salam alayk'
*senyum*
seminggu ni, rasa nak pakai tshirt-tshirt hasil program yang berlogo lapan tu boleh?
*senyum sinis*
dan sebenarnya sangat suffer juga bertigaribumeter pada jam 11 pagi. teriknya kepala disalai, kulit memerah, rasa nak pakai dua lapis kasut. panas. eh, itu cuma dunia.
sekian.
Tahniah kepada Mahallah Uthman Ibn Affan & Mahallah Halimatus Sa'adiah untuk University Sport Carnival 2011.
_________
rasanya aku kena berhenti guna kamera orang lain untuk buat video. eh, cakap macam ada duit je. haih.
26 February 2012
25 February 2012
Kenapa Uthmanians’ flavor?
*updated*
Salam alayk'
_______________________
(syura)
Kenapa Uthmanians’ flavor?
Aku senyum
sebelum pantulkan jawapan aku dengan soalan.
Apa yang kau
faham tentang flavor?
Din geleng kepala
kemudian menyedut teh o limau ais
bungkus. Ya, sedut, sebab dia pakai straw.
Air apa kau
minum?
Teh o limau ais.
Kenapa namanya teh
o limau ais?
Sebab tehnya,
limaunya, gulanya, dan aisnya. Sebab semua bagai yang jadikan ia teh o limau
ais dalam menu.
Boleh kau relate dengan benda ni?
more info - link |
Maksud kau Uthmanians’ flavor? Apa yang buat Mahallah Uthman dinamakan Uthman? Entah, aku tak
nampak. Tema kau ni terlalu luas. Kenapa kita tak sempitkan skopnya kepada
sesuatu yang kita nak guna kelak?
Tak perlu. Kita dah
ada terlalu banyak gambar bangunan untuk keperluan dokumentasi.
Jadi apa yang kau
nampak pada Uthmanians?
Hah, terlalu
banyak. Geografi kita ada ekologi sempurna. Pada orang, pada landskap, pada air, pada
tumbuhan, pada teman berbulu si kucing dan flamingo, pada teman bersisik si biawak
dan ikan, pada integrasi antara penduduknya sesama mereka dan integrasi mereka
dengan alam. Aku boleh lihat simfoni harmoni disini.
Kau boleh lihatkan
kegiatan hidupan kat sini? Variasinya bila fajar menyinsing, bila azan
melantun, bila perlawanan bola berlangsung, bila hari minggu, bila waktu
riadah, bila ada pohon tumbang meruntun, bila hujan turun buat seorang senyum
bersyukur dan seorang lagi ketat mengeluh.
Oh.
Mahu tahu lagi
apa yang aku nampak? Itu. Atap laluan yang pecah diruntun pohon masih belum
dibaiki. Pohon tumbang itu bencana, atap yang pecah pun juga bencana, tapi
dibiar tak dibaiki itu apa? Sipi-sipi malapetaka. Nuh, laluan air sarat dengan
sampah ertinya kontaminasi. Dinding-atap bocor boleh jadi korupsi. Terpulang,
itu apa yang aku nampak. Aku cuma hargai fotografi. Bukan seorang fotografer.
Jadi kita stick pada tema bebas ni?
Ya, asalkan lokasinya disini. Biarlah peserta bebas interpret cara mereka melihat.Supaya kita dapat sesuatu yang kita tak jangka. Supaya apa
yang kita nampak boleh berevolusi dengan apa yang orang lain nampak. Ada orang
memahami seni lebih baik dari kita, ada orang memahami fotografi lebih baik
dari kita juga. Interpretasi berbeza boleh jadi punca perkongsian membina. Oh ya, musolla kita sekarang ni dah ada dua kiblat. Qiblataini, selepas inspection 3 minggu lepas. Sejarah bukan?
*angguk*
Sebenarnya, bila
kita terlalu menggunapakai nama Uthman untuk refer kepada mahallah, kita boleh
terlupa kenapa dan siapa Uthman dirafa’
naik sebagai tokoh besar dalam sejarah Islam. Kita lupa yang dia terkenal dengan pengumpulan Al-Quran. Kita
lupa beliau adalah teman Rasulullah di syurga. Lagi, beliau menantu Rasulullah
saw dengan gelaran Zunnurain. Pernah
dipinggir oleh kaumnya sendiri sebelum menjadi seorang saudagar yang kaya,
lemah lembut malah pemurah. Kan?
