Showing posts with label notaRamadhan. Show all posts
Showing posts with label notaRamadhan. Show all posts

29 June 2015

Nota Romadhon #2


sepasang kaki tua
masih gagah 
walau pinggulnya
lemah

aku pasti
sujudnya yang membongkok
menjemput langit
menyambut hatinya

sepasang mata muda
terpaku pada skrin
jari-jarinya 
meliuk lincah

aku tak pasti
apakah dia
mahu langit endah padanya. 

- sepuluh, masjid wilayah.

18 June 2015

19 July 2014

contengan Romadhon (ii)


Saya tak tahu dimanakah  definisi 'pasti' diantara 'yakin' dan 'percaya'. Mungkin, terselit setakat permainan linguistik sahaja. Tetapi, suatu hari, saya berada di sebuah persembahan pentas, menyaksikan seorang pakar bermain pisau yang sedang asyik mementaskan kemahirannya. Seorang pembantu berada pada jarak yang sederhana jauh sambil menjunjung sebiji epal diatas kepala. Kemudian, matanya dibalut kain. Pakar melontar pisau mula melontar. Para penonton 'percaya' bahawa pisau akan tepat mengenai epal. Dan, itulah yang terjadi. Epal itu jatuh ke lantai dengan pisau yang tertanam di badannya. Lantas, si pakar melontar pisau turun dari pentas, secara rawak menjemput salah seorang dari penonton untuk sukarela menjadi pembantu. Para penonton riuh. Tidak ada yang berani menawarkan diri sebagai sukarelawan. Sehinggalah seorang lelaki tampil kehadapan. Berdiri di posisi seperti mana pembantu sebelumnya, membalut matanya, dan meletakkan epal di atas kepalanya. Dia 'yakin'. Dia cuma 'yakin' dengan kemahiran pakar melontar pisau itu. Dan, tak diragui, pisau dilontar tepat ke epal tanpa sedikit pun menjejaskan lelaki itu.

Saya keluar dari ruangan imaginasi itu, membaca D.U.B.L.I.N; (kata penulisnya: Berjalan sahaja cara saya tahu untuk menangguhkan kebenaran), kemudian berjumpa orang-orang yang 'yakin' sambil merasai sebahagian diri ini hilang sendiri. Ah, bagaimana. Bagaimana mereka berada di tahap itu?

Dalam D.U.B.L.IN lagi,
Dalam kebosanan - jika tidak berjalan - imaginasi seorang penulis menjadi tumpul.

***

"I have never thought that Malaysia have soooo much tamar tree when I first time arrived in here. I was so amazed. But then I realized, they're not dates, they are palms." - Bro Fadi.

Perbualan kami cukup ceria. Perjalanan dari Gombak ke Bestari Jaya terasakan singkat. Diisi dengan taaruf dan hal-hal pengisian dalam program semalam. Tetapi, siapa sangka disebalik senyum dan gelaknya, Bro Fadi mengalami kehilangan beberapa anggota keluarganya dalam perang Israel - Gaza baru-baru ini. Allah ada, katanya. Allah bersama kita semua.

***


Ada beberapa orang saksi di dalam rumah yang akan menyaksikan saya bersiap untuk pergi kerja. Dari sahur, mandi, menyeterika pakaian dan merapikan diri di hadapan cermin. Memandang wajah sendiri dan meyakinkan bahawa saya menyukai kerja saya. Rakan-rakan yang lain juga akan bersahutan dan melagukan frasa ini berulang kali;
I love my job, I love my job, I love my job, I love my job, I love my job
 Motivasi pagi dan halusinasi. Akhirnya, transisi usai akhir projek. Selamat bertukar kerja, bertukar industri (kepada diri sendiri)!

***


Jarang sekali saya pergi menghadiri temuduga kerjaya. Alhamdulillah, bersyukur untuk hal-hal kebelakangan ini. Diantara banyak persoalan yang mencakupi yakin dan percaya dalam soal kerjaya, ialah kecukupan rezeki. Di saat seorang bakal majikan menanyakan tentang;

"Do you concern much about money?"

Mungkin, saya telah menipu dengan sangat baik (demi subjektiviti soalan). Membaca Tuan Direktur, berjalan memerhatikan manusia dan keterlibatan dalam organisasi yang mengurus dana sangat-sangat membantu. 

Duit akan datang dan pergi. Yang disimpan mutlak ke dalam diri ialah ilmu. Ia menambah nilai ke atas individu, dan bayaran ke atas keunikan dan speciality ilmu akan setimpal di kemudian hari. 

Begitulah jawapan yang keluar secara spontan tempoh hari. Dan sebenarnya, hakikat agama telah mengajarkan secara jelas perihal ini. Mungkin, untuk komrad yang masih dalam perjalanan dan berhenti sekejap-sekejap di persinggahan temuduga, boleh gunapakai skema ini sambil belajar benar-benar untuk mengimaninya.

***

Malam tadi, di Shah Alam semoga semua usaha dilimpahi keberkatan. Menyaksikan kutipan tabung atas nama kemanusiaan yang rancak membuatkan saya tunduk serendah-rendahnya. Mendengar dan mengikuti qunut nazilah membuatkan seluruh tubuh menggigil. Mendongak ke langit gelap dan melihat kerlipan kapal terbang yang melintas... Allah, semoga doa-doa yang umat ini lontarkan tidak tersangkut dengan bebanan dosa lampau kami. Semoga Ramadhan dimanfaati dengan kelahiran semula untuk semua.

Kata Farhan; lailatul qadr adalah sebesar-besar acara untuk manusia. Jibril dan para malaikat akan turun dalam batalion dan angka yang besar, meninggalkan Baitul Makmur kerana tumpuan rahmat Allah akan beralih ke bumi. Yang berdiri akan berdiri, yang rukuk akan rukuk, yang sujud akan sujud, yang berzikir akan berzikir. Dan beruntunglah, manusia yang bersiap sebelas bulan untuk acara ini, berbanding manusia yang menanti acara ini sebagai persediaan menempuh sebelas bulan akan datang.

***




01 July 2014

contengan Romadhon




Berdoalah dengan keyakinan agar doa kita dimakbul. Beribadahlah dengan sebenar benar berharap kepada Allah. 
- Khatib (Jubah 3 line), Nisfu Syaaban.

