Malam Sabtu yang lalu terasa panjang. Kepala saya sesak, jam pertama memikirkan soal gender dan hak asasi. Jam kedua memikirkan halangan fizikal ironman. Jam ketiga pula memikirkan persediaan untuk ke dataran.
Jam-jam sebelum itu, berulang kali saya telaah filem Shouts in the sky untuk melihat bagaimana rakyat Sepanyol menguasai Plaça de Catalunya di Barcelona sebagai respon kepada pelbagai desakan dari pemerintah. Kemudian barulah berbaring. Belum sempat 3 jam terlelap, azan Subuh sudah berkumandang. Letih. Mental dan fizikal tak sempat berehat. Tapi saya gigihkan juga bersiap-siap pagi itu.
Ironman tamat jam 11 pagi. Kemudian saya bergegas ke, ermm... Cadangannya, Dataran Merdeka. Sila ikuti semua yang bakal saya tuliskan. Cerita forum seksualiti dan sukan tu, nanti-nantilah dikemaskini. ;p
Tulisan ini ada dua bahagian. Yang pertama adalah pengalaman diikuti dengan sedikit pandangan mengenai Duduk Bantah 428.
Sebelum apa-apa, saya turun ke Bersih 3.0 atas kapasiti sebagai seorang rakyat Malaysia, seorang yang berkelayakan memandu kenderaan B2 dan D, dan sebagai pelanggan Maybank(berdasarkan kad-kad yang bergeselan dalam uncang).
Bukan seorang mahasiswa, bukan ahli kepada mana-mana parti politik, dan juga bukan ahli kepada mana-mana NGO. Sebagai penyokong Bersih? Oh, saya fikir 7 tuntutan pertama tu boleh pacu demokrasi kita kedepan dan menguntungkan kesemua pihak baik kerajaan sekarang atau pembangkang. Cuma, saya tak nampak bagaimana tuntutan terakhir itu dijelas. Tett.
1.
Dari dalam tren, saya dikejutkan dengan silauan kuning yang memenuhi jalan raya setelah tren melepasi stesen masjid Jamek. Epik, ini epik! dalam hati. Saya turun di Pasar Seni dan bertemu dengan rakan-rakan yang telah sampai lebih awal di pintu masuk CM.
Di restoran mamak berdekatan, kami mencari air minuman sebagai persediaan untuk duduk-bantah dan berwudhu'. Saya terserempak dengan seorang journalis. Berbaju putih, bertag media sambil memegang kamera. Zan Azlee namanya kalau tak silap saya. Pengarah dokumentari Operation Nasi Kerabu.
Usai solat, kami berkumpul mendengar ucapan dari pihak penganjur. Ada yang melaungkan “Ber-Sih!”. Ada juga yang melaung “Re-For-Ma-Si!”. Pelbagai laungan lagi yang kedengaran di telinga saya termasuklah “Kuning-Kuning! Najib Pening!”.
Kreatif. Quok, mungkin Quok namanya. Seorang anak muda berbangsa cina yang saya sempat tegur.
Jam hampir pukul 2 petang. Kami berarak menuju ke Dataran Medeka secara perlahan-lahan. Beberapa helikopter Polis sejak awal lagi sudah membuat rondaan.
“Heli maghi dok bawoh skek, panah ni, sep kito nak kipah gop!”(Helikopter terbanglah rendah sedikit, orang di bawah ni panas perlukan kipas) gurau seorang rakan yang berasal dari pantai timur.
Kami berarak dengan aman sehingga perarakan terhenti di Jalan Tun Perak akibat kesesakan dari bahagian hadapan yang berhampiran dengan Dataran. Saya perhatikan sekeliling. Yang berbaju hijau adalah penyokong Himpunan Hijau.
Ada diantara mereka membawa hidupan flora. Bunga Kekwa yang mekar kekuningan dan daun-daun hijau kesegaran. Tak lupa juga tahniah kepada yang membawa plastik sampah dan bertindak mengutip sampah-sampah di jalanan. Salute!
