Showing posts with label art. Show all posts
Showing posts with label art. Show all posts

30 March 2014

300314

Bismillah...
“Ilmu itu ada tiga bahagian: Kitab yang berbicara, Sunah yang berdiri tegak dan la adri (aku tidak tahu)”.
- Direkod oleh Abu Daud dan Ibn Majah daripada Abdullah bin Umar,  hadith marfu’.

Saya selesai membaca buku La Adri yang baru dirembat semalam dengan menumpang kesempatan (baca : menge-pow) BB1M adik adik. Eheh. Isinya menarik juga. Malah, bila saya bersoal-soal tentang rangkuman kontennya sebelum membeli, brader yang bertugas di booth cuma membalas; “ana laa adri”. Licik.

Di kulit belakang buku ini terpapar hadith di atas. Ada dua premis yang rasanya boleh saya kongsikan dalam tulisan ini demi menebus hiatus panjang tidak menulis di sini.

Pertamanya, pada “kitab yang berbicara”. Dan yang kedua, pada “la adri” (ketidakketahuan) itu sendiri. 


Pemalasan global 

Istilah pemalasan global yang diperkenal Amir Hamzah menerajang fakulti penaakulan semua yang hadir dalam wacana antara sahabat saya, Fazril dan beliau. Dia menekankan perihal keringnya aktivism dan perkembangan idea lahir daripada pembudayaan ilmu yang kontang oleh siswa. Saya bersetuju untuk hal yang satu ini; kita memang suka bermalas-malasan secara massa (sambil meniarap menaip).

Apa yang Raja Ahmad katakan sebagai golongan intelektual (iaitu golongan yang berada pada peringkat pengajian tertier) telah menjadi utopia. Golongan yang ini, praktisnya, sepatutnya kembali kepada masyarakat menurut Syed Hussein. Lebih malang lagi, kritikan-kritikan ini dikhusus kepada kita, secara tepat.

Bak kata Pipiyapong
Kita orang melayu mestilah malas!!!!!!!!!!!!!!!!!! 

Deep jujur.


Bengkel Leaders are Readers

Bengkel separuh hari semalam disampaikan oleh bro Yusni, penulis buku PKPIM 5 Dasawarsa dan bro Malie, seorang content analyst. Rangka pengisian bro Yusni dimulai dengan mengambil ibrah pada lima ayat pertama Surah al-Alaq.

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

Dalam lima ayat ini, bro Yusni menggariskan dua ‘ilmu alat’ utama yang patut dilazimi seorang Muslim. 
1. Baca (yang ditekan pada ayat pertama dan ketiga). 
2. Tulis (pada ayat keempat).

“Maka, seorang muslim itu seharusnya jiwanya ada jiwa membaca dan menulis!” kata beliau.

Contoh terjemahan jika kita tak menguasai dua ‘ilmu alat’ ini, dalam sesetengah keadaan, sesetengah kita pasrah berdoa dan meroyan tentang kezaliman yang berlaku ke atas dunia Muslim (wajar berdasarkan keadaan semasa), walhal hakikatnya kita tidak langsung mencuba untuk berjaya menyiapkan diri melalui penguasaan ilmu dan kepakaran teknikal.

 “Saya tak faham kalau seseorang graduan apabila mula bekerja, dia tidak mampu menulis emel, surat dan dokumen-dokumen rasmi” kata bro Yusni. Ketidakbolehan ini seolah-olah satu penghinaan kepada siswa. err, kfine.

Dan dalam banyak-banyak kerja untuk bermula dengan agama ini, ialah dengan membaca. Ironinya, apabila dikaitkan dengan topik kepemimpinan, amat malang jika seseorang pemimpin tidak ada budaya dan disiplin membaca yang baik. Maka, komentar yang dikeluarkan membuka ruang untuk dirinya di-troll oleh pakar-pakar jenaka di laman sosial. Contohnya, ermm. Tahu-tahulah sendiri.

