Showing posts with label filem. Show all posts
Showing posts with label filem. Show all posts

12 September 2015

“Wherever you are, I will find you and I will bring you home.”



bismillah

hujung minggu yang lalu aku bercadang nak belajar menunggang kuda anjuran GPTD. malangnya, selain dari lupa mendaftar, aku juga terpaksa bekerja di luar kawasan. kah!

jadi, aku kongsikan tulisan tentang menengok filem kuda perang. aci?
***

WAR HORSE (2011)

Selepas menonton War Horse (2011) aku merasakan kuda ialah haiwan yang sama comelnya dengan kucing. Mungkin bunyinya pelik, tapi aku akan terangkan kemudian. Terlebih dahulu, mari kita renungkan perihal kuda perang didalam Al-Quran melalui lima ayat pertama Surah Al-Aadiyat.

“Demi Kuda Perang yang tangkas berlari dengan kedengaran kencang nafasnya. Serta mencetuskan api dari telapak kakinya. Dan meluru menyerbu musuh pada waktu Subuh. Sehingga menghamburkan debu pada waktu itu. Lalu menggempur ketika itu di tengah-tengah kumpulan musuh.” [Al-Aadiyat 1-5]

Secara umum, kuda terserlah dengan karakternya yang liar, angkuh dan gagah. Bezanya jauh sekali dengan kucing yang jinak, manja dan comel. Malah, jika di zoo, hendak menyentuh kuda sekalipun membuatkan seseorang itu teragak-agak. Walaupun demikian, tahukah anda sukan berkuda merupakan sukan kegemaran Rasulullah?

“Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah.” [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Maka, bagaimana ‘rasa akhir’ pengalaman menonton filem War Horse boleh menjadikan kuda sebagai haiwan yang sangat memikat?

“Most days are small days. This is a big one.”

Filem ini bermula dengan Narracott yang nekad membuat keputusan untuk membida seekor kuda lumba dengan harga yang tinggi. Tindakan ini lantas mengundang kekecewaan isterinya yang mahukan seekor haiwan bajak untuk menguruskan ladang mereka. Tetapi apabila anak remajanya Albert mula melatih dan memanggil kuda tersebut sebagai Joey, kedua-duanya menjadi akrab dan tidak dapat dipisahkan. Ironinya, hasil perladangan mereka gagal. Akibat kesempitan, Joey terpaksa dijual kepada pasukan tentera British untuk berperang di Perancis. Tragedi perang yang mendukacitakan menyebabkan Joey bertukar milik lebih dua kali di tangan orang lain. Perang berlanjutan sehingga empat tahun kemudian, dalam satu serangan antara British dan German, Joey didapati terperangkap dengan kawat berduri di tengah-tengah medan perang. Peristiwa ini menemukan semula Joey dan tuannya, Albert yang merupakan seorang prebet ketika itu.


Konsep peperangan dalam Islam.

Idea penceritaan perang melalui perspektif seekor kuda dalam filem ini sangat menarik. Ia membentuk ‘cara pandang’ penonton menjadi ‘neutral’ dan ‘terbebas’ dari persoalan-persoalan utama yang mendasari punca peperangan. Justeru, filem ini berdiri sendiri sebagai satu institusi yang mencorak falsafah anti-perang.

Dalam Islam, peperangan cuma berlaku atas sebab-sebab tertentu. Sebelum peristiwa Hijrah, umat Islam mendahulukan kesabaran demi mengelakkan konfrontasi meski mereka ditindas dan dianiaya oleh golongan musyrikin.

“Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).” [Al-Hajj 39]

Penurunan ayat ini bermakna Kaum Muslimin tidak lagi dituntut menjadi defensif secara pasif. Kebenaran ‘perlawanan bersenjata’ dinyatakan sebagai keperluan untuk melawan penindasan dan penjajahan. Namun begitu, keseimbangan dalam perang disampingkan melalui suruhan perdamaian sebagai prioriti.

“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah...” [Al-Anfal 61]
  

“The war is taking everything, from everyone.” – Askar German.

Kata-kata ini menggambarkan realiti peperangan yang sangat menyakitkan. Demi menghalalkan peperangan, pejuang yang gugur bertambah. Kerosakan terlihat di mana-mana. Kesedihan mangsa perang tak terubat. Hasil tanaman dan haiwan ternakan dirampas.

