Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

18 June 2013

kalau mahu;


momen babysit pesakit dekat hospital tempoh hari ialah momen yang interestingly spooky.

lepak depan bilik mayat, bergelumang dengan orang sakit, membaca raut wajah staf hospital yang tertekan sembunyi-sembunyi, shake wechat se-hospital, doktor senior buli pelatih, dan yang paling penting ialah memaknai mati sebagai sebuah proses untuk terus hidup, di surgaloka. ceritanya, kalau tentang kematian, ada banyak persepsi orang, ada banyak cara penerimaan, dan pengalaman orang di sekitar kita cuma guru yang mengajar membiasakan kematian sebagai sebuah realiti.

***

ayah jeling dia, aku turut sama. lepastu kami tentang mata,
kemudian dia bisik; riadhah rilek-rilek, ride jangan merempit, drive tenang-tenang. jangan sampai cuai, eksiden, jadi kurang sifat, sampai beribadat hilang nikmat.

dia, seorang tua di hujung saf bersolat duduk dengan bantuan kerusi lipat warna biru lembut.

***

kalau mahu terus hidup, dermakan organ.
kalau organ itu adalah jantung, jaga dia baik-baik.

jangan makan asap, jangan malas kardio.
jangan malas kardio! maka, berlarilah.


latest run with iium x-team

kalau mahu terus hidup.


*draft sarat. -.-"

28 December 2012

Cik Ozah



bismillah




angka-angka magis penghubung dua tahun: 2̶8̶, 2, 3, 7, 8, 16


***

selalu, kalau saudara yang duduk sedikit jauh, kita jadi kurang rapat sebab jarang nak berjumpa ziarah dia. tapi, dalam setiap perjumpaan yang jarang-jarang itu, mesti berlaku benda yang baik-baik sahaja.

bila waktu ziarah, dia layan kita, dia jamu kita, dia masakkan yang sedap-sedap untuk kita, dia sediakan tempat tidur untuk kita. dia buat kita selesa.

sekejap-sekejap dan jarang-jarang, namun semuanya diisi dengan perkara yang baik-baik sahaja.

selalu, macam itulah Cik Ozah, adik ayah yang aku kenal.


***

ada satu nota kecil tulisan usang yang aku judulkan How I Met _____ (blank) ;
aku terjumpa semula dan aku belek-belek,
dalam bab how i met paradise(Jannah), ada aku catitkan ayat 26 dari Surah Yunus;

Bagi orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya. dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak (pula) ada kehinaan. Mereka itulah penghuni Syurga, mereka kekal didalamnya. 
nota seterusnya,
Syurga ialah sebuah tempat yang tidak pernah kelihatan di mata manusia, tidak pernah terdengar oleh pendengaran kita, dan tidak pernah terlintas di hati untuk digambarkan keindahannya. _ pak Ostadz

aku tutup nota sebab fikiran aku tengah sarat.


***

pak Itam kata, orang yang sakit ni kalau sehari tu nampak dia sihat dan cergas, ada dua tanda.

pertama, itu tandanya dia akan sihat terus dari penyakit yang dia hidap.
kedua, itu tandanya dia sihat untuk bertemu kita buat kali terakhir di dunia.


dan dua puluh enam disember, 8 malam, hospital Ampang.
Cik Ozah pulang ke Rahmatullah setelah menghidupi tanda yang kedua hari itu.




Al-Fatihah untuk Pauzah Men, adik kepada ayah, dan makcik saudara yang aku 
kenal melalui pertemuan-pertemuan kecil yang baik-baik. 

Semoga arwah cik Ozah termasuk dalam golongan yang disambut pelawaan malaikat ke Syurga (Al-Waqi'ah 56:91)





04 September 2012

warna 01/10/1433h




                                                team Tok Leha

bila rasa syawal perlahan;
cari ramadhan dalam enam.
selamat-selamat semua.


this video was shot using GoPro HD Hero 2

05 July 2012

Macam mana, boi? Cincai?

credit - link


Perempuan kampung baik-baik, boi. Tidur jam tujuh malam, bangun jam tiga pagi. Jarang keluar rumah, sebab itu kulitnya putih. Keluar rumah hanya buat berburu kijang. Mereka tidak takut pada binatang buas. Mereka berani!

Aku diam sahaja.

Aku tahu, kau pasti malu mahu bertanya macam mana rupa mereka, bukan?

Aku diam sahaja.

Di sana tidak ada elektrik, boi. Gelap, jadi buat apa kau pentingkan rupa?

Aku diam sahaja.