Mana tahu nanti ada peserta yang mahu bawa
fikrah ini dalam fotonya, siapa tahu?
sekian.
- Program Manager -
(UPC'12)
wah, autokrat gitu. ; p
_____________
link blog UPC'12 - http://uthmanpc.blogspot.com/
link borang penyertaan online - http://bit.ly/upc12
______________
link blog UPC'12 - http://uthmanpc.blogspot.com/
link borang penyertaan online - http://bit.ly/upc12
______________
to fatinzuaini : garisan baru dengan pita pelekat ialah kiblat yang baru disahkan JAKIM selepas pemeriksaan. |
20 February 2012
randomisasi
salam alyk'
1. menanti mentari yang bawa pergi klimet kenyamanan
setelah semalaman kesejukan terasa seperti abadi dan sangat menyeksakan bila
manusia yang kau tunggu-tunggu tak kunjung tiba. lagi-lagi bila kau melabuh
bokong solid di tangga yang bersalut mozek jernih dengan cuma berpelekat jenama
samarinda yang nipis dan licin itu. kerancakan rona dan coraknya langsung segan
menangkis sejuk yang mencengkam tiap reseptor pada tebalnya bumper. konkrit
mozek gigih berkerjasama menawar suhu badan supaya adil mendingin dengan
mereka. kalsium dari dalam tulang langsung melarut umpama gula di tunas rasa.
tulang merompong kosong. nutrisi mutilasi. hah. menggigil dingin tidak pernah
mententeramkan bukan?
lantas ada tangan yang dihulur ikhlas
menjemput masuk ke sebelah dalam. ada karpet tebal yang selesa terhampar,
bertambah berkat dengan niat iktikaf.
usrah pagi Jumaat cuma berdua.
2. pernah terserempak dengan mana-mana Romeo atau Arjuna yang meragakan fesyen seluar terlipat senteng diatas bukulali? Aha, mereka itu pengikut Muhammad saw. Dan itu sunnahnya, langsung menolak keraguan tentang kesucian pakaian mereka untuk bersolat nanti.
#youreonthesunnah
3. ada dua jenis manusia dalam syura. manusia yang
pertama ialah yang siap hadir dengan idea dan kritik menunggu masa untuk
memuntahkan semua. yang kedua ialah manusia yang bercelaru fikiran yang sekadar
hadir bagi menggugurkan jemputan. dia kemudiannya cuma mengangkat tangan dan
mengangguk kepala tanda sokongan kepada idea-idea yang dibincangkan dengan
penuh bersemangat. tiada satu idea itu pon hasil dari pemikiran dia.lihat dan tunggu. tarikhnya 29/02/2012.
#youreonthesunnah
random afternoon by ~loLO-o |
serabut; Islamization bukannya proses short-term.bukannya dengan flashmob.
#meetingwithSRC
#meetingwithSRC
4. Ingat lagi kisah budak yang bajet dua langkah
kecilnya boleh menyaingi selangkah besar si forener yang berkaki panjang
berlangkah lebar dan bergerak pantas di trek USC tahun lepas? dia tertinggal
satu pusingan dibelakang bersama beberapa lagi lokal dibelakangnya. tahun ini
dia akan cabar mereka lagi. tapi mungkin tahun ini dia lebih bersedia
memikirkan cara kekalahan yang lebih terampil. Mungkin dengan terkeluar selepas
separuh perlumbaan dengan alasan injury ataupun sengaja melambatkan perlumbaan
supaya semua audien paku mata pada dia seorang. biasa dengar nice guys finish
last?
kenapa ramai member Xteam tak stay Uthman eh?