Berbeza sekali dengan etika peperangan yang dianjurkan dalam Islam. Asasnya, tentera Muslim diingatkan sama sekali untuk menjaga dan memelihara  hak-hak manusia, khususnya hak hidup, hak beragama, hak memelihara keluarga dan hak kepemilikan. Terdapat perbezaan diantara orang yang boleh diperangi dan rakyat biasa yang tidak boleh diperangi. Firman Allah:

“Oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu...” [Al-Baqarah 194]

Dalam artikel bertajuk Merdeka: Antara Penghayatan dan Acara Tahunan tulisan Dr Asri Zainul Abidin mencerahkan tentang konsep ‘pembukaan kota’ usai peperangan;

“…apabila tentera Islam memasuki sesebuah negara maka itu tidak dinamakan dengan penaklukan atau penjajahan. Sebaliknya dipanggil al-Fath iaitu pembukaan seperti Fath al-Makkah yang bermaksud Pembukaan Mekah. Maka gerakan umat Islam pada zaman kegemilangannya apabila memasuki sesebuah wilayah dinamakan al-Futuhat al-Islamiyyah iaitu pembukaan-pembukaan Islami.”


“Wherever you are, I will find you and I will bring you home.”- Albert

Hakikatnya, sangat sukar untuk kita ‘merelakan’ sesuatu yang hak. Tetapi, ‘reaksi’ ke atas ‘kehilangan’ ini jika ditangani dengan gaya berbeza, akan melahirkan hasil yang berbeza. Contohi Albert. Saat kudanya dijual, dia serta-merta menawarkan dirinya sebagai sukarelawan. Tetapi, hasratnya ditolak kerana dia tidak memenuhi batasan. Justeru, dia mempersiapkan dirinya dan menyertai tentera empat tahun kemudian. Akhirnya ini membawa kepada pertemuannya dengan Joey, lantas memenuhi sebuah janji yang dimeterai dulu.

Kesimpulannya, saga romantis seorang remaja dengan kudanya ini disadur cemerlang dengan nilai humanis selari dengan ajaran Islam. Bagi aku, umumnya, pelbagai pengajaran boleh kita teladani melalui filem jika ditonton dalam acuan tasawwur Islami,

Akhir kata, seperti yang aku sebutkan di perenggan awal, menonton filem ini pasti menjemput rasa ingin mencuba sukan berkuda, pasti!

***

tulisan ini tersiar di MJ isu 25
eceh, "tersiar" tak tahan tu.

24 November 2014

precaffeinated


- Coffee & Allah, 2007.

28 October 2014

A man's poor memory.

Apa makna sebuah kepercayaan apabila tragedi yang diungkap dalam kitab menjadi realiti?



Ada dua elemen: penghijrahan dan pengasingan. Mungkin lebih, you name it.



Left Behind* dibikin dengan sangat biasa. Filem yang sangat biblical menceritakan tentang christianistic raptures, sebuah 'kehilangan' yang tertulis pada Injil menghurai salah satu babak dalam kajian eskatologi bagi mereka. Mungkin tak berbaloi ditonton jika tak mahu pening kepala, that's my verdict. 



Tetapi, melihat tema yang diketengahkan ia masih lagi filem yang berasas dan baik sebagai bahan diskusi. Ada perlambangan kehidupan seorang atheist, yang sebenarnya mereka sangat rasional (dan kabur), rimas setiap kali di-ceramah-kan. Tetapi dalam masa yang sama, mereka bersoal-soal tentang asas fundamental yang cuma boleh dijawab dengan wahyu.



Aku cuba beri beberapa sisi pandang al-Quran tentang dua eleman tadi. Pertamanya, al-ankabut 65 dalam hal ini. Ia ayat yang jelas (tentang setiap situasi yang diceritakan) maka ia juga bermakna sebuah peringatan. 



Bayangkan, seorang manusia normal, jika tercampak ke tengah laut seorang diri, tanpa pertolongan. Dia pasti, pasti (secara fitrah) percaya bahawa ada satu kuasa supreme yang mengawal kehidupan. Justeru, menghilangkan logik asal yang menolak kewujudanNya. Mereka berhijrah dari sempadan tidak percaya kepada ruang cetusan percaya dalam konteks kewujudan Tuhan. 'Lautan', dalam ayat ini boleh jadi metafora kepada tragedi, ia boleh hadir dalam bentuk-bentuk lain.



