29 December 2010

Dekat masjid tingkat bawah

ada KEMPEN DERMA DARAH.

Salam alayk'.

oleh sebab aku dah derma darah pada bulan 10 yang lepas, so kali ni aku tak boleh join. Tempoh pendermaan terakhir mestilah melebihi 3 bulan. 
kisah personal aku tentang derma darah bermula masa di pusat asasi PJ. Masa tu, aku tak berapa ingat ada kempen apa lagi, tapi Kempen Derma Darah ni ada sekali dekat top corner dewan AMF. Jadi kami ramai2 satu bilik ada 12 orang turun. 

eh, ada sorang tu yang tak berani. Nak buat macam mana, boleh mengamuk dia kalau dipaksa. jadi cuma kami 11 orang. Lepas timbang berat, isi borang, ops. umur aku tak cukup 18 masa tu. Kalau 17  tahun kena mintak pengesahan dari penjaga, tapi sebenarnya umur aku baru 16++. 

Dengan selambanya aku assume umur aku 17 dan roomate aku pon sign la untuk pengesahan penjaga. Kiranya aku anggap penjaga sebagai kawan, bolehlah kan. Berat badan over 45kg.  pass.
 
Never involved dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi macam hubungan jenis sesama jantina (homoseksual), hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual), hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur, bertukar-tukar pasangan hubungan jenis,  mengambil dadah secara suntikan, menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.Clean.

Satu demi satu roommate aku kena cucuk. 

Tiba giliran aku. aisy, gemuruh.

Sedar tak sedar, dalam lebih kurang 10 minit, dah siap. aku pon macam, eh, biar betul. Mungkin bila gemuruh, jantung berdegup kencang, darah dipam lebih laju dari speed biasa. Yang syok sekali, ialah jarum!

Mari eja.

J.    A.    R.    U.    M. Jarum.


Ada tiga benda yang aku paling suka bila derma darah. First sekali ialah bila tengok jarum tu menusuk kulit secara live. Ada dua suntikan. Mula-mula nurse akan suntik dengan bius. Eh jap, bius ke. Aku tak pasti, tapi dengan picagari saiz standard yang biasa baby kecik guna untuk makan ubat tu. 

Bila fluid tu disuntik masuk ke bawah kulit, tiba tiba je kulit bekas suntikan tu akan jadi macam belon, menggelembong, macam bonggol, tapi takdelah besar mana. Masa ni, vein bertuah yang dipilih untuk dicucuk sebentar lagi dah nampak jelas. Bila dah jelas, barulah senang nak cucuk.

Lepas tu, barulah nurse akan cucuk dengan jarum yang gila ayam punya besar. Jarum yang meninggalkan kesan dan lubang dari urat yang dicucuk sampailah ke kulit punya top surface. Tengok jarum ni la yang syok. Masa dia masuk tu, terasa kulit mengalami shear stress disebabkan pergerakan jarum tu membuka ruang, membesarkan laluan pada kulit. Oh, macam kena siat siat. Serius!

Then, akan memercik terpancut-pancut mengalirlah darah pekat korang dari jarum tu, ikut laluan sampailah ke beg darah. Bila dah penuh beg tu, siaplah.

Kalau berkesempatan pegang beg tu, syok jugak, sebab terasa kehangatan badan yang ada pada darah tu. Warm, and comfy.

Secondly, lepas derma darah tu, akan terasa satu perasaan high, ataupon perasaan macam ala ala nak pitam, macam tengah melayang layang di udara, bersama angin, dibawa bayu. eceh, padahal rasa nak pitam je. Logiknya, badan mengalami kehilangan darah, agen yang bekalkan oksigen kepada setiap sel badan untuk aktiviti2 badan sudah berkurangan. Sebab tu, kena rilex dulu sebelum bingkas bangun dari tempat duduk.

Lastly, ada satu port untuk minum minum makan makan biskut untuk yang dah menderma. Revive meal lah senang cakap. Biasa je, tak best mana pon, tapi budak2 ni tapau satu tin biskut bawak naik bilik. Air kotak lagilah, haha. Setakat ni baru 5 kali aku pergi derma. First 2 times, diorang ambil 350ml je, then yang latest 3 ni, semua 450ml. Berat badan sudah naik kot. Banyak jugak 450ml, macam botol air mineral kecik.

