25 January 2012

pelukan paling nyaman

salam alyk' and greetings.

Salihamidzi masih kejur berteleku di sudut paling kanan saf pertama. Sami Khedir sudah mula resah menunggu. Perutnya sudah lapar. Tekaknya sudah dahaga. Di luar, tangis langit makin reda bersama-sama kesesakan jalan usai Jumaat. Hon dan siren saling bersipongang menambah rancak bunyi dalam nadi kotaraya.

Seorang demi seorang beredar meninggalkan ruang solat pusat perkumpulan manusia yang penuh saban minggu. Salihamidzi masih tak menunjukkan tanda-tanda dia mahu bingkas. Wajahnya meraut seakan-akan seorang hamba menikmati syurgaloka. Mulutnya terkumat-kamit memuji kebesaran Tuhan yang Maha Esa.


credit - fluorescent2892



Sami Khedir merapati temannya.

"kau sakit ke?" sapanya lembut.

"takdelah, aku ok je..."

"habistu, kenapa dengan dada kiri kau?" soalnya lagi melihatkan posisi telapak tangan kanan Salihamidzi yang diletakkan di dada kirinya.

"takde apa, saje je..."

"nak stay lama lagi? aku dah lapor nii..."

"sekejap, 5 more minutes..."

"fine..."

Salihamidzi menadah tangan dan melafazkan doa dengan sesungguh-sungguhnya sambil diperhatikan oleh sahabatnya. Kemudian mereka berjalan menuju ke kereta milik Sami Khedir.

"kau taknak cerita kat aku kenapa setiap kali kau berwirid kau pegang dada kiri kau?"

"kau nak dengar ke cerita aku?" balas Salihamidzi. Sami Khedir mengangguk.

"aku sendiri tak tahu nak mulakan dari mana. aku tak rasa apa-apa dalam setiap amal ibadah yang aku buat. aku takde fokus, aku takde sebab untuk rasa ihsan..."

"jadi, apa kena mengena dengan tangan ke dada kau tu?"

"jujurnya, aku takde sebab. tapi hasilnya, aku dapat rasa jantung aku berdegup, satu jenis organ yang aku sendiri yang aku tak pernah lihat, organ yang aku tak pernah sentuh, organ yang aku tak pernah arah untuk mengepam darah. Organ yang buat aku merasa kewujudan Dia dalam setiap degupan yang menggerakkan bahagian yang lain."

"Bila aku letakkan telapak tangan aku, ada pertukaran haba yang berlaku. Rasa hangat suhu badan. Rasa dipeluk oleh pelukan paling nyaman dari dalam. Sampai satu tahap, lantunan-lantunan zikir seakan-akan meluru masuk dalam urat aku diselang-selikan dengan degup jantung dan denyut nadi."

"tapi ini semua perasaan aku je. aku tak pernah kisah kalau orang lain tak rasa apa yang aku rasa. yang paling aku phail ialah memikirkan apa yang aku lafazkan..."

"apa maksud kau?"

"dalam 33 kali melafaz tasbih, aku tak mampu fikirkan 33 kesucian Allah. dalam 33 kali melafaz tahmid, tak sampai 33 nikmat yang terlintas dalam fikiran aku. dalam 33 kali bertakbir, aku tak mampu gambarkan 33 kebesaran Allah. walhal, semuanya terlalu banyak, tapi...."

"kita manusia kan... selalu lupa dan melupakan..."




[13:28]




15 January 2012

[promo] Perkampungan Menara Gading 2012

Salam alayk' and greetings!

klik gambo untuk tumbesaran makro



poster ni bukan sebarang poster. ini poster untuk event osem Januari ini.
ini detail dari poster

Perkampungan Menara Gading : "Selangkah ke Alam Kampus"

tarikh : 27hb-29hb Januari 2012
tempat : Kolej Tun Dr Ismail, UTM Skudai*
yuran : RM50
terbuka kepada : Lepasan SPM, STPM & STAM dan Pelajar Menengah Atas
pendaftaran : Syi'aruddin ( 013-3635850 ) / Nureen ( 013-3759753 )

Event ini dianjurkan sebagai medan persediaan untuk pengajian peringkat tinggi kepada adik-adik lepasan SPM, STPM, STAM mahupun yang masih berada di menengah atas.

