Satu persatu ranting kayu dilepas ke dalam longkang. Aliran
air sederhana deras membuat ranting-ranting tersusun dalam perlumbaan. Ada
yang lancar, ada yang tersangkut. Anak kecil ini leka. Dalam uniform sekolahnya di
sungai kertas. Dia macam Zahra, dari Children of Heaven yang tanpa sengaja,
terhanyut dan terpaksa mengejar kasut abangnya. Terimbas. Saya lepaskan satu
ranting, menyaingi ranting-rantingnya. Kemudian saya tinggalkan dia dengan
senyuman. Dia terus hanyut dengan permainannya sambil menunggu diambil van sekolahnya. Dia, Sofia.
28 February 2014
06 February 2014
A girl full of wonder.
Sebenarnya kalau dibuat carian mengenai filem-filem yang melatari konflik Nazi-Yahudi dengan lanskap Berlin, Israel, Munich dan Amerika; hasil yang bakal terpapar pastinya sebuah senarai panjang dimuat dengan filem-filem yang sangat bagus. Setidak-tidaknya, secara peribadi, filem-filem dalam kerangka anti-semitik mahupun pro-semitik, pengkisahan semula holocaust, kekuasaan fuhrer dan keadilan untuk pelarian Yahudi dibina dengan fondasi yang sangat rapi melalui bentuk naratif yang cemerlang dalam pendoktrinan halus mahupun jelas.
Ini, aku muatkan semua dalam satu folder.
Hitler The Rise of Evil
Valkyrie
Valkyrie
Schindler's List
No Place on Earth
Dan yang terbaru, The Book Thief
31 January 2014
#soup4homeless
Memberi dan menerima
Yang landasannya keikhlasan
Yang landasannya kejujuranYang landasannya keimananYang landasannya ketaqwaanAdalah puncak kemuliaan manusiawiAdalah puncak keindahan insaniYang seluruhnya diberkati.
Petikan sajak bertajuk "Memberi dan Menerima" nukilan Shahnon Ahmad, 1994.
Dilema.
Satu perkataan yang mampu merumuskan
dapatan fizikal dan spiritual saya pada akhir program. Sekaligus merangkumi
pemerhatian saya sepanjang kegiatan bersama pertubuhan-pertubuhan yang lain dalam misi kemanusiaan yang hampir sama.
Suasana kesukarelawanan (volunteerism)
di Malaysia sebenarnya masih muda. Golongan rakyat elit mahupun sederhana yang
selesa kebanyakannya memberi respons yang sangat positif terhadap kegiatan ini
dari segi kesedaran kewangan. Cumanya, wakil golongan ini yang bersedia untuk
menjadi penggerak masih kurang. Mungkin faktor kelapangan masa menjadi kekangan
untuk mereka berpeluang melepas diri ke lapangan. Gerakan kesukarelawanan masih
belum mampu menjadi gerakan yang utuh dan bertahan untuk jangka masa yang panjang
seperti di negara-negara maju. Entah mengapa, saya terbayang-bayang perasaan minda yang dihenyakhentak semasa membaca buku Minda Tertawan; dan sajak pada akhir bahagian buku itu;
Dapatkah kau menghayati kekayaan rohani, intelektual
di tengah-tengah kemiskinan
berbanding negara
yang kaya materi dan bendanya
namun miskin pemikiran dan rohaninya
hanya tubuh berpakaian kain kilat dari Korea,
Dubai dan Paris"
Raja Ahmad Aminullah, Disember 1996.
Namun begitu, saya tetap yakin halatuju dan sambutan untuk kesedaran kesukarelawanan berkembang sihat.
Dilema satu, halatuju sistem pendidikan.
Sepanjang perjalanan, ada juga beberapa pihak lain yang turut sama menjalankan program serupa di sekitar Chow Kit. Maka, kami memilih untuk beroperasi di tapak diantara McD dan Terminal Bas Puduraya. Mengedarkan sup ayam beserta kuahnya, sedikit lobak dan kentang, empat keping roti dan segelas air teh O panas untuk setiap seorang. Tujuannya, memenuhi permintaan kehidupan yang paling asas, makanan.
