Showing posts with label foundInQuotation. Show all posts
Showing posts with label foundInQuotation. Show all posts

14 January 2013

random Januari



Cap

Baru-baru ini saya dicap sebagai orang yang tidak menyukai Kerajaan, karena saya tidak membenci Pakatan dan idealism bebas selainnya. Secara manusiawi, saya tak merasa keperluan untuk menjadi orang lain agar dapat diterima. Tidak hitam bukan berarti putih. Mungkin sedikit kelabu, yang tertarik selalu kepada pencerahan. Secara tenang, saya menzahirkan pilihan saya.


 
Semangat

Cerpen berjudul Kanister tulisan Zara Suryani telah mencetus semangat yang merasuki saya ketika 284 untuk 112. Lalu saya hulurkan Sepuluh Ribu kepada seorang teman yang kali pertama menyertai himpunan untuk hilangkan resahnya. Taktik ini berjaya. Dia gembira.



Awan

Walaupun saya merasakan kandungan pidato kebangkitan rakyat sangat sarat dengan impian negara dengan pentadbiran sempurna, tapi, siapa takut bermimpi melepas awan? Kalau tak berani turut serta, kenapa tidak mendokong usaha? atau tanyakan sendiri tentang sumbangan diri?



Lagenda

Deklamasi oleh Pak Samad, si bijaksana tua yang dicintai ramai orang. 



Mata-mata

Pertama kali buat kesekiannya, seorang teman(yang diceritakan tadi) menzahirkan kesukaannya kepada perempuan yang cuma terlihat mata kerana dilitup niqabnya. Saya turut sama berkongsi suka kalau-kalau seru untuknya tiba dalam masa terdekat. Cuma, boleh jadi jikalau kezaliman berlaku dalam rumah tangga, si isteri akan berdemo sebagai protes. Boleh jadi.



Kepimpinan

Dasar kepimpinan dalam Islam ialah suatu dasar yang telah ditentukan oleh wahyu iaitu suatu kebenaran hakiki. Oleh sebab itu, di dalam sesebuah masyarakat yang telah menghayati Islam sebagai cara hidup tidak akan berlaku suasana di mana manusia tersilap langkah memilih pemimpin, yang nyata membawa ke arah kemusnahan disebabkan sikap dalaman mereka terhadap matlamat hidup ini telah salah.

Petikan daripada muka surat 11, Menegak Agama Membela Bangsa oleh Dr Ismail Said.



Retweet-ed

RT @faaizzdzul: goodluck to #teamEngine for fyp presentation starting tomorrow #iium #uiabest #finalyearproject

Brace yourself brodha!



Rabi'ul Awwal

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى
Salam cinta Rasulullah. 
Dalam hal menumbuhkan kerinduan dan kecintaan kepada Rasulullah, ulangbaca aku benar-benar mahu tahu. tulisan umairahshafei adalah satu kegemaran. tulisan ni betul-betul bagus.





04 March 2012

[FiQ] Mengembalikan Roh Universiti : Peranan Mahasiswa


Sekolah Massa : FORLOT (Forum Lorong Tengah)
Edisi Isu Pendidikan
Topik : "Mengembalikan Roh Universiti : Peranan Mahasiswa"
Tarikh : 2 Mac 2012 (Jumaat) 
Tempat : Edu LT 1 UIAM Gombak 
Moderator : Ahmad Afif



“…kata kunci; universiti, roh dan mahasiswa. Apakah ini satu tajuk yang bersifat sekadar analogi atau metaphor kepada universiti dengan mengaitkan universiti dengan roh seolah-olah universiti itu bersifat seperti insan?”

“...sejarah penubuhan universiti di barat, maupon di dunia Islam ada perkaitan yang rapat antara makna universiti dan insan. Penafsiran ini telah dibuat oleh Prof Syed Naquib Al-Attas dalam adikaryanya Islam and Secularism. Apa yang penting tentang sesebuah universiti ialah falsafah pendidikannya, tujuan pendidikannya dan bagaimana institusi ini melaksanakan proses pendidikannya.”

