Showing posts with label cerpen. Show all posts
Showing posts with label cerpen. Show all posts

26 June 2013

Knock, knock, and knock.



Knock, knock, and knock.

Silent was the reply. I walked away and returned to the seat which is located just about the entrance of the gloomy hallway. Not sure what to do, I though of killing my time by launching Falcon Pro, scrolling down the timeline, replying some mentions, and then turning it off, launching Instagram, scrolling it down, liking some pictures, accidentally liking others, I hate this, but shit happens anyway. Then I open up twitter again. This continues with the hope of my supervisor will step in that hallway soon. But he was nowhere.

Then I heard the sounds of rushing steps. A man came in. A lecturer. He was older, probably fifty-ish. But he moved like a young man and his hair wasn’t completely bald. He was neat elsewhere. I stand up automatically for paying respect with salam. He smiled then he went straight for a door. I sit down again as he passed me.

Knock, knock, and knock.

I sneaked upon him.

“Prof, I was waiting for him too.”
“Did you contact him?”
“Few times already, without response.”

He left, urgently and swiftly.

Few minutes later, he came again with a few papers in his right hand.

“Can you please just slip it down his door?”
“I will.”
“Thank you.”

Hurriedly, he handed all the papers to me. Then I turned around. Before I take my first step toward slip-in mission, I looked at him again. I saw he packed himself together with a couple of heavy luggage and clearly, a force of determination. 

At the moment, I just knew where he was going. It is the same place I long for, a place called home. 
For him, it’s somewhere around Algeria.

Ever since the last semester, I understood one thing about dealing with my supervisor (sv). He is the one who are hardly available without super duper early notification. He really is a CEO type of person.

***

It was as early as 6.30am in the morning. I was lying down on my praying matt. The phone rings. A message is received. It says “Meet me by today.” 

I sighed automatically. It’s not because meeting him is like having a forever moment of “lecture”, but it was me for not preparing anything on due.

***

"Is this engineering?" everytime people asked about the topic.

Yesterday was different. For the first time in a year of the progress, we actually talked about something off-project. We talked about life. It was so mesmerizing how ironic my SVwas. 


“Do you know how long will you live?”
“Say, 80 years”

He took the calculator and then showed me the figure.

“You have only 29200 days to live. It is only 700800 hours. It’s not much. You already finished the first quarter. How many objectives have you achieved?”

I gulped. The conversation went further than I ever thought. Some perspectives were corrected, some were debated. Sorry to say, I will not rewrite the conversation here. I would love to keep it a secret. But, surely, it was the most significant and enlightening conversation I ever had with my supervisor.



***

One day, using his liquid paper, he tried to wash off the word “Assoc.” in the front of his name. His liquid pen stacked. Technically, he failed. Indeed, he was no longer an Associate Professor. 

He is a professor.


Instead of shaking it over and over, he hobbled into his room, opening the document on his computer, scrolling down a list of students. My name was there. 



Thank you, Prof.




09 June 2012

Saleh Saleha; entri balas.


Dup dup…

Dup dup...

Saleh telan liur. Gemuruh. Debarnya lain macam. Jarang sekali dia ditinggalkan cuma berdua di satu ruang. Berdua dari jenis berbeza. Jenis Cinta dan Rangga, Mars dan Venus. 

Rileks, sesi ni sekejap je monolog Saleh.

“Nama saya Siti Saleha”

Saleh angguk senyum. Kontrol jaka. Disebabkan dia berasal dari sekolah berasrama tanpa perempuan, dia gampang kekok bila seorang-seorang begini. Tapi, pertemuan kali ini bukan kebetulan. Baru beberapa minggu lepas dia pinta Khai pertemukan dia dengan Saleha. Sekarang, janji Khai terlunas.

Nama kita ada kimia. Benar Tuhan itu mampu hantar cinta ke mana sahaja... Destiny, bukan kebetulan semata...

“Saya Saleh” balasnya sopan.

Sejuk hawa mula terasa. Bilik kecil Fakulti Komunikasi dibina unik. Kaca sehalanya cuma benarkan orang di dalam melihat ke luar. Kalau dilihat dari luar, legam.

Saleh jeling Saleha. Saleha balas melirik. 5 minit berlalu begitu sahaja.

___


10 minit sebelumnya, Khai gerak Saleh dari qoilullah.

“Bangkit weh... makan jom...”

Mamai-mamai dia ke bilik air. Kumur mulut, cuci muka, pandang cermin. Ahh, hensem macam biasa. Dua sahabat bergegas ke parkir. Motor dihidupkan. Saleh bonceng Khai.

