Moderator : Ahmad Afif
“…kata kunci;
universiti, roh dan mahasiswa. Apakah ini satu tajuk yang bersifat sekadar
analogi atau metaphor kepada
universiti dengan mengaitkan universiti dengan roh seolah-olah universiti itu
bersifat seperti insan?”
“...sejarah
penubuhan universiti di barat, maupon di dunia Islam ada perkaitan yang rapat
antara makna universiti dan insan. Penafsiran ini telah dibuat oleh Prof Syed
Naquib Al-Attas dalam adikaryanya Islam and Secularism. Apa yang penting
tentang sesebuah universiti ialah falsafah pendidikannya, tujuan pendidikannya
dan bagaimana institusi ini melaksanakan proses pendidikannya.”
“makna universiti kuliyah dan jamiah itu
melambangkan ilmu-ilmu yang sejagat, yang mencakupi keseluruhan kehidupan
insan. Dan di sini ilmu fardu ain itu memainkan peranan yang sangat penting. Ia
tidak bersifat statik. You don’t learn fardhu ain at the level of secondary
school only, the more you progress, the higher you became, you need to learn
higher level of fardhu ain...for example, if you’re a professor in economics,
you should have ilmu fardhu ain yang setara dengan phd economics kamu”
“...kita hendak
memastikan aspek worlview, fardhu ain itu jelas. Supaya apabila mereka pergi ke
bidang-bidang lain ilmu fardhu ain akan menjadi pemandu arah dalam
pembelajarannya dalam fardu kifayah. Jadi, sekarang ini, UIA antara yang paling
dekatlah dengan roh universitinya masih ada sedikit. Universiti kita yang lain
pada hari ini, hatta Oxford dan Cambridge yang asalnya ditubuhkan atas pengaruh
gereja, pendidikan gereja, teologi dan sebagainya. Itupon telah disekularkan.
All the bigs universities in the world, asalnya adalah tempat latihan ahli agama mereka. Tapi
bagaimana sekarang di Oxford kita ada Richard Dawkins, seorang Darwinis yang
mengajarkan teori evolusi dan mendapat tempat yang tinggi di Oxford. Ini
menunjukkan Oxford telah kalah, rohnya telah dirampas oleh pengaruh sekular
dalam bidang-bidang ilmu. Itu lebih teruklah bila kita bandingkan dengan universiti-universiti
moden yang dicipta untuk memenuhi keperluan pasaran pekerjaan.”
“...kita tidak
jelas bilamana kita bercakap tentang sistem pendidikan Malaysia, ke arah mana
kita ingin capai, dan dimana kita berada dan kemana kita ingin pergi. Kita tidak
dapat concludekan apakah sebenarnya perkara yang harus menjadi fokus dalam
pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia. Itu adalah asas sebelum AUKU digubal
”
“...apa yang
berlaku disebabkan gerakan Mahasiswa yang terlalu kuat dan berhaluan kiri
mendokong idealisme yang pelbagai terutamanya sosialisme pada tahun 70-an
menyebabkan kerajaan berpandangan bahawasanya AUKU patut dicipta supaya boleh
mengekang suara kebangkitan anak muda”
“...kalau kita
terus bergantung atau meletakkan harapan bahawasanya tiba-tiba berubah dan
keluar dari kepompong dan cengkaman yang telah diletakkan, ataupun dalam erti
kata kita nak mengembalikan roh universiti, kita jangan meletakkan harapan yang
terlalu besar. Gerakan mahasiswa post-AUKU terutamanya selepas pindaan 1974,
mahasiswa mengambil AUKU dari sudut pandang yang sangat positif. Walaupun tidak
dibenarkan untuk bersuara,untuk bercakap dikhalayak, mereka menjadikan itu
sebagai salah satu motivasi untuk menjadikan mereka mendalami bidang penulisan,
dan penulisan ini tidak dapat tidak lahir dari pembacaan yang banyak.”
“...kita nampak
dalam komuniti kampung Melayu, ada 3 asas utama yang telah digarap dan diimani
oleh komuniti tersebut. Yang pertama, mereka saling mengenal antara satu dengan
yang lain. Yang kedua, saling memahami antara satu dengan yang lain. Yang
ketiga, tidak ada masalah lagi untuk membantu. Apabila sudah kenal, dan sudah
memahami. ”
“...inilah dia
sebenarnya yang saya fikirkan harus kita bentuk dalam komuniti universiti. Bila
sebut universiti, dari aspek pengistilahannya ada kaitan dengan perkataan
bahasa latin yang maksudnya komuniti.”