“makna universiti kuliyah dan jamiah itu melambangkan ilmu-ilmu yang sejagat, yang mencakupi keseluruhan kehidupan insan. Dan di sini ilmu fardu ain itu memainkan peranan yang sangat penting. Ia tidak bersifat statik. You don’t learn fardhu ain at the level of secondary school only, the more you progress, the higher you became, you need to learn higher level of fardhu ain...for example, if you’re a professor in economics, you should have ilmu fardhu ain yang setara dengan phd economics kamu”

“...kita hendak memastikan aspek worlview, fardhu ain itu jelas. Supaya apabila mereka pergi ke bidang-bidang lain ilmu fardhu ain akan menjadi pemandu arah dalam pembelajarannya dalam fardu kifayah. Jadi, sekarang ini, UIA antara yang paling dekatlah dengan roh universitinya masih ada sedikit. Universiti kita yang lain pada hari ini, hatta Oxford dan Cambridge yang asalnya ditubuhkan atas pengaruh gereja, pendidikan gereja, teologi dan sebagainya. Itupon telah disekularkan. All the bigs universities in the world, asalnya adalah  tempat latihan ahli agama mereka. Tapi bagaimana sekarang di Oxford kita ada Richard Dawkins, seorang Darwinis yang mengajarkan teori evolusi dan mendapat tempat yang tinggi di Oxford. Ini menunjukkan Oxford telah kalah, rohnya telah dirampas oleh pengaruh sekular dalam bidang-bidang ilmu. Itu lebih teruklah bila kita bandingkan dengan universiti-universiti moden yang dicipta untuk memenuhi keperluan pasaran pekerjaan.”


“...kita tidak jelas bilamana kita bercakap tentang sistem pendidikan Malaysia, ke arah mana kita ingin capai, dan dimana kita berada dan kemana kita ingin pergi. Kita tidak dapat concludekan apakah sebenarnya perkara yang harus menjadi fokus dalam pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia. Itu adalah asas sebelum AUKU digubal ”

“...apa yang berlaku disebabkan gerakan Mahasiswa yang terlalu kuat dan berhaluan kiri mendokong idealisme yang pelbagai terutamanya sosialisme pada tahun 70-an menyebabkan kerajaan berpandangan bahawasanya AUKU patut dicipta supaya boleh mengekang suara kebangkitan anak muda”

“...kalau kita terus bergantung atau meletakkan harapan bahawasanya tiba-tiba berubah dan keluar dari kepompong dan cengkaman yang telah diletakkan, ataupun dalam erti kata kita nak mengembalikan roh universiti, kita jangan meletakkan harapan yang terlalu besar. Gerakan mahasiswa post-AUKU terutamanya selepas pindaan 1974, mahasiswa mengambil AUKU dari sudut pandang yang sangat positif. Walaupun tidak dibenarkan untuk bersuara,untuk bercakap dikhalayak, mereka menjadikan itu sebagai salah satu motivasi untuk menjadikan mereka mendalami bidang penulisan, dan penulisan ini tidak dapat tidak lahir dari pembacaan yang banyak.”


“...kita nampak dalam komuniti kampung Melayu, ada 3 asas utama yang telah digarap dan diimani oleh komuniti tersebut. Yang pertama, mereka saling mengenal antara satu dengan yang lain. Yang kedua, saling memahami antara satu dengan yang lain. Yang ketiga, tidak ada masalah lagi untuk membantu. Apabila sudah kenal, dan sudah memahami. ”

“...inilah dia sebenarnya yang saya fikirkan harus kita bentuk dalam komuniti universiti. Bila sebut universiti, dari aspek pengistilahannya ada kaitan dengan perkataan bahasa latin yang maksudnya komuniti.”

“...tapi, bilamana kita melihat tentang keadaan kita dalam universiti, perasaan untuk berkomuniti itu sudah seakan hilang, pudar. Kita sudah tidak lagi merasakan komuniti universiti ini sebagai satu keluarga malah kita berkira-kira hendak membantu antara satu sama lain. Hatta kita bermusuh pula satu dengan yang lain. Untuk membina komuniti yang baik, harus kita jadikan setiap orang dalam kalangan kita ini sebagai keluarga”

“...sebagaimana yang Prof Al-Attas sebutkan, peranan pendidikan itu ditempat yang pertama iaitu untuk menjadikan ataupun untuk membina atau melahirkan insan yang baik... dalam budaya melayu, bila disebut tentang orang baik, notion atau idea tentang orang baik itu berasas dan bertitik tolak daripada hadith Nabi s.a.w yang menyebutkan khairunnas anfa’ahum minnas. Orang yang baik itu ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain.”

