30 September 2011

Review: The Da Vinci Code by Dan Brown

The Da Vinci Code
The Da Vinci Code by Dan Brown

My rating: 4 of 5 stars

I’ve read Angels & Demons, I’ve watched the arrival and others documentary (relative to the conspiracy theory) of the inside conflict of Christianity as well as i did study at superficial level in comparative religion.

And i found Dan Brown can really hook up all those conflicts into an interesting action-thriller page-turner fiction thereby facilitates all those theories into a simpler study.

And there were more on why it’s popular. It’s the Mary Magdalene's controversial story whom is said to be a close disciple of Jesus, not-a-prostitute and a wife too? controversially interesting for the Christians as well as historians.

The ideas were pouring down at high pace. A lot of facts, a lot of conspiracies ; say the rose line, the knight Templar foundation, the myth of Priory, the Da Vinci’s works, the relation of Disney’s cartoons to the symbol of sacred feminine(eg: snow white, mermaid), the initial idea of the symbol of male and female et cetera, et cetera all in a fiction.

Lastly (spoiler), in the movie, the story of the 2nd cryptex, the London library, the death of remy, and the reunion of Sophie’s grandmother was altered in a way the viewers can still enjoy a good watch. Reading is always better after all.

A very good fiction . Despite of all the facts and theories, it is still a fiction which may be a possible truth in history.



View all my reviews




[promo] : silakan melawat ke blog konco-konco KasutKungfu the 





28 September 2011

Gadoh

salam alayk' and greetings.

cerita lama tapi nak post juga.

---

kredit - pic

Sinar mentari petang itu memancar terik sesuai dengan nama bulannya, Ramadhan, hari ke dua puluh lima. Jeb dan Long duduk di atas motor di parkir bersebelahan gerai Haq, jiran gerai aku.

“Ko datang sini kejap wei!”

Jeb dengan lantang panggil Haq. Kalau tak silap aku, ini kali kedua diorang slowtalk, nego untuk kawasan sejak semalam. Perbualan bermula tenang, perlahan. 

Tak sampai 5 minit, tapak tangan Jeb dihayun tepat ke pipi kiri Haq. Haq tersembam ke tar jalan. Cepat-cepat Long bingkas peluk dan tahan Jeb, tenangkan keadaan.

Haq bangun semula, terpinga-pinga lagaknya. Entah apa lagi yang Jeb herdik pada Haq. Aku buat tak tahu sambil layan pelanggan nak tapau air untuk berbuka.

Kali kedua aku toleh, Haq dilempang lagi, tepat ke tempat yang sama sebelumnya.

“Lu potong line gua broo!” tengking Jeb.

“Takde orang pernah kacau gua niaga kat sini, lu memang cari hal dengan gua!”

“Lu tak puas hati!? Lai! Lai!”

Haq hilang sabar, egonya tercabar. Dia layangkan kaki kanannya sekuat hati tapi tak kena. Brader mana entah masuk tahan Haq.

Itu jam, memang darah aku menyirap, lutut menggeletar, penumbuk menggigil. Rasa mahu masuk dan rembat Jeb. Tapi aku tahankan pasal masih siang, masih puasa.

Aku baru jugak kenal Haq sehari sebelum tu. Dia ayah kepada junior sekolah aku. Dia parking gerai dia sebelah gerai aku secara haram sebelum pegawai Majlis pau RM100 untuk lesen tapak. Dari semalam lagi Jeb tak duduk senang tengok Haq bukak gerai.

Jam dah pukul enam setengah. Aku tinggalkan gerai untuk order nasi buat ifthar. Selamba aku melintas port Jeb dengan Haq bergaduh tadi. Jeb masih melompat-lompat gaya budak taekwondo sparring sambil provoke Haq. 

Ramai brader-brader lain dah kerumun port tu. Aku tiada pilihan lain selain melintasi Jeb. Masa itu jugalah bahu kami berlaga.