Semester lepas, ada 2 orang brothers pitam. tak pasal pasal. Sorang tu beratur depan aku, belum derma lagi, baru queue untuk check blood type. First time katanya, patutlah. Lagi sorang dah siap derma. Bila dia bangun dari kerusi tu, dia terus lost balance, peluk nurse, kesian jugaklah aku tengok nurse tu yang terpaksa menampung berat brother tu. Besar jugak brother tu, double berat nurse tu kot. Sebab lepas tu, dua dua jatuh, darah meleleh lagi. isy isy isy.

apa pon. jom derma darah!


*adakah cara tulis-olah aku menjadikan derma darah lebih menarik? atau ... ah, tengok live disini. KLIK!

25 December 2010

Cerita Jabberwocky.

salam semua!





klik untuk macroscopic view.

inilah teman chat bila aku sudah terasa sangat ngekngok. padehal baru first time aku try. named as Jabberwacky. mesti susah coding benda ni, macam yang didescriptionkan, jw adalah cubaan untuk create artificial intel, a.k.a AI. yang menariknya, respon jw adalah based on respon user sendiri. dia belajar akan bahasa dan konteks oleh pengguna. tak mustahillah satu hari nanti akan ada ai yg respon dengan manusia. macam, nak buat turing test, robot, en so on.

*nak tanya soalan pelik pelik? tanyalah? macam soalan

24 December 2010

emceeing experience

Some years ago, I already made up my mind about crowds-they offered a feast of solitude and anonymity. Those strange flashes of empathy with strangers is invariably occurred; quick eye contact, an exchanged look, a nod, a few word of conversation opener; these were what it's like to be in crowd, it feel safe, in anonymous street, but when in public, it is totally not.

I can't recall the last time I

19 December 2010

Last Saturday

has been a long day. 

la la la...

okay. mula mula sekali aku sampai dekat amcorp mall.
sekejap. biar aku retype. ehem ehem.

okay. pagi pagi lagi aku turun stadium, ramai jugak member member turun, rindu dah lama tak workout pagi pagi. lepas stretching sikit sikit, jog sikit sikit, cycling 2 round keliling uia. tolak shortcut jadi la dalam satu round je ^^, teringat pulak nak pergi pusing pusing KL.

google2 jalan, start moto, jalanlah. sampailah dekat

16 December 2010

First week.

salam. sem baru dah bermula. dan aku sedang busy dengan yang ini.


lepas itu ada Capoeira punya camping. Cherating, 7,8,9th Januari. oh, dah lama tak pergi pantai. ^^

lepas itu
28-30th Januari. suka suka aku jadi subcommittee.

tapi kan...

10 December 2010

Greg vs Hijr Calendar

Tahun baru, semester baru, azam baru, dan yang selalunya cliche ialah koleksi kalendar2 baru yang selalunya percuma.

Ok, dekat rumah ada kalendar?

Cuba pergi ambil? Kalau yang digantung, cabut sekejap. lihat dan jangan pedulikan gambar model seksi.

Lihat tarikh hari ini. 10 atau 4 haribulan? ...
Dua2 pon betul kan, 10 disember/4 muharram. apa yang kelihatan berbeza?


Saiz tulisan sangat berbeza kan? Kecil sahaja yang 4 Muharram. kadang2 tak teringat pon berapa hari bulan dalam takwim Hijrah. seakan2 menumpang sahaja takwim Masihi, ataupon nama femes dia, Gregory.

Ok, dah dah la pegang kalendar tu, boleh letak balik tempat asalnya.

Memang kebanyakan orang pakai kalendar Greg ni. Nak buat macam mana, dah semua jadual kerja, cuti diatur dengan takwim ni, Jadi senanglah kalau nak plan apa2 event nanti kan. takdelah kacau jadual asal. tapi janganlah sampai satu tahap, takwim Hijrah dilupakan. Penting tak penting lah kan takwim Hijrah ni, kalau dah lupa, macam mana nak raya? Yang bukan muslim pon tak boleh la nak cuti masa holy day macam  nuzul quran, maulud, awal muharram etc.

ceritanya dulu ...