#trek3000m
5. Pernah dengar kisah seorang bujang yang hidup bersama tiga bujang lagi yang selalu kelaparan? Kemahiran dapur dia ialah dadih, coklat, maggi, dan juga nasi goreng. Ada satu hari dia mahu makan nasi goreng. Tanpa batu lesung dan blender, dia sediakan plastik kecil, masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi, ikan bilis, halia dan lumatkan mereka dengan helmet. kemudian digoreng bersama sedikit air asam, tambah garam dan gula.
yummy, sedap dan harum juga.
#trek3000m
5. Pernah dengar kisah seorang bujang yang hidup bersama tiga bujang lagi yang selalu kelaparan? Kemahiran dapur dia ialah dadih, coklat, maggi, dan juga nasi goreng. Ada satu hari dia mahu makan nasi goreng. Tanpa batu lesung dan blender, dia sediakan plastik kecil, masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi, ikan bilis, halia dan lumatkan mereka dengan helmet. kemudian digoreng bersama sedikit air asam, tambah garam dan gula.
yummy, sedap dan harum juga.
6. Rak buku hampir rapuh. penangan bookfair.
7. Keputusan friendly pagi Ahad. Satu match menang. Satu match kalah. Aku main fulltime masa yang kalah tu. ahah. ada orang kata, kualiti game berkadar langsung dengan kualiti Subuh. aisy.
#EPLdahnakstart
8. Pernah dengar blog WarnaKaseh? Nama blognya begitu penuh dengan kecintaan kerana cerita-ceritanya. Terjah padu di sini - link.
sekian untuk randomisasi integrasi, internationalisasi, Islamisasi, komprehensif, eksel?
15 February 2012
Monolog Februari
3pm
“kitorang dah gerak dari Joho,
standby. Nak balik Perak”
9pm
Bekalan : sekeping lesen, secawan
Radix dan sebaris doa. Ok. Ayah kosongkan seat
driver. Destinasi baru Gombak – Bagan
Serai(BS).
Sepi dalam kereta. Aku tekan lagi, injak lagi, penetret lagi pedal minyak. Ha! Exit
Taiping Utara.
1.00am
Paklong, Angah baru sampai
ni. Baru lepas berwudhu’. Atok hulur Juz 28 minta Angah habiskan bacaan. Khatam.
Lama Angah pegang naskah Al-Quran ni. Bukannya dah tak larat nak mulakan bacaan,
tapi nak ambil masa, tarik nafas dalam. Nak biar bacaan jadi sehabis baik pada
pendengaran Dia.
Bila perati Paklong, teringat zaman muda-muda. Zaman main perang lanun
pakai kawah nasi kenduri Pakteh dengan Achik. Zaman main drift tahiyyat akhir masa teraweh. Zaman berkhatan atas batang
pisang. Zaman khatam mengaji. Zaman main basikal berulang dari rumah atok
sampai rumah Paklong.
Bila remaja sikit, teringat
zaman lepak dekat mapley Naser Fairus
tengok bola. Lepastu masa Angah saja suka-suka nak balik rumah Atok
sorang-sorang, tak sengaja buat Paklong jadi Ayah. Minta tolong dijemput di busstand Taiping pulak tu. Ada sekali
dekat Butterworth. Padahal memang Angah boleh sangat turun BS sendiri. Sengaja
buat-buat macam first timer. Lepastu
minta tolong hantar pulak. Minta tolong dibelikan tiket, kirim tanpa duit pakai
talipon. Memang sengaja, taktik nak save
duit tiket. Memang, semuanya disengajakan. Sebab Angah tahu Paklong mesti
belanja.
Eh, Paklong dengar ke ni? Hurm, Angah mampu monolog diam-diam je. Taknak
kacau Paklong tidur. Dekat belakang Angah ni, semua anak sedara dah balik.
Diorang dah tidur. Dah lewat malam. Tapi diorang tidur berlagu. Macam okestra.
Macam koir sekolah. Tapi, Paklong tak. Elok je.
Nampak tenang. Langsung tak berdengkur. Diorang ni, ada sikit gerak-gerak. Boleh perasan dada diorang
kembang-kempis bertukar nafas, berdegup jantung. Tapi Paklong tak. Senyap.
Sepi. Kejur. Kaku.
Malam ni sejuk. Siapa la yang tala kipas ni kat Angah ni?
