30 March 2012

macam ni kau habiskan cuti?

Semalam, aku bosan study CAD/CAM. bukan bosan sebab dah banyak masuk, malah sebaliknya. Daripada 8 chapter, aku tak tahu berapa peratus yang ada dalam kepala.

maka setelah terhanyut ke lautan Firefox yang disinari gemerlapan Chrome,
MONOPOD Do-It-Yourself (DIY) telah pon dibikin.

Prosedur:

1. Bahan asas. Paip pvc (D25mm, D20mm), Nut, Bolt, Washer, watsoever. abaikan hasil-hasil tanaman dalam gambar.

Hardware tools; gergaji besi, driller, kikir dan apa apa lagi yang kamu rasa perlu. Pisang dan keladi dalam gambar tidak dicederakan sepanjang proses pembuatan monopod.
 

2. Lepas ukur, gali lubang pakai driller. Kalau takda driller, tebuk pakai paku lepastu besarkan pakai pisau lipat macam zaman belajar Kemahiran Hidup.

untuk alignment yang jitu, drill terus kedua-dua batang paip. kalau rasa tangan dah cukup  power, tak perlu clamp; seperti contoh. ha3
3. Lakukan finishing sebelum menyembur. Finishing ni macam buang sharp edge, kasi licin surface etc. Kemudian, sembur mengikut warna kesukaan. Tapi lebih baik gunapakai mana-mana sumber semburan yang ada untuk jimat kos. Tu pasal lah kaler hitam.

Tiada flora dan fauna yang terkena semburan disebabkan tahap kemahiran yang terlatih.








4. Keringkan.
stage pasang-memasang.



handler ni dirembat dari mesin penyedut terpakai. ah! asal boleh pakai.


5. Berdiri tegak, stabil dan hensem.

fakta: permukaan monopod mempunyai kerataan hampir 90 darjah. boleh berdiri tegap tanpa platform sebenornya.
malas je nak tunjuk.


6. Sesi jahit menjahit. Kalau tak pakai mesin; aku rasa aku ada bakat semulajadi dalam seni akupuntur, memandangkan lokasi akhir jarum asyik tak tembus bahan jahitan, malah jarum ni ghairah benar mahu menembusi jari. tsskk...
ke kain jeans ni luar biasa ketebalannya? bercorak juga jari-jemari aku.

bahan; seluar kain denim zaman 2006.


7. Final.
macam samurai X pula terasa. ;p
tali amek kat beg laptop yang dah rabak


Total kos : RM 9.50
Total jam : 5 jam
sumber inspirasi - link
projek seterusnya - link


monopod ni sesuai diubahsuai untuk kegunaan GoPro Hero, DSLR atau videocam. cuma perlu tukar tapak platform sahaja.



sekian


27 March 2012

solidariti blok


Hujan dan panas walaupun tampak berlawanan sebenarnya berpasangan dan mengimbangtara antara satu sama lain. Kalau tak, mana datangnya hujan panas? Atau panas sebelum hujan dan nyaman kemudiannya? Atau kemarau yang digembirakan kelembapan? Dan cendawan membiak-biak, ha!?  itu cerita lain.

Bawa kegembiraan. (Ar-Rum 30:48)

Beri peringatan membina kekuatan. (Hud 11:52)

Dan pernah juga sebagai azab. (Al-A’raf 7:84)


Kita boleh lihat variasi bentuknya kan? Dari gerimis sehingga selebat-lebatnya. Cuma sekali-sekala kedengaran hujan batu yang pejal dan padu.

Sungguh, rahmat lebih banyak dari azab. Malah terpancar dalam susunan spektrum warna di balik awan. Siap dengan amaran purbakala, dilarang menuding pelangi.


call the rain - credit


Walaupun demikian, pernah juga pada hari panas terik kain di jemuran tidak kering. 

Semuanya disebabkan rintik hujan dari jemuran tingkat atas ditadah kain jemuran tingkat bawah dalam paksi selari.


*mendongak*


"Mahu basah bersama" kata pemiliknya sambil mempromosi solidariti blok.