Sebab, rakyat boleh menilai tahap jenaka yang ada pada setiap komentar responsif yang keluar dari mulut pemimpin. Tetapi, mereka pastinya bukan Tun M, DSAI, TGNA, Saifuddin Abd, Dr Mujahid dan sesetengah yang lain. Nama-nama ini sangat luas pembacaan dan rajin menulis dan berwacana.

Khalifah Harun ar-Rashid, semasa membuka kota Rom, pernah menolak tawaran emas untuk membebaskan tahanan, dengan meminta buku-buku dalam perpustakaan Rom pada ketika itu diterjemahkan untuk kegunaan Muslim.

Al-Farabi, bermula dengan menjaga perpustakaan seorang saudagar yang merantau. Malcolm X, menjadikan masa di penjara sebagai kapsul untuk menelaah sebelum menjadi aktivis setelah dibebaskan. Dari rahim penjara, Mein Kampf selesai ditulis Hitler, juga karya-karya Pak Pram. Semua tokoh-tokoh besar dunia yang meninggalkan legasi atau gagasan pemikiran, baik positif mahupun negatif, semuanya sangat berdisiplin dalam pembacaan dan penulisan masing-masing.


Mem'baca' konten.

Dalam perkongsian bro Mali, paling menarik perhatian apabila dia membuktikan statistik distribusi akhbar. Harian Metro yang berlogo “Akhbar No. 1 Malaysia” yang saya sangka cuma gelaran self-claimed atas tujuan publisiti, merupakan realiti.

Tetapi, akhbar online didahului oleh MalaysiaKini. Ini memperlihatkan jurang dimensi pembacaan dua golongan; golongan sebelum internet dan selepasnya.

Dalam Principle of Dictatorship, komponen Absence of Individual Liberty, ia menegaskan dua perkara; 1. Kawal media, 2. Kawal anak muda. Malah, dalam Road to Serfdom (Friedrich Hayek) mencerahkan tentang ‘kerangka perancangan’ yang berlaku kepada masyarakat. Bidang kerja anda dirancang, gaji anda dirancang, pemikiran anda dirancang, kegiatan anda dirancang, tatatertib anda dirancang. Kedua-dua pendapat ini ialah cerminan wajah yang kita lihat pada paparan media baik digital atau klasik.

Tambahnya lagi, rutin harian pengguna internet paling kerap ialah pada enjin carian (Google/Yahoo dll) untuk mencari maklumat. Seterusnya, untuk menyebarkan maklumat ke laman sosial seperti Facebook/Twitter dan lain-lain. Musibatnya, apabila masyarakat kita gagal membezakan sumber pendapat/isu yang dibincangkan lalu mengangkat sesuatu yang ‘lemah’ berbanding sesuatu ‘ahli’. Sebab itu ada papan tanda yang berbunyi; 

“Stop making stupid people famous” atau 
“Kill it before it lays eggs”

Untuk pemilihan akhbar, Bro Malie saran membaca The Edge. Dan radio, sama dengan Obefiend yang pernah lebih-kurang tweet, “the only sane radio to listen to is BFm 89.9”.


Q & A

Akhirnya, saya sempat bertukar pandangan dengan para panelis. Pertama, bagaimana menjadikan sesi bedah buku lebih menarik?

Syaratnya, bedah buku mestilah dilakukan selepas pembacaan penuh dilakukan, kulit-ke-kulit, a-hingga-z. Tidak boleh membina pendapat bersandarkan tanggapan intuisi - ‘aku-rasa penulis ni… aku-rasa plot ni…’- yang lemah dengan bacaan yang tidak selesai. Lebih baik jika kita mengambil kira latar belakang penulis, ideologinya, latar masa, keadaan politik, graf ekonomi, gambaran sosial yang menyebabkan tulisan itu terhasil. Jikalau analisis yang sebegini dianggap berat, maka cukuplah sekadar mewacanakan bahagian-bahagian yang ada keterkaitan personal dengan diri sendiri. Begitu.


