08 February 2012

peraturan baru untuk Numan

Salam alay'k



      ♪     
♫     
   


Higit na matatag ang Partido ngayon
kung ihahambing noong siya ay umusbong
ilang katao lamang ang muling nagbangon
sumuong sa panganib at hirap
ang ilan ay libo-libo na ngayon

      ♪     
♫     


lagu revo Filipina diulangdengar buat kesekian kalinya. beginilah selera orang muda yang tercari-cari inspirasi. kuat melawan. gigih menentang. sambil-sambil belajar tentang sejarah-sejarah silam dan mengambil pengajaran. 

langsir jambu kaler pink disisip kemas memberi ruang ventilasi udara seoptimum mungkin. tersergam kokoh blok mahallah yang bertentangan. fe'el jendela jiran-jiran dilihat dalam kerawakan; ada yang terbuka, ada yang separuh terbuka, ada tertampal poster , ada juga yang ditempek surat kabar. 

Boleh jadi mereka merupakan koleksi artikel-artikel terpilih sebagai bacaan rutin pengisian intelek setiap hari. Kreatif juga cara si jiran ni menafikan pancaran terus matahari, menggunakan akhbar sebagai langsir. Vintage.

The Window by DottyDrama


"Numan! kau tengok apa?" sergah teman sebiliknya, seorang super senior. seorang pakar dalam mencari lubuk mendapatkan makanan free lebihan program sekitar kampus.

"aku nak bagitahu beberapa peraturan kat sini". Numan mengangguk lewa.

"bilik kita ni tingkat berapa?"

"dua" balas Numan pendek.

"maksudnya?"

"ada orang ditingkat satu, tiga dan empat"

"bagus. pertama sekali, aku taknak kau buang sampah dari tingkap kau ke bawah. kau faham apa makna sampah kan? benda-benda yang kau nak buang. termasuklah sisa makanan, air buat celur maggi, plastik choki-choki, kahak hijau dan lain-lain yang bersangkutan"

*angguk*

"kau hisap rokok?"

Numan sengih gaya Joker.

"aku tak kisah kalau kau nak hisap dalam bilik. tapi sediakan ashtray sendiri. kau perasan tak tuala si Kai yang berlubang tu?"

*angguk laju*

"itu adalah contoh akibat bila orang atas yang tak hormat orang bawah, buang puntung bersepah-sepah. kau jangan fikir bukan-bukan. memanglah lubang pada tualanya nampak kemas dan bermutu, tapi si Kai tu baik orangnya. pelajar ilmu wahyu tau..."

*senyum*

"kau suka view dari sini?" kata super senior sambil merapatkan tubuhnya ke tingkap kompartmen Numan.

"suka..."

"kau tengok tingkap dekat top left kau. ada apa?"

Numan mendongak mencari tingkap yang paling kiri tingkat empat blok di blok yang bertentangan.

"kau suka view ni?"

Numan geleng kepala.

"ha, kau jangan contohi jiran top left kita ni. ini jenis orang yang fikirkan haknya sendiri. dia perkosa mood orang lain. dia bawa pergi selera makan jiran yang bertentang tingkap dengan dia. dia kontaminet keindahan alam kat sini. kalau burung-burung yang hinggap kat atap ni boleh berfikir macam manusia, mesti diorang termuntah hijau terberi pucat..."

Numan mengangguk tanda setuju. Dia capai dan tuliskan kesemua peraturan kedalam buku nota "Universiti Kehidupan" miliknya.  

Super senior berpuashati melihat respon memberangsangkan dari Numan. ini baru betul Numan the New Man. 


pada masa yang sama, dari jendela paling tinggi disebelah kiri, boxer kuning dengan watak spongebob terpuing-puing berkibaran mengikut haluan angin.


 Selamat datang ke dunia kampus.









12 comments:

Anonymous said...

LOL! super senior is super care. ohsemmm! numan, make sure the room is neat and tidy. hurmmm i wonder how people can leave in such a messy place

puteri cahaya said...

eheeee....numan....

faaizz d. zul said...

anonymous :
why super senior no care much? they should, shouldn't they?


kakyun:
kenal numan? new man. eheh

BERMASALAH said...

amboiii :D

Cik Aqilah Wardah said...

subhanallah, bahasaaa... hehehe...

selamat menyambung kuliah!! ^_^

Annisa said...

Assalamualaikum..

hahahahaaaa.. wat orang gelak :)

suatu petang yg indah dengan cahaya matahari menyinari bilik, duduk menghadap lappy.. roomate nyenyak tdur sambil peluk "zutam" patung kesayangan dia.. tiba dengar bunyi hujan.. cis, budak tingkat 4 simbah air =.=" ingatkan hujan, nasib baik ada atap kecik di tingkap :) yg awesomenya, tuala dijemur basah T_T

thanks "menua"

faaizz d. zul said...

penconteng

ye, hamboi2...


aqilah

selamat berkuliah juga...


khairunnisa

waalaikumussalam. selalu berlaku kan, hujan air celur maggi? hah...
u welkam.

ghost said...

kenapa takde sapa yang bagitau aku macam nih dulu?

faaizz d. zul said...

ghost writer

mungkin super senior kau dari kalangan yang selesa dan selesa dgn apa yang diorang ada, lengai dan lembu juga.

izwanyusof said...

numan! freshie? ada nampak tak kat seman.. 1st day lagi duduk bangku baca buku kecik2..hehe

kadang2 aku lempar barang2 kering seperti cotton buds ke jendela..haha..

dill said...

awak, saye tak pnah melawat mahallah brothers secara dekat. ahaks ahaks

kalau tak, boleh gak nampak spongebob berterbangan ditiup angin bayu. :)

dill.

faaizz d. zul said...

izwanyusof

serius melepak disitu? gelabah betul. konon-konon ekosistem usman layak dinikmati. walhal terpaksa men-dono-kan pandang dan bau, sambil menghisap rokok. lepastu menyepah puntung terus ke the stream. yucks!


dill

rancangnya next month mahu organize fotografi challenge. bolehlah mahu menyelongkar salah satu mahallah broda.

hah3