***

Untuk seorang Muslim dan peminat bola sepak, Ramadhan dan Piala Dunia ialah sebuah pertentangan komitmen yang besar. Bersyukurnya aku dikelilingi oleh orang-orang yang tahu apa yang dia mahu dahulukan lantas menjadikan kepincangan komitmen sebagai satu motivasi. Seorang individu dalam keluarga yang selalu tiba-tiba datang sertai menonton perlawanan bola sepak meski tayangan sudah sampai ke separuh masa kedua; berserta wudhunya yang belum kering. Beberapa komrad yang memilih untuk terus ke surau atau masjid usai perlawanan kerana dia tahu lemah upayanya takkan berjaya menjemput dua rakaat subuh jika pulang ke katil yang menggoda. Juga individu-individu hikmah yang berdiri sebagai tafsiran kerja-kerja ibadahnya dalam setiap teguran, terlindung jauh dari budaya troll yang menyentap. Ya, kelihatannya bermotif baik tetapi tanpa disedari, boleh tergelincir meremehkan mujahadah orang-orang yang tidak sekuatnya. Benar-benar aku bersyukur dapat belajar dari mereka.  

***

Aku berbual dengan Ng, seorang ateis yang sangat liberal pemikirannya dan pentamak ilmu. Dalam perbualan yang panjangnya 3 jam itu, kami sama-sama mengadaptasi perjuangan Jamie Oliver dengan bersepakat bahawa budaya Bazar Ramadhan bakal membawa kepada musibah. Pada dasarnya, aku cuma berniat mengemudi perbualan ke arah itu dan setakat itu sahaja. Tetapi ianya berlanjut kepada membincangkan inti ibadah berpuasa kepada impaknya dalam hal-hal kemanusiaan dan ketuhanan dalam bentuk seorang ateis melihat. Malah, Ng mengingatkan aku bahawa dua golongan yang paling disayang Rasulullah ialah si miskin dan si yatim, menolak pembaziran pesta makanan dan putaran ekonomi yang menjejaskan keberkesanan sistem hidup.
“Muslim should appreciate this fasting obedience. It is self-reminder; it is to appreciate what Allah and the Quran teaching by the conduct of the Prophet.”
Ayat ini keluar dari mulut seorang ateis, seorang pemerhati kepada umat beragama. Ah, aku doakan Ng menjumpai ‘fitrah suci’nya satu hari nanti. Ameen.

***

Aku suka ruang-ruang yang jauh dari hiruk pikuk sesak manusia. Tak kira sama ada terperosok di sudut dinding, di laman-laman yang tak masyhur, atau di sela-sela kosong yang sebenarnya terhimpun, kita dan sebuah wayang yang penuh kesedaran.

***

Cinta yang melarut dalam secawan kopi sudah berjawab. Sedikit masa lagi, sedikit.

***

Semoga semua kita diberi kekuatan menghidupi Ramadhan kali ini dengan sepenuh-penuh penghayatan. Ameen.


29 July 2013

ber-shantoh Ramadhan bersama Weekenders Club.

alhamdulillah;













gelandangan jalanan, 
saksi rahmat Tuhan.

 ***

terima kasih Weekenders Club,
kongsi peluang merasa mem-beri.

moga Allah redha.


kredit gambar : IzwanYusof ArtsFlava


27 July 2013

Ramadan, eksperimental.


*tengok dulu , kemudian baca. aci?




Synopsis: A guy on a journey to a place far away. As he goes along the road, he encounters obstacles which teach him values of life.

Sebagai permulaan, aku dah tengok filpen ni tahun lepas lagi sebenarnya. Kelmarin, aku hadir di filemmaker anonymous semata-mata nak tengok filpen ini di layar besar. Tahukah anda, sebaik sahaja tamat tayangan filpen ini, semua audiens tepuk tangan! massive respect.

Power, power.

Komen awal; Ringkas, subtle dan yang paling penting, indah. Lagi-lagi menontonnya bersama semangat Ramadhan.

Bila filpen ini keluar di channel UmarMita, I expect nothing less about the art direction, the cameraworks, the mise-en-scene, cinematography, special effects, post-production, etc etc.

UmarMita ialah UmarMita, tiada citra lain yang serupa, gitu.


Di sini, aku nak berkongsi beberapa pandangan mengenai filpen ini.
Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh petanda.

Pertamanya, ketibaan Ramadhan adalah sebuah penantian yang ditunggu-tunggu oleh Aiman. Ini jelas dipaparkan melalui skrip voice-over pada permulaan video. Malah mereka ber‘kawan’.

“I will make every second count. I will prove my love to the One who brought you to me and my deeds will testify in my behalf. Sincerely, your friend”. 

Ketibaan Ramadhan dihadirkan dalam filpen ini dengan cara yang mudah. Umar Mita mengambil lokasi Chuping sebagai set penggambaran di sebuah petang yang bercuaca panas terik. Splendid!

Cukup dengan itu sahaja, perlambangan ketibaan Ramadhan sudah boleh diketahui. Bukankah ‘Ramadhan’  itu sendiri secara literal bermaksud panas terik?

kamus yang berwibawa - fajar bakti
 
Ada juga masa zaman-zaman mengaji dulu, ustaz kata; asbabunnama Ramadhan ialah kerana kebetulan pada masa mula puasa difardhukan ialah pada kemuncak musim panas. Ada yang kata sebab simbolik kepanasan tekak orang berpuasa sebab haus dan dahaga. Dan ada pendapat yang menarik, menurutnya dinamakan bulan itu sebagai Ramadhan ialah sebab berlakunya pembakaran dosa-dosa(hadith). Wallahua’lam.

Ok, yang kedua, setelah perjalanan bermula. Konflik pertama muncul ketika Aiman ditumbuk dan rebah. Efek khas slow-motion sangat baek!

Konflik ini boleh dilihat melalui pelbagai cara. Antagonis(Ali) mengintai Aiman yang sedang berjalan dari dalam semak (pov syot). Dia muncul tanpa sangkaan Aiman lalu melepaskan tumbukan. Gerak slo-mo itu hanya cukup untuk memberikan Aiman miliseconds masa untuk berpaling dan ‘sedar’ akan ancaman tanpa sempat mengelak. 

Baik, ada beberapa tamsilan menarik yang terbayang-bayang. Akan ada yang anggap Ali sebagai personifikasi sisi jahat Aiman, ataupun bagaimana, itu kejap lagi aku tuliskan. Konflik pertama dalam perjalanan hidup yang mahukan sa-la-ma, selamat/sejahtera ialah dengan mendepani ancaman dengan cara yang bijak.

Aku cuba bandingkan dengan analogi ok. Contoh, di sebuah jalan yang biasa kita lalui, ada sebuah lubang. 