Dilema satu, halatuju sistem pendidikan.
Sepanjang perjalanan, ada juga beberapa pihak lain yang turut sama menjalankan program serupa di sekitar Chow Kit. Maka, kami memilih untuk beroperasi di tapak diantara McD dan Terminal Bas Puduraya. Mengedarkan sup ayam beserta kuahnya, sedikit lobak dan kentang, empat keping roti dan segelas air teh O panas untuk setiap seorang. Tujuannya, memenuhi permintaan kehidupan yang paling asas, makanan.
“Kalau nak datang lagi, nanti buat pada Selasa malam Rabu. Hari lain memang ada dah orang buat, tapi yang pakcik perasan, malam Rabu semua kebulur ni. Bawaklah makanan lain sikit. Jangan buat makanan yang canggih-canggih, diorang tak makan. Macam spageti tu, mana reti makan. Kalau nak bawak yang senang buat, kos murah. Pengat pisang, bubur kacang, bubur caca…”
Tersenyum-senyum kami mendengar
celoteh seorang pakcik yang menceritakan data dan pergerakan gerakan
kesukarelawanan secara teliti. Segannya sebab tak mula dengan survei umum
sebelum penyertaan. Mungkin segala dapatan boleh ditulis semula dalam bentuk
surat dan dihantar kepada Universiti Malaya untuk memohon mereka membuat kajian
dan melakukan pembentangan tentang gelandangan di peringkat nasional, ceywah.
Dilema dua, jadual dan menu!
Dilema dua, jadual dan menu!
Kami bertemu dengan beberapa individu yang unik. Mungkin juga mereka memang menanti kehadiran ‘orang luar’ sebagai tempat meluah rasa.
Muhammad.
Dia duduk sahaja dalam jarak dua
meter dari meja tempat kami edarkan sup. Sewaktu barisan pertama yang
beratur telah selesai, beberapa orang
daripada team kami pergi menemui Muhammad.
Dia nekad mahu ke mahkamah,
menukar semula namanya dan meninggalkan Islam setelah tiga tahun
penghijrahannya. Helmi, menulis dengan lebih terperinci mengenai perbualan
mereka.
Lain kisahnya dengan Muhammad. Seorang Mualaf. Salah seorang yang mencicipi sup ayam kami. Sudah tiga tahun beliau menganut Islam. Namun kini dalam proses tukar kembali nama asal beliau. Mahu keluar dari agama Hanif ini katanya.
Birokrasi. Leceh. Beliau sudah tidak tahan lagi dengan jabatan dan majlis agama islam negeri yang dikatakan sedia membantu saudara baru. Namun sering tertipu oleh pegawai agama yang bermanis muka didepan menabur janji-janji di lantai. Namun janji hanya tinggal janji. Islam ini menurutnya hanya seperti sarung gula-gula. Selepas nikmat dikunyah, sarungnya dibuang. Tidak kurang juga di matanya, orang Islam ini suka bermain baton pass. Ya. Namanya pun birokrasi.
Mahu belajar solat. Imam masjid keliru.
Mahu belajar akidah. Duit jadi perlu.
Mahu belajar al-Quran. Ustad lari dulu.
“Ah, pening…! Islam buat aku pusing…, kalau tahu begini, aku benar-benar mahu keluar Islam.” Kata Mualaf itu.
Tanyaku mudah. “Abang rasa, tukar nama di Mahkamah boleh selesai masalah?”
Muhammad hanya terdiam kaku. Dalam hatinya masih ada rasa sayang dengan agama Hanif ini. Matanya mengharapkan seorang insan Muslim komited membimbing dengan serius dan fokus.
Mahu tanya lagi. Tapi sudah lari, meninggalkan kami. Kesalnya sampai begini sekali.
