16 May 2012

wajah-wajah dalam mimpi


Pagi yang selalu sama bermula berbeza. Di atas pentas keempukan, si jaka kejur berbaring dengan mata tertutup. Bernafas perlahan dengan minda separa sedar. 

Beberapa meter di udara, awan-awan buatan terpuing-puing bergantungan. Satu suara kedengaran dari langit.


“kawan, sudah kau ingati orang yang membikin jasa pada kau tanpa paksa?” 

“oh, hampir semua. kau tahu, aku suka cipta momen sendiri untuk mereka. selepas Jumaat contohnya.”

“bagaimana?”

“dengan melafaz setiap nama kenalan dalam doa”

“oh, kayaknya. harus bagaimana bisa mereka ketahui ikhtiarmu?”

“satu-persatu? aku tak mampu ingat semua...”

“lihat kelopak matamu”

dalam pejam, kelihatan wajah-wajah yang pernah si jaka reguk ilmu darinya. Masing-masing tersusun rawak, acak terawang-awang. Muda, tua, gelap, manis, berkerut, bersih, sejuk, ceria, mencebik, berharapan. 


walker, tadika panglima saleh, sksa, kebun pasak, kelas roti canai, kelas hati, smkabp, kelas bertukang, tiruk parit, berniaga, Habib kitab kuning, kelas automotif, kelas roti pastri, tajwid, kelas berlari, cfs, bulatan tarbiyyah, seni pencak, uia, seni muzik, hisab, filsuf, teknologi, seni politik, logika, videografik, kelas coklat, seni sepak bola, organisasi...



“ada dua wajah yang paling atas terkabur. ku pinta kau jelaskan mereka”

“lihatlah, kau yang buat wajah ini tangis rindu setelah pesanan ringkas pagimu...”



“Salam. Ibu, ayah. Selamat hari guru. Untuk guru hidup, dunia & akhirat, 
selamanya sampai syurga. Hanya Allah yang mampu membalas jasamu.”








“masa kau sudah tamat, celik mata dan mari. ikut aku”


Si jaka terbangun nanar. Kesibukan menuntun dia pergi meneruskan hari.





*Selamat hari guru buat semua yang pernah jadi guruku


10 comments:

Anonymous said...

Chantek ayat kau bero. Mohon copy!

“Salam. Ibu, ayah. Selamat hari guru. Untuk guru hidup, dunia & akhirat,
selamanya sampai syurga. Hanya Allah yang mampu membalas jasamu.”

faaizz d. zul said...

silakan.
=)

Zizie Zizot said...

You should write a book. Marvellous! :D

faaizz d. zul said...

zizie;

belum berani. ;)

Izyan Kaher said...

what can i say, the way you spill out the idea getting soo whoahh now faaiz ! unlike mine. 2012 seems a disaster. nak buat satu entry pon macam susah.

p/s: been a long time since my last dropped here :)

faaizz d. zul said...

insyinur izyan;
mestilah sibuk semacam. eh, dah mula bertugas ke?
*curi2lah masa utk menulis*

Annisa said...

selamat hari guru.. to ur parents :)

faaizz d. zul said...

khairunnisa;
tq

Unknown said...

WAAAHHHHHHHHHHHHH...

faaizz d. zul said...

kak syuha;
rileks rileks.
;p