“perkara yang penting yang tak boleh lari dari institusi universiti ini ialah tentang pendidikan. macam mana kita nak bercakap tentang universiti kalau kita tak faham apa itu makna pendidikan? Yang kedua, macam mana kita nak bercakap tentang universiti kalau kita tak tahu apa nilai-nilai kependidikan. Ini dua perkara asas yang tidak dibincangkan di universiti.”

“...pendidikan dalam Islam adalah person-centered. Prof Al-Attas kata ini bukan sekadar prinsip, tapi ia adalah strategi dan itulah sesuatu yang sangat pragmatik untuk dilaksanakan dalam keadaan hari ini. Pendidikan akhirnya menuju kepada setiap individu untuk dibangunkan, untuk digarap potensinya, untuk dibangunkan dia, untuk dimanusiakan dia, untuk digarap segala potensi dan fakulti kemanusiaan yang Allah berikan kepadanya. Akhirnya pada setiap individu akan membentuk satu kesatuan dalam komuniti. Apalagi yang kita nak harapkan kalau bukan universiti untuk membawa perubahan?”

*artikel


“...Al-Maududi pernah mengupas tentang bagaimana universiti itu menjadi seakan-akan pusat penyembelihan, dan bagaimana ijazah sebagai sijil kematian. Tetapi melalui apa yang saya baca, kita masih boleh mencari manusia yang hidup dalam timbunan mayat.”

“...menurut seorang rakan, adalah normal hujung minggu di Jepun menyaksikan kisah bunuh diri di lintasan atau laluan tren. Sebab, hari Isnin ialah hari kuliah atau hari berkerja.”

“...sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan ini menimbulkan tanda tanya tentang apakah tujuan sebenar pendidikan...”

“...berpandukan sistem ini, pensyarah atau pengajar akan mengajar dalam kelas mengikut silibus. Dia kadang-kadang tak berani nak keluar daripada topik cuma terpaku pada teks dan silibus yang ditetapkan dan mahasiswa pula kadang-kadang tak berani bertanya, tak berani mencabar idea pensyarah tu. Akhirnya peperiksaan kelihatan sebagai puncak segalanya”




 ___

PROMO

Sekolah Massa: Forum Lorong Tengah #2- 
"Gagasan Islamisasi VS Dinamika Sains dan Kajian Sosial Moden" - 
06Mac, UIAM Gombak. EDU LR6


02 January 2012

[fiq] dialog tahun baru

salam alayk' & greetings

entri hasil daripada ini - link

sila duduk dengan selesa, jaga jarak mata dengan skrin laptop. jangan lupa buka lampu, membaca dalam gelap boleh menyebabkan keletihan otot bintik kuning menggelabah mencari peletakan imej. oh ya, jangan sesekali meniarap bersama lappy kalian diatas katil dengan bantal diapit ke dada bersama lengan menongkat dagu. mulai tahun baru ni, kita amalkan postur yang baik demi kesihatan bodi masing2. ok!

sekarang sila nikmati galeri ini satu persatu. 

(16:125)

setiap quote bukan melambangkan apa yang aku nak bawakan tetapi mereka ialah quote dari hasil perbualan aku dan marhaen lain. 


sidang rakyat KL boleh diketahui lebih lanjut di #OccupyDataran


seriusli, malam tu aku tak boleh tidur sebab aku memikirkan terlampau banyak perkara. sebenarnya aku tidur juga dalam 20 minit. tak sempat nak deep sleep, lena diganggu oleh alarm untuk qiam dari kawan-kawan gerakan. mengesan tuan empunya alarm adalah sangat sulit rupanya. bayangkanlah antara ratus-ratus manusia tidur bergelimpangan takkanlah nak pergi ke satu-satu poket mereka dan cek henpon masing-masing. pening juga dibuatnya.

amacam statement ni?


dari aktiviti bersama pihak masjid untuk mendekati dan menemubual orang awam, aku sempat bersama geng #OccupyDataran untuk sidang rakyat KL tentang perbahasan isu buang bayi, gaji minima, akta perhimpunan etc... menarik. tapi malangnya tak sempat join sampai habis. tapi aku tak risau sebab diorang akan upload resolusi untuk setiap sidang di facebook mereka : #OccupyDataran

bila tak boleh tidur, aku akan teruskan berfikir tentang apa-apa yang terlintas. secara spesifiknya, yang paling menekan-nekan fakulti intelek aku ialah bagaimana untuk tidak cepat meletakkan label pada orang?

