01 September 2011

Review: Tertangkapnya Sa-ekor Toyo: Surat dari Teoh Beng Hock

Tertangkapnya Sa-ekor Toyo: Surat dari Teoh Beng Hock









Tertangkapnya Sa-ekor Toyo: Surat dari Teoh Beng Hock by Hishamuddin Rais
My rating: 5 of 5 stars

#1

"Tawkey rahsuah Waibi, Waibi rasuah Ayahanda Pakeda, Ayahanda Pakeda rasuah ketua kampung untuk rampas tanah org kampung Berembang. Tuan projek rasuah kontraktor. Kontraktor rasuah QS. QS rasuah pegawai JKR. Pegawai JKR rasuah Waibi. Waibi rasuah Embi. Embi rasuah Menteri. Menteri lulus projek. Untuk terus jadi Waibi, Menteri dan Embi rompak lagi tanah. Apa punya tuur.... apa sudah jadi kepada negara kita ini?"

nak lagi?

"Kepala Badan Pencegah Rasuah? Ini paling cikun. Pencegah rasuah turut sama rasuah. apa punya tuur... apa punya sistem negara Malaysia ini?"

#2

"yang bodoh naik ke atas
yang alim jatuh ke bawah
yang jujur dibuang kerja
yang bodek naik pangkat
yang rasuah jadi Waibi
yang bijak dibuang universiti
inilah angkara yang buat rakyat benci"

------

bacalah, buka mata sambil bergelak tawa.
ini tulisan-tulisan dari seorang pemula gerakan NGI, non-governmental-individual yang secara terang dan jelas mengkritik segenap pelusuk ruang politik masa kini.

hujahnya mampu buat rimas, penyampaiannya kemas. "ini makan dia" buat generasi 709 dan newbies newbies pra-PRU 13. baca jangan tak baca, siapa takde, boleh pinjam sini. nanti pesta konvo, datang booth aku (kalau jadi sewa tapak la kan)

aku kasi sewa buku. oh ya, kalau dah cukup umur, jangan lupa mendaftar. jangan jadi ignorant citizen.

XD

blog penulis disini.- http://tukartiub.blogspot.com/
belakang buku - http://bit.ly/nACVNs
tajuk kandungan - http://bit.ly/nvMgZM

View all my reviews

2 comments:

BERMASALAH said...

benar. mengundi itu penting. walau satu undi tapi natijahnya cukup besar :))

faaizz d. zul said...

@PENCONTENG

yup.

harap2 pm x umum PRU 13 sebelum disember.

*yang belum cukup umur*