27 July 2013

Ramadan, eksperimental.


*tengok dulu , kemudian baca. aci?




Synopsis: A guy on a journey to a place far away. As he goes along the road, he encounters obstacles which teach him values of life.

Sebagai permulaan, aku dah tengok filpen ni tahun lepas lagi sebenarnya. Kelmarin, aku hadir di filemmaker anonymous semata-mata nak tengok filpen ini di layar besar. Tahukah anda, sebaik sahaja tamat tayangan filpen ini, semua audiens tepuk tangan! massive respect.

Power, power.

Komen awal; Ringkas, subtle dan yang paling penting, indah. Lagi-lagi menontonnya bersama semangat Ramadhan.

Bila filpen ini keluar di channel UmarMita, I expect nothing less about the art direction, the cameraworks, the mise-en-scene, cinematography, special effects, post-production, etc etc.

UmarMita ialah UmarMita, tiada citra lain yang serupa, gitu.


Di sini, aku nak berkongsi beberapa pandangan mengenai filpen ini.
Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh petanda.

Pertamanya, ketibaan Ramadhan adalah sebuah penantian yang ditunggu-tunggu oleh Aiman. Ini jelas dipaparkan melalui skrip voice-over pada permulaan video. Malah mereka ber‘kawan’.

“I will make every second count. I will prove my love to the One who brought you to me and my deeds will testify in my behalf. Sincerely, your friend”. 

Ketibaan Ramadhan dihadirkan dalam filpen ini dengan cara yang mudah. Umar Mita mengambil lokasi Chuping sebagai set penggambaran di sebuah petang yang bercuaca panas terik. Splendid!

Cukup dengan itu sahaja, perlambangan ketibaan Ramadhan sudah boleh diketahui. Bukankah ‘Ramadhan’  itu sendiri secara literal bermaksud panas terik?

kamus yang berwibawa - fajar bakti
 
Ada juga masa zaman-zaman mengaji dulu, ustaz kata; asbabunnama Ramadhan ialah kerana kebetulan pada masa mula puasa difardhukan ialah pada kemuncak musim panas. Ada yang kata sebab simbolik kepanasan tekak orang berpuasa sebab haus dan dahaga. Dan ada pendapat yang menarik, menurutnya dinamakan bulan itu sebagai Ramadhan ialah sebab berlakunya pembakaran dosa-dosa(hadith). Wallahua’lam.

Ok, yang kedua, setelah perjalanan bermula. Konflik pertama muncul ketika Aiman ditumbuk dan rebah. Efek khas slow-motion sangat baek!

Konflik ini boleh dilihat melalui pelbagai cara. Antagonis(Ali) mengintai Aiman yang sedang berjalan dari dalam semak (pov syot). Dia muncul tanpa sangkaan Aiman lalu melepaskan tumbukan. Gerak slo-mo itu hanya cukup untuk memberikan Aiman miliseconds masa untuk berpaling dan ‘sedar’ akan ancaman tanpa sempat mengelak. 

Baik, ada beberapa tamsilan menarik yang terbayang-bayang. Akan ada yang anggap Ali sebagai personifikasi sisi jahat Aiman, ataupun bagaimana, itu kejap lagi aku tuliskan. Konflik pertama dalam perjalanan hidup yang mahukan sa-la-ma, selamat/sejahtera ialah dengan mendepani ancaman dengan cara yang bijak.

Aku cuba bandingkan dengan analogi ok. Contoh, di sebuah jalan yang biasa kita lalui, ada sebuah lubang. 

Hari pertama kita tak tahu akan kewujudan lubang itu, maka kita ter-jatuh teruk.
Hari kedua, kita sudah tahu kewujudan lubang, tapi kita masih teruskan berjalan lalu kita masih jatuh, kali ini tanpa 'ter'. 
Hari ketiga, kita sudah tahu bahwa kewujudan lubang boleh menyebabkan kita jatuh, maka kita bawa bersama alat yang boleh menyelamatkan kita dari jatuh kedalam lubang itu.

Perantaraan masa yang membezakan ketiga-tiga situasi melahirkan sebuah tindak balas yang berbeza. Kat sini aku rasa ruang masa yang di-panjang-kan dengan efek slow-motion adalah satu simbol kritikal yang membezakan kesedaran seseorang itu akan keberadaan situasinya. Jika dia cukup tahu dan ‘alim tentang situasi keberadaannya, maka dia akan mencari solusi untuk selamat. Dan dari satu sisi, untuk menyedari situasi keberadaan juga ialah satu anugerah. 

Perasaan "berdosa" itu, nikmat. Sebahagian dari anugerah juga. Lagi nikmat, kalau kita sedar yang perbuatan kita itu satu dosa. Dan, mengubahnya! (quoted)

Seterusnya, poin menarik. Senaskah Al-Quran ditengah jalan, diletakkan diatas rehal diatas seketul batu. Al-Quran itu dilitupi habuk. Aiman ambil, usapkan, dan simpan dalam beg untuk dibawa bersama menempuh perjalanan.

