29 January 2013

perkampungan menara gading Johor [PMG 2013]


bismillah,



entah kenapa, tiba-tiba aku lebih rajin menulis di sini - link.


***


tak sangka dalam sejarah statistik entri yang paling banyak hit ialah promosi PMG'12. bila baca balik, entah apa-apa ayatnya masa itu.

dan, untuk PMG 2013, mulanya teringin nak mempunyai masa berkualiti mengenal peserta berukhwah gembira, tapi macam biasa pada waktu program tersepit dengan urusan-urusan peralatan, teknikal, dan dokumentasi disebabkan, err... pada takdir, aku memang lebih bagus dengan peralatan berbanding insan, lemah merancang dan selayaknya bukan ketua? eh. *istighfar*

begitupun, alhamdulillah, terakam memori ini untuk siapa-siapa yang terlibat. ini saja yang mampu aku sumbangkan ;






***



Teringat  terngiang-ngiang;


Alangkah susah cari kawan”, kata dia. 
Kujawab saja,
“Mungkin kau mencari teman yang memberi.
Kalau teman untuk diberi, aduh banyak sekali.

Salim a fillah (Dalam Dekapan Ukhuwah)


***


"dunia IPT ni ganas dan kejam. hati-hati!"

pesan seorang teman bersusuk tegap, bermisai nipis dengan wajah bengis
sambil menghisap rokok elektrik tanpa nikotin.




21 January 2013

R.I.P

Fase usia remaja sering dianggap sebagai fase yang sangat tidak stabil dalam tahap perkembangan manusia. G.S. Hall menyebutnya sebagai strum und drang ‘masa topan badai,’ sementara James E. Gardner menyebutnya sebagai masa turbulence (masa penuh gejolak). Penilaian ini tentu berangkat dari realitas psikologis dan sosial remaja.

      Sebenarnya, sejauh manakah gejolak yang dialami oleh remaja pada hari ini? Jika persoalan-persoalan remaja di dalam dan di luar negeri dihimpun sebanyak-banyaknya, tentu data-data itu akan mengejutkan orang yang mengamatinya. Sementara, secara kualitatif dan kuantitatif, persoalan-persoalan remaja tadi tampaknya terus meningkat dari hari ke hari.

petikan "Pendidikan Remaja dari Sudut Pandang Psikologi Islam oleh: Alwi Alatas, S.S. 2007" 


aku sedang membaca jurnal-jurnal berkaitan pendidikan dan permasalahan awal remaja. Setakat tulisan pada 2007, adiksi melampau kpop belum muncul sebagai satu masalah. hurmm.




***



the youth of the nation



ceritanya semalam dalam lawatan ke asrama adik aku, dia perkenalkan konsep RIP yang perlu diteladani oleh setiap pelajar baru sebagai acuan gerak kerja di asrama. konsep ni tak wujud secara sah dan bertulis di zaman aku. menurutnya; RIP ialah



setiap pelajar tingkatan satu haruslah

R - Rajin
 I - Ikhlas
P - Pemurah


seems legit.



***







14 January 2013

random Januari



Cap

Baru-baru ini saya dicap sebagai orang yang tidak menyukai Kerajaan, karena saya tidak membenci Pakatan dan idealism bebas selainnya. Secara manusiawi, saya tak merasa keperluan untuk menjadi orang lain agar dapat diterima. Tidak hitam bukan berarti putih. Mungkin sedikit kelabu, yang tertarik selalu kepada pencerahan. Secara tenang, saya menzahirkan pilihan saya.


 
Semangat

Cerpen berjudul Kanister tulisan Zara Suryani telah mencetus semangat yang merasuki saya ketika 284 untuk 112. Lalu saya hulurkan Sepuluh Ribu kepada seorang teman yang kali pertama menyertai himpunan untuk hilangkan resahnya. Taktik ini berjaya. Dia gembira.



Awan

Walaupun saya merasakan kandungan pidato kebangkitan rakyat sangat sarat dengan impian negara dengan pentadbiran sempurna, tapi, siapa takut bermimpi melepas awan? Kalau tak berani turut serta, kenapa tidak mendokong usaha? atau tanyakan sendiri tentang sumbangan diri?



Lagenda

Deklamasi oleh Pak Samad, si bijaksana tua yang dicintai ramai orang. 



Mata-mata

Pertama kali buat kesekiannya, seorang teman(yang diceritakan tadi) menzahirkan kesukaannya kepada perempuan yang cuma terlihat mata kerana dilitup niqabnya. Saya turut sama berkongsi suka kalau-kalau seru untuknya tiba dalam masa terdekat. Cuma, boleh jadi jikalau kezaliman berlaku dalam rumah tangga, si isteri akan berdemo sebagai protes. Boleh jadi.



Kepimpinan

Dasar kepimpinan dalam Islam ialah suatu dasar yang telah ditentukan oleh wahyu iaitu suatu kebenaran hakiki. Oleh sebab itu, di dalam sesebuah masyarakat yang telah menghayati Islam sebagai cara hidup tidak akan berlaku suasana di mana manusia tersilap langkah memilih pemimpin, yang nyata membawa ke arah kemusnahan disebabkan sikap dalaman mereka terhadap matlamat hidup ini telah salah.

Petikan daripada muka surat 11, Menegak Agama Membela Bangsa oleh Dr Ismail Said.



Retweet-ed

RT @faaizzdzul: goodluck to #teamEngine for fyp presentation starting tomorrow #iium #uiabest #finalyearproject

Brace yourself brodha!



Rabi'ul Awwal

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى
Salam cinta Rasulullah. 
Dalam hal menumbuhkan kerinduan dan kecintaan kepada Rasulullah, ulangbaca aku benar-benar mahu tahu. tulisan umairahshafei adalah satu kegemaran. tulisan ni betul-betul bagus.





09 January 2013

ruang rileks sementara



bismillah,



2013 ye dak?
sepi sungguh blog ni.



***


keluar dewan exam, pandang langit, lihat burung-burung berterbangan dan awan gebu di langit biru.
indah.


***


Omar Series.
dah lama download, baru start tengok. seriusly, best!

oh, ya. series ini keluaran produksi Sunni. selalunya filem-filem lain yang saya tengok keluaran produksi Syiah.

ermm, kawan yang ostad tu ada pesan, perbahasan ulama' tentang kebenaran melakonkan watak-watak para sahabat adalah khilaf, sama ada dibolehkan atau tidak.

ada yang setuju, ada yang tidak. ada negara mengharamkan tayangan, ada ulama yang melarang penerbitan dan mereka ada sebab-sebab tertentu.

jadi ada saranan supaya ambil pendekatan sederhana, pasang niat layan cerita-cerita ini dengan melihat natijah watak dan perwatakan serta kisah yang dilakonkan. maknanya, bukan meyakini yang lakonan itu ialah sifat para sahabat yang sebenar-benarnya.

sebab, takut-takut usaha para pelakon, penulis skrip dan team produksi untuk menggambarkan perwatakan dan kisah para sahabat dikhuatiri tidak mencapai apa yang tak diketahui di zamannya.

semoga usaha team produksi MBC Omar Series diredhai Allah.





sangat kagum dengan setiap baris skrip. arabic yang power! MashaAllah.

layan sama, sini - link
nak lagi best, layan sekali - link