“Yang lu ni apehal!? Tak puas hati dengan gua!?” herdik Jeb betul-betul depan muka aku.

Tak semena-mena Jeb halakan penumbuk kirinya.

Aku elak dan pusing badan ke sebelah kanan Jeb, aku fokus berat badan ke tapak tangan kanan yang berpaksi tanah dan libaskan kaki kiri tepat ke rusuk Jeb, tepat, senak, kompem! compasso memang move feveret aku. Jeb jatuh menyembam bumi.

“Lauk nii oii!” jerit Jeb.

Belum sempat aku buat apa-apa, ramai-ramai masuk menyerbu, budak-budak Jeb sepak terajang aku. Bertubi-tubi penumbuk penyepak aku terima. 

Pertama kalinya kepala aku digrab entah siapa sebelum tengkorak aku bertemu kepala lututnya sambil tengkuk aku dikilas dua lengan chilaka. Perut dihenyak, belakang badan dihentak.

Brader-brader yang dok kerumun dari tadi join sekali. Akak kedai bunga dah menjerit-jerit, makwe-jual-tudung-tapi-tak-pakai-tudung turut sama meracau, makwe crush yang jual baju kanak-kanak turut sama jerit takut.

Badan rasa sakit, lebam sana-sini, kelopak mata terasa berat, kepala rasa high. Tak lama, visual bertukar gelap.

22 September 2011

Review: Minda Tertawan: Intelektual, Rausyanfikir dan Kuasa

Minda Tertawan: Intelektual, Rausyanfikir dan Kuasa
Minda Tertawan: Intelektual, Rausyanfikir dan Kuasa by Raja Ahmad Aminullah

My rating: 4 of 5 stars

Nyahkan nadim-nadim
Supaya mudah kita bekerja
Agar dunia ini milik kita.

3 baris diatas merupakan sedutan ringkas dari salah satu puisi di bahagian akhir buku ini. Penulis mengungkit dan mengupas persoalan semasa melalui perlambangan siapakah “nadim”, siapakah “kita”, apakah “kerja” dan “dunia” didalam masyarakat kita melalui renungan beliau merentas zaman.

Pengkhianatan terhadap intelektual, budaya cium tangan, isu self-censorship, budaya please-don’t-quote-me, kecenderungan mengawal pandangan editor media, pemecatan orang-orang tertentu dari jawatan-jawatan tertentu, pengkhianatan terhadap idealisme asal perjuangan disebabkan kepentingan tertentu dan pelbagai lagi variasi masalah yang akhirnya meletakkan intelektual dan rausyanfikir dibawah opresi kuasa kontemporari.

Tanpa berbasa-basi, penulis mengkritik kebolehupayaan para intel, cendekiawan, dan rausyanfikir yang sepatutnya memainkan peran dalam mengemukakan kritikan, teguran, fikiran alternatif yang memihak kepada kepentingan Negara dan kepentingan rakyat.





View all my reviews 







sesi off topic-----
saya nak iklan event best - klik sini
blog diorang - klik sini



17 September 2011

ditemubual makwe; pendapat telus orang muda


salam alayk'

berikut adalah konten temubual seorang makwe yang study journalist dari Monash University(MJM) dan saya (FdZ

di satu event owhsem: ART FOR GRABS: MALAYSIA DAY 2011

selepas public lecture yang owhsem dengan tajuk

COLONIAL HYGIENE & SOCIAL CONTROL: A history of 'cleanliness' from colonial era to Bersih 2.0 oleh Farish A Noor.



bermulalah temubualnya

----------------------

MJM: tahukan pasal speech ds Najib, revoking ISA, kebebasan media and blahx3, as a student, what’s your comment?

Fdz: okay, saya sebagai student menerima dengan baik cadangan ds Najib untuk memansuhkan ISA. Setakat yang saya lihat ISA telah dimanipulasikan oleh pihak tertentu iaitu kerajaan 

(dengan menafikan kebebasan individu-individu tertentu) menyekat pengaruh yang "dianggap" mengancam keselamatan "negara".