Hari pertama kita tak tahu akan kewujudan lubang itu, maka kita ter-jatuh teruk.
Hari kedua, kita sudah tahu kewujudan lubang, tapi kita masih teruskan berjalan lalu kita masih jatuh, kali ini tanpa 'ter'. 
Hari ketiga, kita sudah tahu bahwa kewujudan lubang boleh menyebabkan kita jatuh, maka kita bawa bersama alat yang boleh menyelamatkan kita dari jatuh kedalam lubang itu.

Perantaraan masa yang membezakan ketiga-tiga situasi melahirkan sebuah tindak balas yang berbeza. Kat sini aku rasa ruang masa yang di-panjang-kan dengan efek slow-motion adalah satu simbol kritikal yang membezakan kesedaran seseorang itu akan keberadaan situasinya. Jika dia cukup tahu dan ‘alim tentang situasi keberadaannya, maka dia akan mencari solusi untuk selamat. Dan dari satu sisi, untuk menyedari situasi keberadaan juga ialah satu anugerah. 

Perasaan "berdosa" itu, nikmat. Sebahagian dari anugerah juga. Lagi nikmat, kalau kita sedar yang perbuatan kita itu satu dosa. Dan, mengubahnya! (quoted)

Seterusnya, poin menarik. Senaskah Al-Quran ditengah jalan, diletakkan diatas rehal diatas seketul batu. Al-Quran itu dilitupi habuk. Aiman ambil, usapkan, dan simpan dalam beg untuk dibawa bersama menempuh perjalanan.

Nah, ini sangat indah. Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan melalui peristiwa Nuzul Quran. Nak cerita pasal Nuzul Quran ni panjang sebab dia ada dua peringkat, penurunan sekaligus dan berperingkat. Simboliknya, kewujudan Al-Quran didalam perjalanan Ramadhan Aiman menjelaskan hal ini. Untuk idea lebih jelas, Al-Baqarah 183 hingga 185 ialah ayat yang berkaitan dengan pensyariatan puasa dan juga tentang Ramadhan. Mohon tuan puan pembaca sekelian pergi usha ayat ni. Lebih-lebih lagi ayat 185. 

Struktur penyusunan ayat 185 bermula dengan penjelasan tentang bulan Ramadhan dan penurunan Al-Quran. Kemudian ia disambung dengan dua tujuan iaitu sebagai Al-Huda (petunjuk) dan Al-Furqan (pembeza haq dan batil). Kemudian barulah penjelasan tentang Puasa dan feqah perlaksanaannya ketika sakit, tentang qadha puasa. Ayat ini diakhirkan dengan "la'allakum tasykurun" yang bermaksud "agar kamu bersyukur" sebagai tujuan Ramadhan. (berbeza dengan akhir ayat 183, "la'allakum tattaqun", tujuan puasa ialah "agar kamu bertaqwa".) <- betulkan kalau aku silap mengaji.

Ironinya, apabila Aiman mengambil Al-Quran dan membersihkan debu habuk, seolah-olah menegur Muslim yang turut sama membiarkan Al-Quran mereka dalam kondisi yang sama. Terhias indah sebagai hantaran walimah, tersimpan megah di rak tinggi, tetapi malangnya jarang dibaca, lalu ditemani debu dan habuk mengganti tuannya, naudzubillah.

Keempat, rematch!

Ali muncul lagi, tanpa sembunyi. Satu lawan satu. Kali ini aiman menang. Aiman sudah ‘kenal’ Ali selepas pertembungan yang pertama. Malah Aiman di-‘kuat’-kan lagi dengan Al-Quran yang dibawa bersama. Expect nothing less!

Kelima, cermin dan imej. Dua ekspresi berlainan bertemu. Aiman yang menduga dan imejnya yang… err… seolah melihat dengan pandangan kebencian terhadapnya. Pecah!

Hurrmm, mengenai Ali sebagai personifikasi sisi jahat Aiman di waktu ketiadaan Syaitan sebagai antagonis (yelah, kena rantai), aku macam kurang selesa mengatakan demikian disebabkan kemunculan cermin. Aku lebih suka jika menanggapi babak pecah cermin sebagai jihad akbar antara Aiman dan ‘nafs’nya. Habistu, siapa Ali, atau, apa? Terpulanglah. Baru eksperimental, gitu.

Seterusnya (enam), Aiman seolah-olah ‘memerangkap’ cahaya matahari senja ke dalam gengggaman tangannya sambil tersenyum. Hari beransur gelap. Ini juga bermakna latar masa penggambaran ialah sekitar Asar dan sebelum Maghrib. Umumnya, waktu Asar terisi dengan simbolik ‘pengakhiran’ untuk sesuatu. Contohnya, dalam sistem kalendar Hijri, tarikh baru akan bermula pada waktu Maghrib. 


kamus yang berwibawa - fajar bakti

Secara literal, Asar merujuk kepada waktu yang suntuk di‘perah’. Tak lain dan tak bukan, sebagai projeksi penghujung hari berakhirnya Ramadhan. Syawal berselang, dan rantai syaitan terlerai (tujuh).

btw, ada satu komentar yang menarik;


part cahaya-cahaya tu buat aku err, tapi takpelah, tafsiran masing-masing. yang penting jangan lupa satu malam yang dicari-cari dalam Ramadhan, lailatulqadr. satu malam yang lebih power dari seribu bulan, satu malam yang merupakan sasaran para 'alim dan 'abid. dan mungkin, ia juga sebab kenapa Aiman menguntum senyum di akhir filpen?


demikianlah, salam pecutan akhir Ramadhan. 
semoga kita semua menjadi lebih baik daripada kehidupan sebelum ni.



 

14 July 2013

"...longing for the state of full moon."


bismillah...

I was sitting right behind him. I never seen him before. Maybe he is  new, or maybe I was not socializing much around like Prophet do (congregational prayers is a way of how Rasulullah socializing around, isn't it? Of course without social network!).  

I hold the Quran firmly by my hand and randomly pick a page to skim, before continuing my taadarus-marathon. Well I guess everyone do have their very own tadarus-marathon for the sake of the holy month of Ramadhan. (Good luck with that!)

The brother was probably reciting some dhikr by himself, until a point when he was about to stop and left a space for me to knock in a conversation. We started off as strangers. In the end it went concise and fine. I let the the brother off since he need to wake his roommate for fajr. I wish to listen more, but the time constraint prevent me to do so.

After he left, suddenly these excerpts from Rumi (Tears of the Heart) just appears in my mind;

When you watch the full moon on a beautiful night, remember its weakness and shrinking towards the ends of the month and its longing for the state of full moon.

