Di gua terpencil pada hari buangan
al-Quran kuhayati dengan kenikmatan.
-
A.S. Pushkin
Hari Sabtu ialah hari kaum
pekerja melepaskan dirinya kepada hal-hal di luar rutin, sepatutnya. Tetapi, Sabtu
aku semalam bermula dengan perang di meja syura. Dalam tiga jam sahaja,
kecederaan mental menjadi teruk dan fatal. Maka, aku meloloskan diri dengan
arus kota dan aroma kopi yang menggoda. Sehinggalah aku dibawa sampai ke
espressolab di nu sentral.
Ada Redza yang berkongsi tentang
The Fountainhead tulisan Ayn Rand. Bukunya bagus dan meng-inspirasi (etlis
secara personal bagi Redza). Tetapi, yang menariknya ialah sesi penelitian
terhadap falsafah di sebalik penulisannya. Di sini, ada perbincangan tentang objectivism
melalui pertentangan antara individualism dan collectivism. Tentang sesorang yang
mahu menterjemah sebuah idea dan visi; dan melalui proses menjadi versi terbaik
untuk dirinya adalah dengan individualism yang pekat tanpa berkompromi dengan
idea orang lain.
Aku terbayangkan Hitler, Stallin,
Genghis Khan, Tun Mahathir, Steve Jobs dan (bolehlah) bos aku (sambil
membayangkan dia meramu latte art-nya). Mungkin aku terlepas beberapa nama, heh.
Lihat, semua figura ini ada suntikan objectivism dalam proses mereka menghasilkan legasi
untuk kita cermati.
Mungkin dari sebelah dalam, objectivist hanya berkhalwat
dengan visinya, tanpa orang lain untuk bersamanya. Dari luar, akan ada dua
jenis orang; yang faham dan mendokong, dan yang bermuka-muka acah safe play. Bagi objectivist dia tidak
perlu memikirkan apa yang orang fikir untuk terus menjadi dirinya. Tetapi,
tidak semua perkara adalah lancar dan mudah jika dilandasi individualism secara
absolut. Maka, bagaimana berkompromi dengan idea-idea luar tanpa mengurangi dan
menggoyah prinsip, ialah dengan “the ability to reason” jawab Redza.
Perbincangan ini sangat baik,
terima kasih #BorakBuku.
***
Sepulang dari itu, sambil membelek
sebuah artikel yang membicarakan puisi Mengimbas Al-Quran tulisan Pushkin (sasterawan
Rusia), seolah-olah susunan baris-barisnya menegur aku, tiada siapa lagi yang
paling hebat dan berjaya menjadi jambatan reason antara individualism dan collectivism,
yang menyampaikan visi agama sekaligus berkompromi, hanyalah Muhammad s.a.w.
Salam alayka ya Rasulullah.
No comments:
Post a Comment