Menurutnya lagi, memerah pakaian cucian itu tidak ada dalam rukun mencuci baju. Unik bukan?






Unik Achik hang!





 ____

hujan kota sangat beda dengan hujan pinggir kota

diskusi argumen baru - tentang poyo


 

25 March 2012

[video] a day at the Art for grabs; colorful assembly

salam alayk'

okay, not a day, not even a half day, just a two hours of yesterday.


ART FOR GRABS Mar 2012 - Colourful Assembly!

seronok.

sekian.



*cuti*




_________

oh ya, for those who keeps asking me about my little gadget, please click here - link
and this guy have the best offer in town. seriously. - link


23 March 2012

Semazen; draft 14 Mac


“Merhaba, selamat datang. Masuklah. Kau telah datang ke sebuah istana. Meskipun tampak aneh, tapi ini yang terbaik pernah kami sediakan. Marilah, ceritakan pada aku tentang apa yang kau mahu tahu.” kata gadis itu dengan senyum menyenangkan.

Kami berlegar sekeliling istana itu. Mengenali tradisi mereka melalui pakaian, manisan, sejarah dan hasil seni mereka. Cuma, ada satu lukisan yang sangat menangkap perhatian. Ada sembilan figura manusia padanya. Tersusun tiga kali tiga. Yang ditengah sedang berteleku, manakala yang lainnya menari.

“Aku kenal lelaki ini.”

“Sungguh? Siapa namanya?”

“Maulana Jalaluddin Rumi.”

“tepat sekali. apa yang kau tahu tentang dia?”

“aku pernah belajar sedikit sufism, dia antara mistikus Islam yang terkenal. Seorang sufi. aku ada dua buah buku tentangnya.”

“dia bukan sekadar sufi. Malah dia antara orang yang mula-mula bercakap tentang Allah, tentang sifat Tuhan pada zamannya. Seorang pemuisi, juga seorang filsuf.”

*angguk*

Semazen - credit

“lukisan ini tentang apa?”

Semazen. Sejenis tari yang diasas oleh Rumi.”

“rasanya aku pernah lihat tarian ini, dalam sebuah filem.”

“biar aku ceritakan, suatu hari semasa Rumi berjalan, dia mendengar bunyi ketukan yang sangat aneh pada sebuah dinding. Orang lain mendengarnya dengan biasa-biasa. Tapi Rumi sedang mendengar atom-atom dinding itu hidup dengan zikir pada Allah.”

“kau tahu kan setiap benda bernyawa? Pembahagian makhluk bernyawa atau tidak adalah rekaan manusia. Cuma, mereka hidup dengan cara mereka. Kita dengan cara kita. Dan semua makhluk sedang berputar. Zarah-zarah kecil bergetar dan berputar. Matahari berputar, Bumi berputar, Bulan berputar. Malah mereka disusun dalam aturan masing-masing. Matahari tidak akan bisa mengejar Bulan. Malam tidak akan pernah mendahului siang. Yassin:40

“Maka Rumi berputar. Bukankah Muslim yang lain juga bergerak dalam bulatan semasa melakukan tawaf?”

“Lihat posisi kaki mereka. Seumpama kompas yang tidak pernah mengubah arah, Rumi berputar diatas kaki kirinya sahaja seakan-akan sedang meniti siratul-mustaqim. AlFatihah 6. Tetap dan teguh. Kaki kanannya yang membuat putaran. 17 kali sehari kita menyebut ayat ini.”


“Tangan kanan sengaja ditinggikan seperti orang yang sedang berdoa. Umpama menerima tuntutan dari Allah. KalamNya Al-Quran. Dan tangan kiri rendah membumi. Kerana cinta manusia adalah jambatan pada Allah pada manusia yang lain, pada alam. Simboliknya, manusia adalah khalifatullah, menerima dan menyebarkan.”

“sebelum mereka masuk ke tengah pentas, mereka duduk di sekeliling pentas berjubah hitam. Kemudian dibuka, dan ternampak putih pada semua. Hitam yang ditinggalkan itu adalah analogi dunia yang kotor sebelum menyuci diri.”

