12 July 2012

buku: Friends Forever


Beberapa belas minggu yang lalu, di sebuah kelas.


[ dialek Terengganu]

"Aok ni bakpe tibe-tibe nak ngaji mmula bahasa Arab ni?"
"saya ada terbaca novel tulisan seorang student BAR Ustaz..."
"hok nulis tu llaki ko ppuang? "
"err, perempuan Ustaz..."

Khali. Momen kejur itu diisi dengan sedas dua panah-panah lazer berapi dari lensa Ustaz tepat ke mata saya. pergh...

Kelas pertama bermula canggung akibat terlanjur bergurau. Berat nanang kata Ustaz.

Friends Forever; Ukhuwah itu tali penyatu

Sungguh-sungguh saya tak reti menulis reviu buku selain berkongsi rasa.

Untuk yang ini, untuk seorang yang pernah bersuka duka belajar bahasa Arab, untuk buku karangan yang pernah terbang keluar kelas, untuk orang yang macam boleh faham beberapa kosa kata dari perbualan pak Arab, untuk yang gagal bersama-sama foreigner menghayati khutbah Jumaat SHASM,  untuk yang takut-takut tak mampu berbalas kata dengan anbiya', ulama' dan manusia pilihan Tuhan kelak;

pengolahan tentang kepentingan, keindahan, prospek, cause of action pada mempelajari Bahasa Arab adalah kekuatan buku ini.

ter"masuk" kelas bahasa semula gamaknya.


Tahniah dan teruskan menulis, Ila Husna.




6 comments:

ila husna said...

faizz,

terima kasih berkongsi pengalaman membaca ff.

suatu hari
semoga saya boleh melihat buku kamu pula.

~ila husna

ghost said...

buku kawan baik ko ni?

faaizz d. zul said...

ila husna;
;)

ophan;
kalau cuma pada terma sekampus, kira apa ya?

BERMASALAH said...

Faaizz,
nanti bila buku awak dah siap, saya nak review.
hahaha.

Umairah. said...

saya suggest awak baca negeri lima menara, a.fuadi. keluaran PTS.
rasanya, motivasi untuk belajar arab, akan lebih berganda-ganda, insyaAllah

entri reviu sepertinya lagi menarik, bila ditambah dengan berkongsi rasa. membuatkan orang yang tak baca lagi, rasa nak baca.

faaizz d. zul said...

bermasalah;
saya menulis buku? ha hi ho.

Umairah;
ekselen komen. tq