Johan Radzi pernah tweet (lebih kurang) – Jika mahu mengenal seseorang, lihatlah rak bukunya.

Ini berkait antara soalan yang saya ajukan - lebih macam bertukar ulasan - isu “kualiti pembacaan”, pemilihan genre, berat atau ringan, utama atau picisan  yang ada ditulis di sini oleh ex-schoolmate saya. Respon bro Mali, dia mengaitkan tentang keperluan pengisian dan trend yang sedang rancak, semuanya berkait rapat dengan menampung keperluan Gen Y.

Generasi ini, mereka ter-bebas dari acuan kokongan klasik. Generasi kita ini ‘longgar’. ‘Cair’, tidak berstruktur. Pola politiknya, tak rigid. Pola muziknya, liar dan luas. Pola pembacaannya, hip. Semuanya telah tidak lagi terkurung dalam kerangka lama. Cuma dikhuatiri, pola teologi juga merisaukan. Malah sangat merisaukan. Sebab itu, saya pernah menuliskan di sini;
"...umat manusia yang paling ramai bukanlah Muslim dan Kristian atau Buddha dan lain lain, tetapi yang paling ramai ialah umat tidak ber’Tuhan’ walaupun dia ber’Agama"

Keadaan ini semakin keruh apabila, We favor the quick fix, from religion to nutrition.
'Nutrition' yang mengisi 'kelonggaran' ini sangatlah tidak terkawal.



Gaya kerja masa depan.

Sebulan saya mengutip pengalaman di sini. Melibatkan diri dengan department yang paling sibuk dan paling banyak ‘dipersepsikan’. Mungkin antara sebabnya, pendekatan berbeza dengan orang lain dengan ketua yang sangat bervisi. Jadual lapan-pagi-lima-petang-isnin-jumaat tak lagi berkesan untuk gen y. Pejabat sentiasa tidak dipenuhi orang. Department yang ‘mobile’, tak ber’struktur klasik’. Tidak ada yang melekatkan punggung pada kerusi. Sekejap di hq, sekejap ke cawangan lain, tiba-tiba ke selatan, ke pantai timur, pejabat arkitek, insyinur, pejabat tanah, tenaga, air. Bersepah, bercempera. Asalkan ada internet - atau sememangnya wajib - sudah boleh melakukan kerja. Rasanya, gerak kerja yang dinamik begini seolah-olah lebih jiwa dan dekat untuk generasi ini. Tidak ada lagi alasan untuk tidak ‘mengecilkan dunia’ dengan capaian yang canggih.


Nota-nota tentang rekomendasi buku

Yang dibincangkan oleh panelis Leaders are Readers.
High tech high touch. 

Yang sedang dibaca (dan baru selesai)

Jangan rasa diri dah ‘power’, kerana ‘rasa’ itu akan menutup ruang-ruang untuk menambah ‘power’. Semoga intelektual kita dibina dengan merendah ego untuk mengatakan ‘La adri’ lalu disampingkan dengan ‘Iqra’!

Baca dan bangkit!

sekian, entri bulanan. heh


27 July 2013

Ramadan, eksperimental.


*tengok dulu , kemudian baca. aci?




Synopsis: A guy on a journey to a place far away. As he goes along the road, he encounters obstacles which teach him values of life.

Sebagai permulaan, aku dah tengok filpen ni tahun lepas lagi sebenarnya. Kelmarin, aku hadir di filemmaker anonymous semata-mata nak tengok filpen ini di layar besar. Tahukah anda, sebaik sahaja tamat tayangan filpen ini, semua audiens tepuk tangan! massive respect.

Power, power.

Komen awal; Ringkas, subtle dan yang paling penting, indah. Lagi-lagi menontonnya bersama semangat Ramadhan.

Bila filpen ini keluar di channel UmarMita, I expect nothing less about the art direction, the cameraworks, the mise-en-scene, cinematography, special effects, post-production, etc etc.

UmarMita ialah UmarMita, tiada citra lain yang serupa, gitu.


