09 January 2013

ruang rileks sementara



bismillah,



2013 ye dak?
sepi sungguh blog ni.



***


keluar dewan exam, pandang langit, lihat burung-burung berterbangan dan awan gebu di langit biru.
indah.


***


Omar Series.
dah lama download, baru start tengok. seriusly, best!

oh, ya. series ini keluaran produksi Sunni. selalunya filem-filem lain yang saya tengok keluaran produksi Syiah.

ermm, kawan yang ostad tu ada pesan, perbahasan ulama' tentang kebenaran melakonkan watak-watak para sahabat adalah khilaf, sama ada dibolehkan atau tidak.

ada yang setuju, ada yang tidak. ada negara mengharamkan tayangan, ada ulama yang melarang penerbitan dan mereka ada sebab-sebab tertentu.

jadi ada saranan supaya ambil pendekatan sederhana, pasang niat layan cerita-cerita ini dengan melihat natijah watak dan perwatakan serta kisah yang dilakonkan. maknanya, bukan meyakini yang lakonan itu ialah sifat para sahabat yang sebenar-benarnya.

sebab, takut-takut usaha para pelakon, penulis skrip dan team produksi untuk menggambarkan perwatakan dan kisah para sahabat dikhuatiri tidak mencapai apa yang tak diketahui di zamannya.

semoga usaha team produksi MBC Omar Series diredhai Allah.





sangat kagum dengan setiap baris skrip. arabic yang power! MashaAllah.

layan sama, sini - link
nak lagi best, layan sekali - link







2 comments:

ghost said...

yang dirisaukan juga, kat youtube berlambak plak citer2 para nabi.

faaizz d. zul said...

kalau personifikasi watak para nabi, jelas haram hukumnya.(setakat pengetahuan aku)

dan, byk filem2 sirah kenabian lahir dari produksi yahudi menceritakan nabi-nabi dari bani Israel.kalau ada yang baru-baru sikit, banyak dari Iran, err, produksi Syiah.

kiranya, kena risik-risik dulu sebelum tengok. ha gitu...