Eh, tengok ni Paklong! Al-Quran ni tak
terselak satu mukasurat pon dari bukaan
tadi walaupun kencang ditiup kipas. Macam, errrm,
macam huruf-huruf ni sedang tunggu giliran untuk dibaca. Macam dulu Paklong
pernah ajar: nasi akan menangis kalau dibiar terbazir.
2.45am
Alhamdulillah, selesai juz’
28. Maaflah biar Paklong mendengar lama, hampir dua jam nak perabih satu juzu’. Bacaan Angah tadi
tersangkut-sangkut. Biasa tak teruk macam ni. Entah kenapa tersedu-sedan. Mata blur, tak nampak huruf. Umpama windshield kereta masa hujan. Kena buka wiper, baru nampak jelas. Kabur sangat.
Tapi pipi rasa lembab, hangat.
Tadi Angah stuck dekat ayat 58:15. Walaupun Angah
tak terer Bahasa Arab dan tak terer pon Tafsir, tapi ayat tu ada perkataan “azaban syadida”. Seingat Angah, azab tu maksudnya seksa? Syadid tu
macam sebetul-betulnya \kan? Angah pernah belajar arab la dulu. Boleh guess
sikit-sikit. Ni dah ada tafsir kat tangan, dapat tau makna sebenar: azab seksa
yang berat.
kan dah agak dah. Jadilah
ayat tu makna dia macam dalam tafsir. Lepastu Angah jem sat Paklong! Lidah kelu
tak terlafaz, mulut macam taknak
sebut, suara tak terkeluar. Rasa macam taknak
baca bahagian tu, rasa macam nak
sembunyikan satu ayat ni, taknak bagi
Paklong dengaq pasai azab-azab nih. Jem lama kat situ…
Macam dalam drama, doktor
yang tahu masa depan pesakit mesti tipu pesakit tu supaya they feel better. Biasanya penghidap kanser. Doktor akan consult in a gentlest way before they tell
them,
“u got few days to live…” kan?
Tapi nak taknak, Angah kena habiskan
baca. Rasulullah saw ajar manusia supaya jujur. Contohnya, Baginda tak pernah
sembunyikan Surah ‘Abasa dari Al-Quran. Padahal dalam surah tu, Baginda ditegur
oleh Allah bila dia buat muka dan berpaling dari seorang buta. Ah, indah. Kita?
manusia apa yang terlanjur buat benda tak elok yang berani jujur buat
pengakuan? Entah.
Sambung baca lagi, jumpa
perkataan fasiq kat 59:5. ermmm. Fasiq tu orang yang tak berhenti
buat bad deeds kan Paklong? Walaupun kecil-kecilan?
Haisy, terasa. Ayat ni dituju pada
siapa ya? Menimpa kehinaan tu termasuk dengan tak terima amalan ke? Habistu
dari tadi membaca Al-Quran ni di dalam hitungan Allah tak? Arghh. Bacaan ni is the only
gift I can think of for Paklong. Kalau fasiq, tak sia-sia?
Baca lagi…
Surah Mumtahinah ni diakhiri
dengan kubur. Dekat translation dia
kata
“Wahai orang-orang yang
beriman! Janganlah kamu jadikan teman rapat mana-mana kaum yang dimurkai Allah,
mereka telah berputus asa daripada mendapat kebaikan akhirat, sebagaimana
berputus asanya orang-orang kafir yang ada di dalam kubur.”: (60:13)
Angah terhenti lagi. Kenapa
masa-masa ni terjumpa perkataan kubur?
Seterusnya dalam Surah
Jumuah. Ayat 8.(62:8) Tak sangka tiba-tiba tersangkut lidah bila nak lafaz part “..innalmauta..” Pause
tiba-tiba. Tak dapat nak guess maksud
dia apa. Tadi, lepas tengok tafsir, hilang separuh kudrat. Rasa lemah. Ya
Allah. Apa sebenarnya yang Kau mahu aku belajar malam semalam?