Di sini, aku nak berkongsi beberapa pandangan mengenai filpen ini.
Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh petanda.

Pertamanya, ketibaan Ramadhan adalah sebuah penantian yang ditunggu-tunggu oleh Aiman. Ini jelas dipaparkan melalui skrip voice-over pada permulaan video. Malah mereka ber‘kawan’.

“I will make every second count. I will prove my love to the One who brought you to me and my deeds will testify in my behalf. Sincerely, your friend”. 

Ketibaan Ramadhan dihadirkan dalam filpen ini dengan cara yang mudah. Umar Mita mengambil lokasi Chuping sebagai set penggambaran di sebuah petang yang bercuaca panas terik. Splendid!

Cukup dengan itu sahaja, perlambangan ketibaan Ramadhan sudah boleh diketahui. Bukankah ‘Ramadhan’  itu sendiri secara literal bermaksud panas terik?

kamus yang berwibawa - fajar bakti
 
Ada juga masa zaman-zaman mengaji dulu, ustaz kata; asbabunnama Ramadhan ialah kerana kebetulan pada masa mula puasa difardhukan ialah pada kemuncak musim panas. Ada yang kata sebab simbolik kepanasan tekak orang berpuasa sebab haus dan dahaga. Dan ada pendapat yang menarik, menurutnya dinamakan bulan itu sebagai Ramadhan ialah sebab berlakunya pembakaran dosa-dosa(hadith). Wallahua’lam.

Ok, yang kedua, setelah perjalanan bermula. Konflik pertama muncul ketika Aiman ditumbuk dan rebah. Efek khas slow-motion sangat baek!

Konflik ini boleh dilihat melalui pelbagai cara. Antagonis(Ali) mengintai Aiman yang sedang berjalan dari dalam semak (pov syot). Dia muncul tanpa sangkaan Aiman lalu melepaskan tumbukan. Gerak slo-mo itu hanya cukup untuk memberikan Aiman miliseconds masa untuk berpaling dan ‘sedar’ akan ancaman tanpa sempat mengelak. 

Baik, ada beberapa tamsilan menarik yang terbayang-bayang. Akan ada yang anggap Ali sebagai personifikasi sisi jahat Aiman, ataupun bagaimana, itu kejap lagi aku tuliskan. Konflik pertama dalam perjalanan hidup yang mahukan sa-la-ma, selamat/sejahtera ialah dengan mendepani ancaman dengan cara yang bijak.

Aku cuba bandingkan dengan analogi ok. Contoh, di sebuah jalan yang biasa kita lalui, ada sebuah lubang. 

Hari pertama kita tak tahu akan kewujudan lubang itu, maka kita ter-jatuh teruk.
Hari kedua, kita sudah tahu kewujudan lubang, tapi kita masih teruskan berjalan lalu kita masih jatuh, kali ini tanpa 'ter'. 
Hari ketiga, kita sudah tahu bahwa kewujudan lubang boleh menyebabkan kita jatuh, maka kita bawa bersama alat yang boleh menyelamatkan kita dari jatuh kedalam lubang itu.

Perantaraan masa yang membezakan ketiga-tiga situasi melahirkan sebuah tindak balas yang berbeza. Kat sini aku rasa ruang masa yang di-panjang-kan dengan efek slow-motion adalah satu simbol kritikal yang membezakan kesedaran seseorang itu akan keberadaan situasinya. Jika dia cukup tahu dan ‘alim tentang situasi keberadaannya, maka dia akan mencari solusi untuk selamat. Dan dari satu sisi, untuk menyedari situasi keberadaan juga ialah satu anugerah. 

Perasaan "berdosa" itu, nikmat. Sebahagian dari anugerah juga. Lagi nikmat, kalau kita sedar yang perbuatan kita itu satu dosa. Dan, mengubahnya! (quoted)

Seterusnya, poin menarik. Senaskah Al-Quran ditengah jalan, diletakkan diatas rehal diatas seketul batu. Al-Quran itu dilitupi habuk. Aiman ambil, usapkan, dan simpan dalam beg untuk dibawa bersama menempuh perjalanan.