Terngiang-ngiang kata-katanya yang menyengat;
Dilema tiga, kerevelanan institusi Islam.
Albert, lain ceritanya. Seorang nasrani yang tahu serba serbi tentang Islam. Dia umpamanya sedang berada di tebing sempadan agama asalnya dan Islam, memerlukan satu loncatan padu untuk berada di lembah kebenaran. Saya terkesan dengan butir bicaranya yang cantik dengan roh penghayatan Islam.
“You pergi JAIS, pusat Islam, masjid ka, you tengok macam mana dia layan saudara baru, baru you datang bercakap dengan aku.”
Dilema tiga, kerevelanan institusi Islam.
Albert, lain ceritanya. Seorang nasrani yang tahu serba serbi tentang Islam. Dia umpamanya sedang berada di tebing sempadan agama asalnya dan Islam, memerlukan satu loncatan padu untuk berada di lembah kebenaran. Saya terkesan dengan butir bicaranya yang cantik dengan roh penghayatan Islam.
“Why the names are The Holy Bible and The Glorious Quran? Why does they have that ‘holy’ and ‘glorious’ label.
You know, when you’re alone with the Quran in a room, you’ll cry. Not because of ‘takut’ to Allah, but because of the beauty in those words.”
Perbualan kami larut merentasi kisah keluarganya yang tidak harmoni, hubungannya dengan pihak gereja, bantuan yang dia terima, risiko penghijrahan, dan lain-lain. Dia berbeza dengan segelintir yang lain, di saat gelandangan yang lain mencari bantuan untuk meneruskan hidup, dia bersoal-soal tentang kehidupan selepas kematian. Dia mampu berfikir tentang segala bantuan yang diterima adalah berbentuk duniawi. Dia masih mencari-cari persimpangan dalam perjalanan tauhidnya. Di akhir perbualan, Din, seorang daripada kami sengaja mengusiknya.
“Next time we met, I’m gonna call you Ahmad”“Not in front of my mother!” balasnya.
“You believe in one and the only God?”“Yes, I do.”
“You believe in Prophet Muhammad (p.b.u.h)?”“His teachings are true.”“You’re a muslim brother.”
Dia tersenyum, menggeleng. Masih berkira-kira. Usianya sudah 70-an. Memilih untuk kekal dengan agamanya kerana menghormati ibunya. Semoga beliau dikurniakan hidayah. Daripada Albert kepada Ahmad.
Dilema empat, bantuan kemanusiaan-ketauhidan.
“Dik, plastik jangan buang, aku nak.” kata seorang gelandangan. Setelah dia ambil plastik daripada kami, dia bergegas menyusun kotak menyediakan perbaringan. Kemudian datang seorang daripada mereka pula mengesot berhimpit-himpit membuka ruang yang terbatas. Sambil bergelak ketawa mereka berebut bertolak-tolak port yang digemari. Saya turut tersenyum, terhibur.
Saya berdiri disitu sejenak, cuba-cuba untuk menyelami pemikiran gelandangan lantas memahami perasaan dan mindanya sekaligus. Mereka tampak lebih senang dan tenang daripada kita yang setiap detik mencari rezeki dengan pelbagai cara. Tanpa kereta dan rumah, mereka tidak berhutang apa-apa. Mereka 'kaya-raya'. Seolah-olah, kesusahan hidup yang kita selalu canang-canangkan ialah serpihan kehidupan mereka yang telah terkikis.
Membaca Mencari Dugalia Huso, ada sebuah artikel yang mendalami permasalahan ini di peringkat pedalaman Malaysia barat. Tetapi isinya masih relevan dalam perkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh para gelandangan.
