Showing posts with label truestory. Show all posts
Showing posts with label truestory. Show all posts

20 February 2013

"aku datang lagi, nanti..."




selesai salam isya, dia, seorang brotha Palestin yang kukenal bangun dan berdehem. berkulit putih cerah, bertshirt kasual, dan beraura suci, berdiri menyampai sesuatu.



selepas hampir lima minit mulutnya terkumat-kamit; line yang paling menendang pada aku ialah;






dear brodha, on the day of judgement, a sincere recitation of  Syahada could blow up your all sins at the other side of the scale by the mercy of Allah. have faith.





***



aku tutupkan telinga rapat-rapat dengan mata terpejam.



dalam kegelapan itu, ada api yang sedang marak membakar.



dari kedua telinga, ada bunyi dentuman atom berlanggaran sesama sendiri.



lalu aku letakkan jiwaku di tengah-tengah kepanasan itu dan tersedar yang aku tidak mendengar apa-apa selain dosaku sendiri.






Ampuni aku Ya Allah, Ya Tuhanku.



Ampuni aku.



_ orang dalam mimpi.


17 December 2012

terima kasih

untuk Disember yang kembali menemukan hijri dan masihi pada landasan usia dua puluh dua dengan ucapan ulangtahun yang menyenangkan, doa-doa yang baik-baik, dan ujaran-ujaran yang melucukan.
jazakAllah...
semoga kalian diganjar Tuhan seindahnya secukupnya.
karena selepas ar-Rahman, Dia juga al-Basit.




***

mohon doa untuk yang final-final juga;
case study(ies)
final year project
final exam

sekian.


hiatus. kononnya.



23 October 2012

cerita seorang teman dalam pakaian sabar pada kebencian di pesta konvokesyen.


Bismillahirrahmanirrahim...



Maghrib, aku, dan jiran. Dua-dua di pintu bilik dalam mod serius.
Mesyuarat koridor senjakala kononnya.


                                                *****

Hari ni aku rasa spoil gila.

Kenapa?

Ada seorang pakcik. Tua lebih kurang ayah aku. Dia bawa kerusi mudah-alih yang biasanya orang tua-tua buat solat kat masjid. Kejur dia duduk sorang-sorang masa pesta konvo tadi. Kawan aku pula jenis yang ramah. Taktik bermesra dengan harapan boleh in dengan bakal mertua gittew. Disapanya pakcik tu diajak berbual.

“Sorang je ke pakcik?”

Pakcik tu mengangguk, mengiyakan.

“Siapa yang konvo ni? Sesi bila?”

“Anak perempuan pakcik. Sesi pagi. Baru je masuk dewan.”

Anak perempuan. Nais…

“Kenapa pakcik tak masuk dewan sekali?”

“Pakcik takde pass.”

“ooo”

Left Behind by ~Arahiel

Tak silap aku, setiap graduan ada dua pass untuk masuk dewan. Kawan aku ni, isteri sepupu dia yang konvo. Jadi, diorang berdua jelah yang masuk dewan. Ada satu pass lebih. Dia offer kat pakcik ni.

Pakcik tu keras menolak tawaran kawan aku ni. Aku macam tertanya-tanya jugalah kenapa. Bukan senang nak dapat tengok anak sendiri terima ijazah. Lagipon, memang pass tu kitorang tak pakai. Tapi pakcik ni memang seboleh-boleh sepenuh kudrat tak nak ambil pass lebih tu.

Kau bayangkan eh, umur enam tahun; tadika, 12 tahun tamat sekolah rendah, 15 tahun PMR, 17 tahun SPM, tamat sekolah menengah, 22 tahun Ijazah, tamat universiti. Kalau aku ayah dia, aku takkan terlepas jadi saksi dua puluh dua tahun si anak membesar dalam tradisi keilmuan. Tapi, tadi, memang pakcik ni…

Hurm, lepas dah lama sembang off-topic pasal pass, baru pakcik tu cerita balik. Dia bagitahu yang dia sebenarnya ada pass.




Tapi,



dia tak masuk dewan sebab pass tu… ada dekat kawan dan pakwe anak dia.





                                                *****

Azan Maghrib berkumandang. Mesyuarat koridor bersurai. Beberapa jam kemudian,
minit mesyuarat ditulis semula lalu dimuatnaik tanpa suntingan melampau 
sambil diiringi muzik lantunan jiwa - Biar.


oh ye, kau dah call Ayah kau pagi ni?