***

Whoever is saved from being enslaved by flesh and from being deceived by the shadows of existence grows close to Allah.

Well, it was not related directly to our conversation. Yang merah-merah tu somehow struck me deep. By the way, let me introduce the new friend.


A stranger without both legs.

You can never assume a state of a man who had a near-death tragedy to be predictable. They may look like they are okay, but somehow fragile. They may show a fine life, hiding their struggle behind their smile, but having their thought full of the "what-if?". 

What if it wasn't me?
What if I wasn't there?
And ultimately, what if you were in my place?

Fortunately, some who rise from the shadows and turns to God is certainly make a better man rather than whoever they was before. And, this guy got guts.

"What are you going to read?"
"I don't know, I just randomly pick up the page. It's a habit. haha"
"How come "its a habit"? It's kalamullah! Even the arrangement of the verses teach us something."
"hurmm, You ever heard of "God works in mysterious ways"?"

I grinned a smile. Then we turn to the Quran. On the verse 43 of surah Ali-Imran

ÙŠَا Ù…َرْÙŠَÙ…ُ اقْÙ†ُتِÙŠ Ù„ِرَبِّÙƒِ ÙˆَاسْجُدِÙŠ ÙˆَارْÙƒَعِÙŠ Ù…َعَ الرَّاكِعِينَ
O Maryam! worship Thy Lord devoutly: Prostrate thyself, And bow down (in prayer) With those who bow down.
Hai Maryam, taatlah kepada Tuhanmu, sujud dan ruku'lah bersama orang-orang yang ruku'.

Somehow, despite the circumstances, 
I just feel that he was struggling so hard to be with those who prostrate,
his longing for joining the congregational prayers so badly 
as if he was in the state of a full man previously.



We could do so much more (in the state of full man), aren't we?



18 August 2012

rangkuman nota-nota terlipat 1433h

dari jiwa gelojak

1. Ogos

tanggal 9 haribulan
tanggal 17 haribulan
tanggal 31 haribulan

Salam Kemerdekaan buat Nusantara!


2. #tadarusQuran3

@LordZara beri aku peluang sertai #tadarusQuran3 di Kumpulan E dengan Juz 4-6 (meliputi surah Ali Imran, An-Nisaa' dan Al-Maidah). selain dari AnNisaa 3 yang selalu jadi feveret dalam mana-mana kuliah, aku juga tersangkut banyak kali dalam bacaan Ali Imran. antaranya ialah Ali Imran 135.

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). 3:35

kata Ust Nouman (layan di sini - link)
"bila kita tidak terasa apa-apa apabila melihat perkara mungkar(dosa) ialah tanda kepada hati bermasalah"

semoga sama-sama dalam lindungan Tuhan. hati-hati hati.


Ramadhan, bulan cumbu AlQuran paling kerap. - kredit


3. gurau kasar buat oportunis

Seorang teman sudah cap aku sebagai seorang oportunis. Dakwaan ini diasaskan kepada kes sahur-ifthar percuma dalam siri masjid-hopping dan tidak berinfak dengan kadar sesuai nilai makanan yang dijamah.

contohnya, membaham nasi ayam dan nasi tomato sekaligus tetapi cuma menyisipkan not rm1 (versi raya) ke celahan mulut tabung.

mohon sesiapa cerahkan teori kawan aku ni. moga sesatnya belum hanyut ke laut. ha ha


4. cemburu

mendengarkan, membaca, menyemak status tentang suasana i'tikaf di SHASM. 


5. kontrol

meluluhleleh sebenarnya mencuba-cuba mengambil ibrah dari kisah Saidatina Aisyah yang pernah hampir pengsan menjalani puasa Ramadhan akibat ketiadaan makanan. Masa itu, diceritakan Rasulullah tidak punya apa-apa untuk dimakan selama empat hari berpuasa. yang ada cuma sebiji tamar yang dicarik-carik sebagai bekal sedikit demi sedikit untuk ifthar dan sahur hari-hari seterusnya.

sehinggakan Zaid bin Harithah menceritakan bahwa debu-debu bertebaran naik ke udara ketika Rasulullah merintih kepada Allah tentang keadaan Aisyah. lalu diturunkan dua Malaikat yang menawarkan kekayaan segunung emas dan, err lagi satu aku tak ingat.

tapi yang berbekas pada aku, ialah bila mengetahui yang Rasulullah cuma meminta sehari selesa berpuasa supaya dia boleh bersyukur, dan sehari berlapar supaya dia boleh mengadu.

nah, sementara itu ramai kita yang kembung sehingga bersujud canggung. Allahu Allah.

Kuliah Us Halim Din - MBBU


6. curang

sejak berada di selatan tanah air, aku cenderung memilih Hang FM berbanding IKIMfm. walaupun dua-dua dalam genre yang sama, sarat dengan manfaat yang setanding; cumanya, aku tak tahu kenapa dari dulu aku kurang suka dengar nasyid, dan Hang FM terasa lebih dekat di hati atas syarat ini. eceyh


7. ditelan

seminggu lepas aku bawa balik 2kg bahan mentah untuk projek coklat leleh Syawal. setelah selesai siap 1kg hari itu, stok masih berbaki 2kg tanda kemasukan 1kg(baru). ini juga bermakna 1kg yang telah siap pada seminggu lepas telah dihabiskan oleh komplot sedarahdaging yang lain. hik


oh, Salam Syawal!
semoga, kita semakin mudah mendengar rayuan fitrah untuk istiqamah!



12 August 2012

nota-nota terlipat; rawak

1.

Istiqamah sukar. Kesannya kita akan lihat pada pelaksanaan ibadah selepas Ramadhan. Sebab itu, Ramadhan tiba sebagai proses tarbiah untuk pemerkasaan ibadah fardhu. Ibadah-ibadah sunat yang eksklusif disampingkan untuk fokus yang lebih utama. Contoh; kemeriahan teraweh buat Isya terjaga rapi; keberkatan sahur pula dorong Subuh cemerlang. Disiplinkan, satu bulan. InsyaAllah, mudah istiqamah.

Jangan sampai kita tak nampak keistimewaan ibadah fardhu sebanding dengan ibadah sunat cuma kerana musimnya. Macam, teraweh hebat bukan buatan, tapi Subuhnya, ke laut. Nau'zubillah. Menurut Ibnu Athaillah, pencemaran ibadah oleh hawa nafsu berlaku apabila kita melebih-lebihkan amalan sunat berbanding amalan wajib.

Kalau tak boleh buat semua, jangan ditinggal semua. Paksa diri sekali sekala.

