuk buang anak buang bukti.
cerita apa ni?



 *blog ni dah macam blog iklan. aiseh