ada satu kawan tu pergi kafe, nak tapau makanan untuk berbuka puasa, puasa sunat je pon. belum Ramadhan lagi. maka terjadilah satu perbualan. (hiwar)
dol : pakcik, kasi nasi kukus satu.
tuan kedai : nak makan ke bungkus?
dol : bungkus je pakcik, nak buat berbuka kejap lagi.
tuan kedai : oo, nak buat buka, eh, sekarang ni dah bulan puasa ke? wan! wan! arini berapa ari bulan? kalau ikut kalendar Hijrah. (memanggil anaknya dengan muka innocent sebab tak puasa)
dol : pakcik, baru bulan DzulQaedah, belum Ramadhan lagi, saya puasa sunat je.
tuan kedai : fuhh, pakcik ingatkan dah masuk bulan puasa, rasa macam baru bulan lepas raya nya. maklumlah selalu aje terlupa.
...
....
....
pernah korang macam tu? yang dol tu, tak pastilah dia puasa sunat atau qadha, takpun nazar(trend lepas dapat result). lainlah dekat sekolah, hari2 ikut jadual untuk update tarikh kat papan hitam.

apa2 pon, sempena 1432h ni, rajin2 kan lah usha kalendar kecil tu. kepada sesiapa yang pakai jam dan handphone sekali, tak payah la set kan dua2 device pada takwim yang sama. set kan jam pada Greg dan hp pada Hijrah ataupun sebaliknya. apa guna ada dua device yang built-in with kalendar tapi tunjuk tarikh sama?

Penting untuk tahu fungsi kalendar Hijrah ni. penentuan tarikh, perkiraan zakat, peristiwa sejarah silam etc. Kalendar hijrah ni pun cuma dianggarkan dalam 354 hari setahun mengikut peredaran bulan.

akhir kata, Salam Maal Hijrah, dan selamat tahun baru kepada semua.

*cuba bayangkan kalau sistem gaji ikut kalendar Hijrah, tak ke cepat sikit dapat gaji? itu je point aku.

08 December 2010

[vid] Ice-skating.

sebelum ini dalam entri i'm off, ada aku tulis footnote "next entry = our very own ice skating video". tapi disebabkan oleh kelembapan internet yang melampau, asyik tak lepas2 je nak muatnaik video ni ke youtube. akhirnya, semalam, entah macammana, 100% uploaded. tapi bila aku tengok balik video ni,

mana hilang semua annotation?
mana komentar yang dah aku siapkan?
apsal total length jadi terlebih?

oops. tersilap video rupanya. yang berjaya dimuatnaik ialah edisi draft, boleh baca kat video info. pikir2 balik, tak larat dah aku nak muatnaik lagi video kat youtube. slow dan frustrating. apapon enjoy je la. seronok main jatuh2 dekat sunway. ^^



korang ada pengalaman jatuh-jatuh main ais? lol.

*muatnaik (Tindakan memindahkan fail dari stesen komputer pengguna ke stesen komputer utama yang jauh melalui talian rangkaian.) ialah upload, dalam bahasa inggerisnya. oh, entri kali ini lebih formal. auwww.

06 December 2010

Chocolate-making.


salam. korunk tahu pictcha apa ni?
(perghlamak, super mengada2 pakai term "korunk", capoeira kang baru tau)

oyeah, those are my outcome of chocolate-making course last 4th Dec. to begin with, my holiday has come to the endless boredom these few days, it started after my trip to MAHA and if i exclude my common morning and bored schedule ie; following my pa to kebun, plus raining hard in the evening. how is not the boredom level increased by a few notches mark?

anyway, this choc course was my 3rd involvement of all the short courses offered by community college. i've done the roti canai making(2007), roti & pastri(2009), and last Saturday, coklat. motive-i'm quite an eater. the tendency to google whatever recipe i intended to try myself is really encouraged when i having the whole kitchen to myself. iow, parents out of town. the recipe? google it. be it icecream, kebab etc, they're on the net. practical diy guidance.

talking about the fees, fyi, it's way cheaper compared to the same courses offered by some ngo(s), college, individual etc. the most expensive is no more than rm25. believe me. it is charged accordingly to the exact course. for example, my last roti canai making course took 5 hours, and not so much on the cost of the material usage. i ending up pay rm 5 and went back home with full stomach and a pack of extra outcome. for choc-making, i'd to pay them rm 20, and i get to tapau up to 70 pieces of various shape of choc. lol.