“Mulutnya tak berhenti berzikir. Kau tahu, bila kau berhenti menyebut nama Allah hati kau akan mati kan?”

“ya. jadi, semazen bukan sekadar tarian?”

“tidak. Kau fikirlah sendiri. Ada orang kata sufism itu sesat. Tapi kalau kau punya pemahaman yang dalam, kau tak rasa begitu. Ada terlalu banyak pertambahan dalam amalan-amalan sufi oleh orang-orang selepas mereka.”

*senyum*

Ini pertama kali terjumpa seorang gadis yang boleh berbincang tentang sufism, tarekat dan Rumi. Sebelum ini tidak. Dan baru terperasan yang kami dah lama di situ. Mungkin terlalu asyik bersembang. Dan mungkin juga terpesona dengan mata perangnya. Cantik. Terlalu cantik. 


Hei, tak pernah tersepit antara “Subhanallah” dan “Astaghfirullah” ke?




*gila, hampir jatuh* 
 


Booth Turkey. Cultural Art Centre.



___________________________

perbualan asal sebenarnya direkod dalam English.   -.-"
___________________________ 

 antara hasil carian Google secara rawak :
1. Blog Milimilo - link
2. Blog Nurain - link
3. Blog Myo Thant - link 
4. Blog Nisa - link 
5. Web Hidayatullah - link 
6. Rehan Fx - link



 

22 March 2012

Tahniah


21 Mac KOTA TINGGI - Seorang mantan waiter di SDS yang sekarang ini merupakan penjual rojak sepenuh masa telah berjaya mendapatkan keputusan memuaskan-cemerlang dalam SPM 2011 yang diumumkan semalam. Beliau berada ditempat ketiga dalam kutipan A secara total(sejak upsr) diantara adik beradiknya. Secara piramidnya, Abang long mendahului tempat pertama dengan 22A diikuti si nombo tiga dengan 20A. Si nombo empat ni memintas si tengah dengan 18A. grrrr...


power!


jaga, nanti aku balik, jelaskan kenapa gred addmath terpincang jauh dengan modern math


hei, jangan masuk UIA. kat sini takde pertanian perikanan perhutanan bagai. ;p



oh, terjumpa video osem. susah rupanya nak jadi rektor kalau di negara jiran. - link



18 March 2012

sukar II


Ustaz nak bagi homework. Berkaitan tentang asal-usul Bahasa Arab. 


Arabic cat - credit

Soalannya, adakah sama bahasa arab yang digunakan oleh orang Arab sebelum penurunan Al-Quran dengan selepasnya? Kalau kamu kata sama,  adakah kamu mengiktiraf bahasa manusia pada zaman itu setaraf dengan Kalamullah? Makna kata, adakah orang Arab telah bercakap bahasa yang sama dengan bahasa Allah? Dan, adakah kamu cuba mengatakan bahwasanya bahasa yang digunapakai manusia setaraf dengan Allah? Ha. Macam mana?


Penutup marker pen dirapatkan. Whiteboard dibersihkan. Penyaman udara dan lampu dimatikan. Ustaz pantas berjalan keluar kelas tersenyum girang.


 Ustaz menoleh lagi. 
"Duedate, Khamis!"



Ah, sudah.






08 March 2012

bila kena tackle


salam alayk' & greetings.



ada dua keadaan yang sinonim dengan penggunaan istilah tackle tetapi sangat kontra pada penerimaan dan kesannya.

yang pertama, bila ditackle oleh individu berlawanan jantina dengan intuisi spesial. ingat kisah Bunga dan Kumbang? tentang siapa yang menguntum mekar dengan lelehan madu bila si kumbang cuma baru terbang melintas? dalam konteks muda mudi, normal kalau si penerima terlongo sehari dua berfantasi hal individu yang berminat kepadanya sambil memicit-micit jerawat menghadap langit tenang. hah.

dalam pengistilahan formal, alternatif tackle ialah mengurat. ya. malah, orang tua yang berpengalaman langsung tidak menghirau seorang makwe yang terhantuk pintu lutsinar ketika mahu mengambil duit di ATM dek kerana sibuk berBBM mahupun berGalaxyY dengan spouse mereka. biasalah orang muda bercinta, katanya dalam kesaktian senyum tuanya mahupun dalam ungkapan lejen oleh Lepen.; kalau cinta sudah melekat, tahi kucing rasa coklat.

