Bismillah,
Salam alayk.
sebenarnya aku masih simpan perancangan nak buat stabilizer diy. tapi, disebabkan kesempitan masa, dan projek itu sangat rumit. cuti ni aku cuma sempat buat dolly. jangan tanya kenapa nama dia dolly. kalau nak tanya juga, sila cari Wak Dol. itupun kalau dia tahu.
sebuah lukisan panduan (tak perlu autocad),
sekumpulan peralatan, perkakasan potong memotong
dan peralatan secukup rasa.
roller yang telah dipasang seketatnya.
sesi lekat-pasang dengan bantuan gam pvc dan silicon sealant workflex-333,
final assembly, kelihatan comel dan konfiden. auuww!
sesi bergambar. yang lain tu terpaksa dikaburkan demi keselematan. ^.^
super senang kan? ha, kepada para videografer di luar sana, tak perlu nak gigih beli dolly yang tiga ratus harganya kat Mudah.my tu. ni baru lima belas ringgit!
sebenarnya, roller tu asal ideanya nak pakai skate roller yang ada, memandangkan skate deck kat rumah ni dah lama tersimpan. tapi macam, errr... kejam pula melihatkan skate deck tanpa roller. sadis sangat jadinya. so, pakai roller murah.
design yang macam ni agak versatil. boleh cuba side shot, circular shot, axial shot dan lain-lain mengikut kreativiti. boleh juga buat landasan untuk menambah kelancaran.
oh, ini bukan final year project.
ini cuma mengisi masa lapang menerima kenyataan bahwa cuti telah habis. oh no.
ayuhlah semangat sem baru!
sekejapnya cuti! omarseries pon tak habis tengok lagi.