Separuh perjalanan, Khai menyimpang masuk ke Fakulti Sumber Manusia.

“Kau nak makan kat kafe mana!?” soal Saleh kebingungan. 

Biasanya mereka makan di kafe yang menawarkan buah percuma. Pisang contohnya. Klise hari Jumaat. Tapi, Khai melencong.

“Kawan aku nak minta tolong. Nak pakai orang untuk projek grup dia... ala macam temuramah ringkas je... lepas habis ni, kita pergi makan... aku belanja air...”

“Air je?”

“Amboi, air cukuplah...”


Sedar-sedar, Saleh berhadapan Salehah.


___


“Siapa yang bawa awak ke sini?”

“Khai, apa yang boleh saya bantu?” jawab Saleh pendek.

“Oh, pasal projek tu, awak dah bersedia?”

Saleh angguk. Sekeping kertas dihulurkan kepadanya.


“Tapi, projek ni pasal apa? Khai tak bagitahu apa-apa...”


“Projek kami tajuknya – Study of short term memorization by rapid repitition.  


Saleh kerut dahi.

Dalam masa 3 minit, sila hafal dan bacakan semula ayat pada kertas yang saya berikan pada awak tadi. Awak boleh mula sekarang.”


Haih! Saleh merengus kaget. Kepalanya digeleng sambil tertunduk. Peluh merenik dari dahi gugur ke pehanya.


Di atas meja sebelah luar, diari Saleha terselak ditiup angin. Tertulis; Bakal pakwe mestilah kimia dengan Al-Quran.



***

dear diary - credit


Pos asal cerpen ni ialah di blog Warna Kaseh. Sila klik - link


berikut ialah sedikit balasan (baca: reply) berdasarkan beberapa respon di pos asal, sini sesi pencerahan susur pandang mengenai terminologi pakwe dan penggunaannya dari aspek semantik yang ditulis di dalam diari Saleha.


Dalam muka surat yang lebih awal, kata pakwe ialah setaraf dengan teman lelaki, boyfie, zauj, suami, dan lain-lain. pendek kata pakwe ialah terma yang dia selesa untuk menggambarkan jaka yang dia mahu tua bersama.


Contoh, mari berangan bersama, sila bayangkan.

Saleha lukis satu permandangan dalam 20 tahun akan datang. Seorang teman barunya bertanya gerangan lelaki dalam gambar. Saleha dengan tenang sebutkan; 

"ini suami saya, juga kekasih hati, seorang ayah kepada anak-anak saya, seorang pakwe di zaman hip, seorang zauj yang mengimami, seorang yang bukan suka-suka approach tanpa niat memperisterikan saya suatu dulu. dia pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul. "
eych, adui!

lengan Saleha dicubit lembut. "tak payah nak sweet-sweet sangat boleh tak?" kata temannya.



ha ha.




sekian.

-Terminologist Era Hip-




*lapor diri untuk internship bermula Rabu. sehingga Syawal. Allahu Allah mohon permudah urusan.



04 February 2012

dua dunia

salam alayk' & grreetings.



together by purplepawn




"Zil, kau tak rasa gema paradoks dua dunia kita?"

"dua dunia apa?"

Fiq hulurkan nota yang penuh tulisan:

1. dunia langit atau bumi.
2. dunia cuka atau gula.
3. dunia Rangga atau Cinta.

Zil ambil pen hitam dan gariskan kesemuanya.

1. dunia langit atau bumi.
2. dunia cuka atau gula.
3. dunia Rangga atau Cinta.

"kau tak perlu risau. mereka memang lahiriahnya bertentangan..."

Fiq angguk kepala.

"yang kau perlu risau ialah dunia digital yang tak diimbangi. dunia digital yang so-sial. dunia yang diciptakan paralel dengan yang real.."

kening kanan Fiq terangkat disertai ekspresi bengap kuriyes.

"kau tak perasan kawan-kawan kita cuba menjadi orang lain di mukabuku?"

"Si Pandir cuba menjadi Hang Nadim,
William Hung cuba menjadi Ricky Martin,
komunis cuba menjadi Islamis...
semuanya pelapis keyboard warrior..."



Fiq diam.

"terlalu asyik bersosial sampai kita lupa dunia real"




"dan yang paling aku takuti, kita lupa cara Rasulullah bersosial."

*angguk*






"jadi kau bukan sengaja soalkan perlengkapan wifi di masjid kan?"
Zil tersenyum. (2:43)




_______________

Salam Maulid 1433h

25 January 2012

pelukan paling nyaman

salam alyk' and greetings.