Oh, apa yang ada tentang pengasingan? Atau lebih tepat lagi, "tapisan". Proses yang meletakkan sesuatu elemen kepada kumpulan selayaknya. Ini mungkin sedikit panjang. 



Dalam halaqah (hahahalaqahqahqah) aku dan rakan-rakan , satu hal yang dibincangkan ialah tentang tiga golongan di permulaan sepuluh ayat surah Al-Baqarah. Orang beriman, orang kufur dan orang munafik. Setiap ayat lain yang hadir selepasnya, boleh dirujuk kepada tiga golongan ini secara kontekstual. Kesemuanya mesti berkait, indah betul.





Menariknya, ayat 143 ialah ayat pertengahan surah, juga membincangkan kata وسط yang membawa maksud sederhana/adil; yang menjadikan umat terbaik.



Menariknya juga apabila ayat ini menjadi tanda kepada transisi penceritaan Al-Baqarah yang bermula dengan golongan mu'minin dan golongan yang kufur kepada golongan munafik. Secara pertimbangan, portion relatif kepada dua golongan sebelumnya agak besar. Di sinilah, peristiwa perubahan kiblat menjadi proses tapisan yang memberi tanda kepada golongan munafik (rujuk semula ayat 8).



Sekian Yana, sekarang ni aku cuma menulis guna fon di sela-sela masa menunggu. Maka, tak banyaklah yang aku boleh tulis.





- draft sg. nibong




17 October 2014

bedshaped.

Malam yang aneh, Gadis gundah memikirkan bakal nasibnya. Orang Tua duduk di satu sudut seperti biasa, dengan meja yang kemas dan sebuah buku. Kebiasaan hari-hari sebelumnya, mereka seringkali menyapa walaupun tak pernah merakam nama.

Tetapi, malam itu tak seperti biasa. Gadis faktab teruk. Panggilan dari bapa ayam bertalu-talu masuk tak diendahkan. Akhirnya, tak semena-mena, ada keberanian dan kejanggalan yang mengusung dia mengambil tempat di hadapan Orang Tua. 


Hobi kau membaca?

Sebelumnya, tidak.

Gadis tak keruan. Orang tua ini sangat misteri. Wajahnya kelihatan tenang menyembunyikan rahsia. Matanya melingkar sambil jari-jemarinya rancak menari gusar. Perbualan ini mungkin tak sepatutnya terjadi, fikirnya.


Kau tak punya cincin di jarimu, apakah kau pernah ada seseorang?

Wajah Orang Tua itu mengiyakan.

Kau hancurkan hatinya?

Sebaliknya.
 
***

Jadi, kenapa kau membaca?

Orang Tua meletakkan bukunya di atas meja. Pandangannya merangkak perlahan ke arah Gadis. Berkira-kira, apakah wajar menggelincir sebahagian kisah hidupnya kepada perempuan asing ini. Menduga-duga, apakah saat ini sesuai untuk mula berbahagi kata. Ahh, dia sudah terlalu lama hidup keseorangan. Hidupnya telah lama sempit.

Isteriku, dia pernah berhasrat untuk menghabiskan senarai 100-Buku-yang-Patut-Dibaca. Malang sekali, dia tak sempat menamatkan senarai itu. Meninggal dunia.

Berapa banyak yang dia habiskan?

97.

Ini buku keberapa?

91.

“Kau sudah hampir, sangat hampir…” kata Gadis. Orang Tua tersenyum. Mungkin di satu tempat di sebalik sempadan alam, isterinya juga tersenyum.

***

Sebuah kereta tiba. Panggilan bapa ayam terpapar lagi di skrin telefon. Dalam teriakan dan pemberontakan, dunia Gadis menjadi gelap semula.



 - 17102014, the curve 

06 February 2014

A girl full of wonder.