“Katakanlah (wahai Muhammad):
Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan
menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Mengetahui
segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang
kamu telah lakukan (serta membalasnya).” (62:8)
Lepastu, ayat At Thalaq : 11
ni Angah ulang-ulang. Padahal taktau maksud. Tapi sebab ada perkataan lanjutan
dari “sod”, “lam”, “ha”. Soleh. Angah ulang. Soleh. Maksudnya orang yang taat beribadat, orang yang patuh
perintah Allah, orang yang alim. orang macam Paklong. Paklong solehkan?
Dr Reda Bedeir masa imamkan
Subuh dan Jumaat di masjid UIA haritu, ada ulang-ulang beberapa ayat untuk beberapa
kali dalam solat. Angah tak pernah tanya kenapa dia buat macam tu. Tapi semalam
Angah tertiru dia, mengulang-ulang ayat. Logiknya sesuatu benda kalau ditekan
dalam repitisi, akan lebih jelas ternampakkan?
At-Tahrim : 10 pon sama. Ada part “orang-orang yang soleh”. Ulang-ulang juga
supaya Allah tahu Angah mahu Paklong dilihat dari golongan itu. Allahu Allah. Bila semuanya selesai, Angah
perasan ada banyak juga perkataan yang buat Angah terpanggil. ermm…
Angah jumpa perkataan macam “nasrann”, “ansarullah”, “nasoruhum”,
“layansurunahum” dan seterusnya. Semuanya
berasal dari kompilasi: “nun” + “sodd” + “raa”
Macam nama Paklong. Abdul NASIR
Bin Samsudin. Ertinya seorang pembela, seorang pemberi pertolongan, seorang pengkurnia
kemenangan. Dalam konteks semalam,
Paklong masih seorang yang memberi kesenangan pada Angah. Sebabnya, Paklong
masih tersenyum walaupun semua bersedih. Itu buat Angah tersenyum. Sekurang-kurangnya Paklong buat Angah tahu yang Paklong dah lalui sakarat yang dikatakan sangat menyakitkan itu dengan tersenyum.
ada kawan pernah kata. Facebook kita akan bosan bila kita malas
update status dan malas nak conteng dinding orang lain. Jadi jangan expect nak dapat banyak like bila kita post
something.
Ya Allah, ya, logiknya aku
tak mampu nak harapkan balasan yang selayaknya diterima dengan apa yang
selayaknya aku buat. Tapi, untuk sekali ini, dengan kapasiti Kau sebagai yang
tidak ada Tuhan melainkan Kau; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci;
Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan
Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat
(menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya, (59:23)
aku pinta Kau limpahkan
kerahmatanMu pada Abdul Nasir Bin Samsudin supaya dia berada dalam golongan
yang diredhai olehMu dan ditempatkan di Syurga. Amin Ya rabb.
Dalam kenangan :
Abdul Nasir bin Samsudin (03.10.1955 – 14.02.2012)
Innalillahi wa inna iaihi raji`un
Moga Allah berkati roh almarhum & mengampuni segala dosa-dosanya.
Ya Allah Ya ArhamarRahimin..
Al-Fatihah.
Al-Fatihah.
08 February 2012
peraturan baru untuk Numan
Salam alay'k
|
Higit na matatag ang Partido ngayon
kung ihahambing noong siya ay
umusbong
ilang katao lamang ang muling
nagbangon
sumuong sa panganib at hirap
ang ilan ay libo-libo na ngayon
♬
♪
|
♫
|
♩
|
lagu revo Filipina diulangdengar buat kesekian kalinya.
beginilah selera orang muda yang tercari-cari inspirasi. kuat melawan. gigih
menentang. sambil-sambil belajar tentang sejarah-sejarah silam dan mengambil
pengajaran.
langsir jambu kaler pink
disisip kemas memberi ruang ventilasi udara seoptimum mungkin. tersergam
kokoh blok mahallah yang bertentangan. fe'el jendela jiran-jiran
dilihat dalam kerawakan; ada yang terbuka, ada yang separuh terbuka, ada
tertampal poster , ada juga yang ditempek surat kabar.
Boleh jadi mereka merupakan koleksi
artikel-artikel terpilih sebagai bacaan rutin pengisian intelek setiap hari.
Kreatif juga cara si jiran ni menafikan pancaran terus matahari, menggunakan
akhbar sebagai langsir. Vintage.