Salihamidzi masih kejur berteleku di sudut paling kanan saf pertama. Sami Khedir sudah mula resah menunggu. Perutnya sudah lapar. Tekaknya sudah dahaga. Di luar, tangis langit makin reda bersama-sama kesesakan jalan usai Jumaat. Hon dan siren saling bersipongang menambah rancak bunyi dalam nadi kotaraya.

Seorang demi seorang beredar meninggalkan ruang solat pusat perkumpulan manusia yang penuh saban minggu. Salihamidzi masih tak menunjukkan tanda-tanda dia mahu bingkas. Wajahnya meraut seakan-akan seorang hamba menikmati syurgaloka. Mulutnya terkumat-kamit memuji kebesaran Tuhan yang Maha Esa.


credit - fluorescent2892



Sami Khedir merapati temannya.

"kau sakit ke?" sapanya lembut.

"takdelah, aku ok je..."

"habistu, kenapa dengan dada kiri kau?" soalnya lagi melihatkan posisi telapak tangan kanan Salihamidzi yang diletakkan di dada kirinya.

"takde apa, saje je..."

"nak stay lama lagi? aku dah lapor nii..."

"sekejap, 5 more minutes..."

"fine..."

Salihamidzi menadah tangan dan melafazkan doa dengan sesungguh-sungguhnya sambil diperhatikan oleh sahabatnya. Kemudian mereka berjalan menuju ke kereta milik Sami Khedir.

"kau taknak cerita kat aku kenapa setiap kali kau berwirid kau pegang dada kiri kau?"

"kau nak dengar ke cerita aku?" balas Salihamidzi. Sami Khedir mengangguk.

"aku sendiri tak tahu nak mulakan dari mana. aku tak rasa apa-apa dalam setiap amal ibadah yang aku buat. aku takde fokus, aku takde sebab untuk rasa ihsan..."

"jadi, apa kena mengena dengan tangan ke dada kau tu?"

"jujurnya, aku takde sebab. tapi hasilnya, aku dapat rasa jantung aku berdegup, satu jenis organ yang aku sendiri yang aku tak pernah lihat, organ yang aku tak pernah sentuh, organ yang aku tak pernah arah untuk mengepam darah. Organ yang buat aku merasa kewujudan Dia dalam setiap degupan yang menggerakkan bahagian yang lain."

"Bila aku letakkan telapak tangan aku, ada pertukaran haba yang berlaku. Rasa hangat suhu badan. Rasa dipeluk oleh pelukan paling nyaman dari dalam. Sampai satu tahap, lantunan-lantunan zikir seakan-akan meluru masuk dalam urat aku diselang-selikan dengan degup jantung dan denyut nadi."

"tapi ini semua perasaan aku je. aku tak pernah kisah kalau orang lain tak rasa apa yang aku rasa. yang paling aku phail ialah memikirkan apa yang aku lafazkan..."

"apa maksud kau?"

"dalam 33 kali melafaz tasbih, aku tak mampu fikirkan 33 kesucian Allah. dalam 33 kali melafaz tahmid, tak sampai 33 nikmat yang terlintas dalam fikiran aku. dalam 33 kali bertakbir, aku tak mampu gambarkan 33 kebesaran Allah. walhal, semuanya terlalu banyak, tapi...."

"kita manusia kan... selalu lupa dan melupakan..."




[13:28]




05 January 2012

asalnya 4, tinggal 3, tinggal 2

Salam alayk' & greetings.


Bismillahirrahmanirrahim...






"gua kira sampai 3, kita lari sama-sama. ok?"

"ok, gua set"

"gua on"

"satu, dua... tiga... go!"

bagaikan Usain Bolt versi nusantara, geng tiga sekawan berlari sepenuh kudrat dan upaya dari pagar belakang menuju ke asrama. Misi kami cuma satu, sampai di surau sebelum jemaah lain selesai teraweh. Jam baru menunjukkan pukul 8.30 malam. Masih awal lagi, masih sempat jemaah sekali.

Kaki yang berlari kemain lancar sekali. Merentasi padang rumput hijau yang dilitupi embun langsung tidak menjejaskan larian padu dan jitu. Dihadapan sana, kelihatan reben finisher yang setia menanti pemenang pertama. Siapa yang menang nanti, dialah juara. Dialah yang pertama. Dialah yang akan menaiki podium yang paling tinggi. Heh, imaginasi. Reben mural pada dinding adalah.

Sebenarnya, degup jantung makin pantas bukan kerana larian kencang. Tetapi kerana risiko jikalau larian kami gagal sampai ke destinasi. Andai pakcik dewan makan perasan dan laporkan pada ustaz, mau selibas dua kena sebat dengan rotan sebesar ibu jari diameternya.