Sebenarnya kalau dibuat carian mengenai filem-filem yang melatari konflik Nazi-Yahudi dengan lanskap Berlin, Israel, Munich dan Amerika; hasil yang bakal terpapar pastinya sebuah senarai panjang dimuat dengan filem-filem yang sangat bagus. Setidak-tidaknya, secara peribadi, filem-filem dalam kerangka anti-semitik mahupun pro-semitik, pengkisahan semula holocaust, kekuasaan fuhrer dan keadilan untuk pelarian Yahudi dibina dengan fondasi yang sangat rapi melalui bentuk naratif yang cemerlang dalam pendoktrinan halus mahupun jelas.

Ini, aku muatkan semua dalam satu folder. 

Hitler The Rise of Evil
Valkyrie
Schindler's List
No Place on Earth

Dan yang terbaru, The Book Thief

06 November 2013

warna-warni, satu dikotomi vibran.

Salam 1435H!

Sebetulnya, aku tak pernah membaca naskah adikarya F.Scott Fitzgerald yang berjudul The Great Gatsby, lantas untuk ber-resensi tentang ceritanya melalui filem yang ditulis semula oleh Baz Luhrmann adalah tidak juga adil. zalim. heh 

Nick Carraway, 2013.

Babak diatas disunting pada minit ke-14. berlaku perbualan antara Nick, pemain watak bakal-penulis, pengkarya di dalam karya dengan si doktor.

Cerita ini berlingkar tentang kehidupan elitis era 1920-an, mengetengahkan cinta elit sebagai esensi utama filem. kalau mungkin boleh diteka logline cerita kurang lebih bunyinya;
Kisah tragis Gatsby seorang jutawan misterius, yang ingin memenangi cinta Daisy, kekasih lamanya yang juga memperisterikan Tom. Seluruh kisah diceritakan oleh Nick secara naratif.

Satu hal yang memikat ialah kekuatan visual filem ini, iaitu representasi kehidupan era 1920-an yang cinematic, tone yang memanja-mata, terang dan menendang, memukau, ceria, vibran, dan segala-galanya yang ada pada kehidupan seorang kaya!

Ia memberikan suasana festival (a festive look) kepada keseluruhan filem ditambah dengan peragaan pakaian, kasut, beg, fashion, kostum, dress, dan juga kereta klasik yang sangat menggoda. oh.

"Orang kaya lebih positif sebab mereka lebih banyak tersenyum."
_falsampah komrad.

Kita akan dipaparkan permandangan yang positif, riang, ceria kecuali.... pada kemunculan golongan pekerja, orang kebanyakan dan pertengahan yang bertungkus lumus 'survive' dan mungkin juga simbolik sesetengah kita. Contohnya, saat aku mula-mula melapor diri ke kem khidmat negara, harga ron 95 masih rm1.90 dan sekilo gula masih rm2.50... tiba-tiba, saat tamat latihan, woah!

Ok, ter-off topic.

Tom, si elitis yang ditonjolkan ditengah-tengah marhaen.

Dan, dikotomi warna terus menerus memisahkan manusia melalui penguasaan harta dan dominasi kuasa.

***
Wu Zhong waited in the sanctuary.
A team member, a muslim brother, had relayed the signal that 'Go Player' was on the way.
Inshallah.
He got to his feet, stretched, and prepared his muscles for the task at hand.
The American had told him what to do.
_chapter 84, Satori  (#nowreading)
ermm, Satori cuma bacaan semasa aku dan tak ada kena mengena dengan filem ini. Cuma kritik yang boleh terlihat dari sebahagian kecilnya ialah apa yang kita boleh perhatikan dalam karya yang asli, ianya tak selalu menepati kehendak autoriti (eg: produser, pemerintah). Kemudian pengubahsuaian demi pengubahsuaian akan ditambah supaya ia boleh diangkat sebagai hasil karya yang baik.

Memang sengaja. memang.

Contohnya dalam Life of Pi, saat Pi bercerita sejujurnya tentang kisah yang membuat dia percaya Tuhan, si wartawan berkeras mahukan sebuah cerita menepati kehendaknya, sesuatu yang boleh dijual, yang popular dan sesuai acuan pasaran.

Oh, Life of Pi  tak pernah gagal menjemput kita berfikir tentang Al-Isra' 67.
#tazkirah

Sama juga perihal kurikulum,
"Sejarah yang mahu diperlihat ialah sejarah orang-orang yang menang dan sedang berkuasa."_cikgu Ib.