lompongan mana perlu diisi mengganti kenikmatan-kenikmatan sementara?


aku tak rasa ini merupakan masalah aku seorang dan aku tak kata juga ini masalah semua orang. tapi secara ketaranya masalah terlalu cepat melabel orang lain adalah punca kepada segala jenis stigma dan diskriminasi dalam masyarakat.

aku ada seorang teman yang cukup kuat mengkritik satu individu public figure.
bila aku soalkan pada dia tentang perjuangan jenis apa si polan ini dah buat sehingga kau cukup keras mengkritik dia?


-yang menjalankan tugasan-


dia senyap. membisu. dia tiada jawapan untuk soalan itu. yang dia nampak cuma khabar neraka utara barat timur selatan tentang individu itu. dan dia langsung tak pernah nak mengkaji dan mengenal si polan.

kenapa bersikap judgemental kalau belum kenal susuk fikrah si empunya badan?

tak profesional kan?
aku tahu.

anak papa cool



sebab aku dulu begitu. dan sekarang aku masih sedikit begitu. 

aku ronakan hijau dalam kanvas kepala setiap kali ternampak daun, tapi sebenarnya
dibalik daun itu ada urat-urat merah yang berselirat.
kadang-kadang kelihatan bintik-bintik klorofil putih. dan
kadang-kadang juga ronanya hijau malar atas dan bawah.

tapi bagaimana tahu tanpa membelek dahulu?



backgroundpic: sila teka yang mana aku? yang mana izwanyusof?


berjumpa ramai orang dan belajar menahan fikiran perlukan latihan, ilmu, dan juga guru.



 
Sultan Abdul Samad Building


Sirah pernah mengajar: Rasulullah mengiktiraf Bilal sebagai antara sahabat terapat dengan baginda walaupun beliau seorang hamba yang berasal dari Habsyi berkulit gelap

Integrasi termantap bukan?



nametag. collaboration Masjid Jamek-PKPIM-GAMIS-etc



kalau budaya melabel tidak dibendung, waras kita akan mula lerai. lebih parah lagi kalau terjadi pada pihak-pihak yang mempunyai kesepakatan obvious. 

bersepakat dengan kesamaan percaya,
bersepakat dengan kesamaan bahawa kita manusia yang asalnya dari punca yang sama (4:1).


dibiar lama-lama lagi nanti jadi masalah internal. seorang daie tak patut begitu kan?


_______________
disclaimer : 

1. setiap quote yang ada dalam gambo adalah true as hasil dapatan dari pemerhatian, catatan, dan ada sikit-sikit rakaman yang aku buat semasa malam tahun baru dua ribu dua belas.
2. gambo-gambo bersumberkan link dengan izin.
3. kepada pemilik quote, anda berhak menghubungi aku untuk padamkan quote korang yang ada disini.

23 November 2011

ww #3 : perkataan.

salam alayk' & greetings!

ms13: fasal yang ke3 - pada menyatakan lidah. Penawar Bagi Hati





dan ketahui olehmu bahawasanya perkataan engkau itu ada kalanya taat atau maksiat atau yang harus yang sia-sia. maka jika ada ia taat seperti menyuruh dengan mengerjakan kebajikan dan melarang daripada kejahatan, maka padanya pahala yang besar-besar dan jika ada ia maksiat maka padanya seksa yang tiada engkau kuasa menanggungnya...





--------

copy dari kitab yang aku tak pernah khatam.  (*.*)'



06 October 2011

[FiQ] Forum Tinta Emas Layar Perak 2011.09.29

salam alayk'

FiQ - found in quotations



credit


Dr Harlina Halizah kata

“…saya selalu mengingatkan diri saya bahawa kita ni tidak diuji Allah dengan paras rupa yang cantik, tidak juga diuji Allah dengan bakat yang begitu menyerlah, tidak diuji Allah dengan ribuan peminat, itu sebabnya kita agaknya lebih senang nak mengkritik, mencela tetapi bukanlah mudah untuk seorang yang mempunyai semua ini untuk memastikan bahawa setiap kalimah yang dikeluarkannya itu akan membawa manusia kepada mengingati Allah”