“...tapi, bilamana
kita melihat tentang keadaan kita dalam universiti, perasaan untuk berkomuniti
itu sudah seakan hilang, pudar. Kita sudah tidak lagi merasakan komuniti
universiti ini sebagai satu keluarga malah kita berkira-kira hendak membantu
antara satu sama lain. Hatta kita bermusuh pula satu dengan yang lain. Untuk
membina komuniti yang baik, harus kita jadikan setiap orang dalam kalangan kita
ini sebagai keluarga”
“...sebagaimana
yang Prof Al-Attas sebutkan, peranan pendidikan itu ditempat yang pertama iaitu
untuk menjadikan ataupun untuk membina atau melahirkan insan yang baik... dalam
budaya melayu, bila disebut tentang orang baik, notion atau idea tentang orang baik itu berasas dan bertitik tolak
daripada hadith Nabi s.a.w yang menyebutkan khairunnas
anfa’ahum minnas. Orang yang baik itu ialah orang yang memberi manfaat
kepada orang lain.”
“perkara yang
penting yang tak boleh lari dari institusi universiti ini ialah tentang
pendidikan. macam mana kita nak bercakap tentang universiti kalau kita tak
faham apa itu makna pendidikan? Yang kedua, macam mana kita nak bercakap
tentang universiti kalau kita tak tahu apa nilai-nilai kependidikan. Ini dua
perkara asas yang tidak dibincangkan di universiti.”
“...pendidikan
dalam Islam adalah person-centered. Prof Al-Attas kata ini bukan sekadar
prinsip, tapi ia adalah strategi dan itulah sesuatu yang sangat pragmatik untuk
dilaksanakan dalam keadaan hari ini. Pendidikan akhirnya menuju kepada setiap
individu untuk dibangunkan, untuk digarap potensinya, untuk dibangunkan dia,
untuk dimanusiakan dia, untuk digarap segala potensi dan fakulti kemanusiaan
yang Allah berikan kepadanya. Akhirnya pada setiap individu akan membentuk satu
kesatuan dalam komuniti. Apalagi yang kita nak harapkan kalau bukan universiti
untuk membawa perubahan?”
*artikel
*artikel
“...Al-Maududi pernah
mengupas tentang bagaimana universiti itu menjadi seakan-akan pusat
penyembelihan, dan bagaimana ijazah sebagai sijil kematian. Tetapi melalui apa
yang saya baca, kita masih boleh mencari manusia yang hidup dalam timbunan
mayat.”
“...menurut seorang
rakan, adalah normal hujung minggu di Jepun menyaksikan kisah bunuh diri di
lintasan atau laluan tren. Sebab, hari Isnin ialah hari kuliah atau hari
berkerja.”
“...sistem
pendidikan berorientasikan peperiksaan ini menimbulkan tanda tanya tentang
apakah tujuan sebenar pendidikan...”
“...berpandukan
sistem ini, pensyarah atau pengajar akan mengajar dalam kelas mengikut silibus.
Dia kadang-kadang tak berani nak keluar daripada topik cuma terpaku pada teks
dan silibus yang ditetapkan dan mahasiswa pula kadang-kadang tak berani
bertanya, tak berani mencabar idea pensyarah tu. Akhirnya peperiksaan kelihatan
sebagai puncak segalanya”
*FiQ - found in quotation
___
PROMO
4 comments:
menarik :)
fuh. ilmiah ni..
rindu uia
dill.
nadia:
memang sangat menarik. jemputlah ke next forlot malam ni.
dill:
yes, mmg ilmiah. in fact, berat dan sarat. for me, this discussion was beyond my knowledge. sampai sy tak mampu respon kpd setiap poin. dan mengambil masa utk menghadamtelan bit-bit kecil satu persatu.
Menurut moderator, Ahmad Afif penganjuran wacana dan medan diskusi dengan membawa tajuk ‘berat’ seperti ini merupakan suatu yang sudah menjadi agak asing di universiti. Tambah beliau lagi, budaya hedonisme yang menjalar dalam kampus telah memakan sendi intelektualisme mahasiswa yang seharusnya berupaya membentuk kelompok ilmuwan yang berfungsi dan tercerah.
hah, terpukul rasanya.
belajar untuk jangka masa panjang..
belajar dunia dan akhirat..
setuju dengan Prof Al-Attas :)
Khairunnas anfa'ahum minnas.
Post a Comment