Inilah yang kita sering lihat sebagai kecacatan ketara di dalam pergerakan dakwah kita. Terlalu ramai pendakwah yang bergiat di kawasan-kawasan yang sudah cukup dengan kegiatan dan kemudahan agama, tetapi terlalu sedikit yang bersedia meredah hutan rimba untuk mengislamkan orang yang belum beragama. Lebih buruk lagi mereka mengecam dan mengkritik pihak berkuasa apabila mubaligh agama lain berjaya mempengaruhi penduduk pedalaman yang tidak beragama menyertai agama mereka.
Petikan "Kita pernah bertemu di Jannah", oleh A. Kadir Jasin
Mahu tidak mahu, mereka ialah terjemahan daripada masyarakat kita. Mereka menanti dan terus menanti bekalan bantuan ketauhidan mengenal Tuhan daripada sesiapa yang masih peduli.
29 January 2014
Melihat kehidupan dari kaca mata bola sepak.
Sempena pasca-graduasi ni, abang mulakan entri blog tahun ini dengan topik self-help. Menengokkan fenomena bola sepak tempatan yang semakin sihat dan FAM yang semakin uzur, abang rasa menulis entri ilmiah serupa ini boleh pergi jauh demi menambah seri statistik kunjungan ke blog ini.
Sebagai bekas kapten Kezek FC yang menyandang posisi pertahanan, satu perkara yang diimani oleh barisan pertahanan ialah;
First tackle is the hardest tackle (FTiTHT)
Begini, konsep sliding tackle atau bentesan adalah asas untuk menumpaskan penyerang yang licik dan pantas. Kebanyakan penyerang yang handal biasanya mengambil risiko melepasi barisan pertahanan secara bersendirian sementara menunggu sokongan rakan sepasukan yang lain. Abang percaya ramai jurulatih di luar sana menyarankan anak buah pertahanan mereka supaya berhati-hati dan berada pada jarak sedepa lantas menutup ruang apabila berhadapan dengan penyerang serupa ini.
Itu semua meletihkan. Umpamanya membandingkan keberkesanan mengutip sampah seseorang cleaner yang menggunakan jari atau mengautnya sekaligus menggunakan penyapu ke dalam penyodok. Terang lagi bersuluh, menggunakan penyapu menyenangkan. Bentes!
Bentesan FTiTHT mestilah dilakukan di awal permainan dengan merebahkan badan, memukul rata bola dan penyerang sekaligus dengan kejam. Paling afdhol, ianya dilaksanakan pada pertemuan pertama satu lawan satu antara pertahanan dan penyerang. Pergaduhan, kecederaan, kerosakan but, rumput terbang, kegilaan penyokong, syaitan bertepuk tangan dan lain-lain hal kira lain kali.
Impak positif FTiTHT ialah ianya membina satu penguasaan superioriti awal kepada mental penyerang. InsyaAllah, kalau dapat sekali bentes penyerang itu sampai ke sudah 90 minit perlawanan dia tak berani menggelecek pertahanan atau mencari alternatif lain dan main serupa caca merba. Lantas beliau akan menjadi lelucon di portal maya dan dinikmati secara berjemaah.
Sebagai contoh, individu pakar FTiTHT ialah Fahmi Baihaqi di peringkat Mustangs, Shakir Shaari di peringkat Liga Super, Paolo Maldini di peringkat antarabangsa dan lain-lain. Kelajuan, kekentalan, ketepatan bentesan dan kekuatan pressing yang agresif dan persuasif menjadikan mereka monster di atas padang dengan superioriti dominan ke atas penyerang pihak lawan. Tak dinafikan juga, fokus pemain pakar FTiTHT ialah penyerang pihak lawan dan ruang, bukan lagi bola, haha.
Realiti
Di alam pekerjaan, kita boleh perhatikan gaya pengurusan seseorang bos ataupun staf senior yang sengaja memberi tekanan kepada pekerja-pekerja baru atau praktikal adalah perkara normal. Ini semua dihalalkan dengan terma kata ‘pelatih’. Di kem PLKN juga, gaya pengurusan staf latihan dan jurulatih juga boleh tahan intense. Di sekolah berasrama, persatuan, kuliah dan di mana-mana sahaja, sebagai seorang yang baru atau junior akan mengalami perasaan seorang penyerang yang signifikan sebagai orang baru.