2.

Sempoi, songkok hitam, tshirt merah, seluar track, duduk stail tabligh, sedulang beriyani sumbangan bank dan Maghrib. rupa-rupanya, dalam siri masjid-hopping, dapat berbuka bersama orang penuh hikmah. walaupun berkongsi momen cuma sekejap; sempat juga luahkan tentang tuan punya rumah yang tak tahu arah kiblat di rumah sendiri. geleng-geleng kepala; risau tentang realiti. dan akhirnya nasihat akhir beliau; "ini peluang kebajikan terbesar untuk awak yang Allah susunkan"

sentap, kunyah laju-laju biar sedap kaburi risau. berat dan padu sungguh rasa kabut dia. lagi-lagi, bila sendiri yang struggle lebih dengan jiwa kacau sendiri, lagi mahu cerita tentang orang lain. Allahumusta'an.

seperkara yang pasti; sempoi rupanya penulis buku Online Dengan Tuhan ni. moga ketemu lagi.

Masjid Bomba

3. 

dalam Surah Al-Qadr, perkataan هي (hiya) dalam bahasa Arab bermakna dia(seorang perempuan). dalam konteks ini, هي merujuk kepada Malam Al-Qadr. Ia disusun di perkataan yang ke-27 dari 30 patah perkataan Surah Al-Qadr.

menurut Imam Ghazali, jika Ramadhan bermula Sabtu, malam Al-Qadr ialah pada malam ke-23.

pendapat ini boleh dijadikan salah satu rujukan ilmu dalam pencarian Malam Seribu Bulan. antara yang paling ramai di dalam neraka ialah orang yang fakir ilmu. beramal tanpa ilmu sangat tidak digalakkan. maka mencari asas dalam meyakini ilmu dengan merujuk pendapat dan amalan beberapa alim ulama' adalah lebih baik.

salam 10 malam terakhir.

5.

pakcik-pakcik keliru selawat tak bersahutan,
anak kecil keliru lihat Imam berkerudung;
dan jiwa-jiwa dalam keramaian, boleh high;
hanyut dalam merdu syahdu lantunan kalam Tuhan.

Imam Al-Mashrafi, MBBU.

4.

Sempat singgah Paso Bumbung. mih hi hiu




5. 

entri ini, macam terlewat terbit. hik

05 August 2012

Projek Semangkuk Bubur Sekampit Beras Ramadhan 1433H

Pada hari Sabtu 8 Ramadhan 1433h bersamaan dengan 28 Julai 2012 yang lepas, saya dan rakan-rakan telah terlibat dengan Projek SBSB Ram 1433h.





HIDUP BIOR BERJASA

Projek Semangkuk Bubur Sekampit Beras merupakan projek khidmat masyarakat melalui pengagihan bubur lambuk dan bantuan bahan-bahan mentah kepada keluarga yang memerlukan.

dianjurkan oleh badan-bukan-kerajaan-bebas-dari-anasir-politik ;
Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ)

dengan rangkaian kerjasama oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) cawangan Johor dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Lokasi: Kg Sg Rinting D, Masai Johor
Tarikh : 8 Ramadhan 1433h / 28 Julai 2012

uniknya projek ini, sensasi rasa bubur lambuk berubah setiap tahun kerana mengetengahkan barisan chef cubajaya yang berbeza pada setiap edisi.

mihihi



_____

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, "Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun".

(At-Tirmidzi)

pergh!

semoga usaha ini diberkati Allah.

***

kredit

komentar
1. Ahmad Fahmi Mohd Samsudin (Presiden PKPIM)
2. Abdul Hadi Md Rusdi (YDP KPIJ)

soundtrack
1. Yann Tiersen - In the Shadow of the Skyline #1
2. Uplifting Music - Till The End

liputan lanjut
Blog Izwan Yusof - link





01 August 2012

bilik sewa #2


amboi, hari-hari keluar. berbuka dengan makwe ek? taknak kenalkan kat akak ke?

bukan dengan makwelah kak. memandai je. 

eleh, macam la akak tak tau.gigih semacam asal habis kerja terus keluar, asal habis kerja terus keluar

ha yelah kak, ni saya pergi dulu ye. chalo


-----

kalaulah mengiyakan pertanyaan si akak serumah sewa ni, namanya tipu, maunya hari-hari aku dah menipu. dan untuk penipuan-penipuan itu, acap kali aku mohon dosa yang terpikul digugur Tuhan.

cinta hadir kalau dengan makwe bukan?

serasa aku, di sini juga ada cinta. kayaknya, aku seorang asing yang dirai oleh sekelompok ahli kariah dengan limpahan cinta absolut dari Tuhan. maka, kiranya aku berbuka dengan makwe jugalah kerana kehadiran rasa cinta itu.

masjid utm, masjid wadi hassan, surau senibong, masjid kg dato onn, surau plaza angsana, masjid uda, masjid bomba, masjid raudhah jalan sentosa, mendirikan masjid.

eh? eh?



dan nota-nota Ramadhan makin tebal.
nanti-nanti aku kongsikan.
salam survival!


28 July 2012

bilik sewa #1

Ustaz, apa yang dimaksudkan dengan khalwat?

bersendiri; tetapi makna yang ditakuti dalam ikhtilat ialah bila berhimpun lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

err, kalau menyewa sebuah bilik dari sebuah rumah yang dihuni keluarga bukan saudara-mara?

selagi boleh timbul fitnah, elakkan.


*telan air liur*


Allahu musta'an. cuma sebulan lebih lagi.




21 July 2012

cuma Dia



momen paling privasi untuk meluah segala, bermimikmuka gembeng, sememeh, berairmata dan berkumus bagai ialah dalam ketundukan sujud menagih belas Tuhan.

tak perlu malu-malu,
sebab cuma *Dia tahu.





Salam Ramadhan 1433h.







Kamus Johor
gembeng - cenderung untuk menangis
sememeh - kotor dilumur



* ( 17:109 ) 


05 January 2012

asalnya 4, tinggal 3, tinggal 2

Salam alayk' & greetings.


Bismillahirrahmanirrahim...






"gua kira sampai 3, kita lari sama-sama. ok?"

"ok, gua set"

"gua on"

"satu, dua... tiga... go!"

bagaikan Usain Bolt versi nusantara, geng tiga sekawan berlari sepenuh kudrat dan upaya dari pagar belakang menuju ke asrama. Misi kami cuma satu, sampai di surau sebelum jemaah lain selesai teraweh. Jam baru menunjukkan pukul 8.30 malam. Masih awal lagi, masih sempat jemaah sekali.