Nah, ini sangat indah. Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan melalui peristiwa Nuzul Quran. Nak cerita pasal Nuzul Quran ni panjang sebab dia ada dua peringkat, penurunan sekaligus dan berperingkat. Simboliknya, kewujudan Al-Quran didalam perjalanan Ramadhan Aiman menjelaskan hal ini. Untuk idea lebih jelas, Al-Baqarah 183 hingga 185 ialah ayat yang berkaitan dengan pensyariatan puasa dan juga tentang Ramadhan. Mohon tuan puan pembaca sekelian pergi usha ayat ni. Lebih-lebih lagi ayat 185. 

Struktur penyusunan ayat 185 bermula dengan penjelasan tentang bulan Ramadhan dan penurunan Al-Quran. Kemudian ia disambung dengan dua tujuan iaitu sebagai Al-Huda (petunjuk) dan Al-Furqan (pembeza haq dan batil). Kemudian barulah penjelasan tentang Puasa dan feqah perlaksanaannya ketika sakit, tentang qadha puasa. Ayat ini diakhirkan dengan "la'allakum tasykurun" yang bermaksud "agar kamu bersyukur" sebagai tujuan Ramadhan. (berbeza dengan akhir ayat 183, "la'allakum tattaqun", tujuan puasa ialah "agar kamu bertaqwa".) <- betulkan kalau aku silap mengaji.

Ironinya, apabila Aiman mengambil Al-Quran dan membersihkan debu habuk, seolah-olah menegur Muslim yang turut sama membiarkan Al-Quran mereka dalam kondisi yang sama. Terhias indah sebagai hantaran walimah, tersimpan megah di rak tinggi, tetapi malangnya jarang dibaca, lalu ditemani debu dan habuk mengganti tuannya, naudzubillah.

Keempat, rematch!

Ali muncul lagi, tanpa sembunyi. Satu lawan satu. Kali ini aiman menang. Aiman sudah ‘kenal’ Ali selepas pertembungan yang pertama. Malah Aiman di-‘kuat’-kan lagi dengan Al-Quran yang dibawa bersama. Expect nothing less!

Kelima, cermin dan imej. Dua ekspresi berlainan bertemu. Aiman yang menduga dan imejnya yang… err… seolah melihat dengan pandangan kebencian terhadapnya. Pecah!

Hurrmm, mengenai Ali sebagai personifikasi sisi jahat Aiman di waktu ketiadaan Syaitan sebagai antagonis (yelah, kena rantai), aku macam kurang selesa mengatakan demikian disebabkan kemunculan cermin. Aku lebih suka jika menanggapi babak pecah cermin sebagai jihad akbar antara Aiman dan ‘nafs’nya. Habistu, siapa Ali, atau, apa? Terpulanglah. Baru eksperimental, gitu.

Seterusnya (enam), Aiman seolah-olah ‘memerangkap’ cahaya matahari senja ke dalam gengggaman tangannya sambil tersenyum. Hari beransur gelap. Ini juga bermakna latar masa penggambaran ialah sekitar Asar dan sebelum Maghrib. Umumnya, waktu Asar terisi dengan simbolik ‘pengakhiran’ untuk sesuatu. Contohnya, dalam sistem kalendar Hijri, tarikh baru akan bermula pada waktu Maghrib. 


kamus yang berwibawa - fajar bakti

Secara literal, Asar merujuk kepada waktu yang suntuk di‘perah’. Tak lain dan tak bukan, sebagai projeksi penghujung hari berakhirnya Ramadhan. Syawal berselang, dan rantai syaitan terlerai (tujuh).

btw, ada satu komentar yang menarik;


part cahaya-cahaya tu buat aku err, tapi takpelah, tafsiran masing-masing. yang penting jangan lupa satu malam yang dicari-cari dalam Ramadhan, lailatulqadr. satu malam yang lebih power dari seribu bulan, satu malam yang merupakan sasaran para 'alim dan 'abid. dan mungkin, ia juga sebab kenapa Aiman menguntum senyum di akhir filpen?


demikianlah, salam pecutan akhir Ramadhan. 
semoga kita semua menjadi lebih baik daripada kehidupan sebelum ni.