“…kalau ada duit lebih, beli buku. Sebab buku ni dia tidak akan basi, tidak akan rosak binasa…”

“…sampai bilalah ye brothers and sisters nak duduk di kerusi, menjadi pendengar satu forum ke satu forum. Dahulu semasa saya di tempat pendengar, saya melihat finalis berbincang, saya akan sentiasa berdoa -Ya Allah berikan saya peluang berjalan untuk suatu hari nanti saya berada di depan untuk memberikan input saya – itu doa saya setiap kali…”

Wardina Safiyyah kata

“…be fair to others. They might be even better person than us.”

“..my husband said to me - You do not know how many people you have touched and how many girls have you inspired to change”

“… saya merasakan bahawa kadang-kadang it’s not so much about what we say, but it’s really how we act, it’s really impactful”

Ust Syaari Abd Rahman kata

“setakat mana kita membaca menentukan setakat mana kita menulis”

sekian.

lagi Found In Quotation


13 March 2011

[FiQ] Hendaklah kamu bercampur dengan ramai manusia.

Salam.

"Hendaklah kamu bercampur dengan ramai manusia. maka kamu akan jadi kuat akhlak kamu, perangai kamu bagus!"

(Imam Ghazali, Ihya' Ulumuddin)

contoh:
Makcik: Uztaz, suami saya ceraikan saya ustaz.
Ustaz: Kenapa dia ceraikan akak?
Makcik: Saya buat air kopi, saya terbubuh garam. dia balik2 saya buat kopi masin, disepaknya saya, dia kata saya nak bunuh dia, langsung dia ceraikan saya ustaz, itu sedih benar rasanya ustaz.

Menangis seminggu.

Makcik: Bang kasim, rujuklah balik, nanti saya bubuh sekilo gula satu cawan kopi, tolonglah bang Kasim
bang Kasim: takpayah, tak payah

Maka perempuan ni yang kena cerai tadi kalau dia tak bercampur dengan orang lain, dia akan anggap cerai itu satu benda yang sangat besar pada dia padahal dunia belum kiamat dengan sebab kena cerai.

"Berapa ramai orang yang kena cerai talak tiga? akak baru talak satu"

orang yang bercampur dengan orang lain, dia akan pikir,
"aku baru talak satu, kak leha langsung takda talak sekarang, langsung takleh rujuk, aku kalau aku pujuk dia, aku pakai lawa2 sikit mesti dia nak balik. sebab aku baru talak satu. masih dalam edah"

Dia akan jadi kuat semangat!

Tuan2 ni kena potong kaki, kencing manis, masuk hospital kaki luka. hitam kaki,
Doktor: pakcik mat, kaki pakcik terpaksa dipotong,

zalim benar doktor potong kaki orang. ea,
Doktor: bukan zalim, kalau pakcik tak potong sekarang esok ke peha peha pakcik kena potong.

Maka pakcik mat pon dipotonglah kakinya. pakcik mat kalau dia bercampur dengan orang lain, apa kata pakcik mat?
"ustaz kaki saya udah tak ada. doktor dah potong. tapi alhamdulillah ustaz. kaki saya belah kanan ada lagi.
saya keluar hospital nanti, saya nak pakai kaki palsu.kawan saya ustaz, dua2 belah kaki kena potong. saya bersyukur, saya baru belah kiri, boleh lagi berjalan ustaz."

Orang macam ni, akhlak dia bagus, dia takkan marah Tuhan. Sebab dia bercampur, ada orang lain lagi teruk.
(Ustaz Kazim Elias. Mac 2011, Radio Malaysia Perak FM.)

06 March 2011

[FiQ] ponteng kelas

Salam.  

early heads-up : ini cuma tulisan panjang yang kupendam dalam draft tiada tertekan publish. mungkin sangat panjang juga.

Cerita pasal kelas. Duduk, dengar, tulis sikit sikit, lepas tu tengok jam. Dengar lagi, tengok kiri kanan, tengok depan, salin, lepas tu tengok jam. Tadi jam tangan, ni tengok jam fon. 

