Showing posts with label uthmanphotochallenge12. Show all posts
Showing posts with label uthmanphotochallenge12. Show all posts

11 April 2012

ini apa ya?

salam alayk'

klik pada gambar untuk tumbesaran makro

Masa mula-mula aku ambil keputusan untuk merekabentukakhirkan tshirt ni, aku tak pernah fikir apa tamsilan pertama yang datang dalam fikiran mereka yang melihat, tentang corak pada bahagian depan tshirt.

Mereka tenung, tenung, dan tenung. Kemudian kerut dahi.

kumpulan blok apa ni?

design abstrak apa ni?

tapi kenapa rasa macam biasa nampak?

tanda soal diacu bertubi-tubi.

sampai ada kawan tu sangka aku berteka-teki dengan dia. puas dia mencari simbolik kesyaitanan yang ada pada design ni. Masonic, Illuminati, Sion dan segala macam teori konspirasi yang berkaitan.

dan bila dia give up, aku tunjuk pada salah satu blok hitam pada design.



"Sekarang ni, kita ada kat sini... sini kafe..."



Dia tepuk dahi. Aku senyum rapi.
Baru dia tahu sumber design dari sini.



________

kau suka label semua yang nampak aneh itu masonic kan. bagi ruang kejumudan mengewap hilang dari kepala boleh?
aku tak rugi apa-apa. tapi kau, yang terperangkap dalam judgement kau sendiri.




25 February 2012

Kenapa Uthmanians’ flavor?

*updated*


Salam alayk'

_______________________

(syura)

Kenapa Uthmanians’ flavor?

Aku senyum sebelum pantulkan jawapan aku dengan soalan.

Apa yang kau faham tentang flavor?

Din geleng kepala kemudian menyedut  teh o limau ais bungkus. Ya, sedut, sebab dia pakai straw.

Air apa kau minum?

Teh  o limau ais.

Kenapa namanya teh  o limau ais?

Sebab tehnya, limaunya, gulanya, dan aisnya. Sebab semua bagai yang jadikan ia teh o limau ais dalam menu.

Boleh kau relate dengan benda ni?

more info - link


Maksud kau Uthmanians’ flavor? Apa yang buat Mahallah Uthman dinamakan Uthman? Entah, aku tak nampak. Tema kau ni terlalu luas. Kenapa kita tak sempitkan skopnya kepada sesuatu yang kita nak guna kelak?

Tak perlu. Kita dah ada terlalu banyak gambar bangunan untuk keperluan dokumentasi.

Jadi apa yang kau nampak pada Uthmanians?

Hah, terlalu banyak. Geografi kita ada ekologi sempurna. Pada orang, pada landskap, pada air, pada tumbuhan, pada teman berbulu si kucing dan flamingo, pada teman bersisik si biawak dan ikan, pada integrasi antara penduduknya sesama mereka dan integrasi mereka dengan alam. Aku boleh lihat simfoni harmoni disini.

Kau boleh lihatkan kegiatan hidupan kat sini? Variasinya bila fajar menyinsing, bila azan melantun, bila perlawanan bola berlangsung, bila hari minggu, bila waktu riadah, bila ada pohon tumbang meruntun, bila hujan turun buat seorang senyum bersyukur dan seorang lagi ketat mengeluh.

Oh.

Mahu tahu lagi apa yang aku nampak? Itu. Atap laluan yang pecah diruntun pohon masih belum dibaiki. Pohon tumbang itu bencana, atap yang pecah pun juga bencana, tapi dibiar tak dibaiki itu apa? Sipi-sipi malapetaka. Nuh, laluan air sarat dengan sampah ertinya kontaminasi. Dinding-atap bocor boleh jadi korupsi. Terpulang, itu apa yang aku nampak. Aku cuma hargai fotografi. Bukan seorang fotografer.

Jadi kita stick pada tema bebas ni?

Ya, asalkan lokasinya disini. Biarlah peserta bebas interpret cara mereka melihat.Supaya kita dapat sesuatu yang kita tak jangka. Supaya apa yang kita nampak boleh berevolusi dengan apa yang orang lain nampak. Ada orang memahami seni lebih baik dari kita, ada orang memahami fotografi lebih baik dari kita juga. Interpretasi berbeza boleh jadi punca perkongsian membina. Oh ya, musolla kita sekarang ni dah ada dua kiblat. Qiblataini, selepas inspection 3 minggu lepas. Sejarah bukan?

*angguk*

Sebenarnya, bila kita terlalu menggunapakai nama Uthman untuk refer kepada mahallah, kita boleh terlupa kenapa dan siapa Uthman dirafa’ naik sebagai tokoh besar dalam sejarah Islam. Kita lupa yang dia terkenal dengan pengumpulan Al-Quran. Kita lupa beliau adalah teman Rasulullah di syurga. Lagi, beliau menantu Rasulullah saw dengan gelaran Zunnurain. Pernah dipinggir oleh kaumnya sendiri sebelum menjadi seorang saudagar yang kaya, lemah lembut malah pemurah. Kan?

Mana tahu nanti ada peserta yang mahu bawa fikrah ini dalam fotonya, siapa tahu?




sekian.

- Program Manager -
   (UPC'12)



wah, autokrat gitu.   ; p 




_____________


link blog UPC'12 - http://uthmanpc.blogspot.com/
link borang penyertaan online -  http://bit.ly/upc12

______________


to fatinzuaini : garisan baru dengan pita pelekat ialah kiblat yang baru disahkan JAKIM selepas pemeriksaan.