Susulannya, ada 2 lagi undang-undang baru yang masih digubal berkaitan keselamatan dalam negeri yang akan diumumkan kemudian. Yang ini, kita tak tahu lagilah macam mana aktanya, modus operandinya segala bagai.

Tadi saya sempat sms tanya beberapa orang kawan-kawan pasal hal ni. most of them lebih kurang la in line dengan pendapat saya. Dan ada juga yang bagitau ISA pada dasarnya tak perlu langsung dilaksana sekiranya sistem kehakiman, perbicaraan hukuman dilaksana dengan adil dan saksama.

MJM: ada orang cakap, dia nak revoke ISA ni sebab persediaan sempena PRU ke-13 yang akan datang dan ucapan ini hanya untuk memancing undi. Apa pendapat awak?

Fdz: yes, *senyum sinis* 

maybe isu ni memang ada kepentingan politik. Sebab kita pon dengar rumour yang election pon dah dekat, dan ds Najib sebagai pemimpin baru mahu dilihat oleh rakyat daripada segi keterbukaan dia untuk masa akan datang dalam pemerintahannya.

oh ye, ds Najib, pleaselah delaykan PRU 13 selepas Disember 16th, please...  saya nak mendaftar. 

MJM: mintak pendapat tentang sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia bersama, patut kita sambut dua-dua sekali atau tidak. acane?

FdZ: bagi saya, merdekanya Malaya pada 1957 dan penyatuan Malaysia pada 1964, 
*terpause sekejap* (oi 1963 oi! nervous sampai tersalah sebut) adalah dua hari berbeza.

dikalangan kawan-kawan saya golongan belia, masih ada yang tak tahu makna dua tarikh penting ni. Jadi dengan adanya sambutan, lagi ramai yang concern on how this country get its freedom and how kita semua boleh berada dibawah satu kerajaan.

MJM: so setuju lah ni?

FdZ: *nodding*

MJM: orayte. thanks!


MJM - makwe journalist Monash
FdZ - faaizz d zul

----------------------------

sempat rembat Kasino dan ZA: BMT tadi. 

esok macam nak pergi lagi, nak tengok Pak Samad launch buku Puisi Jadi Senjata (PJS). 

ada juga profesor undang-undang berambut panjang yang suka berkasut kung-fu launch buku tentang kehidupan bernegara, persoalan perundangan, demokrasi, politik dan banyak lagi.

eh?

berkasut kung-fu?



WACHAAA!!!

16 September 2011

jiran

salam alayk'

masa lap-lap habuk di bilik baru,
ternampak jiran seberang tingkap,
mulutnya terlopong sebelum dicebik,

pandang ke bawah,
zip seluar tertutup rapi,
cek rambut,
tak ada tahi cicak pon...

apa kena dia ni!?

bila dia tunjuk kain lap kat tangan aku,
oh, patutlah.

terpakai jersi Men Yunaited buat lap-lap.



ops, sorry!

sumpah tak sengaja.



tapi kan,


sedap juga mengelap habuk dengan kain jersi,
DRI-FIT lah katakan.

moral: memilih kain lap pon kena awasi sensitiviti orang sekeliling.

tempat mengarut baru - yuhusayso.tumblr.com

09 September 2011

Review : Catatan Nizam Sani

Catatan Nizam SaniCatatan Nizam Sani by Nizam Sani
My rating: 4 of 5 stars



santai.

lucu.

santai lagi...

lucu.

santai lagi...

lucu.

tiba je part intan si isteri,

alahai,

sweet

tersenyum aku sorang-sorang.

"yang kau tersenyum-senyum baca al-mathurat tu kenapa?"
kata ayah yang tersilap pandang.


ye, saiznya comel.

secomel isinya.



