salam 'alayk
"Hanya di radioooo
Ku rasa perhubungan cinta
Beginiiiilah rasa mesranya
Walau tiada paras dan rupa"
Ku rasa perhubungan cinta
Beginiiiilah rasa mesranya
Walau tiada paras dan rupa"
suara amir memecah hening kala dinihari. macam itulah dia bila tertekan dengan jadual peperiksaan yang berterus-terusan hari demi hari. dia akan tune untuk dengar klasik nasional atau sinar fm, dan lontarkan vokalnya betul betul di ruang masuk kompartment aku.
ditambah pula dengan gerak tari aneh lagi jengkel yang meloyakan. ya, dulu-dulu rasa suffer dengan nyanyiannya. argh. sekarang sudah aku tak ambil duli. bak kata pepatah melayu "alah bisa tegal biasa". aku sebagai maknae* cuma boleh senyum sambil nyanyi sama sama.
*Kadang2 aku layan jugak variety show korea (tapi aku tak minat drama). Cis. Kantoi aku layan running man.
Jadi aku terpaksa buat gaya mulut ternganga sebut "waaa" sambil tepuk tangan dan angkat ibu jari tanda sokongan aku terhadap karier nyanyiannya.
"mantap kan vokal aku malam ni? Suara emas"
aku iyakan buat kesekian ribu kalinya. kalau dikomen jujurkeras, takut dia kecil hati. nanti bilik ini jadi senyap sunyi, hilang warna warni. okay.
yang tadi intro. berbalik kepada topik asal: radio, dan channel feveret.
Early heads-up: entri ni 1000 perkataan panjangnya. Kalau nak belah, tekan pangkah di penjuru kanan.
Tak klik close window eh? Bagus.
sekarang lihat radio masing masing tak kira radio henfon, walkmeng, atau laptop punya radio software kalau sapa yang pakai radio card.
mari bandinglihat preset kita.
Preset 1
91.5 MHz - IKIM.fm
siryes. radio institut kefahaman Islam berjaya menduduki kedudukan pertama dalam senarai preset radio aku tak kira radio yang besar tu dan juga walkman. Dua dua pon sama ok.
tentang IKIM: semua ok. program, pengisian, sajak, tempoh masa untuk iklan etc.
cuma satu je yang @#%. Grr (~_^)’
contohnya dalam satu wawancara:
guest: “dalam perbahasan kelmarin, kita membincangkan tentang topik kecelaruan gender dalam masyarakat...” (belum habis ayat)
dj: “saya.”
guest: (sambungan) “golongan mahasiswa2 di kampus2 mereka.”
“saya”
“teori pertama saya, golongan ini terpengaruh dengan rakan sebaya yang berkongsi permasalahan yang sama.”
"saya"
“mereka mendapat sokongan keras dari kawan2 mereka yang sama2 lembut ni. maka komuniti mereka membesar dan”
"ya, saya"
“mereka berasa selesa untuk terus memilih beraksi lembut pada masa hadapan.”
"saya"
aku yang dengar ni "apa ni dari tadi dok menyampuk saya saya saya dj ni". oh, wat on earth!
Ala ala uncle karam singh punya slot dekat tv3, boleh kira berapa kali dia acukan tangan kepada kamera for no reason. distraction ya knaw!?
tapi kalau brader sister ikim baca entri ni, janganlah anggap pendengar setia kamu ni tak suka. kalau dah macam tu style korang hoskan rancangan aku boleh buat apa? dengar je la. Sekarang ni, aku pulak suka menyampuk orang cakap dengan “saya”. Weehu!
*ataupun "saya" ialah satu figura of speech yang kerap digunapakai oleh para otai dalam bidang pengacaraan/penyiaran ni? malu juga kalau tak tahu tetapi berbunyi lebih2. Kahkah.
anyway, Thumbs up for
Sinar Pagi – tafsir, haiya bil arabiyah(aku suka nyanyi tagline ni: haiya bil arabiyah! X3 sampai roommate aku suruh senyap dan kutuk my poor arabic level. Peduli apa aku.)
Suri – slot sains&perundangan
Inspirasi – duniaku buku
dan macam-macam lagi program kalian. Semoga maju jaya! Eceh.