Saya terlihat kelibat Pak Samad dalam keramaian. Saya lantas mengejar, rupanya itu cuma imej Pak Samad pada tshirt penyokong himpunan. Saya rapati dan rakamkan kata-katanya; Dalam demokrasi, suara harus dipertimbangkan. Tiba-tiba tidak boleh bercakap, warna pun takut, tidak mahu berunding, itu sudah membunuh Demokrasi namanya.
“Ramai muslimat ninja harini” jenaka seorang kawan. Ya, memang ramai muslimat yang berpurdah turut sama dalam himpunan. Kagum juga saya melihat semangat mereka.
Lebih kurang jam 2.20 petang, S Ambiga, Anwar Ibrahim dan beberapa pimpinan lain tiba. Saya duduk di hadapan Stesen LRT Masjid Jamek bersama demonstran yang lain. Masing-masing mengambil tempat dan duduk seselesa mungkin. Dataran tidak dibenar masuk. haish
Belum pun pukul 3 petang, kami terima arahan bersurai oleh pihak penganjur. Duduk Bantah di Dataran Merdeka terbatal.
“Aku dekat frontline ni, ada kawat duri dengan barricade, nak masuk macam mana”
Itu sms yang diterima dari seorang rakan. Masa ni terkenang zaman melepak sambil pandang langit Kuala Lumpur di Dataran masa mula-mula jejak kaki ke ibukota dulu-dulu. Aman dan tenang. Tiada orang kesah bersujud bercumbu dengan padang Dataran.
Pernah juga saya bersama Sidang Rakyat KL dari jam 1 pagi hingga 5 pagi, dihalau dua kali oleh pihak DBKL. Hari ini, Dataran Merdeka hanya untuk acara peringkat nasional. Hurmm, Terpulanglah. Macam ni ke rasa ditarik nikmat? Ahah.
Saya berpaling dan bercadang untuk singgah ke Pesta Buku PWTC. Malangnya, stesen Star berhampiran ditutup buat sementara.
“Bersih kali ni takde teargas”
Sms bernada ceria diterima dari abang ipar seorang rakan. Kami tersenyum.
Tiba-tiba, sebutir canister berasap di langit KL.
Ditujukan tepat ke arah peserta perhimpunan.
Canister kedua menyusul dan seterusnya. Demonstran di bahagian hadapan berterabur lari. Yang ditengah-tengah berasak-asak. Yang dibelah belakang terinjit-injit mendongak kuriyes. Saya turut sama mengikut arus. Kemudian saya berhenti dan menaiki koridor kedai yang agak tinggi disebelah kiri jalan untuk merekod video. Masa ni, kawan-kawan sudah tak nampak kelibatnya. Masing-masing dah angkat kaki dan selamatkan diri.
Satu aroma pelik dan menyakitkan mendobrak deria.
Hell-o! Nama saya teargas.
Aaarghh! hidung perit. Lidah kelat. Mata pedih. Airmata terhasil sedikit demi sedikit.
Menangis sekarang please! pinta saya pada mata. Saya tarik nafas, dada saya terasa sempit. Saya terkaku sekejap disitu. Nak bernafas sakit, nak melihat, gelap.
Tiba-tiba, tangan saya ditarik entah siapa. Saya ikut dengan mata terkatup.
Control your breath, don’t open your eyes now! Take this
Saya ikut arahannya. Cicip sedikit garam yang dihulur. Oh, dia bukan Melayu. Juga bukan kenalan saya. Cuma seorang rakyat Malaysia biasa. Mujur. Terima kasih abam!
Bila mata terbuka jelas, kamera masih ditangan, topi putih sudah tak kelihatan. Mugkin sekali tercicir dalam keributan tadi. Ah, tak apalah, topi tu percuma.
Baru saya perasan, kami di lot kosong. Entah di jalan mana, bangunan apa. Alhamdulillah semua deria kembali pulih. Macam ni rupanya penangan teargas. Patutlah diumpamakan rasa macam lagi 5 minit nak mati. Suffocated to death gitu.
Tak lama saya mengatur nafas disitu. Lori FRU datang dari belakang. Beberapa biji canister beterbangan disertai simbahan padu dari water cannon. Kali ini saya mengatur langkah dengan mata terbuka, sambil kain lap menutup mulut dan hidung. Sengaja saya bergerak sedikit perlahan untuk membenarkan beberapa muslimat lolos dahulu.