Lagipun, ustaz bukan bodoh nak sebat pesalah laku di bahagian punggung. Dia akan libas pada otot dibahagian belakang betis. Masa aku kantoi baca Utopia dalam kelas dulu, dia sebat belakang betis sampai merah. Kemudian bila digosok sedikit terus luka berdarah.

Tapi kadang-kadang dia sebat di punggung juga. Kalau beginner yang tak pandai alas kocek belakang dengan buku ataupun dompet disebat, maunya tak terkawal ketika proses pembebasan angin kotor. Faham-fahamlah, otot kemut kendur sudah jadi spontan otomatis. Orang kata dalam bahasa marhaen biasa, kentut bersepah-sepah. Postur duduk pon jadi sendeng semacam.



laluan larian kamikaze 2004



Larian kami terhenti setelah selamat sampai di dewan makan tanpa disedari sesiapa. Aku pandang Bal. Bal jeling aku. Aku tengok kiri kanan. Bal tarik aku ajak sembunyi di ampaian berbumbung.

"weh, weh, mana Barg?"
"entah, tadi dia lari sebelah gua. Lepastu tiba-tiba tinggal kita dua je..."
"aisehmen, mamat ni ikut jalan mana pulak..."

Barg langsung muncul dihadapan kami. Dia tercungap-cungap mereguk oksigen dari nafas malam. Seluarnya disaluti lecak dalam. Rona ceria bajunya kelam.

"apsal lu lambat?"

Barg masih tercungap-cungap. Kemudian dia labuhkan punggungnya ke lantai dan tongkatkan kedua tangannya ke belakang.




"tadi gua tak nampak... gelap... gua... gua tersangkut dekat net takraw... jatuh..."



Bal dan aku gelak professional dikit-dikit.


Usop yang masih dipagar pula naik angin. Kurang ajar budak-budak ni. Waktu makan, kenyang sama-sama. Fly sama-sama. Rancang pelan masuk semula sama-sama. tapi, kira sendiri-sendiri. tertinggal aku sendiri.



17 December 2011

Ketam, Petai dan Disember.


Salam alayk & Greetings!

Hari cuti. Malam sepi. Angah bergolek-golek atas katil sambil menelaah satu persatu helaian manga Dragon Ball dengan teliti. Along terlentang bersama “termenung” di katil bujangnya, Uda di ruang tamu bertalaqi dengan tivi. Ibu ayah sedang berbisik-bisik manja merancang konspirasi hari minggu untuk anak-anaknya.  

Bunyi cengkerik berkumandang merdu menemani purnama malam Sabtuday sambil menyaksikan embun mengambil tempat di hujung-hujung daunan hijau, berposing dan bersedia menjadi tangkapan para jurugambar di keesokan hari.

Embun-embun paling setuju memberi gelaran embun-photogenic-of-the-year kepada sesiapa diantara mereka yang berjaya posing betul-betul dihujung bucu daun sambil merebahkan separuh badannya ke Bumi. Itu yang paling dikira seni agaknya.

credit pic - link

“Angah! Angah tengah buat apa?” Ibu memanggil.

“tengah baca buku. GoHan tengah nak buat Kamehameha dekat Cell ni, pakai sebelah tangan je. Power…”

Langsir diselak. Separuh kepala ibu bersama tangan kanannya menjengah masuk kawasan bilik anaknya.

“Ye lah kau Ngah oi. Kejap-kejap GoKu power, kejap-kejap Majin Buu pulak power. Ni Ibu nak tanya, esok Angah nak makan apa?”

“Makan apa ek best? Ibu beli ketam ar. Da lama tak makan ketam”

“ketam je? Lagi?”

“ada petai best jugak, buat sambal. fuuhhh

“kau tak payah ngada-ngada nak makan petai, nanti habis tandas tu berbau petai” Along mencelah.

“Ehehe, aku tau la. Ingat aku tak berani ke pakai tandas luar? Kau tu je penakut. Macam tandas kat dalam tu dia punya sorang.”

“ha, bagus. Minggu ni kau pakai tandas luor.”

“ketam, petai ok?” Ibu menyampuk.


5.35am.

Subuh. Ayah duduk di penjuru katil. Angah dan Uda masih melagukan dengkuran secara duet. Sekali sekala pitching Uda lari. Ayah merapat, perlahan-lahan dia leraikan persilangan kaki tangan kedua anaknya. Kemudian Ayah picit-picit ibu jari kaki Angah dan Uda sambil panggil nama penuh mereka. Uda langsung bangkit. Angah masih bergolek-golek.