 

21 May 2013

#bibliophilia16, akhir.



Bismillah,

Alhamdulillah, siri bibliophilia yang ke-10(untuk semester ini) dan ke-16(sejak awal) telah selesai dijalankan pada 17 Mei lepas.

Alhamdulillah, berkesempatan turut serta dua kali sebagai ahli dan sekali sebagai pembedah. Ceritanya, dalam entri yang lepas, berdasarkan nada cara ayat ini dituliskan;
“…memandangkan Yusof minta aku cuba buat pembedahan minor(baca: pengenalan kepada filem kritik) …”
rasa macam nak padam balik. Haha.

Ironi seorang yang bukan jurusan perubatan cuba-cuba membedah, mungkin begitulah rasanya bila seorang penonton(pasif) filem cuba bercerita tentang kritik filem.


Mengisi makna ‘filem’

Jadi, petang itu saya cuma berkongsi tentang apa yang saya rasa saya faham mengenai ‘filem’. Saya mula berminat mendalami filem setelah mengalami kebingungan ‘rasa’ apabila menonton filem-filem yang dipertandingkan di festival-festival filem. Persoalannya, kenapa filem yang tak best boleh menang? (tak best pada pandangan suci dan noob sendiri, eh). Cetusan ini membuatkan saya berfikir tentang bagaimana filem diadili.

Sampai sekarang saya tak tahu definisi filem(kalau ada). Jadi saya mulakan perbincangan #bibliophilia15 dengan mengatakan bahawa apa yang terpapar di skrin ialah ditulis!

Skrip atau lakon layar bukan sekadar dialog line, tetapi keseluruhan gambar bergerak, susunan setting, karakter, props, plot dan seterusnya. Melalui gambar bergerak yang dirancang, filem mampu bercerita walau tanpa dialog sekaligus membezakan filem dengan seni teater atau seni visual dengan lakonan.  Mungkin itulah definisi “filem sebagai filem” saya.

Kemudian, melihat “filem sebagai penceritaan(baca: storytelling)” pada pergerakan plot. Secara mudahnya, asas penceritaan perlu dikonstruk dengan lima elemen utama, begini - Seorang pemain mempunyai objektif yang hendak dicapai kemudian bertemu konflik dan seterusnya membawa kepada klimaks sebelum resolusi cerita.

Secara mudah begitulah. Kalau mahu power, plot-berterabur dan mind-blown, saya paling suka tonton trilogi Bourne(sejak 2012, ianya jadi tetralogi, tapi saya tak suka Bourne terbaru tu. Bourne Legacy. *bias*).

Kemudian, saya meneruskan perbincangan dengan melihat “filem sebagai ruang yang subjektif”. Idea ini merujuk kepada filem yang berkonsepkan open-end atau tergantung. Maka pengakhiran filem diletakkan kepada pemahaman setiap audiens dengan cara mereka mengisi subjektiviti itu. Kadang-kadang sampai kita bertanya, “cerita apa ni!?”

Akhirnya, kepuasan dan pemaknaan menonton terdiri daripada pelbagai variasi. Seronok begitu, dan nakal juga filemnya. Kadang-kadang, sesebuah filem yang subjektif boleh menambat audiens dengan perlambangan watak-watak yang sangat dekat dengan mereka, malah kita boleh terlihat cerminan sebahagian diri kita dimainkan oleh watak tertentu.