Situasi kedua, apa terjadi kalau ditackle oleh individu sama jantina? Sebelum apa-apa, ini bukan diskusi tentang homoseksual. Ini tentang kompetensi. Antara kesan-kesannya, Lagak jalan tempang dengan bandage melitupi buku lali yang berkembar siam secara mendadak. langsung memustahilkan abiliti untuk bertahiyyat awal buat beberapa period solat.

lebam. membentuk perkumpulan darah-darah beku akibat kehancuran pembuluh darah internal. pada rusuk kanan yang menadah lutut berkelajuan tinggi. umpama musibat kekejangan pada otot pipi bila mulut kecil mahu menghadam burger double daging spesial. maunya cramp otot rahang tahu!

baik, lupakan burger  yang sedang meleleh tadi. sini, yang sakit di rusuk ni. sangat sukar untuk menarik nafas dalam-dalam, batuk, bersin, dan juga berbaring.  malah sangat derita bila mahu ketawa bila ustaz sedang menulis hiwar antara kucing yang berpoligami dan manusia. lucu untuk semua, tapi sini menderita dalam kelucuan. epik. memang epik. kucing itu ditinggalkan isterinya yang tercantik demi seekor lagi. kah3.

status mukabuku hari tu, aku diberitahu bahwa teman baik aku sepanjang minggu ini ialah malapetaka pada masa depan. kenalkan, ini, Mr Painkiller.






tulis semula.

painkiller ni sebenarnya apa, mampatan hablur dadah pendusta eh?
mcm mana ya painkiller ni menipu saraf-saraf otak sdgkan pada struktur fizik takde pembaikan?

#siapaPharmacists?



______


Allahumma 'afini fi badani, Allahumma 'afini fi sam'ii, Allahumma 'afini fi basari


04 March 2012

[FiQ] Mengembalikan Roh Universiti : Peranan Mahasiswa


Sekolah Massa : FORLOT (Forum Lorong Tengah)
Edisi Isu Pendidikan
Topik : "Mengembalikan Roh Universiti : Peranan Mahasiswa"
Tarikh : 2 Mac 2012 (Jumaat) 
Tempat : Edu LT 1 UIAM Gombak 
Moderator : Ahmad Afif



“…kata kunci; universiti, roh dan mahasiswa. Apakah ini satu tajuk yang bersifat sekadar analogi atau metaphor kepada universiti dengan mengaitkan universiti dengan roh seolah-olah universiti itu bersifat seperti insan?”

“...sejarah penubuhan universiti di barat, maupon di dunia Islam ada perkaitan yang rapat antara makna universiti dan insan. Penafsiran ini telah dibuat oleh Prof Syed Naquib Al-Attas dalam adikaryanya Islam and Secularism. Apa yang penting tentang sesebuah universiti ialah falsafah pendidikannya, tujuan pendidikannya dan bagaimana institusi ini melaksanakan proses pendidikannya.”

“makna universiti kuliyah dan jamiah itu melambangkan ilmu-ilmu yang sejagat, yang mencakupi keseluruhan kehidupan insan. Dan di sini ilmu fardu ain itu memainkan peranan yang sangat penting. Ia tidak bersifat statik. You don’t learn fardhu ain at the level of secondary school only, the more you progress, the higher you became, you need to learn higher level of fardhu ain...for example, if you’re a professor in economics, you should have ilmu fardhu ain yang setara dengan phd economics kamu”