Heroic tak heroic sangatlah, pandangan saya kabur lagi beberapa saat dihadapan. Teargas kali ini ditembak betul-betul hampir dengan saya. Grup kami ni, macam terkepung antara dua persimpangan. Diusir dari simpang satu, dihambat di simpang dua. Mulut harimau mulut buaya eh!
Entah berapa lama saya berlari. Dari bangunan HSBC ke celah-celah blok bangunan, ke simpang-simpang kosong hingga ke Puduraya, barulah keadaan tenang. Terjumpa semula dengan dua orang rakan. Pheww.
SMS masuk.
“Kereta polis langgar crowd wei kat Sogo...”
Sentap!
“budak-budak ni slumber duduk depan polis, kena teargas head-on lepastu kena pukul, tangkap”
Haih, saya dah mula risau. Peristiwa Bersih 2.0 berulang lagi. Agaknya waktu ini, hutang dendam lama yang tertangguh sejak 709 dilunas di 428. Baik pihak demonstran atau pihak penguasa. Provokasi dua hala jadi katalis jilaka.
"journalis di negara-negara berkonflik tak heran langsung dengan apa yang berlaku harini..." komen seorang fotografer membanding situasi semasa dengan sebelah sana. Saya angguk senyum. Survivaliti journalis bukan suka-suka diperjudi demi secebis fakta asli. Semuanya perlukan pengalaman.
Jam 6 petang, tren mula beroperasi.
Saya pulang sambil terkenang Quok, Melissa, Jim, Katherine(anti-Lynas activist from Auss), anak muda under21 , Din, Jebon, rakan-rakan dan langit Kuala Lumpur yang hingar terluka .
Hari itu, garam terasa manis.
2.
Ini bahagian analisis. Poin-poin yang saya rasakan saya patut tuliskan. Pandangan peribadi okeh.
Kegagalan dua hala. Pihak kerajaan dan pihak penganjur perhimpunan. Apabila PM mengeluarkan kenyataan bahwa beliau membenarkan perhimpunan diadakan, tiada jaminan dari beliau kepada pimpinan dibawahnya (menteri yang sepatutnya sehingga ke institusi yang berkenaan-DBKL- untuk penyelarasan).
Mungkin ya, beliau menolak idea berhimpun di dataran dengan memberikan alternatif stadium, tapi rakyat(segelintir) memahami penyataan ini sebagai permainan kata yang berulang. Macam biasa, si A bernada lalala, si B berima lalilu.
Cerita penyelarasan ni, ingat lagi bila sebuah sekolah diselar apabila menggunakan sebahagian daripada wang bantuan rakyat yang diserap masuk ke tabung PIBG, disuruh dipulangkan kepada ibubapa?
Saya rasa kasihan kepada pihak sekolah yang merupakan badan penting dalam institusi di bawah kementerian pelajaran apabila semacam dikecam melalui tindakan mereka. Apa jaminan duit bantuan akan digunakan oleh murid untuk perbelanjaan sekolah jika sampai pada tangan ibubapa? Maaf, saya lihat sendiri ibubapa yang menggunakan peruntukan tersebut untuk perbelanjaan lain. Sekurang-kurangnya, PIBG ada keputusan kolektif untuk menjana aktiviti murid. Dan yang pasti, menjana tabung untuk aktiviti murid adalah sangat sukar.
Eh, terlajak ke cerita lain pula. Tapi masih dalam konteks ketidakselarian antara kenyataan atasan pada gerakkerja institusi yang bernaung. PM kata ok, Datuk Bando pulak, eheh
Pihak penganjur yang menolak untuk berunding berkenaan tempat? Ha, musykil juga saya. Himpun di stadium memudahkan segala macam perkara. Cuma secara peribadi, berhimpun di stadium tak syok melainkan pergi menyaksikan perlawanan bola sepak.
