*updated
cerita satu.
Pusat Perdagangan Dunia Putra, PWTC.Sesak, dan ramai orang. terutamanya budak-budak beruniform. pesta buku kali ini menyaksikan kehadiran aku sebagai pelawat di hari ke-5 dan ke-6 berturut-turut. ini kali pertama aku berpeluang melihat sendiri scene pesta buku yang memang diadakan sejak ...
sejak bila ea? 2006 ke yang terawal? ini aku tak pasti. tetapi aku yakin scene pesta tahun-tahun dulu lebih kurang je macam ni. sebelum ni, langsung tak berpeluang nak jejakkan kaki atas sebab "asal-pesta-buku-je-cuti", "asal-pesta-buku-je-cuti".
dalam lautan manusia yang sibuk dengan pencarian masing-masing, terasa kehadiran seorang wanita bergaya korporat datang mendekati. dengan flyers di tangan kirinya disembunyikan di balik tubuh, dia membuka bicara.
.
..
...
....
....
......
......
......
"adik ni, sekolah tingkatan berapa?"
ha.aku diam sekejap. aku taulah aku muda, tapi takdelah tahap sekolah menegah. takde stendard betul akak ni. lepas tu belum sempat aku cakap apa-apa, dia dah tanya lagi
"adik belajar lagi kan?"
"ya"
"kalau macamtu, akak nak minta masa adik sekejap je dalam 5minit untuk dengar pasal produk akak, produk ni bagus, bla3 sekrang ni kita ada offer bla3, dunia pekerjaan masa kini sangat perlu kemahiran berbahasa Inggeris bla3 jom sek...."
"takpe kak, saya dah lambat"
aku belah sebelum dia sempat habis cakap, dan flyers yang dia hulur pon aku tak ambik.
cerita tak berakhir begitu saja, habis satu hari aku pusing pwtc tu sentiasa dirapati oleh ulat-ulat linguaphone yang sememangnya agresif mendapatkan jualan. diorang ni, haisy... encik organizer, boleh aku tau awat depa ni ada booth kat pesta buku? pastuh dok ligan orang suruh beli produk dia?
sudahlah di setiap level pon ada promoter, yang dah berulang kali ditanya pon tetap kena. ada yang cara pendekatannya ok, oklah. kalau dikata tak mahu, sudah tahu. tapi yang berdegil kenapa? dah macam main MGS dah aku, terpaksa peka dengan setiap halangan sebelum menyusun langkah semata-mata untuk kelancaran perjalanan.
memanglah semua orang perlu mahir BI, mungkin. tapi tak semestinya dengan produk kamu. pelanggan akan cari sendiri apabila dia mahu, tapi inikan pesta buku?
cerita dua.
mesin atm CIMB, PWTC.Sesak, dan ramai orang beratur. tak kiralah yang muda, tua, beruniform dan lain-lain. masing-masing mungkin tidak bersedia lebih awal dengan bajet untuk membeli buku-buku yang diidamkan, mengakibatkan semuanya berkumpul di mesen atm yang cuma CIMB sahaja, termasuklah aku.
tiba-tiba ternampak satu kompilasi buku ustaz Hasrizal dan kelihatan dalam uncang tiada wang yang mencukupi. yang ada cuma 4 dirham Kelantan. kalau ikut nilai memang sudah cukup, tapi mana ada urusniaga disini pakai dinar dirham lagi. he2. lagipun ada kiriman untuk buku itu, buku yang tajuknya jiwang2 sikit tu. ehem. aku terima nikahnya+bercinta sampai ke syurga+murabbi cinta. cinta cinta cinta.
dihadapan aku ada seorang gadis sedang cuba mengeluarkan duit. agak lama prosesnya, entah kenapa. orang belakang sudah jeling-jeling. tekanan terasa. setelah berhempas pulas dia mengalah lalu tinggalkan mesin atm. aku keluarkan not lima puluh untuk buku, dan lebih-lebih sikit untuk tiket balik.
sebelum keluar dari bilik mesin atm tadi, aku bersandar di tepi dinding kaca menuggu member yang agak lembab, terhegeh-hegeh nak withdraw. dari ceruk bilik aku terdengar perbualan gadis yang tak dapat withdraw tadi dengan kawan-kawannya.
"dapat withdraw tak?"
"tak, kenapa ek? dah banyak kali masukkan pon tak boleh jugak"
"tadi kau pilih akaun apa masa nak withdraw tu?"
"Akaun Semasa. kenapa?"
watdefish? terus aku keluar cepat-cepat untuk cover muka nak tergelak. kali pertama kot pakai atm. atau akaun semasa dia takde duit? lol.
Main Entrance TRH 3 |
Budak2 sekolah. |
Kumpulan nasyid xtau nama |
Blogger : izwanyusof.com |
Sale. |
Digital story-telling competition |
Senator Tan Sri Datuk Jins Shamsuddin |
bersama Amir Muhammad di booth FIXI |
Pictures in a Scroll Box
cerita 3
booth Fixi.tak mahu cerita banyak. ini aku quote terus dari facebook page diorang,
""
oklah sekarang mahu mula membaca. sekian.
*sebenarnya bukan "sepetang di PBAKL '11" , sepatutnya "dua pagi di PBAKL '11"
"So many books, so little time."
— Frank Zappa
— Frank Zappa
perlu masa
11 comments:
mane gambo FIXI?..hahaha..
linguaphone cam sengal.. menyusah kan !!. arghh !!
@Mohamad Izwan
nti aku updet.bizi dok umah.wahaha.baru rasa rumah
pernahhhhhh kot pilih akaun semasa time withdraw.. =.=" tapi takpe, biar orang berdiri barisan belakang tu lambat tunggu ^_^
haha. xpegi pun laa.. dok umh je. hee
@khairunnisa ♥
haha, ada saving dlm acc semasa ke? tp budak semalam tu, ish3. lama sgt. kesian org blkg.
hani adzmi
lagi 3 hari kot, pergila, bwk adik2. ke nk blk uia dah? haha
salam'alayk.
free? fuhh. sgt best.
alhamdulillah.
tp, buku apa yg agk2 hensem2 tu?
kongsi sikit.
Umairah
http://fixi.com.my/?category_name=katalog
haha ko pon kena serang gak ke dgn linguaphone tu? niceeeeeeeeeeee.
@azam baizen
linguaphone tu mmg xboleh elak la masa 1st time, kne ada pengalaman baru boleh main elak2.
last2 aku ambik jgk satu flyer so that aku bole flash kat depa time depa approach. kahkah.
benci geng linguaphone,ido0p menyusahkan orang..haha !
em saya p jugak pesta buku tu..29hb april..sehari selepas beshday diri sendiri..pi pesta buku belanja diri dgn buku2..kehkeh
@Nur Aizureen Md Zahir
yeah, boikot2 linguaphone!
untungla besday dpt buku. XD
Post a Comment