Habis. TGG - a good watch.

Thor - a fun watch. setting menarik dengan penggunaan kontinum ruang (space continuum), the convergence, dan kematangan serta perubahan watak-wataknya sejak Thor 2011 dan Avengers 2012.
Karakter Loki sangat bergaya!

V for Vendetta - sengaja diulang, menyemarakkan rebel dan masih tak lupa quote yang menghantui Trafalgar Square;
Remember, remember, the 5th of November
The Gunpowder Treason and plot;
I see of no reason why Gunpowder Treason
Should ever be forgot.

Hhheeeess!


13 October 2013

umpamanya, aiskrim mat kool yang di label cornetto. (ber-khidmat negara)



Salam 'alayk, salam 1 Malaysia

Malaysia boleh! *tumbukan padu ke udara*


Pagi ni, usai menunaikan tanggungjawab sebagai calon suami muslim yang ganteng lagi berwawasan, mata aku tertancap pada skrin laptop sambil membiarkan fikiran dipenuhi dengan seluruh hal yang tak aku kendali, dan mula menulis kembali, di ruang ini.

Kehidupan sekarang agak ter-'kebelakang', dan laju 'rentak'-nya.


1. Aku dah botak sekarang. Pergi menunaikan 'haji' di kem khidmat negara. Letih nak terangkan kronologinya, tapi demikianlah bunyinya. Latihan tamat tak sampai sebulan lagi. Hau hau hau!

botak kacak

2. Ceritanya, filpen cuba-cuba tempoh hari terpilih untuk mengisi tempat ketiga. Filpen ni ada bahagian kedua yang tertangguh penggambarannya. Mohon faham kenapa ia belum di-publish lagi. ehem

IYSFC

3. Jurnal D8-22 #6


Usai salam, 05 menadah tangan memulakan bacaan doa.

"Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi rabbil 'alamin...."

lancar, segalanya lancar untuk 05 yang pertama kali dipaksarela menjadi imam setelah ditolak beramai-ramai oleh komrad sejemaah. sehinggalah...

"...Allahumma inni a'udzubika minal...Allahumma inni a'udzubika minal..."

butir nadanya perlahan. lantunan doa terhenti sejeda. dahi 05 berkerut, nafas berterabur cuba diatur, mengingatkan lafaz seterusnya, kesemua komrad menanti...

entah tiba-tiba, hening sepi bertukar hilai tawa berjemaah. satu surau bergempita. baik dari saf wira mahupun wirawati. tapak tangan aku terlangkupkan ke muka, ber-istighfar, ber-istighfar dan ber-istighfar lagi dalam postur hampir tergolek terbahak-bahak.

"...Allahumma inni a'udzubika minal..."
"...Allahumma inni a'udzubika minal..."
"...Allahumma inni a'udzubika minal...hubsi wal khobais..."


itu jam, sumpah lawak gila woi!


lain-lain tulisan/coretan tentang kem, ada di laman tumblr. sini - faaizzdzul.tumblr.com


4. Di kem, tiap-tiap orang dapat gelaran baru masing-masing.
contohnya untuk aku, digelar; senyum, imam, yb, team tua, matluthpi, omeyjed(orang mesjid) dan ostad surah panjang.

gelaran yang last tu pptuih sungguh bunyi dia al-hasil kerja dua orang minah kepoh.

___

*dalam posisi berkawad. dua langkah kehadapan. henti. hentak kaki. hormat.*

"meminta izin untuk meneruskan tugas-tugas yang lain, Tuan!"
"terima kasih Tuan!"

*signing off*



27 July 2013

Ramadan, eksperimental.


*tengok dulu , kemudian baca. aci?




Synopsis: A guy on a journey to a place far away. As he goes along the road, he encounters obstacles which teach him values of life.

Sebagai permulaan, aku dah tengok filpen ni tahun lepas lagi sebenarnya. Kelmarin, aku hadir di filemmaker anonymous semata-mata nak tengok filpen ini di layar besar. Tahukah anda, sebaik sahaja tamat tayangan filpen ini, semua audiens tepuk tangan! massive respect.

Power, power.

Komen awal; Ringkas, subtle dan yang paling penting, indah. Lagi-lagi menontonnya bersama semangat Ramadhan.