Ayah buka lampu. Angah menggeliat. Ayah urut ubun-ubun Angah kasi roh masuk lincah-lincah. Dalam separa sedar, Angah lipatkan lutut kanan ke dadanya. Kemudian dia sangkutkan kedua tangannya pada lutut untuk bangkit. Along dah bersiap-siap.

Usai Subuh, semua ke luar rumah. Cuci kasut sekolah, cuci kereta, cuci longkang dengan kecepatan luar biasa. Mana taknya, ada Pokemon kat Tv Central jam 10. Digimon nTv7 jam 11. Ayah Ibu pergi pasar.

12.30 tgh hari.

Atas meja makan ada ketam masak lemak dengan sambal petai. Perut Along berkeroncong, perut Angah berharmoni, perut Uda bercaklempong. Masing-masing sudah lapar. Telapak tangan ditadah, doa dilafaz Ayah. selesai berdoa, Angah buka mulut,

“Ayah, Ayah salah baca doa makan ke?” soal Angah. kuriyes. 

“eh taklah. kan Ayah ada baca doa makan tadi” jawab Ayah.

“abistu kenapa panjang?

 “sebab Ayah tambah dengan doa tahun baru

eh, kenapa pulak? hari ni 16 Disember. bukan tahun baru pon...”





“...hari ni kan hari pertama usia Angah 10 tahun”






Pandangan Ayah, Ibu, Along, Uda fokus pada Angah. Serentak dalam simfoni mereka ucapkan


“Selamat Hari Lahir, Angah...”





Angah tersenyum, gembira. Pada dia, di zaman Apple dan Blackberry masih lagi berbentuk buah bukan gadget, meraikan hari jadi sudah cukup dengan memilih lauk untuk makan tengah hari. Itu sudah terlalu istimewa buatnya.




Alhamdulillah...



______________________________

kepada kawan-kawan yang rajin ingatkan aku tentang tarikh ni. terima kasih.
aku kumpulkan semua komen di sini.

ucapan kepada diri sendiri :

Selamat Ulangtahun kelahiran ke 21.





30 November 2011

kekal hensem walau eksiden

salam alayk'.




YA ALLAH! bisikku dalam hati. dihadapan mata ada sebuah motor pilihan rempit masa kini - Yamaha LC - warna hitam terkandas di bahu jalan. kuih-kuih bertaburan. hablur kaca dari sidemirror yang tercabut saling samar dengan pepasir jalan. sudu plastik, lock motor, tempat pemijak belakang semuanya bersepah tanpa aturan. hujan masih terus jatuh membasahi simpang 3 curam.

aku berhentikan motor untuk dapatkan mangsa. dia terlentang di tengah persimpangan. kakinya terkangkang, tangannya terdepang. gayanya seakan-akan membentuk aksara X kalau dilihat dari udara. entah dari mana dia belajar simbol meminta pertolongan sebegitu rupa. aku tak tahu. aku bukan pbsm zaman sekolah dulu.

"bro! bro! ko ok tak!?"

senyap dia membisu. rintik-rintik hujan masih jatuh padu ke mukanya. iras mukanya seperti pemain sayap kiri Harimau Muda, Fandi Othman. serius mirip. walaupun begitu, raut wajahnya bagitahu aku yang dia sedang suffer.


you can be a hero after you die - credit

mungkin dia sedang berada di satu ruang abstrak yang dia tak pernah sampai. terawang-awang di alam bunian seorang diri mencari teman, mencari pedoman. atau mungkin dia terkenangkan nasibnya yang kelaparan kemudian kemalangan sebelum sempat sampai ke bilik berkongsi makanan bersama teman-teman. tapi sekilas pandang, ada juga seakan ekspresi anak kecil yang sedang meneran di dalam jamban sekuat upaya namun sembelit menjadi penghalang.

tapi itu bukan lagi prioriti. situasi ini berjiwa tensi. yang lebih penting sekarang ialah keselamatan mangsa.

"ughhh..." rintihnya.

darah mengalir dari belakang kepalanya dan melarut dibawa arus air hujan. pergerakan aku buntu. kegilaan apa aku sorang-sorang je dengan brader ni. takkan takde orang lain kat sini yang pandai bab-bab pertolongan cemas ni. ada dua mahallah di kiri dan kanan jalan tapi takde sorang pon turun. mahu tak mahu, aku gerakkan badan dia supaya dia tersedar.

tak lama kemudian ada seorang brader bercelana pendek tidak berbaju datang. aku tinggalkan dia bersama mangsa untuk alihkan motor yang menyekat laluan sebuah Kancil biru. setelah kancil yang ignoren itu berlalu pergi, aku merapat kembali kepada mereka. mangsa dah tersedar. matanya dibuka kecil-kecilan kerana mahu menepis air hujan.