Di sinilah kita melihat FTiTHT dilaksanakan dengan pelbagai cara. Baik buruknya pelaksanaan FTiTHT bergantung kepada tahap pengadilan moraliti ataupun naluri manusia. Kalau bentesan dilakukan tanpa rasional dan hikmah, sampai kena ‘kad merah’, memang bermusuh tujuh keturunanlah ummat engkorang.
Abang bagi contoh di sekolah. Seorang guru praktikal ialah umpama makanan bagi otai/taiko tahu. Jadi, di hari pertama bertugas sebagai guru praktikal, rajin-rajinlah menengok senarai nama para otai dengan kerjasama guru disiplin. Sediakan sebuah perlawanan antara engkorang dan mereka melalui tugasan akademik.
Masuk je waktu PnP, perhati dan kenal pasti si otai. Panggil dia ke depan, uji dia dan baca responnya. Kalau kurang wajar sikapnya, terajang dia laju-laju ke udara. Esok lusa, insyaAllah dia tak pijak kepala engkorang. Untung-untung dia jadi pelajar cemerlang. Bak kata Ustaz Abdullah Khairi, terajang pelajar sampai ke London dia mengaji. Gitu.
Minggu lepas, dalam pengajian bersama seorang Syeikh yang hebat, hadirin dikejutkan apabila melihat pertama kali Syeikh membentes semasa kuliah. Puncanya ada dua brader sedang syok ngobrol bergelak tawa di bahagian belakang sehingga Syeikh terpaksa berhenti bersyarah dan menengking pinta brader tersebut keluar majlis. Katanya;
“ada berapa ramai sahabat-sahabat kita di sini telah dirahmati, diampuni dosanya, ditemani para malaikat sepanjang majlis tetapi dirosakkan dengan ngobrolan kamu yang tidak hormat kepada majlis. demi Allah kalau kamu berada di tempatku, kamu akan tersinggung.”
Deep
Mengatasi bentesan.
Seorang penyerang dilazimi dengan kepantasan, kepemudaan, kelicikan, dan stamina yang unggul yang bertugas untuk mencetak gol. Secara tak langsung seorang penyerang adalah simbol perubahan dalam sesuatu perlawanan.
Penyerang yang handal sudah semestinya bijak memperdayakan pertahanan lawan meski dia berhadapan dengan pakar bentesan. Berjaya atau tertewas pada pertemuan pertama tidak semestinya menjamin kejayaan pada pertemuan berikutnya sepanjang perlawanan. Sama ada dia akan bermain dengan lebih berhati-hati atau berkerja keras walaupun dibentes berkali-kali. Yang paling penting, dia mestilah berusaha merangka serangan dan menyumbat gol demi mengubah keputusan perlawanan.
Kesimpulan
Worldview seorang pemain mahupun penggemar bola sepak boleh mempengaruhi hal-hal reaksonari dalam setiap keputusan hidupnya. Sekalipun dia seorang pemain yang dilabel bangang abadi oleh portal sukan yang lain, sekali menyumbat gol mampu mengubah segalanya.
Membentes dan memperdaya!
Epilog
Kezek FC telah dibubarkan, para pemainnya bersepah-sepah ke pasukan lain. Yang menyedihkan, sebilangan besar mereka berhenti bermain bola dan menjadi boroi.
19 December 2013
disember.
bismillah
lupakan dua perenggan di atas. biasalah, tersasul. dah lama tak menulis. sekarang aku kongsikan pengalaman bersama GPM di Kuantan dan Kemaman dengan gaya tulisan CheDet.