Bila filpen ini keluar di channel UmarMita, I expect nothing less about the art direction, the cameraworks, the mise-en-scene, cinematography, special effects, post-production, etc etc.

UmarMita ialah UmarMita, tiada citra lain yang serupa, gitu.


Di sini, aku nak berkongsi beberapa pandangan mengenai filpen ini.
Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh petanda.

Pertamanya, ketibaan Ramadhan adalah sebuah penantian yang ditunggu-tunggu oleh Aiman. Ini jelas dipaparkan melalui skrip voice-over pada permulaan video. Malah mereka ber‘kawan’.

“I will make every second count. I will prove my love to the One who brought you to me and my deeds will testify in my behalf. Sincerely, your friend”. 

Ketibaan Ramadhan dihadirkan dalam filpen ini dengan cara yang mudah. Umar Mita mengambil lokasi Chuping sebagai set penggambaran di sebuah petang yang bercuaca panas terik. Splendid!

Cukup dengan itu sahaja, perlambangan ketibaan Ramadhan sudah boleh diketahui. Bukankah ‘Ramadhan’  itu sendiri secara literal bermaksud panas terik?

kamus yang berwibawa - fajar bakti
 
Ada juga masa zaman-zaman mengaji dulu, ustaz kata; asbabunnama Ramadhan ialah kerana kebetulan pada masa mula puasa difardhukan ialah pada kemuncak musim panas. Ada yang kata sebab simbolik kepanasan tekak orang berpuasa sebab haus dan dahaga. Dan ada pendapat yang menarik, menurutnya dinamakan bulan itu sebagai Ramadhan ialah sebab berlakunya pembakaran dosa-dosa(hadith). Wallahua’lam.

Ok, yang kedua, setelah perjalanan bermula. Konflik pertama muncul ketika Aiman ditumbuk dan rebah. Efek khas slow-motion sangat baek!

Konflik ini boleh dilihat melalui pelbagai cara. Antagonis(Ali) mengintai Aiman yang sedang berjalan dari dalam semak (pov syot). Dia muncul tanpa sangkaan Aiman lalu melepaskan tumbukan. Gerak slo-mo itu hanya cukup untuk memberikan Aiman miliseconds masa untuk berpaling dan ‘sedar’ akan ancaman tanpa sempat mengelak. 

Baik, ada beberapa tamsilan menarik yang terbayang-bayang. Akan ada yang anggap Ali sebagai personifikasi sisi jahat Aiman, ataupun bagaimana, itu kejap lagi aku tuliskan. Konflik pertama dalam perjalanan hidup yang mahukan sa-la-ma, selamat/sejahtera ialah dengan mendepani ancaman dengan cara yang bijak.

Aku cuba bandingkan dengan analogi ok. Contoh, di sebuah jalan yang biasa kita lalui, ada sebuah lubang. 

Hari pertama kita tak tahu akan kewujudan lubang itu, maka kita ter-jatuh teruk.
Hari kedua, kita sudah tahu kewujudan lubang, tapi kita masih teruskan berjalan lalu kita masih jatuh, kali ini tanpa 'ter'. 
Hari ketiga, kita sudah tahu bahwa kewujudan lubang boleh menyebabkan kita jatuh, maka kita bawa bersama alat yang boleh menyelamatkan kita dari jatuh kedalam lubang itu.

Perantaraan masa yang membezakan ketiga-tiga situasi melahirkan sebuah tindak balas yang berbeza. Kat sini aku rasa ruang masa yang di-panjang-kan dengan efek slow-motion adalah satu simbol kritikal yang membezakan kesedaran seseorang itu akan keberadaan situasinya. Jika dia cukup tahu dan ‘alim tentang situasi keberadaannya, maka dia akan mencari solusi untuk selamat. Dan dari satu sisi, untuk menyedari situasi keberadaan juga ialah satu anugerah. 

Perasaan "berdosa" itu, nikmat. Sebahagian dari anugerah juga. Lagi nikmat, kalau kita sedar yang perbuatan kita itu satu dosa. Dan, mengubahnya! (quoted)

Seterusnya, poin menarik. Senaskah Al-Quran ditengah jalan, diletakkan diatas rehal diatas seketul batu. Al-Quran itu dilitupi habuk. Aiman ambil, usapkan, dan simpan dalam beg untuk dibawa bersama menempuh perjalanan.