"boleh bangun tak bro?" soal brader yang berlenggeng tadi. mangsa masih diam. dia cuma balas soalan dengan mimik-mimik muka esentrik. kami angkat dan bantu dia berdiri. setelah beberapa ketika barulah dia stabil untuk berdiri di atas kaki sendiri. darah masih mengalir dari belakang kepala. ada dua luka yang memerahkan warna rambutnya. siku kiri dia turut tercalar teruk, secalar bodykit motornya.


tanpa bertentang mata, dia dapatkan motor dan katakan pada kami -

"terima kasih. aku OK"






dalam kebasahan, aku dan brader gonjeng saling berpandangan. kami sama-sama bersetuju bahwa mangsa ialah seorang yang cool.









konco-konco baru -

Yohoo~ 
~~ ParT oF mY LiFe ~~  
-_mencari diri sendiri_-

10 November 2011

Alleria the Windrunner

Salam aly'k.


lama dah cerita pendek ni tersimpan dalam draft.baru harini cuba auto publish by schedule.
__________________________________________________________________




 Alleria the Windrunner membidik sasarannya dengan serius. Dia rasa tertekan dengan pesaingnya Akasha the Queen of Pain yang terlebih dahulu mengenai bulatan merah sasarannya. Alleria tahu yang Akasha telah menggunakan taktik Sonic Wave nya untuk mengelirukan pandangan Roshan. Dalam riuh kabut jeritannya itu, dia pacakkan pisau belatinya tanpa pemerhatian Roshan. 

Cuma Alleria yang tahu muslihat liciknya. Masakan Akasha boleh mengena sasarannya yang jaraknya 1000 distance sedangkan attacking range dia cuma 550. Dengan sombong Akasha bisikkan pada dia Turn me lose. Angkuh!

Harapan warga marhaen Kampung Sentinel kini terletak dibahunya. Semuanya berdebar-debar menanti bidikan Alleria.Kemahiran Powershot miliknya mampu melepaskan anak panah sejauh 1700 distance dengan menembusi apa jua halangan. Rakyat marhaen Scourge juga turut gusar. Kemenangan yang merupakan piala sacred Aegis of Immortals akan memberikan kelebihan luar biasa dalam pertempuran akan datang.

Peserta Sentinel sebelumnya, Mirana Nightshade berdoa tanpa melihat gelanggang. Dia malu apabila Elune’s Arrownya tersasar akibat Frostsaber yang terLeap tak tentu pasal ketika giliran dia tadi. Dasar harimau putih nyanyuk! Buat malu sahaja. Aku kemainlah “Trust in my commands! Strike for the Goddess” segala bagai, sekali kau Leap buat panah aku tersasar hampir terkena Knight Davion. Malu! Malu! Malu!

Dalam masa yang sama Knight Davion menyarung armor kepalanya. Niatnya mahu sembunyikan mukanya yang merah padam saat Elune’s Arrow itu ditampannya. Ah! Inilah dia. Anak panah cinta dari makwe idamannya, Mirana Nightshade.

Kalut kotak fikirannya mahu balas confession Mirana. Patutkah dia lafazkan What is your wish? How may I serve? I’m honored. Bukan! Bukan! Itu bukan ayat-ayat cinta. Itu ayat-ayat kesatria. Aku perlu tambat hatinya dengan puisi-puisi indah, ayat-ayat cinta, ayat-ayat Tumblr. Buntu  otaknya berfikir. Bak kata Vovin - Jangan terlajak kata, nanti tiadalah bermakwe. Elune's Arrow digenggam rapi.

Dari atas menara pula Traxex the Drow Ranger memekik mekik bagi semangat kepada menteenya.
Let the phantom arrow fly!!!

Dia disertai si Dwarf tua, Kardel Sharpeye yang turut melompat-lombat memberi kata-kata semangat. Alleria! Locked & loaded? Fire! Shoot to kill! Fire! Fire!  

Demnok Lennik the Warlock dah annoyed gila dengan Kardel. Kalau Roshan tiada di situ sudah tentu dia cast Inferno kasi hentak sama Dwarf tua itu. Samalah juga dengan Vol'Jin the Witch Doctor. 

Boleh sahaja diMeledictkan Dwarf tua tu kasi berhenti menyalak.Tapi didepan Roshan, semuanya elok budi pekerti.

Pudge pula tak henti-henti memancing pelanggan di gerainya. Fresh meat! Fresh meat ! Ymir Tuskarr tak lepaskan peluang menjamah Ghoul goreng buatan Pudge. Di tempatnya tiada makanan begini.