Beberapa hari lepas, selepas mengetahui filem yang akan dibedah pada #bibliophila16 ialah Valley of the Wolves: Palestine, saya sempat ke library dan terjumpa buku tentang perubahan industri perfileman di Iran selepas revolusi(maaf, lupa judul). Industri perfileman di Iran lebih kehadapan bila mereka menyekat filem asing dan cuba membina satu utopia filem yang “Islamik” di bawah pemerintahan pasca-revolusi. Isu ni menarik untuk diwacanakan dengan keyword ayatollah, tehrani, ideal, realiti dsb, if-u-know-what-i-mean, haha. 

Dalam deretan rak yang sama, ada satu buku berjudul “Film as art”, menarik di bahagian awalnya penulis mengajak pembaca u-turn, dan mendekati filem sebagaimana memahami “seni”. Dalam judul lain, Film Studies, ada satu bahagian yang membezakan filem dengan sinema; 
“Ernie, do you realize what we are doing in this picture? The audience is like a giant organ that you and I are playing. At one moment we play this note and get this reaction, and then we play that chord and they react that way. And someday we won’t even have to make a movie – there’ll be electrodes implanted in their brains, and we’ll just press different buttons and they’ll go ‘oooh’ and ‘aaah’ and we’ll frighten them, and make them laugh. Won’t that be wonderful?” (Spoto 1984: 440)
Tak sempat baca lanjut, tak sempat pinjam, terpapar “user blocked” dengan denda. Aaargh… *korek tabung*



Bibliophilia15

Saya ada sebab yang jelas apabila memilih dua filem pendek(Sujud & Dear Ridhwan) sebagai mangsa pembedahan semasa bibliophilia15.

pertama, pembedahan filem lebih seronok jika - paling kurang - tiru gaya silibus Komsas yang terdiri daripada sinopsis, plot, latar, tema, gaya, nilai dan pengajaran. Disebabkan bibliophilia edisi sebelum-sebelum ini, mangsa bedah(filem) cuma dibentangkan melalui sinopsis dan plot, pembedahan menjadi kurang menarik.

kedua, filem pendek ialah idea asas kepada full-length dan feature film. Ia boleh jadi paling ringkas dengan low runtime, satu setting, kurang watak dsb. Sebab itu sesi ini dinamakan "sesi pengenalan kepada filem kritik"(walaupun cuma sekadar perkongsian).

Melalui filem pendek Sujud dan Dear Ridhwan, saya telah sedikit sebanyak menjelaskan tentang 'apa' yang perlu dibaca dan boleh dihurai untuk resensi filem. Filem Sujud, contohnya, ia mempunyai persoalan-persoalan yang sangat dekat dan besar kepada audiens Muslim-remaja-Malaysia dalam cara yang sangat mudah.

Filem pendek Dear Ridhwan pula memaparkan sebuah cerita tentang pencarian buku di pesta buku. Kopi Luwak itu sendiri ialah kopi yang mahal harganya dan sukar didapati. Musang berwajah manusia? hehe, ini lucu. Tambah menarik lagi, terdapat banyak 'simbol' digunakan untuk menyampaikan makna di lapisan kedua filem ini.

Saya ada terbaca reviu filpen ini di satu blog yang kata dia tak faham kenapa ada footage Bersih dalam filpen ini.(dah tak jumpa blog mana, -.-") Silap bro, semua yang terlihat ini dirancang dan ditulis. Penulis asal, Ridhwan Saidi sendiri terkenal dengan bahasa filem yang pe-'cult'(baca: pekat) dan falsafahnya yang sukar dihadam(baca Amerika). Dan tahniah untuk Aidil Rusli juga sebagai pengarah.

Kalau kita meneliti latar masa, Bersih 2.0 dianjurkan pada #709 2011, Bersih 3.0 pada #428 2012, dan Pesta Buku yang difilemkan ialah Pesta Buku 2012 (berdasarkan susunan booth FIXI). Lihat bagaimana visual yang terpapar pada setiap dialog, dan fahamkan maksud saya.

Seawal 12 saat pertama, gabungan footage Bersih 2.0(video) dan monolog(audio) ini merangka simbol yang membawa makna kedua dalam filpen(filem pendek) ini.

