“Merhaba, selamat
datang. Masuklah. Kau telah datang ke sebuah istana. Meskipun tampak aneh, tapi
ini yang terbaik pernah kami sediakan. Marilah, ceritakan pada aku tentang apa
yang kau mahu tahu.” kata gadis itu dengan senyum menyenangkan.
Kami berlegar
sekeliling istana itu. Mengenali tradisi mereka melalui pakaian, manisan,
sejarah dan hasil seni mereka. Cuma, ada satu lukisan yang sangat menangkap
perhatian. Ada sembilan figura manusia padanya. Tersusun tiga kali tiga. Yang
ditengah sedang berteleku, manakala yang lainnya menari.
“Aku kenal lelaki
ini.”
“Sungguh? Siapa namanya?”
“Maulana
Jalaluddin Rumi.”
“tepat sekali. apa
yang kau tahu tentang dia?”
“aku pernah
belajar sedikit sufism, dia antara mistikus Islam yang terkenal. Seorang sufi. aku ada dua buah buku tentangnya.”
“dia bukan
sekadar sufi. Malah dia antara orang yang mula-mula bercakap tentang Allah,
tentang sifat Tuhan pada zamannya. Seorang pemuisi, juga seorang filsuf.”
*angguk*
Semazen - credit |
“lukisan ini
tentang apa?”
“Semazen. Sejenis
tari yang diasas oleh Rumi.”
“rasanya aku
pernah lihat tarian ini, dalam sebuah filem.”
“biar aku
ceritakan, suatu hari semasa Rumi berjalan, dia mendengar bunyi ketukan yang
sangat aneh pada sebuah dinding. Orang lain mendengarnya dengan biasa-biasa. Tapi
Rumi sedang mendengar atom-atom dinding itu hidup dengan zikir pada Allah.”
“kau tahu kan
setiap benda bernyawa? Pembahagian makhluk bernyawa atau tidak adalah rekaan
manusia. Cuma, mereka hidup dengan cara mereka. Kita dengan cara kita. Dan semua
makhluk sedang berputar. Zarah-zarah kecil bergetar dan berputar. Matahari
berputar, Bumi berputar, Bulan berputar. Malah mereka disusun dalam aturan
masing-masing. Matahari tidak akan bisa mengejar Bulan. Malam tidak akan pernah
mendahului siang.” Yassin:40
“Maka Rumi
berputar. Bukankah Muslim yang lain juga bergerak dalam bulatan semasa
melakukan tawaf?”
“Lihat posisi
kaki mereka. Seumpama kompas yang tidak pernah mengubah arah, Rumi berputar
diatas kaki kirinya sahaja seakan-akan sedang meniti siratul-mustaqim.
AlFatihah 6. Tetap dan teguh. Kaki kanannya yang membuat putaran. 17 kali
sehari kita menyebut ayat ini.”
“Tangan kanan
sengaja ditinggikan seperti orang yang sedang berdoa. Umpama menerima tuntutan
dari Allah. KalamNya Al-Quran. Dan tangan kiri rendah membumi. Kerana cinta
manusia adalah jambatan pada Allah pada manusia yang lain, pada alam. Simboliknya,
manusia adalah khalifatullah, menerima dan menyebarkan.”
“sebelum mereka
masuk ke tengah pentas, mereka duduk di sekeliling pentas berjubah hitam. Kemudian
dibuka, dan ternampak putih pada semua. Hitam yang ditinggalkan itu adalah analogi
dunia yang kotor sebelum menyuci diri.”
“Mulutnya tak
berhenti berzikir. Kau tahu, bila kau berhenti menyebut nama Allah hati kau akan
mati kan?”
“ya. jadi,
semazen bukan sekadar tarian?”
“tidak. Kau fikirlah
sendiri. Ada orang kata sufism itu sesat. Tapi kalau kau punya pemahaman yang
dalam, kau tak rasa begitu. Ada terlalu banyak pertambahan dalam amalan-amalan
sufi oleh orang-orang selepas mereka.”
*senyum*
Ini pertama kali
terjumpa seorang gadis yang boleh berbincang tentang sufism, tarekat
dan Rumi. Sebelum ini tidak. Dan baru terperasan yang kami dah lama di situ.
Mungkin terlalu asyik bersembang. Dan mungkin juga terpesona dengan mata
perangnya. Cantik. Terlalu cantik.
Hei, tak pernah tersepit antara “Subhanallah”
dan “Astaghfirullah” ke?
*gila, hampir jatuh*
Booth Turkey. Cultural Art Centre.
___________________________
perbualan asal sebenarnya direkod dalam English. -.-"
___________________________
antara hasil carian Google secara rawak :
1. Blog Milimilo - link
2. Blog Nurain - link
3. Blog Myo Thant - link
4. Blog Nisa - link
5. Web Hidayatullah - link
6. Rehan Fx - link
2 comments:
best
ya. best.
Post a Comment