Bayangkan duduk santai di Dataran Merdeka sekarang. Dihamparan alas, dibawah payung mini, mendongak kepulan awan ceria, berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad , dengan dua ratus lima puluh gram cikedis. Peh!
Dari pemerhatian saya, para demonstrat bukan semuanya turun dengan tujuan menyemangati tuntutan Bersih. Ada yang cuma mahu melihat-lihat, ada anak muda yang sukakan provokasi dan cabaran dari polis, ada yang cuma mahu pihak kerajaan jatuh, ada yang rasis, ada yang melakukan penyamaran dan membangkit semangat jilaka. Pelbagai kemungkinan boleh diambilkira. Pihak peganjur langsung tiada jaminan untuk memastikan setiap demonstrat mampu mengikuti arahan mereka.
Diberi arahan berkumpul, patuh. Diberi arahan bersurai, heh. Ada yang tak telan. Ramai. Lagipon, perkhidmatan tren terhenti seketika. Diberi arahan jangan rempuh barricade, tak terkawal. Keluarlah mana-mana amarah membuta-tuli.
Mungkin juga, dari sebelah sisi, pihak penganjur gagal mengawal kebanjiran ruang berpidato yang sarat dengan para politikus sebelah PR. Justeru, perjuangan politik kepartian mengaburi angka 84 NGO yang dicanangkan bersama-sama menyokong Bersih. Maka, kalaupun duduk-bantah dibuat di Dataran Merdeka, mungkin juga saya beredar awal. Bukan saya menolak politikus, cumanya ada beberapa politikus sahaja yang masih berimej telus dalam perjuangan mereka.
Lihat bagaimana demonstrasi untuk Prof Aziz Bari di UIAM. Kehadiran politikus punca kepada idea bahwasanya demonstrasi yang dianjurkan adalah ditaja dan tidak asli dari kalangan pelajar.
Dah tengok Shouts in the Sky? Silakan muat turun di sini. - link
Ataupun, boleh baca dokumentasinya di sini - link
SOP. Standard operating procedure eh? Ceritalah di depan bukti-bukti video. Sadis.
Walaupun demikian, saya tak menyalahkan polis sepenuhnya. Pihak demonstran ada juga tukang bakar. Ada yang datang dari beberapa siri demonstrasi yang lalu. Mereka sangat berpengalaman dalam situasi-situasi genting. Saya tak dengar sebarang kekerasan berlaku sehinggalah selepas jam 3.45 petang. Dan seterusnya.
Ada abam polis yang cuba mengawal komrad sekerja mereka dari dituntun amarah dalam gerak kerja menangkap dan mententeramkan keadaan. Tapi, tentulah tak berjaya. Akhirnya, bukti-bukti video ini yang buat kita hilang erti keamanan. Atau dari sebelah pihak, keamanan adalah hasil daripada kebencian dan paksaan.
Polis pon budak SPM je, darah muda, kepala gila kata seorang kawan.
Yang paling saya terkesan ialah orang-orang yang memberi komen tanpa berada di tempat kejadian. Bukan mereka tak punya hak bersuara, cuma lebih baik diam bila tak tahu. Orang kita ni ada macam-macam fe’el tahu.
Padan muka kena pukul, siapa suruh join. <- tipikal, sempit, membencikan, dan tak fun langsung komen sebegini. Kalau saya dulu pernah bersetuju tentang keputusan membenarkan Lynas beroperasi atas sebab kawalan yang rapi, apa semua benda buruk yang mampu dielak tak boleh dikawal?
Malah, kawalan atas diri dari memukul dan berlaku kasar pada orang lain bukan perlu diperbesar. Sebab ianya masalah sendiri, masalah yang bukan nature manusia.
Kita ni ada macam lebah. Menghasil madu tapi mampu juga menyengat bisa. Padahal dari jenis yang sama. Ataupun, macam bubur lambuk. Tengah sedap-sedap makan, tergigit bahan dari famili kayu manis, cengkih dan seumapama dengannya. Sentap kan begitu?
Saya akhiri tulisan ini dengan perbualan saya dengan seorang demonstrat;
“They just lose my vote...”
“Who’re they?” saya menyoal.
Dia cuma senyum dan berlalu pergi.