Atau amoi kebun? Tidur jam lima petang bangun jam dua pagi. Kasi makan babi, siram tanaman sawi. Tidak banyak bicara, tapi kuat tenaganya!

Aku diam sahaja.

Atau dayang suku bersarung. Pakar mengumpulkan teripang. Mereka macam ikan. Dapat menyelam selama lima belas minit! Lima belas minit, boi, bayangkan itu! Nyawanya panjang, tidak mudah habis nafas!

Aku diam sahaja.

Macam mana, boi? Cincai?


- Enong; petikan Padang Bulan.


28 May 2012

buku, ekspresi orang, senyuman nakal, dan sweet escape.

satu petang dari petang-petang yang lapang,

saya ke kedai buku. ralit mata belek kiri kanan atas bawah tercari-cari buku yang sesuai untuk seorang pupu...

buku dari penulis-penulis yang  selalu menjadi pilihan tak terjumpa, termasuklah buku yang biasa orang muda berjiwang baca. walaupun begitu, setelah beberapa minit, mata saya terhenti pada sebuah buku yang judulnya biasa-biasa sahaja, tapi disusun di ruangan yang agak terampil di penjuru rak.

ada satu frasa yang sedikit nakal tertulis dengan gaya paling menonjol dengan bulatan berwarna merah.

saya ambil dan belek. abang yang turut sama dari tadi menelaah rak buku bersama saya mengangkat kening.

saya balas, tersenyum.

di kaunter, jurujual wanita memandang saya melit sebelum mengimbas kod batang(baca: barcode) pada buku.


"amboi, awal..." katanya.

saya senyum tersipu dengan steady. jauh di penjuru hati, saya aminkan kata-katanya. moga-moga awal, ecewah



steady, disampul ala feminis.


setelah pulang, saya belek dan amati bukunya. Indahnya Hubungan Suami Isteri Menurut Syara'.


pada bulatan kecil berwarna merah di penjuru kiri tertulis

 UNTUK    
 BACAAN 
 SUAMI     
 ISTERI     
 SAHAJA  


nakal betul.






dear sepupu, oleh sebab tarikh walimah kau sama dengan tarikh exam Metrology, aku balik kampung esok juga sebagai penebusan awal untuk mangkir Ahad nanti. lagipon, aku perlu sangat sweet escape setelah 3 exam kejam yang berturut-turut sejak kelmarin. oh, ya. selamat menjadi isteri solehah! 

"Barakallahu lakuma wabaraka ‘alaikuma wajama’a bainakuma filkhair "



04 May 2012

kasih Mei.


panggilan yang biasa-biasa dapat di Subuh hari, lewat sampai, malah dengan nada risau.



"Salam, halo, ada kat mana?"

"Wasalam, PWTC"

"ada apa?"

"pesta buku"



"ooo, duit ada lagi tak?"



*senyap*



"ada... rilek ar, ada lagi... dalam bank..."

"betul ada lagi?"

"ada... lagipon kat bilik ada beras banyak lagi. telur, sardin, kicap semua..."



*senyap panjang*



"hei, kalau takde duit, jangan tak bagitau..."


"iyalah.. ingat nak balik ni nanti, tapi tak tau lagi bila..."



perbualan diteruskan dengan gelak manja,
entah kenapa dalam banyak-banyak topik,
hari itu kewangan aku disoal. eheh










Dia yang mencangkul disebelah kanan.







Ayahku, ayah juara nomor satu seluruh dunia!
Selamat menyambut ulangtahun kelahiran. 040512







pembetulan;

panggilan yang biasa-biasa dapat di Subuh hari, lewat sampai,
malah dengan nada risau kasih absolute.







*entri personal*



22 March 2012

Tahniah


21 Mac KOTA TINGGI - Seorang mantan waiter di SDS yang sekarang ini merupakan penjual rojak sepenuh masa telah berjaya mendapatkan keputusan memuaskan-cemerlang dalam SPM 2011 yang diumumkan semalam. Beliau berada ditempat ketiga dalam kutipan A secara total(sejak upsr) diantara adik beradiknya. Secara piramidnya, Abang long mendahului tempat pertama dengan 22A diikuti si nombo tiga dengan 20A. Si nombo empat ni memintas si tengah dengan 18A. grrrr...


power!


jaga, nanti aku balik, jelaskan kenapa gred addmath terpincang jauh dengan modern math


hei, jangan masuk UIA. kat sini takde pertanian perikanan perhutanan bagai. ;p



oh, terjumpa video osem. susah rupanya nak jadi rektor kalau di negara jiran. - link



15 February 2012

Monolog Februari


3pm

“kitorang dah gerak dari Joho, standby. Nak balik Perak”

9pm

Bekalan : sekeping lesen, secawan Radix dan sebaris doa. Ok. Ayah kosongkan seat driver. Destinasi baru Gombak – Bagan Serai(BS).

