Apa yang paling penting bila berbincang tentang Tuhan dan jalan-jalan mencariNya? Saya cuma mahu bertanya,
tentang awak yang menegur. Saya tidak mahu mengangguk ataupun menggeleng. Prinsip
ialah prinsip dan percampuran idea tidak sama sekali melemahkan prinsip. Tidak
kelabu. Mungkin awak tidak mahu membuka ruang untuk percaya premis berikut.
Premis 1: bahawa tiada kepercayaan yang
menyesatkan kepercayaan orang lain,
Premis 2: melainkan sahaja jika terdapat keraguan fundamental kepada
kepercayaan asal.
Saya tidak tahu bagaimana awak memahami
agama. Mungkin, apa yang saya faham
tentang sifat insan sempurna, Muhammad (s.a.w), tidak pernah beliau tenang tentang pengakhiran setiap kita.
Sehinggakan dia ditegur dan ditenangkan; tentang menyampaikan kebenaran adalah tanggungjawabnya, bukan menentukan pengakhiran – sama ada sesorang menjadi Muslim atau kekal kufur - bukan. (AQ 2:119, 13:40)
Boleh
jadi, rancangan yang terlihat sempurna tidak sedikitpun hampir selari dengan rancangan Dia.
Kita boleh
berjalan di laluan berbeza dengan landasan asas yang sama. Di penghujung jalan, saat
dikutip langit, saya harap kita berjumpa senyamannya.
- Larkin
No comments:
Post a Comment