30 November 2011

kekal hensem walau eksiden

salam alayk'.




YA ALLAH! bisikku dalam hati. dihadapan mata ada sebuah motor pilihan rempit masa kini - Yamaha LC - warna hitam terkandas di bahu jalan. kuih-kuih bertaburan. hablur kaca dari sidemirror yang tercabut saling samar dengan pepasir jalan. sudu plastik, lock motor, tempat pemijak belakang semuanya bersepah tanpa aturan. hujan masih terus jatuh membasahi simpang 3 curam.

aku berhentikan motor untuk dapatkan mangsa. dia terlentang di tengah persimpangan. kakinya terkangkang, tangannya terdepang. gayanya seakan-akan membentuk aksara X kalau dilihat dari udara. entah dari mana dia belajar simbol meminta pertolongan sebegitu rupa. aku tak tahu. aku bukan pbsm zaman sekolah dulu.

"bro! bro! ko ok tak!?"

senyap dia membisu. rintik-rintik hujan masih jatuh padu ke mukanya. iras mukanya seperti pemain sayap kiri Harimau Muda, Fandi Othman. serius mirip. walaupun begitu, raut wajahnya bagitahu aku yang dia sedang suffer.


you can be a hero after you die - credit

mungkin dia sedang berada di satu ruang abstrak yang dia tak pernah sampai. terawang-awang di alam bunian seorang diri mencari teman, mencari pedoman. atau mungkin dia terkenangkan nasibnya yang kelaparan kemudian kemalangan sebelum sempat sampai ke bilik berkongsi makanan bersama teman-teman. tapi sekilas pandang, ada juga seakan ekspresi anak kecil yang sedang meneran di dalam jamban sekuat upaya namun sembelit menjadi penghalang.

tapi itu bukan lagi prioriti. situasi ini berjiwa tensi. yang lebih penting sekarang ialah keselamatan mangsa.

"ughhh..." rintihnya.

darah mengalir dari belakang kepalanya dan melarut dibawa arus air hujan. pergerakan aku buntu. kegilaan apa aku sorang-sorang je dengan brader ni. takkan takde orang lain kat sini yang pandai bab-bab pertolongan cemas ni. ada dua mahallah di kiri dan kanan jalan tapi takde sorang pon turun. mahu tak mahu, aku gerakkan badan dia supaya dia tersedar.

tak lama kemudian ada seorang brader bercelana pendek tidak berbaju datang. aku tinggalkan dia bersama mangsa untuk alihkan motor yang menyekat laluan sebuah Kancil biru. setelah kancil yang ignoren itu berlalu pergi, aku merapat kembali kepada mereka. mangsa dah tersedar. matanya dibuka kecil-kecilan kerana mahu menepis air hujan.

"boleh bangun tak bro?" soal brader yang berlenggeng tadi. mangsa masih diam. dia cuma balas soalan dengan mimik-mimik muka esentrik. kami angkat dan bantu dia berdiri. setelah beberapa ketika barulah dia stabil untuk berdiri di atas kaki sendiri. darah masih mengalir dari belakang kepala. ada dua luka yang memerahkan warna rambutnya. siku kiri dia turut tercalar teruk, secalar bodykit motornya.


tanpa bertentang mata, dia dapatkan motor dan katakan pada kami -

"terima kasih. aku OK"






dalam kebasahan, aku dan brader gonjeng saling berpandangan. kami sama-sama bersetuju bahwa mangsa ialah seorang yang cool.









konco-konco baru -

Yohoo~ 
~~ ParT oF mY LiFe ~~  
-_mencari diri sendiri_-

15 comments:

cimöt said...

ishkkkk..silap gaya tumbang lagi skali..berdarah kott kepala dia..

puteri cahaya said...

kt pun sama setuju

Penjiwa Jalanan said...

haha lawaklah

izwanyusof said...

cari sket brader muka fandi othman tu.. haha.. aku rasa dia tengah blur agaknya.. lap tu tajam kot...

- www.izwanyusof.com -

faaizz d. zul said...

@cimOt

tulah pasal. tp sebab tgh kagum, so rasa risau tu hilang sekejap.

@puteri cahaya

kisah benar ni kak yun. cari la lc hitam plat WTG. muka iras fandi. coolio

@penjiwa jalanan

thanx. eh, kelakar ke? spatutnya mood cerita cool kot. (-.-)'

@izwanyusof

berhati-hati mengambil lap ketika hujan. pro mana pon anda, kalau jalan licin tayar haus, dgn izin Tuhan. akan jatuh jua.

-pesanan oleh pakar leper sharp corner-

Fahmi Jaafar said...

cool cool.. nasib bek boleh bangon ag.. ikot cerite nmpk cam parah je..haha

3p4h said...
This comment has been removed by the author.
3p4h said...
This comment has been removed by the author.
Izyan Kaher said...

kalau tengok plot cerita, the brader sepatutnya got heavy injuries kott faidz!

#conclusion : this brader memg supercool =D have a good dec!

Unknown said...

kalau pjg lg mesti syok

nk hensem je

faaizz d. zul said...

@peep

kalaulah kalian di tempat aku masa tuh...

@izyan kaher

yes. agak parah brader ni. boleh nampak cut masa belek rambut merah dia. tp dia cool je. maybe lepas balik bilik, pengsan dpn cermin.harap2 tak, harap2 sihat.

@iffah

xpandai nak memanjang2 kan kisah benar. kalau fiksyen lain sikit. hee
=)

@huzaifah

terimakasih delete comment yg bbentuk spam. XD

Aween Md Zahir said...

peh ! steady laa :)
btw,,become a hero after die ?? agaga ~~ superman ~!

faaizz d. zul said...

@Aween
become a hero after die tu slogan untuk kempen derma organ!
tp org Islam mmg ada 2nd life pon- either heaven or hell. =)

Mawar Berduri said...

cooollll!

Along said...

bahaya tuh.....silap2 bleh ade kecederaan dalaman yg gak bisa dilihat dengan mata kasor...