11 May 2012

magis Syurga.

Tuhan maha tahu betapa aku harapkan cucuran magis dari syurga untuk bantu gagahkan jantung mengepam dan pacukan kaki melangkah untuk pagi Sabtu nanti.

nampak betapa gigihnya jadual mutual dibawah?





dasar, satu kali pon aku tak pernah turun. ha ha

jadi sekarang aku sedang berdoa, supaya aku terus sempurna fizik di akhir larian nanti.

sebagai sedikit perkongsian, aku akan terangkan apa magis syurga yang aku maksudkan;


runner's high.


ia adalah satu kondisi di mana seseorang mengalami perasaan feel-good atau euforik minda semasa sekutu bernama hopeless dan putus asa datang menyapa di pertengahan larian.

maaf, ayat berterabur dengan perlambangan yang tak sepatutnya.



semula;


dalam kata mudah; bayangkan anda sedang berlomba.

anda merasa garisan penamat adalah setahun cahaya jaraknya. tapi mental sudah terkulai, fizikal sudah lebam; tapi anda gagahkan juga larian dengan saki baki kudrat yang dibakar semangat.

sedar-sedar, anda menamatkan larian dengan cemerlang, malah dalam kelajuan yang mengeksyenkan pula. Perfomasi-prestasi luar biasa terampil.

pernah alami, atau pernah dengar?



berbalik kepada situasi tadi, di garisan penamat, anda berkira-kira tentang bagaimana anda boleh habiskan larian tadi. sama ada anda merasa dilema kepelikan, ataupun anda menerima kenyataan bahwa anda memang seorang yang power.

baik, golongan yang kedua itu ujub. sila jangan praktis selalu.



dari segi saintifik, entah apa penjelasan rasionalnya. mungkin pakar-pakar neurosains yang menggali cortex dan menamakan hormon-hormon dengan nama sendiri ada menulis berkaitan mitos ini. Cubalah google.

dari segi spiritual pula, tak pernah pula mana-mana tok guru bercerita tentang hal ni. tapi yang aku tahu, atas syarat yakin dan percaya, Tuhan mampu aturkan segalanya. 36:82

tak gitu?




sekian untuk entri ilmiah versi sains kesukanan.
ecewah!




*MUDS 2012







7 comments:

perindu_خلافة said...

nais.. w/pun masih kurang faham, tp akan buat bacaan kedua, lepas jumaat nnt mungkin ^_^

#euforia

MAZA AMFOTERIK said...

apakah itu magis syurga?

faaizz d. zul said...

perindu_خلافة;

pernah tak kalau kita mula baca buku/novel, walaupun mengantuk dan bacaan masih tebal, tapi tiba-tiba kita mampu habiskan.

syok gila membaca, orang kata.

itulah high namanya.

kalau berlari pon ada juga.
jom lari sama-sama. ;)

MAZA;
dasar baca tajuk entri terus nak komen. ceh

perindu_خلافة said...

^_^ mode: euforia

MAZA AMFOTERIK said...
This comment has been removed by the author.
MAZA AMFOTERIK said...

dah baca lah...cuma istilah tu rasa mcm x kena..just comment...dont be angry bro..

faaizz d. zul said...

MAZA;

ecewah, bila pakar terminologis berkata-kata..
;p