Para peserta akan diberi pengenalan tentang maklumat-maklumat yang berkaitan dengan pengajian di peringkat matrikulasi, fondasi, diploma dan ijazah oleh brader-brader misai tipis dengan senyuman manis bersama-sama dengan kakak-kakak mesra alam.

kita akan berkampung di UTM Skudai selama 3 hari 2 malam lengkap dengan penginapan dan makan minum bersama aktiviti-aktiviti menarik dengan bayaran RM50 sahaja. Menurut sumber yang dipercayai, suasana kampus di UTM ni sangat mendamaikan dengan populasi nyamuk dan cicak kobeng yang minima.

antara dilema pelajar lepasan sekolah biasanya mereka
- kuriyes dengan pemilihan kursus dan kampus
- kuriyes dengan sistem pengajian dan sistem markah
- kuriyes dengan gaya hidup di alam kampus
- kuriyes dengan permohonan biasiswa dan pinjaman
- kuriyes dengan cara pemakaian ke kuliah
etc

Penyertaan adalah terhad kepada 150 orang sahaja. Ini bermakna 473883 lepasan pelajar SPM, STPM & STAM 2011 yang lain tidak dapat menyertai event ini. Dalam figura nombo, bakal peserta adalah salah seorang daripada 0.0316433666% daripada lepasan pelajar SPM, STPM & STAM yang dapat menyertai event ini. pergh!

jadi daripada adik-adik menghabiskan hujung minggu melakukan rutin klise mengepau duit poket mak ayah untuk melepak cuci mata di CS dan gelabah di kemudian hari mengisi borang UPU online, lebih baik join event ni.

jangan tunggu-tunggu, ambil talipon bimbit anda dan hantarkan mesej pendaftaran kepada nombo ini:
Syi'aruddin ( 013-3635850 ) / Nureen ( 013-3759753 ) 

ataupun, login ke fesbuk anda dan join grup PMG'12 - link untuk maklumat lanjut.



InsyaAllah banyak manfaatnya.

*updated - video PMG yang pernah dianjur*






12 January 2012

[video] 우리의 행복한 가족

salam alayk' & greetings.



video by krunchieroll



mood video ni, comel kawan-kawan yang pernah berbulatan gumbira misti teringat-ingat zaman muda mudi mereka kan?

terutamanya kepada yang dah tak rajin pergi usrah lagi.

macam saya. hah.



eh, sebenarnya bukan dah tak pergi usrah lagi.


tapi konteks usrah tu yang dah dijenamakan semula.

bagi saya, usrah boleh dimana-mana. brader-brader seusrah boleh berfutsal bersama. pergi seminar bersama. mengurus program bersama. bertukar buku-buku bersama. pergi tengok demonstrasi bersama. berflashmob bersama. even kalau jumpa di kafe pon boleh jadi berjam-jam sembangnya. kadang-kadang sampai tak perasan dah cover macam-macam isu.

dari isu agama, isu semasa, isu politik, isu mahasiswa, isu welfare, isu gerakan Islami, isu luar negara, isu Malaysia dalam 2,5,10 tahun lagi, isu filem, isu kupas buku, isu ustaz-ustaz. isu teknologi dan seterusnya.

usrah tak semestinya duduk berbulatan di masjid/surau. saya pernah dulu berpersepsi secara kurang adil pada usrah dengan melabel aktiviti ini tak hip tak kool. sampailah saya faham konteks sebenar dia. kadang-kadang saya rasa usrah tu bentuknya bebas, asalkan faham dan tak lari dari rukun usrah yang tiga tu:  taaruf, tafahum, takaful.

saya juga nak ucap tahniah kepada inche gabbana kerana burjaya menganjur pertandingan video osem ni.

saya juga nak ucap tahniah kepada inche gabbana kerana burjaya menjenamakan usrah dalam terma yang lebih segar dan hip.