Nah, ini sangat indah. Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan melalui peristiwa Nuzul Quran. Nak cerita pasal Nuzul Quran ni panjang sebab dia ada dua peringkat, penurunan sekaligus dan berperingkat. Simboliknya, kewujudan Al-Quran didalam perjalanan Ramadhan Aiman menjelaskan hal ini. Untuk idea lebih jelas, Al-Baqarah 183 hingga 185 ialah ayat yang berkaitan dengan pensyariatan puasa dan juga tentang Ramadhan. Mohon tuan puan pembaca sekelian pergi usha ayat ni. Lebih-lebih lagi ayat 185. 

Struktur penyusunan ayat 185 bermula dengan penjelasan tentang bulan Ramadhan dan penurunan Al-Quran. Kemudian ia disambung dengan dua tujuan iaitu sebagai Al-Huda (petunjuk) dan Al-Furqan (pembeza haq dan batil). Kemudian barulah penjelasan tentang Puasa dan feqah perlaksanaannya ketika sakit, tentang qadha puasa. Ayat ini diakhirkan dengan "la'allakum tasykurun" yang bermaksud "agar kamu bersyukur" sebagai tujuan Ramadhan. (berbeza dengan akhir ayat 183, "la'allakum tattaqun", tujuan puasa ialah "agar kamu bertaqwa".) <- betulkan kalau aku silap mengaji.

Ironinya, apabila Aiman mengambil Al-Quran dan membersihkan debu habuk, seolah-olah menegur Muslim yang turut sama membiarkan Al-Quran mereka dalam kondisi yang sama. Terhias indah sebagai hantaran walimah, tersimpan megah di rak tinggi, tetapi malangnya jarang dibaca, lalu ditemani debu dan habuk mengganti tuannya, naudzubillah.

Keempat, rematch!

Ali muncul lagi, tanpa sembunyi. Satu lawan satu. Kali ini aiman menang. Aiman sudah ‘kenal’ Ali selepas pertembungan yang pertama. Malah Aiman di-‘kuat’-kan lagi dengan Al-Quran yang dibawa bersama. Expect nothing less!

Kelima, cermin dan imej. Dua ekspresi berlainan bertemu. Aiman yang menduga dan imejnya yang… err… seolah melihat dengan pandangan kebencian terhadapnya. Pecah!

Hurrmm, mengenai Ali sebagai personifikasi sisi jahat Aiman di waktu ketiadaan Syaitan sebagai antagonis (yelah, kena rantai), aku macam kurang selesa mengatakan demikian disebabkan kemunculan cermin. Aku lebih suka jika menanggapi babak pecah cermin sebagai jihad akbar antara Aiman dan ‘nafs’nya. Habistu, siapa Ali, atau, apa? Terpulanglah. Baru eksperimental, gitu.

Seterusnya (enam), Aiman seolah-olah ‘memerangkap’ cahaya matahari senja ke dalam gengggaman tangannya sambil tersenyum. Hari beransur gelap. Ini juga bermakna latar masa penggambaran ialah sekitar Asar dan sebelum Maghrib. Umumnya, waktu Asar terisi dengan simbolik ‘pengakhiran’ untuk sesuatu. Contohnya, dalam sistem kalendar Hijri, tarikh baru akan bermula pada waktu Maghrib. 


kamus yang berwibawa - fajar bakti

Secara literal, Asar merujuk kepada waktu yang suntuk di‘perah’. Tak lain dan tak bukan, sebagai projeksi penghujung hari berakhirnya Ramadhan. Syawal berselang, dan rantai syaitan terlerai (tujuh).

btw, ada satu komentar yang menarik;


part cahaya-cahaya tu buat aku err, tapi takpelah, tafsiran masing-masing. yang penting jangan lupa satu malam yang dicari-cari dalam Ramadhan, lailatulqadr. satu malam yang lebih power dari seribu bulan, satu malam yang merupakan sasaran para 'alim dan 'abid. dan mungkin, ia juga sebab kenapa Aiman menguntum senyum di akhir filpen?


demikianlah, salam pecutan akhir Ramadhan. 
semoga kita semua menjadi lebih baik daripada kehidupan sebelum ni.