Nah, ini sangat indah. Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan melalui peristiwa Nuzul Quran. Nak cerita pasal Nuzul Quran ni panjang sebab dia ada dua peringkat, penurunan sekaligus dan berperingkat. Simboliknya, kewujudan Al-Quran didalam perjalanan Ramadhan Aiman menjelaskan hal ini. Untuk idea lebih jelas, Al-Baqarah 183 hingga 185 ialah ayat yang berkaitan dengan pensyariatan puasa dan juga tentang Ramadhan. Mohon tuan puan pembaca sekelian pergi usha ayat ni. Lebih-lebih lagi ayat 185

Struktur penyusunan ayat 185 bermula dengan penjelasan tentang bulan Ramadhan dan penurunan Al-Quran. Kemudian ia disambung dengan dua tujuan iaitu sebagai Al-Huda (petunjuk) dan Al-Furqan (pembeza haq dan batil). Kemudian barulah penjelasan tentang Puasa dan feqah perlaksanaannya ketika sakit, tentang qadha puasa. Ayat ini diakhirkan dengan "la'allakum tasykurun" yang bermaksud "agar kamu bersyukur" sebagai tujuan Ramadhan. (berbeza dengan akhir ayat 183, "la'allakum tattaqun", tujuan puasa ialah "agar kamu bertaqwa".) <- betulkan kalau aku silap mengaji.

Ironinya, apabila Aiman mengambil Al-Quran dan membersihkan debu habuk, seolah-olah menegur Muslim yang turut sama membiarkan Al-Quran mereka dalam kondisi yang sama. Terhias indah sebagai hantaran walimah, tersimpan megah di rak tinggi, tetapi malangnya jarang dibaca, lalu ditemani debu dan habuk mengganti tuannya, naudzubillah.

Keempat, rematch!

Ali muncul lagi, tanpa sembunyi. Satu lawan satu. Kali ini aiman menang. Aiman sudah ‘kenal’ Ali selepas pertembungan yang pertama. Malah Aiman di-‘kuat’-kan lagi dengan Al-Quran yang dibawa bersama. Expect nothing less!

Kelima, cermin dan imej. Dua ekspresi berlainan bertemu. Aiman yang menduga dan imejnya yang… err… seolah melihat dengan pandangan kebencian terhadapnya. Pecah!

Hurrmm, mengenai Ali sebagai personifikasi sisi jahat Aiman di waktu ketiadaan Syaitan sebagai antagonis (yelah, kena rantai), aku macam kurang selesa mengatakan demikian disebabkan kemunculan cermin. Aku lebih suka jika menanggapi babak pecah cermin sebagai jihad akbar antara Aiman dan ‘nafs’nya. Habistu, siapa Ali, atau, apa? Terpulanglah. Baru eksperimental, gitu.

Seterusnya (enam), Aiman seolah-olah ‘memerangkap’ cahaya matahari senja ke dalam gengggaman tangannya sambil tersenyum. Hari beransur gelap. Ini juga bermakna latar masa penggambaran ialah sekitar Asar dan sebelum Maghrib. Umumnya, waktu Asar terisi dengan simbolik ‘pengakhiran’ untuk sesuatu. Contohnya, dalam sistem kalendar Hijri, tarikh baru akan bermula pada waktu Maghrib. 


kamus yang berwibawa - fajar bakti

Secara literal, Asar merujuk kepada waktu yang suntuk di‘perah’. Tak lain dan tak bukan, sebagai projeksi penghujung hari berakhirnya Ramadhan. Syawal berselang, dan rantai syaitan terlerai (tujuh).

btw, ada satu komentar yang menarik;


part cahaya-cahaya tu buat aku err, tapi takpelah, tafsiran masing-masing. yang penting jangan lupa satu malam yang dicari-cari dalam Ramadhan, lailatulqadr. satu malam yang lebih power dari seribu bulan, satu malam yang merupakan sasaran para 'alim dan 'abid. dan mungkin, ia juga sebab kenapa Aiman menguntum senyum di akhir filpen?


demikianlah, salam pecutan akhir Ramadhan. 
semoga kita semua menjadi lebih baik daripada kehidupan sebelum ni.



 

3 comments:

Aween Md Zahir said...

Baca entri ni teringat video MatLutfi 'Soalan Ramalan Pasca SPM'. Gabungan ustad dan penulis filem, itu konklusi kepada penulisan awak dlm entri kali ni, huhu. Video bermanfaat tu, penuh pengisian. Thanks for sharing ;)

faaizz d. zul said...

ke arah masyarakat yang film-literate!

oyeah.

Anonymous said...

Tulis buku plish