Kaki yang berlari kemain lancar sekali. Merentasi padang rumput hijau yang dilitupi embun langsung tidak menjejaskan larian padu dan jitu. Dihadapan sana, kelihatan reben finisher yang setia menanti pemenang pertama. Siapa yang menang nanti, dialah juara. Dialah yang pertama. Dialah yang akan menaiki podium yang paling tinggi. Heh, imaginasi. Reben mural pada dinding adalah.

Sebenarnya, degup jantung makin pantas bukan kerana larian kencang. Tetapi kerana risiko jikalau larian kami gagal sampai ke destinasi. Andai pakcik dewan makan perasan dan laporkan pada ustaz, mau selibas dua kena sebat dengan rotan sebesar ibu jari diameternya.

Lagipun, ustaz bukan bodoh nak sebat pesalah laku di bahagian punggung. Dia akan libas pada otot dibahagian belakang betis. Masa aku kantoi baca Utopia dalam kelas dulu, dia sebat belakang betis sampai merah. Kemudian bila digosok sedikit terus luka berdarah.

Tapi kadang-kadang dia sebat di punggung juga. Kalau beginner yang tak pandai alas kocek belakang dengan buku ataupun dompet disebat, maunya tak terkawal ketika proses pembebasan angin kotor. Faham-fahamlah, otot kemut kendur sudah jadi spontan otomatis. Orang kata dalam bahasa marhaen biasa, kentut bersepah-sepah. Postur duduk pon jadi sendeng semacam.



laluan larian kamikaze 2004



Larian kami terhenti setelah selamat sampai di dewan makan tanpa disedari sesiapa. Aku pandang Bal. Bal jeling aku. Aku tengok kiri kanan. Bal tarik aku ajak sembunyi di ampaian berbumbung.

"weh, weh, mana Barg?"
"entah, tadi dia lari sebelah gua. Lepastu tiba-tiba tinggal kita dua je..."
"aisehmen, mamat ni ikut jalan mana pulak..."

Barg langsung muncul dihadapan kami. Dia tercungap-cungap mereguk oksigen dari nafas malam. Seluarnya disaluti lecak dalam. Rona ceria bajunya kelam.

"apsal lu lambat?"

Barg masih tercungap-cungap. Kemudian dia labuhkan punggungnya ke lantai dan tongkatkan kedua tangannya ke belakang.




"tadi gua tak nampak... gelap... gua... gua tersangkut dekat net takraw... jatuh..."



Bal dan aku gelak professional dikit-dikit.


Usop yang masih dipagar pula naik angin. Kurang ajar budak-budak ni. Waktu makan, kenyang sama-sama. Fly sama-sama. Rancang pelan masuk semula sama-sama. tapi, kira sendiri-sendiri. tertinggal aku sendiri.



23 August 2011

lidya, makwe hot. tapi sayang...

salam alayk'

ini bukan kisah benar, ini drama teladan, jangan kerut dahi kalau pernah dengar, sebab ini olahan semula entah aku tak ingat dari mana sumbernya. siapa-siapa yang namanya Lidya, dan rasa-rasa kamu cantik,, menawan, jangan terasa. sebab aku cuma perlu watak dan nama, dan aku rasa nama Lidya ini hot, sehot dia, makwe gerai no 27.

ini kisah lidya, kisah makwe pulp-urban.

cerita bermula. jeng jeng jeng....

Siangnya dia bekerja, malamnya dia berfoya. bersama rakan perempuan, bersama taulan, bersama pria-pria jalanan. bersosial, cari hiburan. berkaraoke, lepaskan geram. itu kitar hidupnya sehari-hari. cukup masa, dia pulang ke rumah.

rumah lidya rumah mewah, ada itu ini ada segala. tapi masa dirumah cuma untuk lepaskan diri dari lelah berkerja dan berfoya. cukup masa dia keluar lagi nanti.

ibu bapanya risau. anak gadisnya sudah kurang bertegur sapa. hadir mereka tak diendah. sebagai ibu bapa, kasih tanpa syarat mereka tetap dizahir. makan minum lidya cukup, tempat tinggalnya diurus, wang sakunya dihulur, walau tanpa perlu anak gadisnya itu balas rasa syukur.

satu hari ibunya memberi nasihat. Lidya naik berang, dia terus ke biliknya, ibu follow dari belakang. dia hempas pintu sepenuh tenaga sehingga tudung d'haja yang dipakai ibunya tergulung-gulung buat Ibu lemas seketika. dia terduduk, terkedu, sayu diperlakukan sebegitu.

"keluarlah nak, kita makan tengahari sekali" ujarnya sebelum beredar. Lidya diam membatu.

petang itu, ibunya memujuk lagi;
"janganlah macam ni sayang, keluarlah dari bilik, kita pergi jalan-jalan"
Lidya bersolek hendak keluar berfoya. Ibunya dibiar tanpa peduli.

malamnya, Ibu menunggu Lidya pulang.
sebaik sahaja tiba di rumah, ibunya memujuk lagi;
"maafkan ibu nak, maybe ibu yang salah"; ujar ibunya lembut, kali ni speaking London.
walau begitu, Lidya terus meluru ke biliknya tanpa pandang wajah ibu.

hari-hari kemudiannya berlalu serupa, si Ibu tidak pernah jemu memujuk dan menawarkan peluang kemaafan untuk anaknya. sayangnya, Lidya terus begitu.



esok hari dalam perjalanan ke tempat kerja, kereta Lidya dilanggar lori ais. badannya dihenyak rapat ke tayar lori. ais bertaburan sana sini, Lidya mati...

sekian...



kau rasa Lidya teruk kan? perangai jenis orang tak reti bersyukur. kau fikir padan-muka-lah si Lidya mati tak sempat bertaubat. she deserved that kind of ending.





tapi jangan kau maki si gadis Lidya kata dia anak derhaka celaka apa segala.




fikir tentang kita.




lihat diri. lihat langit, fikir tentang siapa Pencipta. baca semula entri tapi ganti watak lidya dengan diri sendiri, apa jadi kalau hubungan Lidya dan ibunya macam hubungan kita dengan Tuhan. nauzubillah~

fikir apa yang telah Tuhan beri, baca sirah para pendosa, baca taubat pembunuh 100 nyawa, baca taubat si penzina pemberi minum seekor anjing.

cari pelawaan dari Dia, cari pujukan dari Dia, cari panggilan dari Dia yang sentiasa dalam kalamNya dan imani ayat-ayat yang cerita betapa Allah itu MAHA penerima taubat.

Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah Dialah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya, dan juga menerima sedekah-sedekah (dan zakat serta membalasnya) dan bahawa sesungguhnya Allah Dialah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani? (09:104)

jangan pernah sesali seteruk mana kita kerna Allah itu maha mengampuni. mari sama-sama...



*entri(muhasabah untuk diri) kelam kabut copet dari kuliah subuh surau, ceramah radio, dengar cakap-cakap orang sana sini. maaf tiada link berguna. saranan: salam ihya' Ramadhan.



17 August 2011

masa kecil-kecil dahulu

salam alayk' .

entri nostalgik ini diinspirasi oleh lawatan aku ke felda tempat aku menghabiskan zaman kanak-kanak suatu ketika dulu.


kredit pic


masa kecil-kecil dulu #1, antara Maghrib dan Isyak ialah masa mengaji Al-Quran. kalau ayah terlepas pandang, aku langkau satu dua baris ayat. taktik cenggini boleh kasi khatam ekspres. rupa-rupanya khatam kali pertama itu tipu penuh lompongan semata. hmm, itu masa kecil-kecil dulu.

masa kecil-kecil dulu #2, kalau time teraweh, aku paling expert drift dalam posisi tahiyat akhir. lepas takbiratul ikram pergi main lastik cicak dulu, main ceper, main toleng segala. mode standby bila imam dah mula angkat jari telunjuk tanda dia sedang baca kalimah syahadah;

aku lari dari jauh, dua saf sebelum landing target, aku rebahkan badan dalam posisi tahiyat akhir, lajak berlari bawa momentum untuk drift kedepan, dan kemudian aku bagi salam dengan penuh tawadhu' bersama-sama para jemaah lain. toleh belakang, kesan seretan atas karpet masjid memang tak ingat punya owsem.

ini pengalaman sukan drift terawal bagi aku. kadang-kadang songkok aku tercampak 2 meter kedepan, dasat tak dasat prestasi drift aku masa itu, lagi dasat dari Rooney yg cume mampu drift gaya tahiyat awal je. hmm, itu masa kecil-kecil dulu.

masa kecil-kecil dulu #3, masa orang lain sambung teraweh selepas 8 rakaat, aku pergi cari mercun ketupat. bunyi dia dengan mercun bola atau mercun telur dah lebih kurang sama level. aku lempar mercun tu dekat halaman luar bahagian hadapan masjid.

dalam 5 saat, suasana teraweh jadi sunyi sepi buat sementara. bila bersambung, teraweh tiba-tiba jadi 3 rakaat, maklumlah arwah imam tu dah tua, nyanyuk mungkin. mujur takde yang terkorban terkejut masa tu. hmm, itu masa kecil-kecil dulu.

masa kecil-kecil dulu #4, rakaat kedua cukup ditunggu-tunggu. fenomena "jubur selit" memang klise. ini terjadi bila kain pelikat yang dipakai terselit dicelahan punggung selepas bersujud, lalu menghasilkan suatu pemandangan kurang enak dan lucu sehingga menggugat kekhusyukan para jemaah lain terutama kanak-kanak macam aku dan rakan-rakan.

masa tu ramai yang hidup susah tak mampu beli seluar dalam. kesannya, kasihan pada kain yang terlipat dicelahan daging lubang belakang manusia. nak menangis ketawa tahu! hmm, itu masa kecil-kecil dulu.

masa kecil-kecil dulu #5, ayah bagi rm1 untuk sehari berpuasa. jadi duit raya totalnya rm30. semangat kemain berpuasa! tahun depannya, ayah kata kalau nak beribadat ada 3 jenis;

beribadat kerana takutkan azabNya? beribadat kerana ganjaranNya? atau beribadat kerana tanggungjawab kita dan kerana mencintaiNya?

start dari puasa tahun tu, aku tak dapat lagi duit dari ayah, tapi dari Tuhan yang maha pemurah. hmm, itu masa kecil-kecil dulu.

masa kecil-kecil dulu #6, bila orang tanya ayah kerja apa, dia ingatkan ayah ustaz. hmm, silap. ayah bukan ustaz, dia orang teknikal lulusan kejuruteraan awam. pernah sekali tu dengar ayah jawab bila orang tanya status ke"ustaz"an dia, dia cuma kata : "saya orang Islam, semua orang Islam pon macam ni". hmm...

masa kecil-kecil dulu #7, aku fikir teghejal tak teghejal dulu semua belakang kira, pasal dosa parent yang tanggung. memang tanggungjawab diorang untuk pastikan anak tak buat jahat, tapi bukan semua masa dia boleh tengok-tengokkan kita. lama-lama rasa kesian kat parent timbul bersama rasa tanggungjawab.

takkan dah besor sendiri tanggung dosa pon mahu buat parent susah hati lagi?



alhamdulillah dah besor aku rupanya.  dan,

dah tua mereka rupanya...





*ziarahi mereka, titiskan kerinduan, luang masa bersama, selagi masih bernyawa~

15 August 2011

tawaran ikhlas

salam alayk'


suatu petang yang terik, brader yang ditunggu-tunggu asyik reply "on the way, on the way, on the way". kalau sekarang sudah pukul 4 petang, status sms is received ialah pada pukul 3 petang. sejam menunggu memang menggugat kesabaran.

sejak bisnes bermula, cabaran paling utama yang telah kukenal pasti adalah membancuh air ketika mentari memancar terik sebelum Asar. Wah, mencabar okay bila mahu tuang-kacau setin susu pekat, campur sikit perasa dan pewarna jagung kaler kuning. "kecebur-kecebur" bunyinya.

tak cukup dengan itu, ditambah pula dengan pewarna merah sirap. maka terhasillah air perisa jagung kaler kuning-kuning oren yang menarik pelanggan dalam lingkungan 10 meter jarak radius. kaler dia memang mantul-mantul, woha!

itu baru jagung, belum lagi katira, asam boi, kelapa, cincau dan seangkatan dengannya. *telan air liur*

tapi hati manusia mudah berubah, dugaan mambancuh bukan lagi yang utama. kecurangan ini terjadi bila brader seven seas datang. seven seas bukan produk makanan kesihatan, tapi seven seas jual ais punya brader. femes di kawasan Kota Tinggi dan sekitarnya.

deruman enjin lorinya menambat perhatian ramai peniaga, masing-masing tunggu ais yang ditempah. sebagai peniaga yang penuh positif , aku tak buang masa, lincah-lincah menyerbu lori ais yang kelewatan. orang sudah ramai bro! sale mesti mau jalan.

brader ais turun lori, tersengih-sengih inesen dengan bibir lembab. puasa ke tidak itu aku tak ambik port , pasal puasa ni jenis ibadah antara kita dengan Tuhan. Dia maha tahu.