Disebelah yang lain, Jakiro the Twin Head Dragon pula bergadoh sesame kepalanya sendiri. Si kepala api sokong Scourge manakala Si kepala ais sokong Sentinel. Hasilnya, kabus yang tebal menambah dramatic suasana pertandingan.

Mudah kerja Boush the Tinker memerangkap Ketua Teknikal hari itu. Tak perlu dia bersusah payah study engineering untuk sediakan mesin khas efek kabus semasa penyampaian hadiah nanti. That guy is nuts, grab him. Aku mahu dia kerja dengan aku, arahnya kepada Rhasta_Shadow Shaman.Rhasta bersiap-siap sediakan Shacklesnya. Dazdingo! Heads will roll!

Perhatian kembali semula ke gelanggang. Masanya sudah tiba untuk mengetahui keputusan perlawanan.

Sssuuppp!

Alleria melepaskan Powershotnya ke arah sasaran. Dia bayangkan wajah Lion the Demon Witch di bulatan merah itu.Dendamnya terhadap Lion yang gemar Voodokan dia kepada seekor ayam sebelum dicucuk-Impalekan dari bawah tanah memang sangat annoying. Hatinya sedikit terubat bila bayangkan scene dia memanah Lion bertubi-tubi dengan ulti Focus Fire nya.

Sssuuppp!

Anak panah Powershot terus meluru laju membelah udara.










Kkttiiiiinggg!!!



Dagger milik Akasha yang mulanya terbenam di sasaran itu terbelah dua oleh anak panah Powershot milik Alleria. Bagai gerak tayang slowmo, pecahan dagger itu terpelanting berpusing-pusing ke udara sebelum mencecah tanah. 

Yang terpacak hanyalah Anak panah Powershot. Alleria telah menang! The Sentinel telah menang! Hadirin bersorak!


Dengan kereknya, Alleria berpaling mencari Akasha.




CRY!!!!!!




Herdiknya tepat ke muka Akasha. 



Sentinel have won.


-----------------------------------------------------------------------

Begitulah sedikit sebanyak kisah Pertandingan Memanah anjuran Roshan di antara The Sentinel dan The Scourge.







oh ya, noobies tak mungkin faham cerpen ini. XD


nah intro - link







03 October 2011

Amboi, siap smiley lagi...



salam alayk'

credit pic

Ustaz Shoohaimi masuk kelas. Pusing-pusing, sengih-sengih dia belah tinggalkan anak-anak muridnya dengan tugasan. Terpampang jelas di papan putih dengan pengumuman hensem berbunyi

“semua ke maktabah sekarang, pilih satu buku yang bertajuk bebas. Minggu depan hantar review buku. Oh ye, buku mistilah lebih 300 muka surat. Wajib!”

Latip rapatkan kelengkang, Mustajab betulkan spek, Badariah berhenti polish kuku. Serentak mereka mengeluh. habislah kita

Seminggu kemudian, Latip gelabah. Review tak siap. Dahlah buku yang dipilih bertajuk Perkumpulan penculik bidadari yang setebal 92 muka surat sahaja. Lantaklah, at least dapat la sikit-sikit markah daripada dapat kosong fikirnya.

Paling berat pon, Ustaz Shoohaimi tarik side burn lebih kurang 10 saat. Bisa bisa juga, itu pasal awal-awal lagi side burn Latip dah nipis pasal mamak barber sudah kasi cukur. Biarlah nampak macam pondan empat lima hari ni, asalkan tak derita ini hari.

Badariah nampak tenang. Tugasan dia baru selesai beberapa minit sebelum Ustaz masuk kelas. Tersengih kambing dia. Budak-budak lain perasan dia hembuskan nafas mulut ke setiap kuku kanannya.

Kemudian dia lap di tudung sebelum dia pamerkan kelicinan dan kesilauan kukunya pada kelas. Eksen gile yu! Harap-harap Ustaz bagi markah tinggi kat review Terdedah: Shanon Ahamd aku ni monolog si Badariah.

Mustajab paling cool. Review Alexander adalah Zulqarnain dah dia siapkan dua hari lepas. Sempat beberapa kali dia ke bilik Ustaz Shoohaimi untuk consult tentang review. Kalau boleh dia mahu reviewnya jadi yang paling berkualiti dan mempermudah kawan-kawan lain memahami kisah Iskandar Zulqarnain.

Tak cukup dengan itu, dia mintak Ustaz tolong dia serba-serbi dalam kajian dia untuk review kisah Zulqarnain. Walhal Ustaz cuma suruh hantar satu review je. Dia hantar sekali review buku Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain. 

