credit - link |
Perempuan kampung baik-baik, boi. Tidur jam tujuh malam, bangun jam tiga pagi. Jarang keluar rumah, sebab itu kulitnya putih. Keluar rumah hanya buat berburu kijang. Mereka tidak takut pada binatang buas. Mereka berani!
Aku diam sahaja.
Aku tahu, kau pasti malu mahu bertanya macam mana rupa mereka, bukan?
Aku diam sahaja.
Di sana tidak ada elektrik, boi. Gelap, jadi buat apa kau pentingkan rupa?
Aku diam sahaja.
Atau amoi kebun? Tidur jam lima petang bangun jam dua pagi. Kasi makan babi, siram tanaman sawi. Tidak banyak bicara, tapi kuat tenaganya!
Aku diam sahaja.
Atau dayang suku bersarung. Pakar mengumpulkan teripang. Mereka macam ikan. Dapat menyelam selama lima belas minit! Lima belas minit, boi, bayangkan itu! Nyawanya panjang, tidak mudah habis nafas!
Aku diam sahaja.
Macam mana, boi? Cincai?
- Enong; petikan Padang Bulan.
8 comments:
Penulisan Andrea selalu tak mengecewakan. Insya Allah, next target, buku ni.
fatin;
yup. setuju.
buku ni, macam sekuel tetralogi laskar pelangi juga sebenarnya.
ada sikit lanjutan.
Berapa bintang untuk novel Andrea ini?
empat dari lima.
ermmm cube memasuki jiwa penulis
cm jauh dr fikiran aku je
iffah,
agak susah juga nak masuk jiwa dgn andrea.
mungkin sebab tulisannya adalah hasil kajian sosial yg dilaku bertahun-tahun. banyak realiti yg dia cuba ketengahkan yang tak pernah kita alami dan lihat.
tapi kan, semua tu disampaikan dengan santai dalam tulisannya.
;)
salam ziarah.... siap follow kot... :)
wasalam. terima kasih
Post a Comment