"bulatan gumbira" katanya.






*nak consider grup ni as usrah jugaklah. boleh? *






09 January 2012

satira bergurau senda dengan si polan yang tiga...

salam alayk' & greetings.



Yang pertama ni selalu terkinja-kinja. Lagaknya hiper. Atau dalam bahasa orang muda, berjimba tak tentu hala. Serius ni wei! Kalau sekejap kau duduk bersama, dua minit je dia boleh pegun dan sopan. Minit ketiga akan buat kau menjadi saksi tarian esentriknya sumpah macam orang-orang sinting dengan rambut tokak. Eh, gaya rambut dia botak tak tokak. Masa baru haircut, setiap kali dia menghadap cermin dia berhenti. Dia tengok imej, imejnya pula tengok dia. Kemudian dia panggil aku lalu aku toleh dan ekspreskan muka-ingin-tahu. Dengan spastiknya dia halakan jari telunjuknya ke imej sendiri dan katakan "budak botak" sambil ketawa syok sendiri. Menakutkan bukan?

Yang lagi satu ni ialah yang paling hensem. Selalu berkepit dengan gitar pemberian makwe sempena hari lahirnya. Suara boleh tahan sedap sikit dari teman-teman yang lain. Bila dihadap cermin, dia akan mula berposing gaya konfiden. Nafas ditarik dalam-dalam. Kemudian ditahan tak dihembus semula. Angin campuran oksigen, hidrogen, stokinogen, safetybootogen dan helmetogen berpadu ke dada. Maka, dada yang sempit terkembang, yang datar terbidang. Perut yang terjuih terempang, yang terboroi tersamar. Dalam 10 saat, imej dalam cermin membentuk seorang adiwira perkasa dengan susuk tubuh seorang lelaki sejati. Yeah! Lelaki sejati dengan dada bidang perut berketak enam sedang sedia berhadapan segala dugaan. 15 saat kemudian, imej adiwira sejati yang diyakininya tadi hilang bersama-sama helaan nafas yang disimpan. ppppuuiihh!

Oh, yang ketiga ini misteri. Sangat misteri dengan segala macam persoalan. Dia selalu menyepi. Dia selalu tak berkesempatan berprogram sekali. Yang paling misteri ialah bagaimana dia mengekalkan berat badannya walaupun tak turun bersukan di padang. Malah selera makannya menakutkan. Setelah menyantap nasi jam lapan malam dia akan makan lewat malam dengan burger ataupun mix. Skill DOTAnya mengImbakan. Hampir semua permasalahan tentang dunia digital mudah diampuh. Dalam kepalanya ada satu fakulti ta'kulan yang tidak dapat diurai dengan bahasa biasa. Bila tertekan, speakernya akan melagukan lagu Damn nyanyian Avril berulang kali. Malah dia mampu berdansa bila tiba bahagian korus. Sekali sekala, ada imej Rhasta muncul dari belakangnya.

Dari kesemua variasi ini, masing-masing bersetuju atas satu perkara. Iaitu supaya aku berpindah ke bilik lain. Menurut mereka yang paling mendurjanakan itu aku.

ha ha ha




05 January 2012

asalnya 4, tinggal 3, tinggal 2

Salam alayk' & greetings.


Bismillahirrahmanirrahim...






"gua kira sampai 3, kita lari sama-sama. ok?"

"ok, gua set"

"gua on"

"satu, dua... tiga... go!"

bagaikan Usain Bolt versi nusantara, geng tiga sekawan berlari sepenuh kudrat dan upaya dari pagar belakang menuju ke asrama. Misi kami cuma satu, sampai di surau sebelum jemaah lain selesai teraweh. Jam baru menunjukkan pukul 8.30 malam. Masih awal lagi, masih sempat jemaah sekali.