Di celahan review, Mustajab tinggalkan nota comel. Katanya saya tak kisah ustaz bagi markah berapa, Cuma saya nak mintak ustaz redha ilmu dan masa ustaz untuk saya. Teng kiu. =)


Amboi, siap smiley lagi budak ni. Bunga-bunga mekar di taman hati Ustaz.


Petang tu, Ustaz Shoohaimi pening fikir-fikir tentang karenah 3 anak muridnya.


Si Latip yang hantar tugasan kerna takutkan hukuman lejen ; ditarik side burn.

Si Badariah yang bajet review dia pawa nak markah penuh padehal buku yang dia review tak cukup muka surat pon.

Si Mustajab yang humble dan bersungguh dalam tugasan dia.


Hurmmmm….

--



Kalau tugasan dari Tuhan, watak siapakah kita?






28 September 2011

Gadoh

salam alayk' and greetings.

cerita lama tapi nak post juga.

---

kredit - pic

Sinar mentari petang itu memancar terik sesuai dengan nama bulannya, Ramadhan, hari ke dua puluh lima. Jeb dan Long duduk di atas motor di parkir bersebelahan gerai Haq, jiran gerai aku.

“Ko datang sini kejap wei!”

Jeb dengan lantang panggil Haq. Kalau tak silap aku, ini kali kedua diorang slowtalk, nego untuk kawasan sejak semalam. Perbualan bermula tenang, perlahan. 

Tak sampai 5 minit, tapak tangan Jeb dihayun tepat ke pipi kiri Haq. Haq tersembam ke tar jalan. Cepat-cepat Long bingkas peluk dan tahan Jeb, tenangkan keadaan.

Haq bangun semula, terpinga-pinga lagaknya. Entah apa lagi yang Jeb herdik pada Haq. Aku buat tak tahu sambil layan pelanggan nak tapau air untuk berbuka.

Kali kedua aku toleh, Haq dilempang lagi, tepat ke tempat yang sama sebelumnya.

“Lu potong line gua broo!” tengking Jeb.

“Takde orang pernah kacau gua niaga kat sini, lu memang cari hal dengan gua!”

“Lu tak puas hati!? Lai! Lai!”

Haq hilang sabar, egonya tercabar. Dia layangkan kaki kanannya sekuat hati tapi tak kena. Brader mana entah masuk tahan Haq.

Itu jam, memang darah aku menyirap, lutut menggeletar, penumbuk menggigil. Rasa mahu masuk dan rembat Jeb. Tapi aku tahankan pasal masih siang, masih puasa.

Aku baru jugak kenal Haq sehari sebelum tu. Dia ayah kepada junior sekolah aku. Dia parking gerai dia sebelah gerai aku secara haram sebelum pegawai Majlis pau RM100 untuk lesen tapak. Dari semalam lagi Jeb tak duduk senang tengok Haq bukak gerai.

Jam dah pukul enam setengah. Aku tinggalkan gerai untuk order nasi buat ifthar. Selamba aku melintas port Jeb dengan Haq bergaduh tadi. Jeb masih melompat-lompat gaya budak taekwondo sparring sambil provoke Haq. 

Ramai brader-brader lain dah kerumun port tu. Aku tiada pilihan lain selain melintasi Jeb. Masa itu jugalah bahu kami berlaga.

“Yang lu ni apehal!? Tak puas hati dengan gua!?” herdik Jeb betul-betul depan muka aku.

Tak semena-mena Jeb halakan penumbuk kirinya.

Aku elak dan pusing badan ke sebelah kanan Jeb, aku fokus berat badan ke tapak tangan kanan yang berpaksi tanah dan libaskan kaki kiri tepat ke rusuk Jeb, tepat, senak, kompem! compasso memang move feveret aku. Jeb jatuh menyembam bumi.

“Lauk nii oii!” jerit Jeb.

Belum sempat aku buat apa-apa, ramai-ramai masuk menyerbu, budak-budak Jeb sepak terajang aku. Bertubi-tubi penumbuk penyepak aku terima. 

Pertama kalinya kepala aku digrab entah siapa sebelum tengkorak aku bertemu kepala lututnya sambil tengkuk aku dikilas dua lengan chilaka. Perut dihenyak, belakang badan dihentak.

Brader-brader yang dok kerumun dari tadi join sekali. Akak kedai bunga dah menjerit-jerit, makwe-jual-tudung-tapi-tak-pakai-tudung turut sama meracau, makwe crush yang jual baju kanak-kanak turut sama jerit takut.

Badan rasa sakit, lebam sana-sini, kelopak mata terasa berat, kepala rasa high. Tak lama, visual bertukar gelap.