28 December 2012

Cik Ozah



bismillah




angka-angka magis penghubung dua tahun: 2̶8̶, 2, 3, 7, 8, 16


***

selalu, kalau saudara yang duduk sedikit jauh, kita jadi kurang rapat sebab jarang nak berjumpa ziarah dia. tapi, dalam setiap perjumpaan yang jarang-jarang itu, mesti berlaku benda yang baik-baik sahaja.

bila waktu ziarah, dia layan kita, dia jamu kita, dia masakkan yang sedap-sedap untuk kita, dia sediakan tempat tidur untuk kita. dia buat kita selesa.

sekejap-sekejap dan jarang-jarang, namun semuanya diisi dengan perkara yang baik-baik sahaja.

selalu, macam itulah Cik Ozah, adik ayah yang aku kenal.


***

ada satu nota kecil tulisan usang yang aku judulkan How I Met _____ (blank) ;
aku terjumpa semula dan aku belek-belek,
dalam bab how i met paradise(Jannah), ada aku catitkan ayat 26 dari Surah Yunus;

Bagi orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya. dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak (pula) ada kehinaan. Mereka itulah penghuni Syurga, mereka kekal didalamnya. 
nota seterusnya,
Syurga ialah sebuah tempat yang tidak pernah kelihatan di mata manusia, tidak pernah terdengar oleh pendengaran kita, dan tidak pernah terlintas di hati untuk digambarkan keindahannya. _ pak Ostadz

aku tutup nota sebab fikiran aku tengah sarat.


***

pak Itam kata, orang yang sakit ni kalau sehari tu nampak dia sihat dan cergas, ada dua tanda.

pertama, itu tandanya dia akan sihat terus dari penyakit yang dia hidap.
kedua, itu tandanya dia sihat untuk bertemu kita buat kali terakhir di dunia.


dan dua puluh enam disember, 8 malam, hospital Ampang.
Cik Ozah pulang ke Rahmatullah setelah menghidupi tanda yang kedua hari itu.




Al-Fatihah untuk Pauzah Men, adik kepada ayah, dan makcik saudara yang aku 
kenal melalui pertemuan-pertemuan kecil yang baik-baik. 

Semoga arwah cik Ozah termasuk dalam golongan yang disambut pelawaan malaikat ke Syurga (Al-Waqi'ah 56:91)





2 comments:

puding roti said...

innalillah..al fatihah..

setuju dan maklum ttg perkara spt itu. sbb tu dulu bila sy selalu gaduh dgn adik, mak suruh sy masuk asrama. biar dtg rindu. nanti wangi jdnya bila jmpa sekali sekala..sbb tu juga sy lebih suka jauhkan diri dari fesbuk. manisnya rasa bila jumpa kawan-kawan yang lama tak kita sapa atau lihat perkembangan dia. ada elemen suprise gitu. tp ngak tau la kot2 lps ni sy bina fesbuk pula bila ada hati mahu beli fon touch2. itu dah terpaksa takut tak berguna pula kecanggihan yang ada ;p tp lps tu mesti manisnya keterujaan terhadap kawan2/saudara tu jadi semakin berkurang kan?

faaizz d. zul said...

iye cik puding, kadang2 kita lebih suka update kawan lama melalui pertemuan real. tapi, zaman ni....

;p