Bismillahirrahmanirrahim...
Maghrib, aku, dan jiran. Dua-dua di pintu bilik dalam mod serius.
Mesyuarat koridor senjakala kononnya.
*****
Hari ni aku rasa spoil gila.
Kenapa?
Ada seorang pakcik. Tua lebih kurang ayah aku. Dia bawa kerusi mudah-alih yang biasanya orang tua-tua buat solat kat masjid. Kejur dia duduk sorang-sorang masa pesta konvo tadi. Kawan aku pula jenis yang ramah. Taktik bermesra dengan harapan boleh in dengan bakal mertua gittew. Disapanya pakcik tu diajak berbual.
“Sorang je ke pakcik?”
Pakcik tu mengangguk, mengiyakan.
“Siapa yang konvo ni? Sesi bila?”
“Anak perempuan pakcik. Sesi pagi. Baru je masuk dewan.”
Anak perempuan. Nais…
“Kenapa pakcik tak masuk dewan sekali?”
“Pakcik takde pass.”
“ooo”
![]() |
| Left Behind by ~Arahiel |
Tak silap aku, setiap graduan ada dua pass untuk masuk dewan. Kawan aku ni, isteri sepupu dia yang konvo. Jadi, diorang berdua jelah yang masuk dewan. Ada satu pass lebih. Dia offer kat pakcik ni.
Pakcik tu keras menolak tawaran kawan aku ni. Aku macam tertanya-tanya jugalah kenapa. Bukan senang nak dapat tengok anak sendiri terima ijazah. Lagipon, memang pass tu kitorang tak pakai. Tapi pakcik ni memang seboleh-boleh sepenuh kudrat tak nak ambil pass lebih tu.
Kau bayangkan eh, umur enam tahun; tadika, 12 tahun tamat sekolah rendah, 15 tahun PMR, 17 tahun SPM, tamat sekolah menengah, 22 tahun Ijazah, tamat universiti. Kalau aku ayah dia, aku takkan terlepas jadi saksi dua puluh dua tahun si anak membesar dalam tradisi keilmuan. Tapi, tadi, memang pakcik ni…
Hurm, lepas dah lama sembang off-topic pasal pass, baru pakcik tu cerita balik. Dia bagitahu yang dia sebenarnya ada pass.
Tapi,
dia tak masuk dewan sebab pass tu… ada dekat kawan dan pakwe anak dia.
*****
Azan Maghrib berkumandang. Mesyuarat koridor bersurai. Beberapa jam kemudian,
minit mesyuarat ditulis semula lalu dimuatnaik tanpa suntingan melampau
sambil diiringi muzik lantunan jiwa - Biar.
oh ye, kau dah call Ayah kau pagi ni?