View all my reviews


 -------------------------------------------------------------------------------------

blog penulis - http://nizamsani.blogspot.com/
blog pengedar - http://dubook.blogspot.com/  


08 September 2011

NGERI

salam alayk'

credit pic


Bas usang bergerak perlahan sebelum berhenti mengambil penumpang. Si dia naik terpinga-pinga mencari seat kosong. Ikal rambutnya terlerai mencecah bahu, kulitnya licin cerah, lirikan matanya mencuri perhatian. Cuma, ada sesuatu yang aneh tentang bentuk badannya, terselindung pelik dalam menarik.

Dia duduk menghadap seorang lelaki 30-an dihadapanku. Kakinya disilang gaya pretty boy Korea. Dengan tenang dia hembuskan asap rokok ke mukanya sendiri. Sekali sekala dia memandang ke sekeliling, sekali sekala itu jugalah mata kami bertemu.

Lelaki dihadapanku mulakan bicara;

“daripada mana?” soalnya lembut.
“baru lepas jumpa client” jawab si dia.
“servis biasa?”
“ikut clientlah, saya charge ikut jam”
“berapa sejam?”
depends…”

Perbualan diteruskan. Buat pertama kali dalam sejarah, aku terpaksa tahan telinga mendengar perbualan paling lucah secara live di depan mata. Tak cukup berbual, mereka duduk bersebelahan. Itu kali pertama aku faham jelas makna "ringan-ringan". Astaghfirullah

Cepat-cepat aku capai earphone dan tekan play tanpa pilih lagu. Perlahan-lahan aku pejamkan kelopak mata. Letih di kedai tadi baru terasa.


Tiba-tiba, aku terasa ada orang memenuhi seat kosong disebelahku. Tangan kanannya di bahu kananku, peha kirinya menyentuh peha kananku, mata kami bertentang, jantungku berdegup kencang.

“hai adik…” ujarnya buat aku terpana.

Aku menggelabah bangun mencapai loceng tanpa bicara. Kali ketiga loceng ditekan barulah driver bas tunjuk tanda-tanda mahu berhenti. Aku tolak tangan si dia, buka jalan dan terus meluru ke pintu bas. Belum sempat bas berhenti, aku lompat keluar dan mendarat penuh kelas di bahu jalan. 

Allahu Allah. 

Aku perhatikan sekeliling. Ada bus stop usang, ada deretan kedai-kedai, ada taman perumahan. Tapi, aku kat mana ni?  

Jam menunjukkan pukul 10. Gelap menguasai malam. Aku berdiri di bawah limpahan cahaya bulan di satu tempat yang asing.



Cis! Ini semua gara-gara suara si dia yang garau tadi.

Ngeri.

Sungguh ngeri.

Sampai sekarang aku fobia dengan pondan.

-----

entri ini ditulis sempena pertandingan menulis cerpen bertajuk "NGERI" oleh FIXI. 

updated :

tahniah kepada para pemenang. baca di sini.

3 pemenang cerpen "Ngeri"


ohsem ohsem depa nih. takpe, next time nak cuba lagi.



oh ya, cerpen ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar penulis. seriusli.


04 September 2011

logik; kempunan...


salam alayk'

logik ke kalau tak tanam pokok durian di kebun boleh elak pencuri durian mencuri?
ayah suka makan durian, ibu suka makan durian, adik beradik suka makan durian.

jadi satu hari aku tanya kenapa ayah taknak tanam pokok durian kat kebun, dia jawab "pencuri takkan mencuri kalau kita tak beri peluang mencuri, so tak payah tanam"
*kempunan*

logik ke kalau dikatakan: dah beso tak payah bagi duit raya.
atau yang sebenornya masyarakat kita cuma faham dengan budaya duit raya-angpau sebelum kenal konsep sedeqah lillahi ta'ala. aku tabik betul kepada siapa-siapa yang memberi duit raya tanpa kira batas umur.