Preset 2.
93.9 MHz - Radio 24 Bernama “Real Life Real Time”
hihi. aku suka radio ni. penuh dengan informasi dan berita. dah nama pon radio Bernama.
gaya penyampaian mantap dan formal, bahasa2 buku teks yang digunakan tepat dan praktikal oleh setiap hos dan dj. program2 berinformasi seperti slot berita, isu semasa, IcT, Bijak Wang, Auto Zone, diskusi Kerusi Panas, Aduan 24, Black Maria(program jenayah ala ala 360), slot konsumer PPIM dan macam-macam lagi.
Tak boleh tak sebut para peneraju yang mantap seperti Wan Syahrina , Zulkifli Bujang, Nazira Noran, dan yang paling aku suka dengar ialah Tuan Asmawi. Macho dan jantan yang teramat suaranya, intonasinya, analoginya, gayanya. Serius dia cool.
Nama yang paling style sekali ialah peneraju Kam Kamarudin. Rasa macam nak sebut lagi. Try sikit: Kam Kamarudin, Kam Kamarudin. ops! Sila tahu yang saya bukan sarkastik ulang ulang nama orang macam budak sekolah main ejek ejek, tapi nama ini penuh kenunikan. Kam Kamarudin. Macam orangnya. Hebat, petah.
Apa papon, dunia pengacaraan lebih indah dengan kamu semua, tahu!
tapi yang aku herannya, sejak 2 tahun lepas. apasal slot Halo Malaysia dah tak ada? atau aku yang dah lama tak dengar? kalau sungguh slot itu dimansuh, kamu sekelian patut tahu bahawa ada ramai manusia yang kecewa, termasuk aku. Sangat rugi bila tiada. Cuma aku tak pasti siapa produser, dan kenapa sudah tiada.
Aku masih simpan hampir puluhan rakaman mp3 program halo malaysia(HM) bersaiz lebih kurang 2gb. Banyak impak dari informasi HM ni. Lepas dengar Hm aku tahu tentang:
Madu Lebah, kelebihannya. Ekonomi Yusof(u. Wan Sohor ^^ ), Food security, human governance, Gaza, kelapa dara, cerita perlabuhan Klang, hudud di Malaysia, krisis politik Perak, kementerian kesihatan, pendermaan organ dan blablabla.
Eh, memang banyakla kalau nak tulis semua. Itupun aku tak sempat dengar semua. yang sempat je aku rakam. Dan lagi satu, bila hampa ni nak lebarkan transmisi, Cuma boleh dengar kat KL je ikut radio. Kalau stream online tu xbest. Tersangkut-sangkut.
Preset 3.
95.8 MHz - Fly Fm “Malaysia’s hottest music”
Hottest music. undeniable. roommate aku faham benar dah, kalau jam dah line pukul 7 tu masih kedengaran IKIM, maknanya aku dah tidur semula. Sori, aku kurang minat nasyid, mungkin sebab dah puas zaman sekolah dengar nasyid. Kalau setakat jumpa Halim tu, aku lambai dari jauh je. Bekas ketua dorm aku tu. Kehkeh.
Resleep. bak kata caucassian- resleep due to nothing to do in early morning. which is almost certainly will lead the person to overslpet and skip class(es). hah. sejujurnya, aku lebih segar dengar pagi show oleh phat fabes, ben and nadia. diorang tiga orang ini memang memberi kelucuan di pagi hari yang boleh menyegarbugar sendi-sendi mascle yang sejukkeras di pagi hari.
Ada sekali tu dia bagi alarm call dekat brader ni, sembang pasal health and gym subscription tak silap aku.
“how’s your health now ha? Long time not come working out”
“sorry r, busy ma”
“so you still wanna continue the suscription of this slimming program or not? Can you see your lower part of your body beneath your belly?”
.
.
..
...
Body part beneath your belly!? Cannot be seen? Obesity!? *
macam haram talipon kat orang pagi2 cakap macam tu. Tergolek-golek aku atas katil tergelak. Jahat kau dj. Kesian kat brader tu.
