salam alayk' & greetings!
__________________
Hujan sudah malu-malu mahu turun. Dari lebat bertukar gerimis. Setiap
titisan menujah bumi dengan penuh manja. Namun begitu tak semuanya
berjaya mendarat ke permukaan bumi dek perlakuan manusia yang pejam mata
dongak kepala luaskan mulut meneguk peluh langit. cis...
Petang yang bernafas lembab menyaksikan dua pasang kaki tiba di Tasik Maryam, tasik cetek paling cantik dalam kampus dengan rona coklat berkrim ala-ala minuman penawar buang angin; teh tarik dengan halia. Di sinilah pusat perkumpulan muda-mudi kampus melakukan aktiviti kesukanan demi menjaga kesihatan
bodi masing-masing baik sistem metabolik ataupun susuk fizik semata-mata.
Sekumpulan rakan-rakan dari bulatan gembira telah tiba lebih awal. Masing-masing bermuka yakin dengan abiliti tersendiri dalam acara petang ini; "Berkayak menongkah arus tasik teh tarik dengan bergaya." Bergaya tak boleh dilupakan juga oleh sebab ada ramai perawan di sekitar tasik dengan renungan berbunga.
 |
| fuhh, fuuhh, ffuuuhhh - dancer |
Usai sesi perang saraf pemanas badan, masing-masing melangkah deras mendapatkan kayak dan meluncur ke gigi air umpama anak-anak penyu baru menetas. Ada penyu(baca: kayak) kuning, penyu oren, penyu ungu, penyu biru dan yang paling
psiko ialah penyu
dancer. Dengar cerita penyu
dancer hanya mampu dikawal oleh pekayak profesional sahaja disebabkan rekabentuknya lebih aerodinamik, lebih
hip menjadikan ia lebih
dancy; mampu membuatkan pengendalinya bergamelan ketika menongkah arus. weih, ni apehal cerita penyu tiba-tiba!?
Perlumbaan bermula. Para pekayak memulakan kayuhan pertama. Malangnya, kekurangan penguasaan arah menyebabkan kayak-kayak bertumpu ke satu titik dan bergeseran antara satu sama lain. Geseran kuat menyebabkan suhu permukaan bahagian luar kayak meningkat lalu menghasilkan efek percikan api yang meriah lagi indah.
 |
| power power efek spark! tipu-ok-sapa-percaya-dia-sangat-lurus-berhati-mulia |
Para pekayak mula mencipta ruang dengan menolak kayak masing-masing menggunakan padel. Pekayak pro Mustangs pening kepala melihat gelagat pekayak amatur. "Woi! ini bukan
bumper car ride oi!" jeritnya cuma dalam hati. Mana taknya, agak susah nak bergelek sambil megimbang diri melontar suara. Silap haribulan, boleh terbalik dan lemas teh percuma.
Dipendekkan cerita, Hadi sampai dulu di hujung tasik. Peche si saudagar emas yang kedua. Aku di belakang dia. Yang lain-lain masih terpusing-pusing tak jauh dari garis permulaan. Menang kalah tak bawa makna apa pon, yang penting
brotherhood!
"berkayak ni pon analogi kehidupan. untuk bermula, kayuhan pertama terasa berat, tapi bukan lagi yang kedua dan seterusnya. walaupun dah mula bergerak, tak semestinya kita boleh
maintain tegak. bila-bila masa je kita boleh ter
deviate. ada orang ambil jalan jauh untuk sampai ke destinasi dia, ada orang sampai terpusing-pusing, ada jugak yang terpaksa berpatah balik untuk bermula semula. tapi yang sentiasa turun
training, tak sukar dia nak terus kehadapan ikut kelajuan dia. kan?"
"oi!"
lamunan terhenti.
member sudah panggil.
"amacam, dah keluar kepak lom?"
heh, main kayak setahun sekali, nak keluar kepak pebendanya.
sekian.
______________
glosari
kepak - bahagian belakang bodi yang memberi figura v-shape. figura ideal tubuh lelaki.