“...kita hendak memastikan aspek worlview, fardhu ain itu jelas. Supaya apabila mereka pergi ke bidang-bidang lain ilmu fardhu ain akan menjadi pemandu arah dalam pembelajarannya dalam fardu kifayah. Jadi, sekarang ini, UIA antara yang paling dekatlah dengan roh universitinya masih ada sedikit. Universiti kita yang lain pada hari ini, hatta Oxford dan Cambridge yang asalnya ditubuhkan atas pengaruh gereja, pendidikan gereja, teologi dan sebagainya. Itupon telah disekularkan. All the bigs universities in the world, asalnya adalah  tempat latihan ahli agama mereka. Tapi bagaimana sekarang di Oxford kita ada Richard Dawkins, seorang Darwinis yang mengajarkan teori evolusi dan mendapat tempat yang tinggi di Oxford. Ini menunjukkan Oxford telah kalah, rohnya telah dirampas oleh pengaruh sekular dalam bidang-bidang ilmu. Itu lebih teruklah bila kita bandingkan dengan universiti-universiti moden yang dicipta untuk memenuhi keperluan pasaran pekerjaan.”


“...kita tidak jelas bilamana kita bercakap tentang sistem pendidikan Malaysia, ke arah mana kita ingin capai, dan dimana kita berada dan kemana kita ingin pergi. Kita tidak dapat concludekan apakah sebenarnya perkara yang harus menjadi fokus dalam pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia. Itu adalah asas sebelum AUKU digubal ”

“...apa yang berlaku disebabkan gerakan Mahasiswa yang terlalu kuat dan berhaluan kiri mendokong idealisme yang pelbagai terutamanya sosialisme pada tahun 70-an menyebabkan kerajaan berpandangan bahawasanya AUKU patut dicipta supaya boleh mengekang suara kebangkitan anak muda”

“...kalau kita terus bergantung atau meletakkan harapan bahawasanya tiba-tiba berubah dan keluar dari kepompong dan cengkaman yang telah diletakkan, ataupun dalam erti kata kita nak mengembalikan roh universiti, kita jangan meletakkan harapan yang terlalu besar. Gerakan mahasiswa post-AUKU terutamanya selepas pindaan 1974, mahasiswa mengambil AUKU dari sudut pandang yang sangat positif. Walaupun tidak dibenarkan untuk bersuara,untuk bercakap dikhalayak, mereka menjadikan itu sebagai salah satu motivasi untuk menjadikan mereka mendalami bidang penulisan, dan penulisan ini tidak dapat tidak lahir dari pembacaan yang banyak.”


“...kita nampak dalam komuniti kampung Melayu, ada 3 asas utama yang telah digarap dan diimani oleh komuniti tersebut. Yang pertama, mereka saling mengenal antara satu dengan yang lain. Yang kedua, saling memahami antara satu dengan yang lain. Yang ketiga, tidak ada masalah lagi untuk membantu. Apabila sudah kenal, dan sudah memahami. ”

“...inilah dia sebenarnya yang saya fikirkan harus kita bentuk dalam komuniti universiti. Bila sebut universiti, dari aspek pengistilahannya ada kaitan dengan perkataan bahasa latin yang maksudnya komuniti.”

“...tapi, bilamana kita melihat tentang keadaan kita dalam universiti, perasaan untuk berkomuniti itu sudah seakan hilang, pudar. Kita sudah tidak lagi merasakan komuniti universiti ini sebagai satu keluarga malah kita berkira-kira hendak membantu antara satu sama lain. Hatta kita bermusuh pula satu dengan yang lain. Untuk membina komuniti yang baik, harus kita jadikan setiap orang dalam kalangan kita ini sebagai keluarga”

“...sebagaimana yang Prof Al-Attas sebutkan, peranan pendidikan itu ditempat yang pertama iaitu untuk menjadikan ataupun untuk membina atau melahirkan insan yang baik... dalam budaya melayu, bila disebut tentang orang baik, notion atau idea tentang orang baik itu berasas dan bertitik tolak daripada hadith Nabi s.a.w yang menyebutkan khairunnas anfa’ahum minnas. Orang yang baik itu ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain.”