Gambar FRU dan polis dengan audio "terima kasih", peserta Bersih 2.0 yang diikat dengan audio "dayus, pesan barang pakai pos", pakcik PAS heart-attack sebagai "suami pemalu berpoligami" (<- ini menarik), sesi pembantaian peserta oleh polis pada line "punggung abang milik mutlak sayang.." (<- superb!), "jijik tapi sedap" dengan gambar "This is Tel Aviv" di Dataran Merdeka (kalau tak silap, ini Bersih 3.0), dan akhirnya pada "lincah", "menggelitik mahu menaip" dengan serangan tear gas kepada peserta Bersih.

Sekarang, tanyakan sendiri apa sebenarnya yang Dear Ridhwan ceritakan?




Bibliophilia16

Tak banyak yang mahu dikongsikan; maklumlah, disempitkan dengan tugasan-tugasan minggu terakhir sebelum final exam.

Saya menyukai filem Valley of the Wolves disebabkan ianya diadaptasi dari peristiwa real-life iaitu serangan ke atas kapal Mavi Marmara yang menyertai misi bantuan kemanusiaan Gaza Freedom Flotilla.

Filem ini secara keras memberi mesej kepada Israel tentang keupayaan Muslim khasnya Turki dalam arena militari. Secara terang-terangan, filem ini memaparkan tiga orang tentera Turki yang mampu melumpuhkan sistem militari Israel sekaligus membunuh Menteri Pertahanannya, cuma dengan tiga orang!

Perang saraf, menang! Jyeah!

Filem ini juga menolak tohmahan apabila dilabelkan sebagai anti-semitic kerana merancakkan semangat menolak Israel dengan memainkan watak heroin yang merupakan Yahudi Amerika dan berpihak kepada protagonis.

Ada dua dialog line yang paling saya ingat.

“I didn't come to Israel - I came to Palestine!” Yang ini power!

“I'm going to kill Moshe Ben'e Layzir.” Dialog ni, seawal minit ke-6, ialah anti-klimaks, dan ini menyebabkan saya terlelap di tengah-tengah cerita memandangkan dah tiada apa yang hendak ditunggu-tunggu satu jam tiga puluh minit kemudian. herrr. spoil betei.

Tentang buku Son of Perdition tulisan Wendy Alec, saya kurang berminat. Dan Brown masih lagi penulis faveret dalam genre teori konspirasi dan Christianity. James Patterson, John Grisham dan Jeffery Archer power juga, tapi bab konspirasi agama, bukan makanan diorang.



Saya harap lain kali akan ada pengulas filem Stoning of Soraya(2008) Munich(2005), Argo(2012), Inglorious Bastards(2009) dan A Separation(2011), kalau ada lain kali, insyaAllah.



*mohon tunjuk ajar pelajar jurusan filem aswara dan uitm, heh.

**mohon doanya untuk final exam + fyp pada angka magis; 26, 27, 28, 31, 5, 8, 17, 20, 24.





19 September 2012

KaedFest12

Brader silat euforia disebabkan Dadih Osem.

Tie Dye Demo

twist kain pakai garpu (macam makan maggi), tuang fabric dye, tadaa! this is art.
entah, roommate siapa, terkena sumpahan lalu menjadi panda
UIAM, tanpa mahallah brother.
Library Jalanan, baca buku percuma, kalau nak pinjam, sila barter dengan buku anda.

Stall nombo 5 ok. c ya there!

+ beverages
+ traditional kerepek
+ dual face scarf(tudung)
+ handsocks
+ traditional asam-asam
+ Organo coffee
+ air bacaan 30 juzu'
+ sincerity, eh?

c ya!


25 March 2012

[video] a day at the Art for grabs; colorful assembly

salam alayk'

okay, not a day, not even a half day, just a two hours of yesterday.


ART FOR GRABS Mar 2012 - Colourful Assembly!

seronok.

sekian.



*cuti*




_________

oh ya, for those who keeps asking me about my little gadget, please click here - link
and this guy have the best offer in town. seriously. - link