21 October 2012

the smiling strangers

ada suatu hari, seorang pemuda yang sangap buku berpeleseran di pustaka-pustaka tua kotaraya. targetnya, mencari buku-buku yang membicarakan yakinpercaya dalam garapan sastera tasauf; dengan lain makna - penyampaian bahasa yang sarat dengan akhlak.

lalu, di sebuah toko buku, orang-orang yang asing melontar senyum padanya. di toko lainnya juga serupa.

abang GKG tersenyum, jaka berjubah tersenyum, makcik pemilik toko tersenyum, makwe berniqab tersenyum-mata, pakcik berkacamata tersenyum.

pemuda naik hairan.

hari ini jadi hari dia terima paling banyak senyuman dari orang yang tidak dikenal, yang dikira orang-orang itu siuman berdasarkan lagaktugas mereka.

mengapa ya?

dia berlalu sambil mengepit buku tulisan kahlil gibran, salim a fillah, dan fuad kauma menuju ke parkir. di sebelah parkir, ada kedai beg, kacamata, jersi dan aksesori. juga ada cermin sederhana besar dengan ketinggian hampir separuh badan manusia Asia. lalu imej dia tercermin buat dia berfikir seraya bermonolog.

ah, mungkin selepas ni aku perlu untuk tidak mengenakan corduroy lusuh rabak-tampal lalu pergi book-shopping di senarai genre Islami.

terlalu ganas, mungkin.
mungkin juga, jeans/corduroy rabak-tampal tidak terlihat zuhud seperti jubah yang rabak-tampal. mungkinlah.
mudah-mudahan, the smiling strangers tadi doakan aku dapat hidayah.

hik hik.

selamat.


01 August 2012

bilik sewa #2


amboi, hari-hari keluar. berbuka dengan makwe ek? taknak kenalkan kat akak ke?

bukan dengan makwelah kak. memandai je. 

eleh, macam la akak tak tau.gigih semacam asal habis kerja terus keluar, asal habis kerja terus keluar

ha yelah kak, ni saya pergi dulu ye. chalo


-----

kalaulah mengiyakan pertanyaan si akak serumah sewa ni, namanya tipu, maunya hari-hari aku dah menipu. dan untuk penipuan-penipuan itu, acap kali aku mohon dosa yang terpikul digugur Tuhan.

cinta hadir kalau dengan makwe bukan?

serasa aku, di sini juga ada cinta. kayaknya, aku seorang asing yang dirai oleh sekelompok ahli kariah dengan limpahan cinta absolut dari Tuhan. maka, kiranya aku berbuka dengan makwe jugalah kerana kehadiran rasa cinta itu.

masjid utm, masjid wadi hassan, surau senibong, masjid kg dato onn, surau plaza angsana, masjid uda, masjid bomba, masjid raudhah jalan sentosa, mendirikan masjid.

eh? eh?



dan nota-nota Ramadhan makin tebal.
nanti-nanti aku kongsikan.
salam survival!


28 July 2012

bilik sewa #1

Ustaz, apa yang dimaksudkan dengan khalwat?

bersendiri; tetapi makna yang ditakuti dalam ikhtilat ialah bila berhimpun lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

err, kalau menyewa sebuah bilik dari sebuah rumah yang dihuni keluarga bukan saudara-mara?

selagi boleh timbul fitnah, elakkan.


*telan air liur*


Allahu musta'an. cuma sebulan lebih lagi.




27 March 2012

solidariti blok


Hujan dan panas walaupun tampak berlawanan sebenarnya berpasangan dan mengimbangtara antara satu sama lain. Kalau tak, mana datangnya hujan panas? Atau panas sebelum hujan dan nyaman kemudiannya? Atau kemarau yang digembirakan kelembapan? Dan cendawan membiak-biak, ha!?  itu cerita lain.

Bawa kegembiraan. (Ar-Rum 30:48)

Beri peringatan membina kekuatan. (Hud 11:52)

Dan pernah juga sebagai azab. (Al-A’raf 7:84)


Kita boleh lihat variasi bentuknya kan? Dari gerimis sehingga selebat-lebatnya. Cuma sekali-sekala kedengaran hujan batu yang pejal dan padu.

Sungguh, rahmat lebih banyak dari azab. Malah terpancar dalam susunan spektrum warna di balik awan. Siap dengan amaran purbakala, dilarang menuding pelangi.


call the rain - credit


Walaupun demikian, pernah juga pada hari panas terik kain di jemuran tidak kering. 

Semuanya disebabkan rintik hujan dari jemuran tingkat atas ditadah kain jemuran tingkat bawah dalam paksi selari.


*mendongak*


"Mahu basah bersama" kata pemiliknya sambil mempromosi solidariti blok.



Menurutnya lagi, memerah pakaian cucian itu tidak ada dalam rukun mencuci baju. Unik bukan?






Unik Achik hang!





 ____

hujan kota sangat beda dengan hujan pinggir kota

diskusi argumen baru - tentang poyo