“perkara yang penting yang tak boleh lari dari institusi universiti ini ialah tentang pendidikan. macam mana kita nak bercakap tentang universiti kalau kita tak faham apa itu makna pendidikan? Yang kedua, macam mana kita nak bercakap tentang universiti kalau kita tak tahu apa nilai-nilai kependidikan. Ini dua perkara asas yang tidak dibincangkan di universiti.”

“...pendidikan dalam Islam adalah person-centered. Prof Al-Attas kata ini bukan sekadar prinsip, tapi ia adalah strategi dan itulah sesuatu yang sangat pragmatik untuk dilaksanakan dalam keadaan hari ini. Pendidikan akhirnya menuju kepada setiap individu untuk dibangunkan, untuk digarap potensinya, untuk dibangunkan dia, untuk dimanusiakan dia, untuk digarap segala potensi dan fakulti kemanusiaan yang Allah berikan kepadanya. Akhirnya pada setiap individu akan membentuk satu kesatuan dalam komuniti. Apalagi yang kita nak harapkan kalau bukan universiti untuk membawa perubahan?”

*artikel


“...Al-Maududi pernah mengupas tentang bagaimana universiti itu menjadi seakan-akan pusat penyembelihan, dan bagaimana ijazah sebagai sijil kematian. Tetapi melalui apa yang saya baca, kita masih boleh mencari manusia yang hidup dalam timbunan mayat.”

“...menurut seorang rakan, adalah normal hujung minggu di Jepun menyaksikan kisah bunuh diri di lintasan atau laluan tren. Sebab, hari Isnin ialah hari kuliah atau hari berkerja.”

“...sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan ini menimbulkan tanda tanya tentang apakah tujuan sebenar pendidikan...”

“...berpandukan sistem ini, pensyarah atau pengajar akan mengajar dalam kelas mengikut silibus. Dia kadang-kadang tak berani nak keluar daripada topik cuma terpaku pada teks dan silibus yang ditetapkan dan mahasiswa pula kadang-kadang tak berani bertanya, tak berani mencabar idea pensyarah tu. Akhirnya peperiksaan kelihatan sebagai puncak segalanya”




 ___

PROMO

Sekolah Massa: Forum Lorong Tengah #2- 
"Gagasan Islamisasi VS Dinamika Sains dan Kajian Sosial Moden" - 
06Mac, UIAM Gombak. EDU LR6


02 March 2012

berukrasi


rupanya kau selesa dengan perlengkapan di samping kau ya?

kau berkerusi empuk, berhawa dingin, bermeja luas, berdaftar kemas, berjendela kaca, ada ketika kau berkerut dahi, bermimik muka, berkeringat muda kerna gigih berkerja sambil-sambil menghitung kalendar menanti tarikh keramat saban purnama tiba untuk bayaran yang digajikan. macam biasa. hari esok, masih begitu. bulan depan, juga begitu.

rupanya kau juga tak sedar, ada manusia yang datang penuh harapan diawal waktu operasi kerna mahu berurusan. lagaknya macam kurang pengalaman. tapi, bantuan kau tiada. kau kemana ya?

eh, bila ditanya, komrad kau juga geleng kepala. normal ya kalau menghilang diri bukan sahaja pada fisik, malah pada pengetahuan jiran sepejabat? ataupun komrad kau ni berpura-pura? tak tahu atau malas mengambil tahu? memangnya yang berautoriti untuk hal A cuma kau seorang? untuk hal B pula siapa ya? jadi orang B tak boleh mengurus hal A? oh, baguslah. kemas. kemas sangat gerak kerja kamu sepejabat.

eh, apa!? si polan A ni cuti sakit?
ah, syafakallah. semoga kau cepat sembuh.

memang nais. orang yang boleh sign borang ini cuma seorang. staf lain langsung bukan dalam fungsi mutual.

mana ek borang indeks prestasi kau dan komrad-komrad kau? biar aku nilaikan. kau tahu, aku ni jujur bertempat. untuk pengetahuan kau, nombo feveret aku ialah nombo kecil-kecil dengan impak besar. hah.



ya, aku bercakap dengan kau yang dalam cermin tu.


birokrasi bejat.


[3:163]