"bang arini nak 4 plastik besar, cube semua"

brader ais mengangguk. muka pening-pening sambil setting order. berkerut empat belas dahinya. air bekas cairan ais terus mengalir melalui paip tepi lori. malas menunggu buat aku buka langkah mahu rapat.

dengan tak semena-mena, langkahku makin laju, berlari aku menuju pintu container, bagaikan seorang ryan hall menuju garisan penamat, transisi kelajuan berubah lagi, entah kenapa, kaki berlari sendiri. dari jauh brader ais tengok aku pelik. "apa kena brader ni!?"


kredit pic

dihadapan pintu container, langit aku tatapi, kedua tangan kudepakan, deru angin sungai Kota Tinggi terasa nyaman. aku tarik nafas dalam-dalam...





"bro, nak aku tolong tak? nampak macam letih puasa je..."




tawaran ikhlas dariku. sungguh! suasana dalam container lori ais sangat menyenangkan...



12 August 2011

budak comel zaman sekarang

salam alayk'
pada satu malam, sedang aku lepak-lepak dengan member-member, ada seorang kanak-kanak comel lote persis Amani mia sara(apa entah nama sebenar dia) duduk seorang diri. untuk entri ni aku gelarkan dia Mia Tipu pasal dia bukan Amani yang berlakon tu, cuma muka rambut ada sikit sama, aku suspek parent dia peminat Sekali Lagi.

pic kredit
tapi parent dia sibuk main bowling tanak kena kacau lalu memperdayakan anaknya dengan semangkuk aiskrim mat kool vanilla gambar beruk makyeh pakai spek gelap.

aku pandang dari jauh, dia jeling balik, aku kenyit mata, dia senyum lagi, aku angkat kening kanan, dia ketawa kecil, aku jelir lidah sikit, dia jelir habis sampai pangkal lidah, aku suspek budak ni memang power main renung-renung. jenis tak mahu mengalah.

member aku, nama sebenar Hanif (jujur, tak censored) perasan akan kecomelan budak ni. dia buka langkah, Mia tipu yang comel lote leka pusing-pusing atas kerusi yang boleh twist tu. Hanif teruskan menapak, makin dekat, makin rapat. tiba-tiba...

YEEEAAAAHHHH!!!

bapak dia strike. menjerit punya kuat, aku pon terkejut. cis! potong betul.

Mia Tipu perasan Hanif mendatangi dia, lagi tiga langkah Hanif mahu rapat, dia terhenti, langkahnya mati.






"jangan nak mengurat laaaaa"



kata Mia Tipu dalam nada kecomelan tahap dean list.

aku ketawa berdekah-dekah. dari jauh aku nampak jari tengah Hanif menggeletar, gigi dah ketap ketar keluarkan bunyi grrr... mujur masih Ramadhan.





Dari Ibnu Mas’ud ra Rasulullah Saw bersabda : “Siapa yang dikatakan paling kuat diantara kalian? Sahabat menjawab : yaitu diantara kami yang paling kuat gulatnya. Beliau bersabda : “Bukan begitu, tetapi dia adalah yang paling kuat mengendalikan nafsunya ketika marah.” (HR. Muslim)



*bukan entri pedophile, cuma cerita lelaki-lelaki yang suka pada kanak-kanak dan cintakan keindahan alam.

**thanx follower2 baru. NizamSani tu! mahu baca buku kamu.

06 August 2011

scene lepas asar

salam alayk'

4.50pm; imam bagi salam pertama

"assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh (Allahummainni as'alukaridhaka waljannah)"

imam bagi salam kedua

"assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh (Wana'u zubikamin sakhotikawannar)"

wirid-wirid sikit, zikir-zikir sikit, lepas baca doa, orang paling hujung start salam imam, yang lain ikut beratur. lepastu ramai-ramai keluar surau, kedengaran bunyi motor mengganas.


"BROOM, BROOM" bukan bunyi kentut.


ada dua brader dah tunggu luar surau, sorang muka tak jambu mana, rambut tegap padu ke udara, kukuh kejap tak luruh dek angin sepoi-sepoi, misai ala-ala serial killer dari Mexico, LC135 ekzos besar dipulas minyak kasi gerun.

"BROOM, BROOM" bak guruh menderum

jemaah lain dah bergegas ke moto kereta masing-masing, goyang. aku buat rilek je. diorang mungkin tak perasan sticker SNSD dekat cover set moto dia. brader ni dalam hati ada taman sebenarnya. jenis yang simpan teddy bear dalam bilik, malam-malam buat cuddle.

brader sebelah LC naik kapcai, muka tak nampak pasal helmet tak bukak, dengan visor kaler gelap, dia duduk meronggeng separuh bersila. separuh bersila la kan kalau kaki kanan dilipat, kaki kiri pijak pedal, ye dak!?

paling tak menahan, brader ni pakai short je dalam kawasan surau. hati kering. jenis yang buat tak endah di jalanraya sekalipon lori beras terbalik dihadapan.

pakcik-pakcik cuba elak pandangan mata brader berdua ni. masing-masing goblok buruk sangka.
 
"anak muda sekarang perangai teruk" lampiasnya dalam kejumudan.

aku disebelah terbersin. ptuih!

tak ingat pulak akhlak oldtimer ni punya baik time diorang nak mintak 3gp dengan budak-budak masa rewang kenduri kawen. tu belom kira yang main sebat raba punggung-punggung yang lalu lalang angkat lauk. seksual heresmen berleluasa tanpa bela. grrr...

orang ramai dah tunggu, tanpa leceh-leceh, besen yang sarat berat tu diangkat. besen berat yang orang tunggu-tunggu.


























"bubur lambuk percuma! bubur lambuk percuma! sorang ambik satu oi..."










brader berdua laju menerjah bungkusan bubur lambuk percuma. dari riak muka boleh baca dia kata "terima kasih & selamat berbuka"






akal berpantun dalam hati;

beratur panjang depan tandas,
takkan nak simpan-simpan lagi;
alang-alang sampai rumah Allah,
apa salah solat sekali.




pantun tak pantun sangat la kan.peduli hape sama bakat & format. yg penting mesej!



------------------------------------------------------------------



paksa diri lagak orang bijaksana - Ust Muhammad Uthman el-Muhammady





jumpa asar ni. weeehuuuu.