dan tahniah kerana faham konsep sedeqah sebelum konsep duit raya-angpau di"pau". dah dua dekad aku hidup masih ada tangan menghulur. *terharu*
yeay, masih dapat duit raya. ha   ha   ha.

logik ke kalau makwe satu sekolah dulu-dulu kurang attractive, tapi hotsetaf sekarang?

dulu-dulu pakai spek harry porter, masa PJ seluar track tak ingat punya beso sepoi-sepoi ditiup angin dah macam bendera, tapi bila beraya zaman pasca-sekolah tudung dia kalerful kemain, blush pipi kiri kanan, lekuk lesung pipit dan tahi lalat manis pon diblush nye sekali, kaler mata sudah jadi biru? peh, peh, peh.




apa!?








rugi tak invest awal-awal?





nak kena tarik bulu kaki laju-laju sampai menangis?







----iklan----
 
oh ya, sebelum terlupa. ada ke pembaca-pembaca blog Kasut Kungfu yang nak berjasa tapi tak jumpa channel yang baik?

bukan aku nak "pau" duit raya...

bukan aku nak cetus "projek kasihan"...

tapi aku nak bagi tahu satu peluang yang sangat bagus...

sini

klik untuk tumbesaran


invest di sini, pulangannya kepada anak-anak bangsa.
contoh program boleh klik sini.

ha, jangan tunggu lagi, klik lah.  =)




*ingat takde ke budak lelaki yang tanya "bang, kenapa lelaki tak boleh pakai tudung ek?" 
ada weh. budak2 cenggini perlu bimbingan kritikal.


01 September 2011

Review: Tertangkapnya Sa-ekor Toyo: Surat dari Teoh Beng Hock

Tertangkapnya Sa-ekor Toyo: Surat dari Teoh Beng Hock









Tertangkapnya Sa-ekor Toyo: Surat dari Teoh Beng Hock by Hishamuddin Rais
My rating: 5 of 5 stars

#1

"Tawkey rahsuah Waibi, Waibi rasuah Ayahanda Pakeda, Ayahanda Pakeda rasuah ketua kampung untuk rampas tanah org kampung Berembang. Tuan projek rasuah kontraktor. Kontraktor rasuah QS. QS rasuah pegawai JKR. Pegawai JKR rasuah Waibi. Waibi rasuah Embi. Embi rasuah Menteri. Menteri lulus projek. Untuk terus jadi Waibi, Menteri dan Embi rompak lagi tanah. Apa punya tuur.... apa sudah jadi kepada negara kita ini?"

nak lagi?

"Kepala Badan Pencegah Rasuah? Ini paling cikun. Pencegah rasuah turut sama rasuah. apa punya tuur... apa punya sistem negara Malaysia ini?"

#2

"yang bodoh naik ke atas
yang alim jatuh ke bawah
yang jujur dibuang kerja
yang bodek naik pangkat
yang rasuah jadi Waibi
yang bijak dibuang universiti
inilah angkara yang buat rakyat benci"

------

bacalah, buka mata sambil bergelak tawa.
ini tulisan-tulisan dari seorang pemula gerakan NGI, non-governmental-individual yang secara terang dan jelas mengkritik segenap pelusuk ruang politik masa kini.

hujahnya mampu buat rimas, penyampaiannya kemas. "ini makan dia" buat generasi 709 dan newbies newbies pra-PRU 13. baca jangan tak baca, siapa takde, boleh pinjam sini. nanti pesta konvo, datang booth aku (kalau jadi sewa tapak la kan)

aku kasi sewa buku. oh ya, kalau dah cukup umur, jangan lupa mendaftar. jangan jadi ignorant citizen.

XD

blog penulis disini.- http://tukartiub.blogspot.com/
belakang buku - http://bit.ly/nACVNs
tajuk kandungan - http://bit.ly/nvMgZM

View all my reviews