Kaki yang berlari kemain lancar sekali. Merentasi padang rumput hijau yang dilitupi embun langsung tidak menjejaskan larian padu dan jitu. Dihadapan sana, kelihatan reben finisher yang setia menanti pemenang pertama. Siapa yang menang nanti, dialah juara. Dialah yang pertama. Dialah yang akan menaiki podium yang paling tinggi. Heh, imaginasi. Reben mural pada dinding adalah.

Sebenarnya, degup jantung makin pantas bukan kerana larian kencang. Tetapi kerana risiko jikalau larian kami gagal sampai ke destinasi. Andai pakcik dewan makan perasan dan laporkan pada ustaz, mau selibas dua kena sebat dengan rotan sebesar ibu jari diameternya.

Lagipun, ustaz bukan bodoh nak sebat pesalah laku di bahagian punggung. Dia akan libas pada otot dibahagian belakang betis. Masa aku kantoi baca Utopia dalam kelas dulu, dia sebat belakang betis sampai merah. Kemudian bila digosok sedikit terus luka berdarah.

Tapi kadang-kadang dia sebat di punggung juga. Kalau beginner yang tak pandai alas kocek belakang dengan buku ataupun dompet disebat, maunya tak terkawal ketika proses pembebasan angin kotor. Faham-fahamlah, otot kemut kendur sudah jadi spontan otomatis. Orang kata dalam bahasa marhaen biasa, kentut bersepah-sepah. Postur duduk pon jadi sendeng semacam.



laluan larian kamikaze 2004



Larian kami terhenti setelah selamat sampai di dewan makan tanpa disedari sesiapa. Aku pandang Bal. Bal jeling aku. Aku tengok kiri kanan. Bal tarik aku ajak sembunyi di ampaian berbumbung.

"weh, weh, mana Barg?"
"entah, tadi dia lari sebelah gua. Lepastu tiba-tiba tinggal kita dua je..."
"aisehmen, mamat ni ikut jalan mana pulak..."

Barg langsung muncul dihadapan kami. Dia tercungap-cungap mereguk oksigen dari nafas malam. Seluarnya disaluti lecak dalam. Rona ceria bajunya kelam.

"apsal lu lambat?"

Barg masih tercungap-cungap. Kemudian dia labuhkan punggungnya ke lantai dan tongkatkan kedua tangannya ke belakang.




"tadi gua tak nampak... gelap... gua... gua tersangkut dekat net takraw... jatuh..."



Bal dan aku gelak professional dikit-dikit.


Usop yang masih dipagar pula naik angin. Kurang ajar budak-budak ni. Waktu makan, kenyang sama-sama. Fly sama-sama. Rancang pelan masuk semula sama-sama. tapi, kira sendiri-sendiri. tertinggal aku sendiri.



02 January 2012

[fiq] dialog tahun baru

salam alayk' & greetings

entri hasil daripada ini - link

sila duduk dengan selesa, jaga jarak mata dengan skrin laptop. jangan lupa buka lampu, membaca dalam gelap boleh menyebabkan keletihan otot bintik kuning menggelabah mencari peletakan imej. oh ya, jangan sesekali meniarap bersama lappy kalian diatas katil dengan bantal diapit ke dada bersama lengan menongkat dagu. mulai tahun baru ni, kita amalkan postur yang baik demi kesihatan bodi masing2. ok!

sekarang sila nikmati galeri ini satu persatu. 

