Satu persatu ranting kayu dilepas ke dalam longkang. Aliran
air sederhana deras membuat ranting-ranting tersusun dalam perlumbaan. Ada
yang lancar, ada yang tersangkut. Anak kecil ini leka. Dalam uniform sekolahnya di
sungai kertas. Dia macam Zahra, dari Children of Heaven yang tanpa sengaja,
terhanyut dan terpaksa mengejar kasut abangnya. Terimbas. Saya lepaskan satu
ranting, menyaingi ranting-rantingnya. Kemudian saya tinggalkan dia dengan
senyuman. Dia terus hanyut dengan permainannya sambil menunggu diambil van sekolahnya. Dia, Sofia.
***
12, 11, 10, 9, 8, 7, 6, 5, 4 , 3.
Angka berhenti. Pintu
lif terbuka. Saya menemukan Sofia bersama ibunya di bahagian dalam.
“Hari ni, semua orang pakai baju raya” katanya.
“Sebab hari ni hari Jumaat, orang lelaki kena pergi solat
Jumaat di masjid” balas ibunya.
Saya cuma tersenyum. Sofia merapat.
“Kenapa orang lelaki je, perempuan tak kena pergi masjid?”
ibunya tersenyum, memberi laluan untuk saya membalas.
G, lif berhenti, pintu terbuka.
“Sebab kalau perempuan, semakin dia terlindung, semakin baik.”
selfie dengan adik Sofia, tapi kualitinya ermm. |
Salam Jumaat.
No comments:
Post a Comment