The Window by DottyDrama |
"Numan! kau tengok apa?"
sergah teman sebiliknya, seorang super senior. seorang pakar dalam
mencari lubuk mendapatkan makanan free lebihan program sekitar kampus.
"aku nak bagitahu beberapa
peraturan kat sini". Numan mengangguk lewa.
"bilik kita ni tingkat
berapa?"
"dua" balas Numan pendek.
"maksudnya?"
"ada orang ditingkat satu, tiga
dan empat"
"bagus. pertama sekali, aku
taknak kau buang sampah dari tingkap kau ke bawah. kau faham apa makna sampah
kan? benda-benda yang kau nak buang. termasuklah sisa makanan, air buat celur
maggi, plastik choki-choki, kahak hijau dan lain-lain yang bersangkutan"
*angguk*
"kau hisap rokok?"
Numan sengih gaya Joker.
"aku tak kisah kalau kau nak
hisap dalam bilik. tapi sediakan ashtray sendiri. kau perasan tak tuala si Kai
yang berlubang tu?"
*angguk laju*
"itu adalah contoh akibat bila
orang atas yang tak hormat orang bawah, buang puntung bersepah-sepah. kau
jangan fikir bukan-bukan. memanglah lubang pada tualanya nampak kemas dan
bermutu, tapi si Kai tu baik orangnya. pelajar ilmu wahyu tau..."
*senyum*
"kau suka view dari
sini?" kata super senior sambil merapatkan tubuhnya ke tingkap
kompartmen Numan.
"suka..."
"kau tengok tingkap dekat top
left kau. ada apa?"
Numan mendongak mencari tingkap yang
paling kiri tingkat empat blok di blok yang bertentangan.
"kau suka view ni?"
Numan geleng kepala.
"ha, kau jangan
contohi jiran top left kita ni. ini jenis orang yang fikirkan haknya
sendiri. dia perkosa mood orang lain. dia bawa pergi selera makan jiran
yang bertentang tingkap dengan dia. dia kontaminet keindahan alam kat
sini. kalau burung-burung yang hinggap kat atap ni boleh berfikir macam
manusia, mesti diorang termuntah hijau terberi pucat..."
Numan mengangguk tanda setuju. Dia
capai dan tuliskan kesemua peraturan kedalam buku nota
"Universiti Kehidupan" miliknya.
Super senior berpuashati melihat respon memberangsangkan dari Numan. ini baru betul Numan the New Man.
Super senior berpuashati melihat respon memberangsangkan dari Numan. ini baru betul Numan the New Man.
pada masa yang sama, dari jendela
paling tinggi disebelah kiri, boxer kuning dengan watak spongebob terpuing-puing
berkibaran mengikut haluan angin.
Selamat datang ke dunia kampus.
Selamat datang ke dunia kampus.
04 February 2012
dua dunia
salam alayk' & grreetings.
"Zil, kau tak rasa gema paradoks dua dunia kita?"
"dua dunia apa?"
Fiq hulurkan nota yang penuh tulisan:
1. dunia langit atau bumi.
2. dunia cuka atau gula.
3. dunia Rangga atau Cinta.
Zil ambil pen hitam dan gariskan kesemuanya.
1. dunia langit atau bumi.
2. dunia cuka atau gula.
3. dunia Rangga atau Cinta.
"kau tak perlu risau. mereka memang lahiriahnya bertentangan..."
Fiq angguk kepala.
"yang kau perlu risau ialah dunia digital yang tak diimbangi. dunia digital yang so-sial. dunia yang diciptakan paralel dengan yang real.."
kening kanan Fiq terangkat disertai ekspresi bengap kuriyes.
"kau tak perasan kawan-kawan kita cuba menjadi orang lain di mukabuku?"
"Si Pandir cuba menjadi Hang Nadim,
William Hung cuba menjadi Ricky Martin,
komunis cuba menjadi Islamis...
semuanya pelapis keyboard warrior..."
Fiq diam.
"terlalu asyik bersosial sampai kita lupa dunia real"
"dan yang paling aku takuti, kita lupa cara Rasulullah bersosial."