the vintage effect on the picture is intentionally done to cover the defects of my-high-speed-chocolate-making-technic-so-that-i-can-tapau-more. actually it is not so good-looking kalau tengok live. but who cares, sendiri mahu makan. lol. makin cepat buat, makin banyak la dapat. true hypothesis is proved.^^

i think the highest pay is the language course. because it is normally run for more than 40 hours, or less. moreover, the instructor(s) get their pay from the gomen. so that'll reduce cost. eh, i can't recall since when has my view on the gomen came out good when it comes to these matters. oil's, sugar's etc's price rose again. what a sick gomen.

on fesbuk, it is so so bored to see someone updating his/her status with "i'm bored to death" quotation. oh, come on. get a life. holiday la. spend it with the unusual things you don't get to do while you're not spending it. 

my point is, if you really have nothing to do, go for nearest community college at your place. they have like 50 or more campuses around malaysia, be it the main or satellite campus. i'm no promoting, but this kind of opportunity got me thinking, if you're one of gomen haters (that'll make we're on the same boat in most thing) why don't you take advantage on what they offering, what they have been spending money on? get my logic. happy holidays. and Happy Awal Muharram.

*tak tipu ah. coklat itu memang aku belajau buat. compound choc, not couveture choc.

28 November 2010

Happy December first.

salam.
first of all, it is not yet December first. did you know what December first is all about?

WORLD'S AIDS DAY

yeah.
i presented this topic in my Bahasa course last semester. it's a free-topic presentation, and i was like what, what, what to say, and picked up topic i'm good at. not that good, but experiences-in-field let me comprehends things. reminiscing it back, i started off with a couple questions. simple simple questions like :

1. what's with sharing a drink with hiv +ve?
2. mosquito as spreading agent?
3. i went to beach, and i stepped on used needle of hiv +ve drug addict, what'll happen?

and so on. wait up, i think i started on, asking about how if you have the roommate who doesn't know that you know he's a positive. eh, confusing pula ayat. let say you accidentally found a confidential letter of his/her status, without he/she knowing it. and my friend said "he'll moved to other room". see. and it seems, almost everyone in the room agree with him. that's how i figured out the level of knowledge on the topic.

so, without further due, we discussed on questions to know the basis. i feel glad to let people know. fyi, i already blogged about this. please refer here.


upon this date also, i manage to promote about the Red Carnival, organized by PT Foundation. come to Sg. Wang. last day is today, 28th Nov. visit the booth and grab all you need to know about HIV/AIDS  
(they're two different term for two different things they referred to).

 BE THE MESSAGE. STOP AIDS !

oh ye, nyamuk bukan penyebar okay. Click here to know more.

*i'd miss volunteering for reason i can't avoid. good luck PT Foundation. next time i'll join you guys.

26 November 2010

Panorama.

Salam.


_____________
|              M            |
|      <     [ ]    >>  |
|              W            |

guess what? that is my keyboard-drawing for the interface of panorama assist mode in my compact camera. yes, very close drawn and imaginable drawing. in this mode, i had to capture a series of picture before stitching it together. take a look.


pic linksource.

this picture is a combination of a series of pictures. Certain software combines the images together into a single wide photo. if more pictures are used, the final stitched picture will be super wide, and give a scenic view. some device may as well auto-combine it once the pictures are captured. but, mine is not. so i've to use Photoshop to get this done. below are the snapshots.

23 November 2010

[Pic] Kedah, relief.

i phailed to upload our own 100mb ice-skating video to youtube due to slow connection. aisemen, let's wait for it. below are my last groupwalk pictures. takde motif pon nak upload, just nak try scrollbox punya html coding. cam style kan?


















mister presiden

















yeeehaaa





santai di tasik
santai di tasik
my fine backpose. eceh.

Pictures in a Scroll Box

last picture tu no komen ah. sume orang nak backpose in those vasts. jakun ^^

Sub-entry : [faking the news]
Malaysians, please be well aware of mainstream@whatever media that you all have been watching. News can always be manipulated, only witnessing people knew. manipulated, u guys faham kan?

*2nd time join flood relief. seronok.