ada KEMPEN DERMA DARAH.
Salam alayk'.
oleh sebab aku dah derma darah pada bulan 10 yang lepas, so kali ni aku tak boleh join. Tempoh pendermaan terakhir mestilah melebihi 3 bulan.
kisah personal aku tentang derma darah bermula masa di pusat asasi PJ. Masa tu, aku tak berapa ingat ada kempen apa lagi, tapi Kempen Derma Darah ni ada sekali dekat top corner dewan AMF. Jadi kami ramai2 satu bilik ada 12 orang turun.
eh, ada sorang tu yang tak berani. Nak buat macam mana, boleh mengamuk dia kalau dipaksa. jadi cuma kami 11 orang. Lepas timbang berat, isi borang, ops. umur aku tak cukup 18 masa tu. Kalau 17 tahun kena mintak pengesahan dari penjaga, tapi sebenarnya umur aku baru 16++.
Dengan selambanya aku assume umur aku 17 dan roomate aku pon sign la untuk pengesahan penjaga. Kiranya aku anggap penjaga sebagai kawan, bolehlah kan. Berat badan over 45kg. pass.
Never involved dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi macam hubungan jenis sesama jantina (homoseksual), hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual), hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur, bertukar-tukar pasangan hubungan jenis, mengambil dadah secara suntikan, menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.Clean.
Satu demi satu roommate aku kena cucuk.
Tiba giliran aku. aisy, gemuruh.
Sedar tak sedar, dalam lebih kurang 10 minit, dah siap. aku pon macam, eh, biar betul. Mungkin bila gemuruh, jantung berdegup kencang, darah dipam lebih laju dari speed biasa. Yang syok sekali, ialah jarum!
Mari eja.
J. A. R. U. M. Jarum.
Ada tiga benda yang aku paling suka bila derma darah. First sekali ialah bila tengok jarum tu menusuk kulit secara live. Ada dua suntikan. Mula-mula nurse akan suntik dengan bius. Eh jap, bius ke. Aku tak pasti, tapi dengan picagari saiz standard yang biasa baby kecik guna untuk makan ubat tu.
Bila fluid tu disuntik masuk ke bawah kulit, tiba tiba je kulit bekas suntikan tu akan jadi macam belon, menggelembong, macam bonggol, tapi takdelah besar mana. Masa ni, vein bertuah yang dipilih untuk dicucuk sebentar lagi dah nampak jelas. Bila dah jelas, barulah senang nak cucuk.
Lepas tu, barulah nurse akan cucuk dengan jarum yang gila ayam punya besar. Jarum yang meninggalkan kesan dan lubang dari urat yang dicucuk sampailah ke kulit punya top surface. Tengok jarum ni la yang syok. Masa dia masuk tu, terasa kulit mengalami shear stress disebabkan pergerakan jarum tu membuka ruang, membesarkan laluan pada kulit. Oh, macam kena siat siat. Serius!
Then, akan memercik terpancut-pancut mengalirlah darah pekat korang dari jarum tu, ikut laluan sampailah ke beg darah. Bila dah penuh beg tu, siaplah.
Kalau berkesempatan pegang beg tu, syok jugak, sebab terasa kehangatan badan yang ada pada darah tu. Warm, and comfy.
Secondly, lepas derma darah tu, akan terasa satu perasaan high, ataupon perasaan macam ala ala nak pitam, macam tengah melayang layang di udara, bersama angin, dibawa bayu. eceh, padahal rasa nak pitam je. Logiknya, badan mengalami kehilangan darah, agen yang bekalkan oksigen kepada setiap sel badan untuk aktiviti2 badan sudah berkurangan. Sebab tu, kena rilex dulu sebelum bingkas bangun dari tempat duduk.
Lastly, ada satu port untuk minum minum makan makan biskut untuk yang dah menderma. Revive meal lah senang cakap. Biasa je, tak best mana pon, tapi budak2 ni tapau satu tin biskut bawak naik bilik. Air kotak lagilah, haha. Setakat ni baru 5 kali aku pergi derma. First 2 times, diorang ambil 350ml je, then yang latest 3 ni, semua 450ml. Berat badan sudah naik kot. Banyak jugak 450ml, macam botol air mineral kecik.
Semester lepas, ada 2 orang brothers pitam. tak pasal pasal. Sorang tu beratur depan aku, belum derma lagi, baru queue untuk check blood type. First time katanya, patutlah. Lagi sorang dah siap derma. Bila dia bangun dari kerusi tu, dia terus lost balance, peluk nurse, kesian jugaklah aku tengok nurse tu yang terpaksa menampung berat brother tu. Besar jugak brother tu, double berat nurse tu kot. Sebab lepas tu, dua dua jatuh, darah meleleh lagi. isy isy isy.
apa pon. jom derma darah!
*adakah cara tulis-olah aku menjadikan derma darah lebih menarik? atau ... ah, tengok live disini. KLIK!
No comments:
Post a Comment