*angguk*
"jadi kau bukan sengaja soalkan perlengkapan wifi di masjid kan?"
Zil tersenyum. (2:43)
_______________
Salam Maulid 1433h
together by purplepawn |
"Zil, kau tak rasa gema paradoks dua dunia kita?"
"dua dunia apa?"
Fiq hulurkan nota yang penuh tulisan:
1. dunia langit atau bumi.
2. dunia cuka atau gula.
3. dunia Rangga atau Cinta.
Zil ambil pen hitam dan gariskan kesemuanya.
"kau tak perlu risau. mereka memang lahiriahnya bertentangan..."
Fiq angguk kepala.
"yang kau perlu risau ialah dunia digital yang tak diimbangi. dunia digital yang so-sial. dunia yang diciptakan paralel dengan yang real.."
kening kanan Fiq terangkat disertai ekspresi bengap kuriyes.
"kau tak perasan kawan-kawan kita cuba menjadi orang lain di mukabuku?"
"Si Pandir cuba menjadi Hang Nadim,
William Hung cuba menjadi Ricky Martin,
komunis cuba menjadi Islamis...
semuanya pelapis keyboard warrior..."
Fiq diam.
"terlalu asyik bersosial sampai kita lupa dunia real"
"dan yang paling aku takuti, kita lupa cara Rasulullah bersosial."
*angguk*
"jadi kau bukan sengaja soalkan perlengkapan wifi di masjid kan?"
Zil tersenyum. (2:43)
_______________
Salam Maulid 1433h
02 February 2012
denial; bila tersenyum pada pujian yang...
bukan selayaknya menyatakan kita.
salam alayk'
ada satu testimoni yang tulus dan ikhlas dalam folder video PMG aku. ini:
Tujuan pertama saya datang sini, saya memang nak sangat ikuti program yang ada unsur Islam… Bila datang sini, saya dapat benda tu. Saya bersyukur sangat sebabnya, ermm, dapatlah apa yang saya nak tu….Yang kedua barulah saya nak pengisian “Menara Gading” tu… Yang utama tu, suasana Islam tu, saya dah rasa kat sini. Memang dah rasa sangattt dan bersyukurlah sebab dapat ikuti program ni.Ayah sebenarnya tak bagi pergi, tapi memang saya dah buat istikharah, memang dah nampaklah sebab untuk PMG ni. Dah banyak kali, dah 3 kali buat istikharah memang terasa kena pergi jugaklah.Terima kasih kepada semua yang memberikan pengalaman ni untuk saya, saya memang dah lama cari sebenarnya tapi saya tak jumpa program yang Islamik.
Sekian.
nah, secara personal, aku tak rasa jujur menghadam testimoni sesuci ini. aku rasa macam layaknya siapa dipuji cuma pada menyatakan yang ternampak lahir zahir pada maata peserta.
Confusing by syonic |
sifat kata-katanya terapung,
sama ada ekspektasi dia yang terlihat melangit tinggi
ataupun aku yang terlalu kalamiti.
iyalah, peserta tak pernah tahu apa yang panitia bincangkan.
si adik ini sampai mengadu pada Tuhan pinta dimenangi izin bapanya.
akhirnya dia berjaya bersama kami. si adik ini secara jelasnya mahu
menghidupi gaya Islami. Alhamdulillah Tuhan izinkan pengalamannya
dibina. pada Qiamnya, pada Ma'thuratnya, pada Dhuhanya, pada Syair-syair
rintihan para ulama silamnya, pada rasa kebersamaannya...
tahu tak disaat merakam testimoni ni, lidah jadi kelu doh!
dalam gigil jemari, dalam lincah akal, menta'kul
sama ada segala pahit jerih ini berada dalam hitungan Tuhan atau tidak.
sama ada yang menjadikan 3 hari itu terasa Islami termasuk aku atau tidak.
inzar kadang-kadang memang wujud ek dalam ibrah?
ah sudahlah. semuanya telah selesai.
baguslah kan?
bila komennya terlalu bagus.
untuk sekelumit kontribusi yang samar.
*oh kemonla, maata itu typo
Subscribe to:
Posts (Atom)