(16:125)

setiap quote bukan melambangkan apa yang aku nak bawakan tetapi mereka ialah quote dari hasil perbualan aku dan marhaen lain. 


sidang rakyat KL boleh diketahui lebih lanjut di #OccupyDataran


seriusli, malam tu aku tak boleh tidur sebab aku memikirkan terlampau banyak perkara. sebenarnya aku tidur juga dalam 20 minit. tak sempat nak deep sleep, lena diganggu oleh alarm untuk qiam dari kawan-kawan gerakan. mengesan tuan empunya alarm adalah sangat sulit rupanya. bayangkanlah antara ratus-ratus manusia tidur bergelimpangan takkanlah nak pergi ke satu-satu poket mereka dan cek henpon masing-masing. pening juga dibuatnya.

amacam statement ni?


dari aktiviti bersama pihak masjid untuk mendekati dan menemubual orang awam, aku sempat bersama geng #OccupyDataran untuk sidang rakyat KL tentang perbahasan isu buang bayi, gaji minima, akta perhimpunan etc... menarik. tapi malangnya tak sempat join sampai habis. tapi aku tak risau sebab diorang akan upload resolusi untuk setiap sidang di facebook mereka : #OccupyDataran

bila tak boleh tidur, aku akan teruskan berfikir tentang apa-apa yang terlintas. secara spesifiknya, yang paling menekan-nekan fakulti intelek aku ialah bagaimana untuk tidak cepat meletakkan label pada orang?

lompongan mana perlu diisi mengganti kenikmatan-kenikmatan sementara?


aku tak rasa ini merupakan masalah aku seorang dan aku tak kata juga ini masalah semua orang. tapi secara ketaranya masalah terlalu cepat melabel orang lain adalah punca kepada segala jenis stigma dan diskriminasi dalam masyarakat.

aku ada seorang teman yang cukup kuat mengkritik satu individu public figure.
bila aku soalkan pada dia tentang perjuangan jenis apa si polan ini dah buat sehingga kau cukup keras mengkritik dia?


-yang menjalankan tugasan-


dia senyap. membisu. dia tiada jawapan untuk soalan itu. yang dia nampak cuma khabar neraka utara barat timur selatan tentang individu itu. dan dia langsung tak pernah nak mengkaji dan mengenal si polan.

kenapa bersikap judgemental kalau belum kenal susuk fikrah si empunya badan?

tak profesional kan?
aku tahu.

anak papa cool



sebab aku dulu begitu. dan sekarang aku masih sedikit begitu. 

aku ronakan hijau dalam kanvas kepala setiap kali ternampak daun, tapi sebenarnya
dibalik daun itu ada urat-urat merah yang berselirat.
kadang-kadang kelihatan bintik-bintik klorofil putih. dan
kadang-kadang juga ronanya hijau malar atas dan bawah.

tapi bagaimana tahu tanpa membelek dahulu?



backgroundpic: sila teka yang mana aku? yang mana izwanyusof?


berjumpa ramai orang dan belajar menahan fikiran perlukan latihan, ilmu, dan juga guru.



 
Sultan Abdul Samad Building


Sirah pernah mengajar: Rasulullah mengiktiraf Bilal sebagai antara sahabat terapat dengan baginda walaupun beliau seorang hamba yang berasal dari Habsyi berkulit gelap

Integrasi termantap bukan?



nametag. collaboration Masjid Jamek-PKPIM-GAMIS-etc



kalau budaya melabel tidak dibendung, waras kita akan mula lerai. lebih parah lagi kalau terjadi pada pihak-pihak yang mempunyai kesepakatan obvious

bersepakat dengan kesamaan percaya,
bersepakat dengan kesamaan bahawa kita manusia yang asalnya dari punca yang sama (4:1).


dibiar lama-lama lagi nanti jadi masalah internal. seorang daie tak patut begitu kan?


_______________
disclaimer

1. setiap quote yang ada dalam gambo adalah true as hasil dapatan dari pemerhatian, catatan, dan ada sikit-sikit rakaman yang aku buat semasa malam tahun baru dua ribu dua belas.
2. gambo-gambo bersumberkan link dengan izin.
3. kepada pemilik quote, anda berhak menghubungi aku untuk padamkan quote korang yang ada disini.