Atas meja ada banyak bekas contengan. Kadang kadang lucu bila tengok perbualan nonverbal macam :
meja A: soalan no 4 kau dapat x berapa?
meja B:  x = 2.34321 , dapat tak? pakai rumus ni.
 ramai yang dah tak pergi kelas. Kedatangan kalau separuh kelas tu biasa la, dan separuh tu agak bagus sebenarnya. Kisah benar kulliyah kejuruteraan. Tapi tak apa. Kelas tak wajib untuk dihadiri. Ini admin punya  trick dari tahun lepas. atau dari tahun tahun dulu?

Pelajar tidak dilarang dari mengambil peperiksaan akhir walaupun tidak pernah hadir ke kelas, walaupun tidak pernah menandatangani senarai kehadiran mahupun tidak kenal pensyarah. (yang akhir itu agak kasar ok, tapi berlaku)

Tapi ponteng kelas adalah dibenarkan. Teorinya : pelajar sudah mumaiyiz, tahu apa yang baik dan buruk untuk diri sendiri, masing masing punya pilihan. Kalau kalian, apa fikirnya?

Heaven? (metafora untuk nikmat. Bukan sebenar benar nikmat.) Tapi ini yang aku quote dari 3 pensyarah yang berbeza pandangan. Identiti dirahsia.


Found in quotation #1

“Attendance are decreasing by days, maybe because of I didn’t tell you to sign the attendance list. If I start taking attendance after midterm, will it be encouraged for all of you to attend my class?”

“Anyway you don’t have to come at all. I mean, you can choose to come or not to. This is what our kulliyyah has been practicing since last year.”

“You’re now a university student. A student should be able to learn independently. If you don’t want to learn from me, it’s ok, you can learn with someone else, or learn by yourself. You still can take the final exam anyhow.” (Everybody listen enthusiastically)

“Maybe I’ll take the attendance just for my personal record. Say, if the student’s carry mark is low, maybe I’ll consider of adding some mark into it. If he/she has very good record of attending my class, maybe I can give some bonus mark. If I want to.”  (A little relief for everyone)

“But, thing is, if a student had full attendance for the whole classes of the semester, but score very low in his/her quiz or midterm test, I can’t help it. It’s obvious that he/she has very low intelligence.  Attend all classes but never scored high mark.”   

(Class laughing, but then everyone suddenly having a whisper of serious thinking, worrying about how their own grade wills be. urgh)

*am I going to pass this? Am I going to pass this? Am I going to pass this!? Argh!!!

At the end, some of us fail; some of us pass the course. Half-half.

I failed. 

Found in quotation #2

Situation: class is so full today because he wants to make quiz for the day. 
*Quiz carry 10% of assessment. It’s important. other college call them as "test".

“Why is our class is so full today? Did I tell you we’ll have quiz today?  No? Nah... Anyway, I don’t know why would our kulliyyah decided not to bar student who had very bad attendance from taking the final exam.”

 “This way, people don’t come to class. The admin is full of intelligence people but they put their brain underneath their knee for deciding so. I don’t know why.”

“They just suddenly felt that you’re an adult now, you can decide what is good for yourself, you know yourself better than anyone else, and you have the choice.”

Normal classes no quiz. All of the students fell for that. The lecturer grin happily. What a trick.

* He’s counting the number of students! Checking if someone signed for more than once. Sigh...

Found in quotation #3

Situation: He suddenly took the attendance list and start counting. He has never done this before.

“Why the attendance signed for more than the number of people who came?”

Everybody is silently still.

“There are about 50 people who signed but just 37 came.”
(A different of 13!)

“13 people have cheated. Why? The absentees are not here but the cheaters are.” (oow man)

“You are allowed to not come to the class, then why cheat, just leave it blank.”

L.o.L everybody were chilled out of their calmness. Cuak ayam masing masing. Anyway, cheating is not good. Lesson for the day.

(But it not nice to see blank/hole on your attendance list. Right? It feels no good. seriously!)

Found in quotation #4

Situation: in a non-engineering subject class.

“Please attend the class; I knew that you’re not being barred if you don’t attend class in your kulliyyah but this kulliyyah, NO! ”

“You’ll receive a first warning letter for being absent for 2 classes, and so on. Standard procedures. You will be barred from taking your final exam if your attendance is less than 80%.”

Turnout: a lot were absent. Students get used to the system.

______________________________________

That is why engineering students study/work independently. they do not just absent class, they study independently, while some other students depend on lecture.


thanx for reading.