And sometime, I listened to Fly Fm Flirty weekdays @10.30pm. this one is always a cute program, hooking up people to get together. Hope they do it the right way. Don’t date for long, just get married, ya knaw. Cool?
*the story is not the exact one like what it was. I just remembered it this way. But that belly part was true and way tooo bold so I remembered. Yeah, we do remember absurd thing, don’t we?
**mudah2an takde sapa2 yang nak kenakan aku dengan alarm call. oh, peliz. jangan sapa2 berani. Ayah kata: Tak baik tau menyakat orang. Nanti Tuhan balas baru tahu.
Preset 4.
92.9 MHz - Hitz.fm “Malaysia's No.1 Hit Station”
ni, alternatif kepada fly fm. kadang2 je aku switch 2 channel ni. JJ&Rudy pon best jugak.
*mudah2an takde sapa2 yang nak kenakan aku dengan Gotcha. oh, peliz. jangan sapa2 berani. Ibu kata: Tak baik tau menyakat orang. Nanti Tuhan balas baru tahu.
Preset 5.
102.5 MHz - RTM Asyik FM “Lain Dari Yang Lain”
Alternatif Bernama dan stesyen2 bahasa Melayu yang lain. Biasa-biasa je. entah macammana stuck kat preset no 5.
Preset 6.
89.9 MHz – BFm “The business station”
best! best! alternatif kepada Bernama, tapi yang ini English. ada banyak sangat talkshow yang seronok dan informatif. kebanyakan pablig figura yang dia panggil semua bagus2.
kalau rasa2 dengar Radio24 dah bosan aku switch je dua ni. Yang bonusnya, kalau dah terlepas any interview@talkshow diorang, boleh download kat sini. Klik, jangan tak klik.
*kebanyakan ni, banyak pulak aku dengar pasal perihal wanita. gaya fikir, pengurusan, fashion, kesihatan, acessory etc. unik makhluk Tuhan bergelar wanita ni.
Preset 7.
104.1 MHz - Best 104: Sensasi Selatan
sekali sekala mahu dengar juga berita berita dari selatan tanah air. Rindu.
Preset 8-20
Random. Ada ERA, Sinar Fm, Lite Fm, Hot Fm, Muzik Fm, RM Selangor, Traxx Fm, Mix Fm dan tak lupa juga kepada Ai Fm dan One Fm. Saya orang Malaysia, saya dengar semua tanpa kira bahasa dan citarasa. Dengan pesanan: radio yang panjang iklannya sangat annoying untuk dilayan.
Eh, apa!? Kenapa tiba tiba tulis pasal radio?
Sebab aku dengar fellow nak buat spotcheck, mudah-mudahan di kala serbuan terjadi, radio aku sedang memperdengarkan alunan AlQuran As-Sudais atau ceramah agama yang mampu menyejukkan jiwa si pendengar.
wahai radio kesayangan.mudah-mudahan kau tak bagi aku masalah.
Kalau nak tahu, rasa nak saman-saman orang ni adalah hasutan halus iblis syaitoon. Moga-moga para fellow sekelian terhindar.
Sekian. Thanx for reading.
Kalau suka like, kalau rajin komen.
“Hanya di radio
Aku bayangkan diri mu itu
Secantik-cantik manusia
Dan semolek-molek pekerti
Tetapi sayang hanyalah di radio
Bilakah dapat kita bertentang mata
Agar bisa ku memastikan
Bahawa kau belum berpunya” nyanyian amir disambung. aku kuatkan radio sampai maksimum. jiwa tenang seketika.
Aku bayangkan diri mu itu
Secantik-cantik manusia
Dan semolek-molek pekerti
Tetapi sayang hanyalah di radio
Bilakah dapat kita bertentang mata
Agar bisa ku memastikan
Bahawa kau belum berpunya” nyanyian amir disambung. aku kuatkan radio sampai maksimum. jiwa tenang seketika.
2 comments:
alamak.. banyak yg bukan febret aku.. hehhehe.. isk3.. da lama xdengar radio... sbb earfon xde
@nas
uitm punya radio best?
mesti mantap sebab ada fakulti penyiaran yg melahir rami dj.
Post a Comment