__________________
Hujan sudah malu-malu mahu turun. Dari lebat bertukar gerimis. Setiap titisan menujah bumi dengan penuh manja. Namun begitu tak semuanya berjaya mendarat ke permukaan bumi dek perlakuan manusia yang pejam mata dongak kepala luaskan mulut meneguk peluh langit. cis...
Petang yang bernafas lembab menyaksikan dua pasang kaki tiba di Tasik Maryam, tasik cetek paling cantik dalam kampus dengan rona coklat berkrim ala-ala minuman penawar buang angin; teh tarik dengan halia. Di sinilah pusat perkumpulan muda-mudi kampus melakukan aktiviti kesukanan demi menjaga kesihatan bodi masing-masing baik sistem metabolik ataupun susuk fizik semata-mata.
Sekumpulan rakan-rakan dari bulatan gembira telah tiba lebih awal. Masing-masing bermuka yakin dengan abiliti tersendiri dalam acara petang ini; "Berkayak menongkah arus tasik teh tarik dengan bergaya." Bergaya tak boleh dilupakan juga oleh sebab ada ramai perawan di sekitar tasik dengan renungan berbunga.
fuhh, fuuhh, ffuuuhhh - dancer |
Perlumbaan bermula. Para pekayak memulakan kayuhan pertama. Malangnya, kekurangan penguasaan arah menyebabkan kayak-kayak bertumpu ke satu titik dan bergeseran antara satu sama lain. Geseran kuat menyebabkan suhu permukaan bahagian luar kayak meningkat lalu menghasilkan efek percikan api yang meriah lagi indah.
power power efek spark! tipu-ok-sapa-percaya-dia-sangat-lurus-berhati-mulia |
Dipendekkan cerita, Hadi sampai dulu di hujung tasik. Peche si saudagar emas yang kedua. Aku di belakang dia. Yang lain-lain masih terpusing-pusing tak jauh dari garis permulaan. Menang kalah tak bawa makna apa pon, yang penting brotherhood!
"berkayak ni pon analogi kehidupan. untuk bermula, kayuhan pertama terasa berat, tapi bukan lagi yang kedua dan seterusnya. walaupun dah mula bergerak, tak semestinya kita boleh maintain tegak. bila-bila masa je kita boleh terdeviate. ada orang ambil jalan jauh untuk sampai ke destinasi dia, ada orang sampai terpusing-pusing, ada jugak yang terpaksa berpatah balik untuk bermula semula. tapi yang sentiasa turun training, tak sukar dia nak terus kehadapan ikut kelajuan dia. kan?"
"oi!"
lamunan terhenti. member sudah panggil.
"amacam, dah keluar kepak lom?"
heh, main kayak setahun sekali, nak keluar kepak pebendanya.
sekian.
______________
glosari
kepak - bahagian belakang bodi yang memberi figura v-shape. figura ideal tubuh lelaki.
13 comments:
boleh apply kerja pengulas sukan ni, hahaha!
best baca tulisan kamu.
kepak nak terbang ke? hehe
selalu main kayak ke bro?
@penconteng
thanx for suka. pengulas sukan? tanak ah. XD
@penjajah minda
bukan. kepak vshape. haha
@Ashcroftstylus Az
sekali sekala. pilihan keempat selepas futsal, bola, jogging.
ni pun member2 bulatan gembira ajak.
suke3
@Iffah Afeefah
terima kasih sbb suka.
selepas ni nantikan kemunculan button suka(baca: fesbuk like).
=)
analogi kayak dan kehidupan tu ko buat ke? nice2..
aku kabo dah..buat fanpage fb.. jom berwordpress.. lagi best blogging.. hehehe..
nak kepak tu, kalau makan ciken wing aci?
haha...percika api yg menarik! patut ada bau2 hangus sket..
@cik ungu
ni kepak oranglah! ciken wing aci jgk. XD
@nadia rusli
eh, bau ke?
ha3.
majulah sukan utk negara
Assalamu'alaikum. i love your writings. a lot! thanks for the stories you've wrote. may Allah bless you always.
have a nice day J :D
kui kui kui
okay.menyibuk. bye
@anon
wa'alaikumussalam.
takde orang lain gelarkan saya "J"
akak, tq for menyibuk. tq for suka. may Allah bless you too...
nasib baik first time cuba orang tak "lemas teh percuma" :)
Post a Comment