28 May 2012

buku, ekspresi orang, senyuman nakal, dan sweet escape.

satu petang dari petang-petang yang lapang,

saya ke kedai buku. ralit mata belek kiri kanan atas bawah tercari-cari buku yang sesuai untuk seorang pupu...

buku dari penulis-penulis yang  selalu menjadi pilihan tak terjumpa, termasuklah buku yang biasa orang muda berjiwang baca. walaupun begitu, setelah beberapa minit, mata saya terhenti pada sebuah buku yang judulnya biasa-biasa sahaja, tapi disusun di ruangan yang agak terampil di penjuru rak.

ada satu frasa yang sedikit nakal tertulis dengan gaya paling menonjol dengan bulatan berwarna merah.

saya ambil dan belek. abang yang turut sama dari tadi menelaah rak buku bersama saya mengangkat kening.

saya balas, tersenyum.

di kaunter, jurujual wanita memandang saya melit sebelum mengimbas kod batang(baca: barcode) pada buku.


"amboi, awal..." katanya.

saya senyum tersipu dengan steady. jauh di penjuru hati, saya aminkan kata-katanya. moga-moga awal, ecewah



steady, disampul ala feminis.


setelah pulang, saya belek dan amati bukunya. Indahnya Hubungan Suami Isteri Menurut Syara'.


pada bulatan kecil berwarna merah di penjuru kiri tertulis

 UNTUK    
 BACAAN 
 SUAMI     
 ISTERI     
 SAHAJA  


nakal betul.






dear sepupu, oleh sebab tarikh walimah kau sama dengan tarikh exam Metrology, aku balik kampung esok juga sebagai penebusan awal untuk mangkir Ahad nanti. lagipon, aku perlu sangat sweet escape setelah 3 exam kejam yang berturut-turut sejak kelmarin. oh, ya. selamat menjadi isteri solehah! 

"Barakallahu lakuma wabaraka ‘alaikuma wajama’a bainakuma filkhair "



9 comments:

BERMASALAH said...

si pembeli buku bila lagi?

:)

perindu_خلافة said...

saya pun nak ajukan soalan yang sama macam BERMASALAH.. ^_^

faaizz d. zul said...

bermasalah, perindu_خلافة;

hurmm, part tulah yang bermasalah bagi saya.

;p

Anonymous said...

hahah,,xpe,,insyaALLAH jodoh tue ade..:P

faaizz d. zul said...

pandan;

amin...

keep calm
and
carry on

Unknown said...

haha ingtkan utk sndri

ye kadang malu beli bku begitu

ps: Awaknye bile lak?

izwanyusof said...

kita leh kawtim pakej wedding photog.. har har har..

faaizz d. zul said...

Iffah Afeefah, izwanyusof;

berbual-bual tentang angka-angka yang berkaitan rumahtangga buat aku rasa teranjak 5 tahun kebelakang.

berat juga cerita menikah ni. lagi2 zaman sekarang.

;p

Annisa said...

faaizz bila lagi?

jemput oke.. :)