***
![]() |
| jobs, 2013. |
pada suatu hari yang lembab dan sejuk, hujan di luar dan di sempadan pantai timur, seorang jaka bergelar Idham; berjanggut kumis, bermisai nipis dan berimipi mendampingi Heliza Coolblog menjemput ke misi kemanusiaan bersama GPM. sebuah organisasi yang sebenarnya sangat 'dekat' dengan aku (dan GPTD) tetapi tidak pernah diturut serta secara rasmi. mengenangkan laman instagram yang dilimpahi keseronokan sahabat-sahabat berbelanja buku dan poket yang kering, ber-bookshopping bukan hal yang mampu saat ini. maka katakan; ayo eskep lagi. kononnya mengambil ibrah Al-Ankabut 20 gitu; "Mengembaralah kamu di muka bumi..."
inilah peluang untuk berehat dari realiti ruang lingkup kerdil yang disempadani facebook dan twitter. meringankan minda dengan berjaulah, dan memerhatikan manusia untuk lebih me-manusia-kan diri, dan berlepas dari kerumitan. mengenangkan bencana alam yang menimpa bahkan ditambah retorik bencana ekonomi, kehidupan akhir tahun menjadi semakin ter-duga ujian yang besar dan maha rumit. tambahan pula, aku baru selesai membaca Ahli Politik tulisan SM Zakir. berlapis-lapis hiburan satiranya dalam mengkritik umat piem dan waibi dikedua-dua belah pihak. lebih buruk lagi, hegemoni barisan yang masih memimpin pada ketika ini baru menggila dengan kenyataan dan perancangan masa depan yang mengundang sepak terajang rakyat.
"Ekonomi dan politik adalah dua wajah daripada sebuah syiling yang sama. Kedua-dua adalah kembar yang sentiasa bergerak bersama, hidup bersama, berjuang bersama dan saling mengaut keuntungan bersama."
- ahli ekonomi I (kapitalis)
"Ekonomi dan politik adalah dua wajah daripada sebuah syiling yang sama. Kedua-dua adalah kembar yang sentiasa bergerak bersama, hidup bersama, berjuang bersama dan saling mengaut keuntungan bersama."
- ahli ekonomi I (kapitalis)
lupakan dua perenggan di atas. biasalah, tersasul. dah lama tak menulis. sekarang aku kongsikan pengalaman bersama GPM di Kuantan dan Kemaman dengan gaya tulisan CheDet.
1. Menyertai misi bantuan banjir ke Kuantan dan Kemaman mengembalikan memori Maran(2008) dan Kedah(2010) untuk perjalanan yang kurang lebih serupa di bawah panji universiti. bezanya, penganjur kali ini ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan. maka, gaya pengurusan tak kurang rumitnya. lambakan dan pembanjiran sumbangan cuma diurus dengan beberapa orang staf tetap dan betul-betul bergantung kepada sokongan para sukarelawan. sepanjang berada di opis untuk persiapan awal, panggilan telefon diterima bertali arus, individu-individu rahmat bersilih ganti tiba menghantar bungkusan demi bungkusa. keadaannya, ad-hoc habis. syukurlah, ramai rakyat prihatin mahu mem-beri. dan lebih dikagumi ada zat ihsan dalam keikhlasan saat menemukan bungkusan-bungkusan rapi menyemangati Ali Imran: 92.