Sepi dalam kereta. Aku tekan lagi, injak lagi, penetret lagi pedal minyak. Ha! Exit Taiping Utara.

1.00am

Paklong, Angah baru sampai ni. Baru lepas berwudhu’. Atok hulur Juz 28 minta Angah habiskan bacaan. Khatam. Lama Angah pegang naskah Al-Quran ni. Bukannya dah tak larat nak mulakan bacaan, tapi nak ambil masa, tarik nafas dalam. Nak biar bacaan jadi sehabis baik pada pendengaran Dia.

Bila perati Paklong, teringat zaman muda-muda. Zaman main perang lanun pakai kawah nasi kenduri Pakteh dengan Achik. Zaman main drift tahiyyat akhir masa teraweh. Zaman berkhatan atas batang pisang. Zaman khatam mengaji. Zaman main basikal berulang dari rumah atok sampai rumah Paklong.

Bila remaja sikit, teringat zaman lepak dekat mapley Naser Fairus tengok bola. Lepastu masa Angah saja suka-suka nak balik rumah Atok sorang-sorang, tak sengaja buat Paklong jadi Ayah. Minta tolong dijemput di busstand Taiping pulak tu. Ada sekali dekat Butterworth. Padahal memang Angah boleh sangat turun BS sendiri. Sengaja buat-buat macam first timer. Lepastu minta tolong hantar pulak. Minta tolong dibelikan tiket, kirim tanpa duit pakai talipon. Memang sengaja, taktik nak save duit tiket. Memang, semuanya disengajakan. Sebab Angah tahu Paklong mesti belanja.

Eh, Paklong dengar ke ni? Hurm, Angah mampu monolog diam-diam je. Taknak kacau Paklong tidur. Dekat belakang Angah ni, semua anak sedara dah balik. Diorang dah tidur. Dah lewat malam. Tapi diorang tidur berlagu. Macam okestra. Macam koir sekolah. Tapi, Paklong tak. Elok je. Nampak tenang. Langsung tak berdengkur. Diorang ni, ada sikit gerak-gerak. Boleh perasan dada diorang kembang-kempis bertukar nafas, berdegup jantung. Tapi Paklong tak. Senyap. Sepi. Kejur. Kaku.

Malam ni sejuk. Siapa la yang tala kipas ni kat Angah ni? Eh, tengok ni Paklong! Al-Quran ni tak terselak satu mukasurat pon dari bukaan tadi walaupun kencang ditiup kipas. Macam, errrm, macam huruf-huruf ni sedang tunggu giliran untuk dibaca. Macam dulu Paklong pernah ajar: nasi akan menangis kalau dibiar terbazir.

2.45am

Alhamdulillah, selesai juz’ 28. Maaflah biar Paklong mendengar lama, hampir dua jam nak perabih satu juzu’. Bacaan Angah tadi tersangkut-sangkut. Biasa tak teruk macam ni. Entah kenapa tersedu-sedan. Mata blur, tak nampak huruf. Umpama windshield kereta masa hujan. Kena buka wiper, baru nampak jelas. Kabur sangat. Tapi pipi rasa lembab, hangat.

Tadi Angah stuck dekat ayat 58:15. Walaupun Angah tak terer Bahasa Arab dan tak terer pon Tafsir, tapi ayat tu ada perkataan “azaban syadida”. Seingat Angah, azab tu maksudnya seksa? Syadid tu macam sebetul-betulnya \kan? Angah pernah belajar arab la dulu. Boleh guess sikit-sikit. Ni dah ada tafsir kat tangan, dapat tau makna sebenar: azab seksa yang berat.

kan dah agak dah. Jadilah ayat tu makna dia macam dalam tafsir. Lepastu Angah jem sat Paklong! Lidah kelu tak terlafaz, mulut macam taknak sebut, suara tak terkeluar. Rasa macam taknak baca bahagian tu, rasa macam nak sembunyikan satu ayat ni, taknak bagi Paklong dengaq pasai azab-azab nih. Jem lama kat situ…

Macam dalam drama, doktor yang tahu masa depan pesakit mesti tipu pesakit tu supaya they feel better. Biasanya penghidap kanser. Doktor akan consult in a gentlest way before they tell them,
“u got few days to live…” kan?

