Salam alayk & Greetings!
Hari cuti. Malam
sepi. Angah bergolek-golek atas katil sambil menelaah satu persatu helaian manga Dragon Ball dengan teliti. Along terlentang
bersama “termenung” di katil bujangnya, Uda di ruang tamu bertalaqi dengan tivi. Ibu ayah sedang berbisik-bisik
manja merancang konspirasi hari minggu untuk anak-anaknya.
Bunyi cengkerik
berkumandang merdu menemani purnama malam Sabtuday
sambil menyaksikan embun mengambil tempat di hujung-hujung daunan hijau, berposing dan bersedia menjadi tangkapan para
jurugambar di keesokan hari.
Embun-embun
paling setuju memberi gelaran embun-photogenic-of-the-year kepada sesiapa diantara
mereka yang berjaya posing
betul-betul dihujung bucu daun sambil merebahkan separuh badannya ke Bumi. Itu
yang paling dikira seni agaknya.
credit pic - link |
“Angah! Angah
tengah buat apa?” Ibu memanggil.
“tengah baca
buku. GoHan tengah nak buat Kamehameha dekat Cell ni, pakai sebelah tangan je. Power…”
Langsir diselak.
Separuh kepala ibu bersama tangan kanannya menjengah masuk kawasan bilik
anaknya.
“Ye lah kau Ngah
oi. Kejap-kejap GoKu power, kejap-kejap Majin Buu pulak power. Ni
Ibu nak tanya, esok Angah nak makan apa?”
“Makan apa ek best? Ibu beli ketam ar. Da lama tak
makan ketam”
“ketam je? Lagi?”
“ada petai best jugak, buat sambal. fuuhhh”
“kau tak payah
ngada-ngada nak makan petai, nanti habis tandas tu berbau petai” Along mencelah.
“Ehehe, aku tau
la. Ingat aku tak berani ke pakai tandas luar? Kau tu je penakut. Macam tandas
kat dalam tu dia punya sorang.”
“ha, bagus.
Minggu ni kau pakai tandas luor.”
“ketam, petai
ok?” Ibu menyampuk.
5.35am.
Subuh. Ayah duduk di penjuru katil. Angah dan Uda masih melagukan dengkuran secara duet. Sekali sekala pitching Uda lari. Ayah merapat, perlahan-lahan dia leraikan persilangan kaki tangan kedua anaknya. Kemudian Ayah picit-picit ibu jari kaki Angah dan Uda sambil panggil nama penuh mereka. Uda langsung bangkit. Angah masih bergolek-golek.
Ayah buka lampu. Angah menggeliat. Ayah urut ubun-ubun Angah kasi roh masuk lincah-lincah. Dalam separa sedar, Angah lipatkan lutut kanan ke dadanya. Kemudian dia sangkutkan kedua tangannya pada lutut untuk bangkit. Along dah bersiap-siap.
Usai Subuh, semua ke luar rumah. Cuci kasut sekolah, cuci kereta, cuci longkang dengan kecepatan luar biasa. Mana taknya, ada Pokemon kat Tv Central jam 10. Digimon nTv7 jam 11. Ayah Ibu pergi pasar.
Ayah buka lampu. Angah menggeliat. Ayah urut ubun-ubun Angah kasi roh masuk lincah-lincah. Dalam separa sedar, Angah lipatkan lutut kanan ke dadanya. Kemudian dia sangkutkan kedua tangannya pada lutut untuk bangkit. Along dah bersiap-siap.
Usai Subuh, semua ke luar rumah. Cuci kasut sekolah, cuci kereta, cuci longkang dengan kecepatan luar biasa. Mana taknya, ada Pokemon kat Tv Central jam 10. Digimon nTv7 jam 11. Ayah Ibu pergi pasar.
12.30 tgh hari.
Atas
meja makan ada ketam masak lemak dengan sambal petai. Perut Along berkeroncong,
perut Angah berharmoni, perut Uda bercaklempong. Masing-masing sudah lapar.
Telapak tangan ditadah, doa dilafaz Ayah. selesai berdoa, Angah buka mulut,
“Ayah, Ayah salah baca doa makan ke?” soal
Angah. kuriyes.
“eh taklah. kan Ayah ada baca doa makan tadi” jawab Ayah.
“abistu kenapa panjang?”
“sebab Ayah tambah dengan doa tahun baru”
“eh, kenapa pulak? hari ni 16 Disember. bukan tahun baru pon...”
“...hari ni kan hari pertama usia Angah 10 tahun”
“eh taklah. kan Ayah ada baca doa makan tadi” jawab Ayah.
“abistu kenapa panjang?”
“sebab Ayah tambah dengan doa tahun baru”
“eh, kenapa pulak? hari ni 16 Disember. bukan tahun baru pon...”
“...hari ni kan hari pertama usia Angah 10 tahun”
Pandangan Ayah, Ibu, Along,
Uda fokus pada Angah. Serentak dalam simfoni mereka ucapkan
“Selamat Hari
Lahir, Angah...”
Angah tersenyum, gembira. Pada dia, di zaman Apple dan Blackberry masih lagi berbentuk buah bukan gadget, meraikan hari jadi sudah cukup dengan memilih lauk untuk makan tengah hari. Itu sudah terlalu istimewa buatnya.
Alhamdulillah...
______________________________
kepada kawan-kawan yang rajin ingatkan aku tentang tarikh ni. terima kasih.
aku kumpulkan semua komen di sini.
ucapan kepada diri sendiri :
Selamat Ulangtahun kelahiran ke 21.
8 comments:
Nice..seronok sgt baca dan meresap sampai jiwa..!
Happy birthday..semoga pnjg umur dan dimurahkan rezeki..ameen!
^_^
hey bro! hahaha selamat hari lahir bro. aku bukan tak nak ucap kat facebook tu, tapi disebabkan kelajuan internet yang terlampau rendah apabila menggunakan wireless UIA membuatkan aku pasrah untuk menggunakan FB. anyway ...
selamat hari lahir yo, dah tua dah ko tu hahaha
dan
selamat mengundi =)
eh, nak tambah satu lagi komen. ko tau, aku taip
"embun photogenic of the year"
kat google search, ko nyer blog yang first appear bro. cesss kureng hasem hahaha
@chenta
tengkiu. meresap dalam jiwa? fuh, bior betul...
@daos
kdg2 kena pandai jgk main SEO. keyword kasi mantap, baru appears kat top.
neway. sila siapkan report blog Uthman.
XD
oho.. bufday! pangkat adik rupanya.. hihi.. ^^
@Miera
nampak muda kan?
ha3.
neway, thanx
memang la nampak muda kalau dah memang muda lagi.. haha..
embun x dpt stay lama sebab faktor waxes, angin and lain2..
masa kecik dulu ayah selalu buat camtu, tarik ibu jari kaki..
bila dah besar, bangun sndiri :)
selamat hari lahir angah.
Post a Comment