2. Selesai sahaja merapikan barangan yang hendak dibawa, para sukarelawan diberikan taklimat awal sebelum menyertai misi. membetulkan niat, berkerjasama berpasukan, tuntutan fardhu, keselematan, hormat dan ber-jemaah antara elemen yang ditekankan oleh Mejar Azlan sebelum bertolak ke lokasi. muka-muka baru dikaptur lekas-lekas dalam kotak memori, taaruf ringkas bersambung di dalam bas, pusat rehat dan rawat (R&R), dan lokasi penginapan. terpaksa juga membuat penegasan "sebenarnya saya bukan matluthfi" disebabkan beberapa anasir nakal yang cuba menambah variasi pada nama panggilan yang sedia ada. haha. ada juga watak-watak besar dalam bidang masing-masing yang turut serta, "Ammar" yang pada mulanya bersembunyi tentang diri masing-masing rupanya ada yang artis, perunding motivasi, pengajar renang, pelajar, imam dan bilal kategori makwe, syeikhul azhar, adik ipar, gitaris dan penganggur berjaya. eh
3. Sesampainya di lokasi, kami disajikan dengan keluhan demi keluhan penduduk dan permandangan kerosakan demi kerosakan infrastruktur. indahnya, dari wajah anak-anak yang tersenyum masih tulus terpancar harapan-harapan yang tergantung di langit Tuhan. agak susah nak tamsilkan suasana dan ketika. kisah pakcik yang berlapar dua hari kerana tersadai di labung rumah, tokey yang kerugian 30k nilai buku-buku jualan, perabot kembang yang merapuh, pak azhar yang hampa pada bantuan bersadur kepentingan politik, orang tua yang ditinggal hidup bersendirian, birokrasi di pusat penempatan, atok yang diminta diurut, barisan mangsa yang menadah sarapan, dan ruang-ruang kesukarelawanan yang tak keruan. semuanya membina rasa syukur luar biasa untuk yang tidak terkesan, sepatutnya.
4. Kerja-kerja bermula. Skop pasukan bantuan pasca banjir hanyalah sekadar penyucian infrastruktur, pengagihan barang bekalan, dan sokongan moral. ada ramai kenalan yang mengharapkan dokumentasi langsung tahap media untuk paparan kecemasan. nah, ini salah faham yang berlaku. "volunteer" bukan "jpam, bomba, tentera". ada banyak ruang bantuan yang perlu diutamakan dan secara tidak langsung mengurangkan risiko dari terjadinya hal-hal yang tidak diingini. paling kurang, setiap yang turun ke tapak kejadian mampu mengutip pengalaman individu dan keluar dari sempadan perjuangan di papan kekunci.
5. Ada banyak hal-hal yang menarik sepanjang penglibatan bersama team GPM. salah satunya, betapa kesungguhan Mejar Azlan dalam mengukuh saf setiap sukarelawan untuk sentiasa ber-jemaah. tanpa sangka, di masjid Geliga, hujan turun dengan lebat setelah perjalanan hari sebelumnya cerah dan terik. kerisauan menggundah. dan Imam melantun "...wasjudi warka'i ma'a raki'in" Ali Imran ayat 43. aku gemar pembawaan anjuran berjemaah dalam ayat ini dengan pesan Mejar. ataupun sewajarnya berbunyi songsang begini; aku gemar pesan Mejar yang selari dengan anjuran berjemaah dalam ayat ini. sebuah kesengajaan atau taufiq Tuhan? usai fajar, hujan masih menemani syuru dan dhuha. kelihatan syeikhul azhar(salah seorang sukarelawan) sedang asyik bertilawah, dan keterujaan melihatnya buat aku capai dan randomisasi bacaan. betul-betul bukaan itu jatuh pada Yunus 22-24. tanpa mahir bahasa syurga, tanpa tafsir di sisi, tetapi cuma sekadar mampu untuk mengenal perkataan yang membawa maksud kepada angin kencang, golongan bersyukur, bencana, hujan, dan langit sudah cukup untuk meninggalkan tanda baca supaya dibuat semakan semula. nah, pagi itu semuanya te-rasa-kan-Nya!
6. Cukuplah, diakhiri laporan kali ini dengan dokumentasi video berikut.
***
terima kasih untuk buku-buku, coklat, sling bag, ucapan-ucapan, dan doa-doa sempena 16 disember lalu. terima kasih untuk mengingatkan duapuluhtiga tahun ini sudah tua kerana tak banyak menyumbang, dan masih muda kerana kering pengetahuan dan amalan.
terima kasih sekali lagi. semoga Allah memberkati kalian.
![]() |
| jyeah! |
Subscribe to:
Posts (Atom)