Tapi nak taknak, Angah kena habiskan baca. Rasulullah saw ajar manusia supaya jujur. Contohnya, Baginda tak pernah sembunyikan Surah ‘Abasa dari Al-Quran. Padahal dalam surah tu, Baginda ditegur oleh Allah bila dia buat muka dan berpaling dari seorang buta. Ah, indah. Kita? manusia apa yang terlanjur buat benda tak elok yang berani jujur buat pengakuan? Entah.

Sambung baca lagi, jumpa perkataan fasiq kat 59:5. ermmm. Fasiq tu orang yang tak berhenti buat bad deeds kan Paklong? Walaupun kecil-kecilan? Haisy, terasa. Ayat ni dituju pada siapa ya? Menimpa kehinaan tu termasuk dengan tak terima amalan ke? Habistu dari tadi membaca Al-Quran ni di dalam hitungan Allah tak? Arghh. Bacaan ni is the only gift I can think of for Paklong. Kalau fasiq, tak sia-sia?

Baca lagi…
Surah Mumtahinah ni diakhiri dengan kubur. Dekat translation dia kata

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan teman rapat mana-mana kaum yang dimurkai Allah, mereka telah berputus asa daripada mendapat kebaikan akhirat, sebagaimana berputus asanya orang-orang kafir yang ada di dalam kubur.”: (60:13)

Angah terhenti lagi. Kenapa masa-masa ni terjumpa perkataan kubur?

Seterusnya dalam Surah Jumuah. Ayat 8.(62:8) Tak sangka tiba-tiba tersangkut lidah bila nak lafaz part “..innalmauta..” Pause tiba-tiba. Tak dapat nak guess maksud dia apa. Tadi, lepas tengok tafsir, hilang separuh kudrat. Rasa lemah. Ya Allah. Apa sebenarnya yang Kau mahu aku belajar malam semalam?

“Katakanlah (wahai Muhammad): Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).” (62:8)

Lepastu, ayat At Thalaq : 11 ni Angah ulang-ulang. Padahal taktau maksud. Tapi sebab ada perkataan lanjutan dari “sod”, “lam”, “ha”. Soleh.  Angah ulang. Soleh. Maksudnya orang yang taat beribadat, orang yang patuh perintah Allah, orang yang alim. orang macam Paklong. Paklong solehkan?

Dr Reda Bedeir masa imamkan Subuh dan Jumaat di masjid UIA haritu, ada ulang-ulang beberapa ayat untuk beberapa kali dalam solat. Angah tak pernah tanya kenapa dia buat macam tu. Tapi semalam Angah tertiru dia, mengulang-ulang ayat. Logiknya sesuatu benda kalau ditekan dalam repitisi, akan lebih jelas ternampakkan? 

At-Tahrim : 10 pon sama. Ada part “orang-orang yang soleh”. Ulang-ulang juga supaya Allah tahu Angah mahu Paklong dilihat dari golongan itu. Allahu Allah. Bila semuanya selesai, Angah perasan ada banyak juga perkataan yang buat Angah terpanggil. ermm…


Angah jumpa perkataan macam “nasrann”, “ansarullah”, “nasoruhum”, “layansurunahum” dan seterusnya. Semuanya berasal dari kompilasi: “nun” + “sodd” + “raa”

Macam nama Paklong. Abdul NASIR Bin Samsudin. Ertinya seorang pembela, seorang pemberi pertolongan, seorang pengkurnia kemenangan. Dalam konteks semalam, Paklong masih seorang yang memberi kesenangan pada Angah. Sebabnya, Paklong masih tersenyum walaupun semua bersedih. Itu buat Angah tersenyum. Sekurang-kurangnya Paklong buat Angah tahu yang Paklong dah lalui sakarat yang dikatakan sangat menyakitkan itu dengan tersenyum.



ada kawan pernah kata. Facebook kita akan bosan bila kita malas update status dan malas nak conteng dinding orang lain. Jadi jangan expect nak dapat banyak like bila  kita post something.

Ya Allah, ya, logiknya aku tak mampu nak harapkan balasan yang selayaknya diterima dengan apa yang selayaknya aku buat. Tapi, untuk sekali ini, dengan kapasiti Kau sebagai yang tidak ada Tuhan melainkan Kau; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya, (59:23)

aku pinta Kau limpahkan kerahmatanMu pada Abdul Nasir Bin Samsudin supaya dia berada dalam golongan yang diredhai olehMu dan ditempatkan di Syurga. Amin Ya rabb.



Dalam kenangan :
Abdul Nasir bin Samsudin (03.10.1955 – 14.02.2012)
Innalillahi wa inna iaihi raji`un
 
 
Moga Allah berkati roh almarhum & mengampuni segala dosa-dosanya. 
Ya Allah Ya ArhamarRahimin..

Al-Fatihah.