Sebenarnya kalau dibuat carian mengenai filem-filem yang melatari konflik Nazi-Yahudi dengan lanskap Berlin, Israel, Munich dan Amerika; hasil yang bakal terpapar pastinya sebuah senarai panjang dimuat dengan filem-filem yang sangat bagus. Setidak-tidaknya, secara peribadi, filem-filem dalam kerangka anti-semitik mahupun pro-semitik, pengkisahan semula holocaust, kekuasaan fuhrer dan keadilan untuk pelarian Yahudi dibina dengan fondasi yang sangat rapi melalui bentuk naratif yang cemerlang dalam pendoktrinan halus mahupun jelas.
Ini, aku muatkan semua dalam satu folder.
Hitler The Rise of Evil
Valkyrie
Valkyrie
Schindler's List
No Place on Earth
Dan yang terbaru, The Book Thief
Tulisan ini bukannya mahu mengulas kesemua filem di atas. Mungkin tak lebih dari perkongsian isi konten naratif yang menarik. Mohon tidak meletakkan sempadan kekuathiran di-dogma-kan oleh halatuju pendoktrinan sesebuah filem. Bukankah filem juga dilihat sebagai penanda aras mentaliti dan keilmuan sesebuah masyarakat? Gitu.
Tak dinafikan, melalui perjalanan koleksi filem di atas meletakkan seseorang semakin mengenal Kaum Yahudi sebagai kaum yang istimewa. Kaum yang banyak disebut dalam Al-Quran, kaum yang paling banyak didatangkan ke-Rasul-an, kaum yang sering mengkhianati setelah menerima layanan daripada Nabi dan Rasul mereka, kaum yang banyak melahirkan intelektual yang memenangi anugerah Nobel, kaum yang banyak terakam namanya dalam cetusan inovasi dan teknologi dan kaum ini jugalah yang menjadi dasar pensejarahan peristiwa holocaust yang menjadikan kata-kata Hitler berikut sebagai kata-kata keramat.
Aku tidak bunuh kesemua yahudi di dunia ini. Aku tinggalkan sedikit untuk kamu tahu kenapa aku membunuh mereka.
Tak kurang juga, sebahagian filem mengangkat idealism Nazi dan ketokohan Hitler. Kebencian Hitler kepada Yahudi adalah rahsianya sendiri. Pembacaan beliau tentang penguasaan system ekonomi yang dikuasai Yahudi yang mungkin mempengaruhi keputusan perang dunia pertama antara salah satu faktor perjuangan ideologinya. Perjalanan politik Hitler yang radikal bermula cuma sebagai seorang pemidato di tapak-tapak dan restoran awam sehingga mencanang kempen Holocaust yang dahsyat. Inglorious Basterds, Valkyrie dan The Book Thief menjadikan figura Fuhrer seorang antagonis. Tak kurang juga filem yang mengangkat beliau sebagai ikon heroik.
Baiklah, aku lebih berminat menulis tentang The Book Thief. Filem ini diadaptasi daripada novel remaja dengan judul yang sama tulisan Markus Zusak. Aku tak pernah kenal hasil kerja pengarahnya, Brian Percival tetapi kebanyakan komen-komen yang dijumpai mengatakan filem ini merupakan sebuah adaptasi yang baik dari cerita asal. Penceritaannya berkisahkan kehidupan seorang remaja perempuan bermula pada era pemerintahan Fuhrer 1938. Karakter utamanya, Liesel Meminger dibawa bersama adiknya untuk menerima asuhan oleh keluarga angkat di Heaven Street. Semasa perjalanannya, adik lelakinya meninggal dunia dan terpaksa dikuburkan di tengah perjalanan. Di kuburan itu, dia mencuri buku pertamanya “The Gravediggers Handbook” dan memulakan kisah hidupnya.
Liesel yang buta huruf membesar mencintai buku dan pembacaan dengan sokongan Hans(Captain Barbossa ni!), bapanya. Ketagihannya terhadap buku sangat vibran selepas satu babak pembakaran buku yang kononnya tidak mahu pemikiran masyarakat tercemar dengan penulisan dari luar. Power betul scene ni. Liesel yang menanti bara api mereda, mengambil sebuah buku dan menyembunyikannya di dalam kot sehinggalah kantoi kerana sebahagian buku itu masih terbakar dan berasap.
Max, seorang Yahudi tiba di rumah mereka menambah ketegangan cerita. Dia disembunyikan di bahagian bawah rumah, menjadi kawan rapat kepada Liesel. Dia mengubah lanskap kehidupan keluarga Hans yang terpaksa bersusah demi hutang jasa bapa Max kepadanya.
Ianya sedikit lari dari kebiasaan filem German yang penuh berlatarbelakangkan perang yang diperlihat secara harfiah melibatkan senjata dan suasana perang. Entah mengapa, serasa keseluruhan filem memberi signifikan yang kuat tentang perkaitan ‘ahli kitab’ dan ‘kitab’nya.
Menariknya, filem ini mengetengahkan idea kemanusiaan dengan karakter yang dibina dari seorang rakyat biasa tanpa idelogi Nazi dan membesar dengan penentangan dengan sangat berhati-hati. Karakter utama, Liesel yang menerima keluarga baru dan seterusnya diasuh menjadikannya seorang yang tidak fasis dan rasional.
Apa yang dilihat pada Liesel yang membenci Fuhrer di saat dia sendiri menyarung uniform Young Nazi? Atau pada karakter Rudy, seorang Aryan tulen dan atletik yang menjadikan Jesse Owens bangsa berkulit gelap sebagai idolanya? Paradoks, heh.
Dan mungkin Sophie Nelisse ialah sesuatu. Selepas lakonannya dalam Monsieur Lazhar (oh, filem ini sangat bagus) serasa dia sungguh-sungguh jiwa yang tepat untuk Liesel. Di mana selain fiksi Markus Zusak mungkin kau temukan seorang gadis pejuang, pemberani, pelari, pemain bola, pencerita, pembaca dan akhirnya, menulis?
bakar buku! |

2 comments:
salam'alayk
keluar topik sikit, sebab tak habis hadam lagi. terma yang diguna, saintis betul.
penah baca buku "saksikan bahwa aku seorang muslim?", tulisan salim a. fillah?
dalam tu, banyak filem-filem yang diangkat.
sangat cantik, bila filem jadi salah satu 'babak' dalam penceritaan buku.
serius, mengujakan.
keep writing. well-written, mashaAllah!
Wasalam'alayk.
amboi, komennya sangat overrated ni.
saintis jadian, tanpa linguistik. terma mengelirukan ke? kena belajar 'persembahan' dalam penulisan ni. eheh.
insyaAllah, akan cari buku tu (macam rare).
-faaizzdzul-
Post a Comment